Teman baca Harakah Daily siang tadi yang ringkasnya berbunyi seperti berikut:-
Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.
Harap-harap semuanya patuh dengan arahan tersebut. Teman pun patuh. Teman bersangka baik selepas ini tidak ada lagi usaha dua tiga kerat pemimpin Pas yang mengatal mencubit hati nurani ahli Pas yang bangang macam teman dengan idea UG yang kabur dan mengelirukan.
Teman harap juga pemimpin Pas peringkat pusat lebih baik beri perhatian bagaimana hendak memperkasakan parti dan lebih fokus dalam perjuangan yang penuh dengan onak dan ranjau berduri.
Dan jangan lupa juga untuk beri perhatian kepada suara ahli bawahan yang sayangkan perjuangan ini sehingga ada yang sanggup mati kerana memperjuangkan Islam yang merupakan dasar perjuangan Pas.
Ok. Tutup kes.
Hari ini juga teman membaca entri yang ditulis oleh Raden Al Banjari tentang Malek Noor, figur yang terkenal dalam dunia sukan dan lakonan yang boleh dibaca disini
Adakah teman dah jadi pondan, sehingga air mata teman mudah mengalir lesu ke pipi bila membaca entrinya tentang kisah Malek Noor yang mengaku dulunya beliau banyak melakukan maksiat tetapi sekarang telah insaf? Atau teman dah jadi lelaki tua yang cukup sensitif? Ah, tak kisahlah. Apa yang penting entri Raden Al banjari telah menyebabkan teman menanggis sendirian.
Apapun teman mengucapkan Alhamdulillah syukur kepada Allah dan tahniah kepada Malek Noor kerana sejak beliau mencecah usia 46 tahun beliau telah kembali ke pangkal jalan. Jalan yang diredhai oleh Allah. Semoga dia dan teman akan istiqamah dalam mencari keredhaan Allah.
Buat Raden Al Banjari terima kasih kerana entri itu walaupun beliau membuat air mata teman tumpah. Sayang sangat teman pada Al Banjari ini dan tak lupa kawan-kawan bloggers yang lain seperti Isa, Raden Jawo,Mamamat,Al-Brangi, Man Kadir, Rahimkassim, Telokbakong, Shalehuddin, Intan Hijau, BagindaReformasi,AbgBro, Mr Kolumpo, Fajridil , Dr Abdul Wahab Arbain, Prof Dr Hamirdin, Manjungmari dan tak lupa Penarik beca . Dan lain-lain bloggers Pakatan Rakyat dan yang berkecuali tanpa Parti yang terdapat dalam blog list teman.
Bloggers BPN boleh belah......
19 ulasan:
Salam Tuan Sheikh,
Nasihat yang sungguh baik lagi bermanfaat. Itulah yang dikatakan "Agama itu saling menasihati".
Salam Sifu,
Syahdu pulak baca entry kali ni..., apa pun... teman tergelak juga dengan ayat paling bawah sekali tu...
ha..ha..ha... boleh blah...
salam pak syeikh
hati wa manyak panas..mana boleh senang2 suh tutup mulut..diaorg yang mulakan dulu..then dah senyap kejap bile menang depa gatai2 pulak sebut lagi...ni bile dah panas mcm cacing nak suh kami org2 bawah yang tak berparti ni tutup mulut????ahhh gua tak kire pak syeikh..gua bukannye ahli pas pun...tapi dek sayangkan pas dan pr gua tetap akan bersuara selagi depa tak berhenti dari berangan nak jadi menteri kabinet BN
apa nak jadi...jadi lahhhh
tuan Sheikh sesekali Ulama ni kene turun tengok "gurkha PAS" ni buat kerja macam mana, sanggup bersusah payah untuk Islam dan Jemaah PAS, tiba2 nak ..... dengan UBN...sedih dan hiba keme dgn isu ini oppss tuan raden utuh albanjari dah suruh diam karang ditimpasnya aku.
Utuh albanjari apa di ulah tu.
Waalaikumus'salam Doc,
Betul kata Doc, Agama itu nasihat. Yang mampu dinasihati, saya cuba nasihatkan. Asalkan niat kerana Allah saja, bukan kerana nak dapat keredhaan manusia.
Waalaikums'salam Isa,
Semakin tua umur pak sheikh nih Isa ooii dan dengan yang demikian itu dan shahdan, ada masanya kesyahduan menjelma tiba-tiba. Mungkin masa pak sheikh semakin hampir dah nih...
Waalaikums'salam Mr Kolumpo,
Pak Sheikh faham tentang kemarahan Mr Kolumpo. Maklumlah darah muda. Kalau Mr Kolumpo rasa nak bantai lagi pada dua tiga kerat pemimpin Pas yang gatal mulut bercakap tentang UG yang mengelirukan, dipersilakanlah.
