Isnin, 8 Jun 2009

Rasa Letih Berjuang?Berehatlah Dulu Sayang!!!

Kalau rasa dah lama berjuang dan terasa akal fikiran dan tubuh badan letih dan lesu, berehatlah sekejab sayang!!!.Nanti bila dah segar akal fikiran dan tubuh badan, teruskan perjuangan.

Tidur dan berehatlah. Itu lebih baik dari merapu bercakap tentang UG yang entah apa-apa.

Yang seorang lagi nih , kalau you tak setuju dan nak tunjuk hebat pada Tuan Guru Nik Aziz, eloklah berehat juga. Belajarlah supaya cakap jangan berbelit-belit. Dan jangan lupa ,fikir baik-baik apa pesanan orang tua itu.

Orang tua itu memberi pesan yang difikirkan baik untuk perjuangan ini. Dia tak mahu musnahkan parti yang merupakan wadah perjuangan Islam . Betullah dia bukan maksum tapi pengalamannya mengajar dia tentang sejarah permainan kotor dan penipuan UBN.

Berdirilah didepan cermin realiti . Cuba bandingkan watak dia dengan watak you . Dan jangan lupa bandingkan rumah Tok Guru dengan rumah you. Rumah dia , biasa saja. You punya rumah berharga setiap satu hampir RM sejuta . Mungkin you anak orang kaya kut? Atau duit turun dari langit dan masuk rumah you tiap malam jumaat? Berehat dulu. Bila fikiran dah tenang , kembalilah dalam saf perjuangan.

Husam dan Mad Sabu, biarkanlah anjing terus menyalak, kabilah perjuangan terus berjalan!!!!!

18 ulasan:

Manjungmari berkata...

salam...
Tuan..U join PAS terus dilantik jadi SUA PAS... lepas tu menang timbalan... dia tak rasa jadi ahli biasa...U adalah ahli PAS elit.. U tidak faham kesusahan rakyat dan ahli PAS....kalau U ada maruah sepatutnya ia dah letak jawatan atau undur diri...

radens albanjari berkata...

salam sifu,
wak rasa U ni akan masuk Umno akhirnya macam Nakhaie atau Asri..hanya masa yg menentukan ! Takbir pak syeikh..doa wak agar sifu terus diberi rahmat Allah setiap masa.,dah kesihatan yg baik.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaimus'salam Manjung Mari,

Pak Sheikh setuju komen sahabat. U ni elitis. Patutnya dia turun mendengar hati nurani ahli biasa yang ikhlas berjuang. Nak dipecat tak boleh kerana disokong oleh setenggah ustaz(ulamak?).Nanti kita digelar penentang ulamak.

Semasa hayat junjungan besar Nabi tercinta , adalah dianggarkan tak sampai 150 orang yang diiktiraf sebagai ulamak berbanding sahabat Rasulullah S.A.W yang pada Haji Wada' dianggarkan melebihi 100ribu orang.

Tapi di akhir zaman ini,khususnya di Malaya ini untuk menjadi ulamak cukup mudah. Belajar di Al Azhar dan dapat fist degree dalam bidang Usululuddin atau Syariah , dah boleh dipanggil ulamak.

Pak Hamka tak ada degree dalam Syariah atau usuluddin, tapi bila dibaca kitabnya, terasa bahang keulamakannya.

Begitu juga dengan Abul Ala Maududi, tak ada ijazah dalam pengajajian Islam. Belajar dengan beberapa orang tok guru dan bapanya sendiri, tapi bila baca kitab tafsirnya , terasa hangat bahang keulamakannya.

Pak Sheikh juga tahu U nih sanggup menyekat pengedaran buku yang telah siap dicetak dan ditulis oleh Dr Azhar kerana tajuk buku itu mengenai Negara Islam. Tak percaya tanya penyelia kedai buku nufair bersebelahan pejabat Harakah dekat jalan Off Pahang.

