Selasa, 26 Mei 2009

Nasihat Buat Husam: Jangan Ajak Dia Berdebat Lagi!

Dalam keadaan tubuh yang lemah gemalai, teman merajinkan diri menonton TV. pada jam 9.30 tadi. Nak tengok program Hujah kat TV9.

Petang tadi teman diberitahu, anak jawa Bagan Datuh, Perak , Raden Zahid Hamidi dikatakan telah menarik diri dari menyertai program Hujah.

Lawan berhujah beliau , Husam Musa , Naib Presiden Pas telah pun menulis surat yang telah difakskan siang tadi ke Mindef, agar sudilah apakiranya Zahid Hamidi hadir berhujah tentang tajuk yang telah ditetapkan iaitu 'Politik Wang'.

Teman percaya surat Husam itu yang bunyinya semacam mencabar akan membuat Raden Zahid Hamidi terangsang untuk hadir. Dia tak mahu rakyat jelata akan berkata, "Mangkuk tu, telornya telah dimakan oleh tuan punya diri sendiri".

Ah, teman berbaik sangka nih!!!

Bila tiba saat program Hujah ke udara, teman dapati moderator Hujah , Dr Agus dan bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim saja yang muncul. Yeop Bang, semakin kacak wajah beliau sejak kembali ke pangkuan UMNO !!!

Siapakah lagi, kalau bukan Haji Ezam Mohd Noor. Nak buat macam mana tonton sajalah. Ada 'point' yang teman boleh bersetuju dengan hujah Haji Ezam.

Tapi bila dia menerawang dan merapu tak tentu hala ,teman, senyum sajalah. Takkan teman nak menanggis pulak. Rugi air mata teman menitis tak pasai-pasai.

Ada bahagian tertentu , darah teman menyirap jugak, bila Haji Ezam membebel mengenai ketidakhadiran Husam Musa dalam program itu. Mamat ni sengaja buat tak tahu , Husam nak berhujah dengan anak jawa Bagan Datuh bukannya anak jawa Selangor. Nanti kalau Ezam dah jadi Naib Presiden UMNO , barulah sesuai dia berdebat atau berhujah dengan Husam Musa, Naib Presiden Pas.

Lupakanlah pasal Haji Ezam. Teman nak nasihat Husam!!:-

"Husam, sepanjang tahun ini dah dua kali Raden Zahid Hamidi malu nak hadir berhujah dan berdebat dengan mu. Raden Zahid bukan tak berani tapi dia bukan pakar berdebat dan berhujah.

Mu kena tahu , Raden Zahid Hamidi pakar dalam bidang pidato. Dia pun dah tulis buku tentang kesenian berpidato. Laku bukunya macam pisang goreng, hingga masih boleh dibeli dengan mudahnya dikedai buku 1Malaya.

Dan mu tak kan tak tahu, satu lagi kepakarannya ialah bertinju.Kalau mu ajak dia bertinju dia pasti datang. katakan mu berjanji bertinju pukul 9.00 malam ini dengan dia, pukul 3 petang tadi dia dah siap menunggu. Dan mu jangan harap, mu akan balik dengan selamat. Tempurung kepalamu pecahhh dia dan gengnya kerjakan. Kesian pada mu nanti kerana dapat Phd (Permanent Head Damage) on the spot".

Sekian saja nasihat teman pada Husam.



22 ulasan:

mudin001 berkata...

betoi, betoi, betoi!

al-brangi Online berkata...

teloq pun boleh picaaaaaah

Prof. Era Pasca berkata...

salam...kali kedua zahid buek perangai nih.... teghoknye perangai... dulu tumbuk bakal menantu bukan men berani... oh ye dulu ramai bodyguard die... lagipun pulis pun tak brani ggu die... mane tuan sheikh poie lame tak berisik blog...

TEKONG DARAT berkata...

betul tu...
tak baik layan bapok...
dosa besar...

Shalehudin berkata...