Pak Sheikh memang sentiasa baca entri terbaru Mr Kolumpo yang semakin berbisa. Baguih jugak tuh. Dalam perjuangan memang ada kepelbagaian watak.
Di zaman Rasulullah S.A.W pun ujud watak yang pelbagai. Saidina Abu Bakar lembut sebaliknya Saidina Omar boleh dikatakan agak kasar dan garang.
Mr Kolumpo mungkin jenis Saidina Omar.
Salam TBO,
Untuk pengetahuan TBO, teman agak berbeza sedikit dalam hal ulamak. Tak semua yang belajar agama secara formal boleh dilabelkan sebagai Ulamak. Ulamak bukan setakat ilmu agamanya tinggi tetapi ketakwaannya pada Allah adalah seharus mantap. Yang ramai dalam Pas ialah Ustaz biasa saja.
Dan sepatutnya para ulama dan ustaz bukan hanya sekali sekala turun padang melihat pengorbanan para ghurkha pas, tetapi perlu turun padang selalu.
Seperkara lagi, sekiranya sekerat dua pemimpin Pas pusat membawa isu UG lagi, kita bangun lagi membalun idea yang entah apa-apa.
Salam TBO,
Untuk pengetahuan TBO, teman agak berbeza sedikit dalam hal ulamak. Tak semua yang belajar agama secara formal boleh dilabelkan sebagai Ulamak. Ulamak bukan setakat ilmu agamanya tinggi tetapi ketakwaannya pada Allah adalah seharus mantap. Yang ramai dalam Pas ialah Ustaz biasa saja.
Dan sepatutnya para ulama dan ustaz bukan hanya sekali sekala turun padang melihat pengorbanan para ghurkha pas, tetapi perlu turun padang selalu.
Seperkara lagi, sekiranya sekerat dua pemimpin Pas pusat membawa isu UG lagi, kita bangun lagi membalun idea yang entah apa-apa.
salam tuan sheikh,
terima kasih kerana sudi berkunjung,
erm..abah sy masih seorang posmen,
di rumah sy di chemor perak..
sy sedang menyambung pelajaran di bangi..dlm jurusan syariah undang2..
thanks again on ur advice :)
Salam Tuan Sheikh,
Apa khabor? Mum harap Tuan Sheikh sihat-sihat selalu hendak nyer.
Tak per... tak per.... menangis ler. Lepas kita meletop geramkan isu UG, kita lepaskan pulak tension dengan mengeluarkan ayor mata syahdu.Kan lega rasa nyer lepas tu.
Syukur alhamdulillah dia dah insaf.....
Waalaikums'salam anak posmen chemor,
Kalau abah anak muda pernah pergi berkursus di Institut Latihan di Bangi sebelum tahun 2005, tentu dia kenal Pak Sheikh.
Baguslah belajar di Bangi (UKM?). Dan kalau boleh sambunglah belajar hingga ke peringkat Ph.D.
Pak Sheikh dah ziarah ke blog anak muda, bagus sangat entri-entri yang dibuat. Teruskan menulis kerana ini juga suatu perjuangan tambahan pula ketika minda masih cerah , tak seperti Pak Sheikh yang semakin luntur tahap mindanya.
Nanti Pak Sheikh akan linkkan blog anak muda dalam blog list Pak Sheikh.
Selamat berjuang wahai anak muda untuk menegakkan keadilan dan kebenaran dan dalam masa yang sama pelajaran jangan diabaikan.
Waalaikums'salam Puan Mum,
Teman seperti biasa dalam kegeringan.Dah hampir 13 tahun. Satu ujian tuhan buat teman.
Walaubagaimanapun Alhamdulillah , syukur pada Allah teman masih lagi hidup.
Entahlah Mum , teman ni mungkin anak manja, mudah sangat menitik air mata bila mendengar cerita yang boleh menyentuh perasaan.
Teman nih pada masa remaja dulu pun boleh tahan nakalnya, itu pasallah, bila membaca tentang mana-mana individu yang 'nakal' dah insaf teman cukup mudah menitiskan airmata kerana tumpang gembira.
Tentang UG, ni kalau timbul lagi, kita sama-sama tibai mengikut cara masing-masing. Teman dah tua, agak lembut sikit. Tetapi Mum punya tibai agak brutal. Teman suka membacanya.
Terima kasih Puan Mum kerana sudi ziarah orang tua yang semakin mamai nih!!!