Tapi demi adab berjemaah, Pak Sheikh tak mahu bising. Tapi bila U menyentuh peribadi Tok Guru Nik Aziz, Pak Sheikh tak boleh tahan. Itu pun menggunakan bahasa yang lembut dan berhemah. Takut digelar anti Ulamak. Mana boleh kita benci ulama kerana golongan ini adalah pewaris Nabi S.A.W terutama dari segi menyampaikan ilmu dan kebenaran. Yang pak Sheikh tegur hanyalah U yang hanya bertaraf ustaz biasa. Dan Pak Sheikh minta Tuan Guru Haji Abdul Hadi berehat sekejab supaya dia jangan meracau tentang UG!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Al Banjari,

Harap-harap janganlah U masuk UMNO. Kita minta U bermahasabah dan bukan bermuka-muka balah dengan golongan yang selama ini telah menunjukkan sifat kemunafikan yang tahap tertinggi terhadap perjuangan Islam. DAP lebih mudah kita fahami kerana mereka jelas kafir dan kita boleh dakwahkan. Tapi puak gerombolan ini sudah lebih 5O tahun berkuasa tapi jasanya pada Islam hanya berkisar pada hal-hal yang berbentuk fisikal dan ada nilai 'cents and dollars' seperti mendirikan masjid,dan sambil mendirikan masjid mengutuk hudud dan syariat Islam.

Semoga U tak masuk UMNO. Dia perlu ditarbiah oleh Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Ahmad Awang. Tapi kena berehatlah dulu dari politik.

ISA berkata...

Salam Sifu,

Pertama sekali nak tanya sifu amacam? Ada sihat ka?

Keduanya, ana pun bukannya hendak menentang ulamak, dan ana pun tak bersetuju juga dengan UG ni, apatah lagi apabila mereka berbelit setelah berkhalwat dengan ubn, nasib Paklah pecah lubang... itukah sifat ulamak... atau layak di gelar munafik saja.

Akhir sekali, ulamak pewaris nabi... pewaris yang macam mana tu? Ulamak yang jenis munafik layakkah digelar pewaris nabi. Ada kemusykilan sikit di situ.

Harap bukanlah setaraf Ular dalam semak.

cree berkata...

Salam Tuan Sheihk.
Gua pun tak faham menatang apa yang
dikatakan kerajaan perpaduan dengan
UBN tu.Dengan apa yang dilakukan oleh UBN di Perak,terasa geli nak berkawan dengan UBN.Kami kat Kedah ni pun,tak habis-habis puak UBN cuba nak menjatuhkan Ust Azizan.
Kalau tau macam ni,takyah la gua dan geng gua susah payah pacak bendera masa PRU lepas.Tuan Sheihk cuba pikir bendera tu pun gua n the geng keluar duit beli kat pejabat PAS kawasan.Kepada U tu,dia taktau kot kami berlawan dengan UBN setengah mampos.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikums'salam ya Isa,

Pak Sheikh tersangat uzur sekarang ini. Dah jarang update blog dan buka laptop. Tapi hari ini rajinkan diri update blog dan membaca blog kawan-kawan.

Mengenai ulamak secara umumnya adalah pewaris Nabi S.A.W. Tapi masalahnya untuk mencapai tahap ulamak yang sebenarnya bukannya mudah sebagaimana yang dijelaskan oleh Allah dalam Al Qur'an. Dan lagi satu masalah dalam Pas, setiap orang yang belajar agama secara formal dengan senangnya dicop sebagai ulamak.

Semasa gagasan kepimpinan ulamak diterima oleh Pas pada tahun 1982, Pak Sheikh sokong dengan syarat biarlah orang yang betul-betul ulamak memimpin dan ditempatkan diMajlis Syuro Ulama. Tapi terselit secara sengaja atau tak sengaja, ustaz biasa yang duduk dalam Majlis Syuro Ulamak dan sebagai pemimpin Pas Pusat. Pak Sheikh lihat ini sesuatu yang tak berapa kena kerana kita mahu ulama yang sejati, bukan ulama jadi jadian. Pak Sheikh selalu utarakan ini pada beberapa pemimpin Pas masa itu. Abang ipar Pak Sheikh, Ibnu Hasyim tahu tentang pandangan Pak Sheikh ini. Eh, melalut dah nih.

Ok, tentang ulama ini, Imam Al- Ghazali telah membahagikan ulama secara umum kepada dua katogeri. Satu ulama yang baik dan satu lagi ulama suk(jahat + munafik). Yang dikira ulama pewaris Nabi S.A.W sudah tentu ulama yang baik yang menepati kehendak al-qur'an. Ulamak Suq tempatnya dineraka yang paling hina.

Dan di Malaya ni belum lagi ada ulama peringkat Mujtahid, seperti Imam al Syafie atau dalam konteks semasa ialah Assyeikh Dr Yusuf Al Qardawi dan beberapa orang lagi.

