Khamis, 28 Mei 2009

Ada Jugak Kerabat DiRaja Yang Pintar berhujah

Setiap bangsa di dunia ini punya budaya tersendiri. Oleh sebab makan itu satu perkara yang wajib dalam hidup, cara makan juga merupakan satu budaya.Masing-masing bangsa ada budaya mereka tersendiri bagaimana mereka makan.Misalnya orang Cina menggunakan kayu (chopstick) dan orang Barat pula menggunakan sudu dan garfu. Tentu ada sebab yang rasional kenapa mereka amalkan cara itu.

Orang Melayu dan Islam makan biasanya menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa orang Melayu makan dengan tangan ? Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke 19 oleh seorang kerabat diraja Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu dalam bukunya 'Chersonese - The Guilding Off' oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut. Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya............ !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudinitu wanita tersebut lantas bertanya:

"Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga sebab":

"Pertama: Saya tau tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain yang belum tentu cukup bersih.

Kedua: Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain, sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya

Ketiga: Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam longkang.... ......... !!"

Jawapan Tengkun Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong. Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.........

Moralnya: Kita jangan lekas menghina atau memandang jijik perlakuan orang lain yang berlainan dengan budaya kita. Masing-masing ada rasionalnya kenapa mereka berbuat begitu...............


Nota: Entri ini teman salin dan tampal dari blog FajridilAdha yang boleh dibaca disini



6 ulasan:

zman berkata...

Salam Tuan Sheikh,

hamba sokong 101% hujah Tg Kudin itu.
Apa pulak rasionalnya makan dgn sudu dan garfu?
Mungkin jawapanya adalah takut tangan kotor!

Prof. Era Pasca berkata...

salam
makan ngan sudu tak sedap... takde feel.... kengkadang merase nasi kandar ngan sudu cam tak puas je...

sedikit sains dan kehidupan... di hujung jari manusia terdapat satu enzim yang mencerna seperti enzim air liur dan juga asid dalam perut iaitu menjalankan tugas yang sama iaitu mencerna makanan... jika kite makan dengan tangan, secara tidak langsung ia mencerna makanan tersebut sebelum masuk ke dalam mulut.... dan menarik sekali dengan pembebasan asid cernaan dari jari ia mendatangkan rasa yang lain seperti selepas terkena lidah cili akan terasa pedasnye, gula terasa manisnya... kalau tak pecaya boleh jalankan ujikaji... cuba anda pegang makanan anda selama anda mampu... kemudian anda hidu... pasti ia menghasilkan bau lain... basi mungkin kerana pembebasan enzim dari jari...
itulah antara salah satu hikmah dan sunnah nabi muhammad makan dengan tangan... :)

PUTUBAMBU berkata...

bagus....tajam menikam.. tapi mendalam maksudnya...

harap2 omputih2 tu semua paham le ye..

sheikh teluk intan berkata...

Salam zman,

Makan dengan sudu dan garpu ada seninya.Hukumnya harus.

Kalau nak makan dengan sudu dan garpu elok disiapkan pisau sekali.

Katakan kita ditakdirkan bersantapan dengan Raja, kalau tak pandai guna sudu , garpu dan pisau, nescaya boleh terpelanting peha ayam ke muka raja. Nanti Mufti dari planet Marikh akan berfatwa, itu tanda menderhaka pada ulil ambri!!!!!

Nota: Pak Sheikh telah linkkan add blog zman dalam blog list pak sheikh.

sheikh teluk intan berkata...

Wailaikumms'salam Baginda Reformasi,

Teman setuju makan dengan tangan adalah sunnah nabi. Dan ia baik untuk kesihatan mengikut kajian seperti yang baginda telah huraikan.

Yang penting moral entri ini, ialah mengenai terdapatnya raja dulu yang cerdik. Raja sekarang , kat nun disana , terlebih CERDIK peringkat tertinggi.Kan begitu Baginda?

sheikh teluk intan berkata...

Salam PUTUBAMBU,

Pandai putubambu nih 'read between the lines'. Pak Sheikh heppi sangat.