Salam mesra Tuan Sheikh.Pada pendpt saya Tim. Presiden kurang cermat malah tak berhemat bila menjawab soalan press berhubung ceramah umum TGNA berhubung "Unity Goverment" di Muktamar PAS ke 55.Bagi ahli marhean spt kami mengundang rasa kecewa bila pimpinan atasan spt beliau ulamak pula tu menzahirkan "kurang beradab" dgn Musyidul Am yg dikasihi. Nona ratana chulaborn.
salam syg tuan sheikh.. ^_*
bila baca psal malek noor ni, rasa terharu juga. setidak2nya dibukakan juga pintu hidayah utknya. mgkin ni berkat doa allahyarhamah ibunya. sbb itu kita dituntut berbuat baik kpd kedua ibu bapa kerana doa mereka sungguh mustajab.
bercerita soal hidayah, ntah bila agaknya pemimpin kerajaan boleh dpt hidayah ni. sbb sy tgk,makin lama makin haram jadah pula perangai mereka ni. makin tua makin menjadi. apa komen tuan sheikh?
*t.kasih la sbb sudi juga tuan sheikh tulis nama sy kat bwh tu. rasa mcm terkenal pula sy dibuatnya.hehe [my blog]
Salam Tanpa Nama 2009 Jun 10 14:17,
Pak Sheikh setuju. Kawan kita tu mungkin gelojoh dan kurang cermat. Atau mungkin sengaja nak mencubit hati nurani ahli dan penyokong Pas.
Dia nih Ulamak ke?
Pada Pak Sheikh dia cuma seorang ustaz biasa.
Mengenai kebiadapan kawan kita terhadap Tok Guru Nik Aziz , Pak Sheikh cukup marah sesangat.Lalu Pak Sheikh tulis entri buat kawan kita tu.
Apapun terima kasih ziarah kat blog orang tua yang serba dhaif ini.
Salam Fajridil,
Sesungguhnya keinsafan Malek Noor sungguh mengembirakan peminatnya dan umat Islam khususnya. Betul kata Fajridil doa ibu berkaitan dengan anaknya akan dimakbulkan oleh Allah. Itu sebab itu kena menyayangi ibu melebihi kita sayang pada isteri.
Mengenai pemimpin UBN yang dah tua , tetapi tak insaf-insaf lagi, pun kita doakan dan nasihat. Kalau puak ini insaf bagus untuk umat ini.
Memang Fajridil merupakan salah seorang bloggers yang Pak Sheikh sayang..
Salam Tuan Sheikh.
Idea UG tu dilontarkan oleh TG Hadi
mungkin bertujuan nak mengetest market.Nak tengok reaksi UBN dan ahli-ahli PAS.Walau apapun idea itu
boleh diketegori sebagai idea yang
paling bodoh pernah dilontarkan pada abad ini atau mungkin sejak Benggali Putih menyerang Melaka.
Maaf Tuan Sheihk terkasar bahasa.
Bukan apa nampak macam berbelit.Hari tu,TG Hadi kata dah close.UG hanya untuk Pak Lah kata
beliau.Dengan Najib tak ada UG.
Tau-tau keluarkan balik.Saya harap
kali ni betul-betul tutup.Kalau ada paperwork UG kat TG Hadi elok
masuk dalam kotak besi campak kat laut.Nak bagus lagi campak kat Bermuda Triangle.
Waalaikumsalam Cree,
Nasib baik komen cree , sempat Pak Sheikh baca. Alhamdulllah tak terlepas pandang.
TGHH kalau nak test market, sekarang bukan masanya. Sekarang masa kita hendak memperkuatkan Pas dan Pakatan Rakyat untuk membenamkan UBN ke laut China Selatan.
Memang idea UG kelihatan tak berapa cerdik dan tidak patut dibangkitkan setelah dikatakan akan diberi full stop selapas Pak Lah berhenti. Tupt-tup disuarakan lagi. Cukup mengelirukan.
Pak Sheikh menghormati TGHH, lalu Pak Sheikh minta dia berehat kat rumah supaya lebih tenang dan bila segar kembali semua dalam saf perjuangan.
Pak Sheikh tak marah kalau Cree kata idea UG ini paling bodoh sejak bengali putih menjajah tanah Melayu. Jangan kita maki TGHH dengan perkataan 'celaka' 'jahanam' dan yang seumpamanya. Dia seorang ulama' pejuang. Cara kita menegurnya mesti cara beradap. Dia lebih mulia dari para kerabat diraja yang tak banyak jasanya pada perjuangan umat Islam. Keturunan dirajalah yang menjemput bengali putih datang menjajah tanah Melayu, bukannya ulamak.
Teruskan perjuangan wahai anak muda!!.
Catat Ulasan