Soalnya U ni ustaz ke Ulamak? Pada pendapat Pak Sheikh dia hanya seorang ustaz biasa tetapi telah dimertabatkan sebagai ulamak yang hakikiyun oleh setenggah ustaz dan ahli Pas yang bingai kepala otaknya. Second degreenya walaupun dalam islamic studies, tetapi dibuat kat University di London kalau tak silap. Lupa nama University itu. Ustaz yang belajar peringkat Sarjana dan PhD di Barat(bukan semuanya), sedikit sebanyak terpengaruh dengan gurunya yang berorientasikan salibiyah dan orientalisme. Lazimnya merekalah yang membawa faham liberalism agama. Di takuti U di jankiti penyakit ini. Semoga tidaklah.

Sorrylah panjang response Pak Sheikh. Pak Sheikh bersama Isa menentang keras Ustaz dan ulama munafik tidak kira dalam Pas atau dalam UMNO. Dalam UMNO berlambak!!!

cencurut berkata...

Bhai...

Gua maleh nak komen lebih-lebih... cuma satu gua nak ingatkan U tue....

"Adapun azab Allah itu akan dapat dilihat dengan jelasnya semasa seseorang itu sedang menghampiri nazak" ...

Ingat lah U ....

p/s : Orang munafiq kawannya orang munafiq gak....

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikummus'salam anak muda, Cree,

Pak Sheikh suka sekali dengan kunjungan cree di blog orang tua yang hina dina ini. Sayang pak sheikh pada Cree nih !!!!!

Pada pendapat Pak Sheikh orang yang gilababi hendakkan UG ni jenis manusia yang entah apa-apa. Konon demi nak selamatkan negara melalui idea UG nih. Masalahnya sekejab kata tak nak bekerjasama dengan UBN. Tup-tup dah nak bekerjasama. Pening kepala pengikut dan penyokong Pas. Ada penyokong Pas yang darah tingginya naik bila mendapat tahu, terdapat pemimpin Pas nak adakan UG dengan UBN. Mereka ingat, Pas nih milik bapak dua tiga kerat pemimpin Pas yang mungkin dah letih berjuang. Mereka lupa ahli dan penyokong bawahan Pas , kebanyakkannya tak mahu ada pakatan dengan UBN atas nama UG.UBN dah terlalu korup dan semakin dibenci oleh rakyat. Apa kes pulak dua tiga kerat pemimpin Pas mengatal nak bekerjasama dengan UBN yang amat menjijikkan.

Aktivis seperti Cree jangan risau, kita berjuang dalam jemaah Islam bukan kerana individu tertentu. Individu tertentu boleh pergi tetapi perjuangan menentang UBN akan diteruskan tanpa dua tiga kerat manusia seperti ini. Kita suruh mereka berehat dan berfikir sejauh mana mereka telah silap membaca hati nurani pengikut dan penyokong Pas yang semakin diterima oleh rakyat jelata termasuk kawan-kawan kita dari kaum india dan cina.

Si U ni , Pak Sheikh pun binggung mengapa boleh dipilih sebagai Timbalan Presiden Pas buat penggal ke 3. Pak Sheikh dapat tahu, ahli Pas Kedah pun menyampah kat dia. Yang sangat sayangkan dia ialah Utusan Malaysia dan puak tertentu dalam UBN. Tapi nak buat macam mana, ini sudah ketentuan tuhan yang mungkin ada hikmahnya.


Dan kita minta dua tiga kerat pemimpin ini cubalah hayati penat lelah orang seperti kita yang nak membenamkan UBN yang korup dan yang semakin hampir ajalnya.

Terima Kasih Cree kerana rajin berkunjung disini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cencurut,

Cakap Cencurut ada betul. Pak Sheikh sokong. Orang munafiq selalunya berkawan dengan orang munafiq jugak.

Semoga kita dijauhi dengan ciri-ciri seorang munafik oleh Allah. Berat sungguh azab yang akan menanti di akhir hayat kita dan di akhirat nanti.