Salam sifu..
Buat malu puak UBN Penang.. dapat KPU yang dikasi teloqnya.. hu.. hu..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mudim001,

Macam bunyi cakap lingam ye? Semoga saudaraku dan keluarga sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam al-brangi,

Kalau telornyer picaaah, tentu masalah problemkan?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Baginda Reformasi,

Teman dalam kegeringan. Ini pun masih gering. Tapi sempat jugak baca blog kawan-kawan. Entri baru Baginda tentang Najib kena tangkap betoi-betoi best. Kalau betui baguihkan?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tekong Darat,

Terima kasih sudi ziarah seorang tua dan laptopnyer.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Din,

UBN tak pernah tahu malu. Begitu juga dengan Zahid Hamidi.Kesian kan?

abgBro berkata...

salam sejahtera baginda sheikh...

dukacita sy mndengar khabar tuan masih dlm kegeringan..mudah2an tuan sentiasa dikasihi Allah SWT...aminn

bila nengok ezam brhujah td tiada apa yang nk sy perkatakn melainkan harapan semoga umno terus kalah lagi dan lagii...

Allahuakbar!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam abgBro,

Terima kasih sudi ziarah teman dan mendoakan teman yang hina dina ini.

Ezam ni kalau boleh jangan dilayan. Buang masa saja.

abgBro, Takbir!!!!

ISA berkata...

Salam Sifu,

Teman pun dah mula risau mana menghilangnya sifu teman ni, ingatkan dah kena tinju dengan hantu kopek, rupanya sedang gering lagi... semua keturunan Raja ni asyik gering jer... kebelakangan ni... kenapa ekkk...

Si Raden Zahid tu pikior dia punya tinju jer..., dia tak pikior Husam punya Tomoi pulak... nanti siapa yang dapat PHD dulu.... cuba teka...?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Walaupun teman gering, Alhamdulillah teman masih idup lagi.

Isa, Husam ni bukan kaki tomoi. Dia bukan suka bertumbuk dan bertomoi. Dia memang petah berhujah. Sejak di UM lagi dia memang begitu.

Tapi kalau dia dapat bagi sebiji kat kepala Zahid baguih jugak.

Mrkolumpo berkata...

dah den agak dah...tu pasa den sajo tak tgk tv..poei keluar shopping dgn mem dan anak2 kek jusco..ado gak pekdah eh...nak tgk ezam???lagi lah den muntah belilah

sheikh teluk intan berkata...

Mrkolumpo,

Den suko bona baco entri2 terbaharu Mrkolumpo. Semakin ada ummmpphh.Pornah kerjo ket Bangi ko?

pak andak alwi berkata...

sheikh anta sakit apa?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Pak Andak Alwi,

Terima kasih kerana bertanya khabar sahabat.

Sakit ana ni dah masuk 13 tahun. Kata doktor pakar neurologist, penyakit ana dipanggil sebagai 'balance disoder'. Kata doktor tu ianya , disebabkan oleh chemical imbalance dalam otak.

Selain tu ana, pernah dua tiga kali buat pembedahan batu karang. Dulu okay. Sekarang datang lagi. Sekarang berlaku protein leakage kat buah pinggang. Maka bertambah lemah badan.

Semakin hari semakin lemah. Apapun Alhamdulillah, ana masih hidup.

Salam terima kasih kerana sudi bertanya.

Pengasas berkata...

Assalamu 'Alaikum Tuan Sheikh,

Semoga sehat-wal-'afiat.
Saya sungguh tertarik dan seronok dengan "Kalau mu ajak dia bertinju dia pasti datang. katakan mu berjanji bertinju pukul 9.00 malam ini dengan dia, pukul 3 petang tadi dia dah siap menunggu".

Memang sesuai dengan kementerian dia sekarang.

cree berkata...

Salam Tuan Sheikh.
Bagi saya bagus gak Zahid boxing tu
tak jadi datang.Syok juga layan
Mat Ezam merepek dan meraban.Lagi
lama dia bercakap,makin nampak wajah sebenar dia.Tahniah buat Mat Ezam kerana berjaya menghiburkan hati saya.Pada Tuan Sheihk,rajin makan ubat agar dapat terus menulis.

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumus'salam Doc,

Terima kasih mendoakan kesihatan saya.

Memang sesuai dia dan kementeriannya.

sheikh teluk intan berkata...

Waailaikumus'salam Cree,

Memang Pak Shikeh pun terhibur juga dengan cakap Haji Ezam. Ada juga 'point' dia yang bagus. Tapi bila dia diperangkap oleh Dr Agus dengan soalan berbentuk provokasi dia mula meraban. Bab ni yang membuat kita tersenyum dengan jenaka politiknyer.

Pak Sheikh terharu dengan nasihat Cree yang minta supaya rajin makan ubat. InsyaAllah Cree, akan Pak Sheikh tunaikan.