Terima kasih cencurut kerana sudi berkunjung disini.

anak posmen chemor berkata...

salam pak sheikh,

elitas yang xkenal berjuang..

mungkin aku muda,
aku muda untuk berpendapat..
elitas itu jauh meninggalkanku
gah bersinggahsana,
elitas itu ulama'
pemikir agama..

hujung kampung,
jauh terperosok..
abahku posmen,
ibuku guru anak bangsa..
kedua-dua membakar dan terbakar,
kami belum hangit dengan dunia..
tidak elit dan bersinggahsana..

elitas itu mana mugkin sederhana,
merasa jerihnya menggantung bendera,
merasa aibnya membuka poster kala kalah..
cuma menafasi kemenangan seorang elitis,
megah dan unggul..

menolak dikata menolak agama,
menerima adalah memberi wala'
aku bukan ulama'
beri hujah atas kefahaman usul,
aku bukan elitas,
tinggal megah semayami mahligai..

aku anak posmen kampung,
yang kurang tidur sewaktu pilihanraya,
dan makan mee meggi,
upah gantung bendera..

Lebai Mangkuk berkata...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

cencurut berkata...

Bhai...

terima kasih atas komen tue... sebenarnya geram gak... tapi terpaksa sabarkan diri...

sebab tue la kita boleh lihat PAS takkan kemana ... selagi ader orang macam U didalamnya.... perwakilan pun ramai yang "kayu" ... tue yang susah tue..

yes berkata...

Kadang kadang Allah menduga kita. Sekarang kita rasa kita tahu yang mana kaca dan yang mana berlian. Asalkan kita tidak membuat kesilapan yang sama sudahlah. Apa yang terjadi pada hari ini jadi pengajaran masa hadapan.

Jangan pandang janggut, jangan pandang serban. Buat pilihan berdasarkan akhlak sesaorang. Ada yang Ilmu dan amal baik tapi akhlak kurang baik. Ada yang akhlak amat baik tapi secara luaran ilmu dan amal tidak menonjol.

Jadi apabila kita memilih pemimpin, kenali pemimpin itu dengan lebih dekat.jangan pandang luaran sahaja.Dengar apa yang keluar dari bibirnya.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumus'salam anak Posmen,

Siap nama ayah? Dah pencen ke belum dia?

Bagus puisi yang ditulis. Penuh makna yang tersurat dan tersirat. Pak Sheikh suka. Nanti Pak Sheikh ziarah blog anak muda.

Dan terima kasih kerana sudi berkunjung disini.

sheikh teluk intan berkata...

Selamat Sejahtera Lebai Mangkuk Ayun,

Komen Lebai Mangkuk Ayun bagus sangat. Baik sungguh dijadikan entri di blog Lebai Mangkuk Ayun. Pembaca blog Lebai Mangkuk Ayun tentu melompat suka.

Cantik serban !!!!. Abdulllah bin Ubai bin salul pun pakai macam lebai!!!

Sorrilah Lebai, setelah diperiksa balik, nama lebai ialah Lebai Mangkuk. Teman tersilap buat tambahan 'Ayun'. Nak delete malas pulak. Tapi sedap jugak bunyinyakan?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cencurut,

Ya kita kena bersabor banyak-banyak. Ikutkan hati binasa .

Perjuangan ini pun sukar wahai kawan. Yang perlu ialah istiqamah. Nanti bila kesemua para perwakilan semakin tahu, tentu semuanya okay.

sheikh teluk intan berkata...

Walalaimus'salam Yes,

Suka sangat pak sheikh dengan komen Yes yang sederhana tetapi penuh makna dan ketajamannya cukup dirasakan.

Betul kita selalu melihat pada zahir seseorang. Yang berserban dan berjubah kita anggap serba tahu tentang agama dan cukup berakhlak.

Untuk pengetahuan Yes, Pak Sheikh dulu berserban dan berjubah siang dalam malam ketika bersama dengan arwah Darul Arqam. Tapi dari segi ilmu agama Pak Sheikh terasa kekurangan dan aklaq pun tak berapa baik, maklumlah sebelumnya Pak Sheikh kutu berahak yang tegar. Oleh kerana dah berjubah dan berserban, Pak Sheikh didepan orang nampak baik, tetapi bila bersama ahli jemaah, Pak Sheikh tunjuk warna sebenar pak sheikh. Akhirnya Pak Sheikh kena tendang keluar bila Pak Sheikh belajar secara talaqi dengan Tuan Guru di luar Darul Arqam.

Panjang ceriternyar Yes. Eh, Pak Sheikh dah keluar tajuk nih.Maaf yer!!

Kesimpulannya, Pak Sheikh setuju dengan pendapat Yes. Dan terima kasih kerana sudi berkunjung disini. Jumpa lagi dan salam ukhwah.