Rabu, 13 Mei 2009

Penyokong Zamry MB De Pangkor , Sila Baca ini!!

Peguam Hanipa Maidin dah menulis tentang keputusan Hakim Mahkaman Rayuan kelmarin. Siapa namanya? Teman tak mahu simpan namanya dalam kepala otak teman. Dia nih cukup cepat panggil Mahkamah bersidang selepas Najib 1Malaysia bersuara untuk membuat rayuan terhadap kes Nizar yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi , sebagai MB yang sah.

Teman tak tuduh, ada tangan ghaib yang mengarahkan Hakim Mahkamah Rayuan bersidang secara ekpress. Tapi teman tak boleh nak elak untuk berasa syak yang bukan-bukan. Maaf sajalah. Dan semakin kuat syak teman, Peguam Negara , si Ghani otak setahil sengaja suka terlibat dalam kes melibatkan spesis UBN. Dia nak tunjuk 'baik'nya pada Ketua UBN.

Mungkin nanti orang berkata: " Pak Sheikh jangan cakap merapu tentang hal undang-undang yang bukan bidang pengajian pak sheikh. Nanti kami kata , Pak sheikh seperti Professor Biologi berlagak seperti Professor Matematik, Pak Sheikh marah".

Oklah. Teman memang orang bodoh. Ngaji setakat darjah 6. Tapi cuba baca ulasan Peguam terkenal, lulusan University Wellington , N.Zealand. Iaitu sahabat teman yang bernama Zulkifli Nordin tentang keputusan Mahkamah rayuan semalam:-

Saya merasa dengan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali yang membenarkan permohonan Datuk Zambry Kadir untuk menggantung perlaksanaan penghakiman YA Hakim Datuk Abdul Aziz semalam yang mengisytiharan Dato Seri Mohamad Nizar sebagai MB negeri Perak yang sah.

Saya tidak nafikan mana-mana pihak yang terkilan dengan mana-mana keputusan seseorang Hakim berhak untuk membuat rayuan.Namun undang-undang memperuntukkan dibawah Aturan 13 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "sesuatu rayuan tidak boleh menggantung penguatkuasaan sesuatu penghakiman".

Ini bermakna dari segi prinsip perundangan, sesuatu penghakiman itu tidak boleh digantung atau ditahan penguatkuasaannya kecuali pihak yang merayu tersebut boleh membuktikan ujud satu keadaan istimewa dimana jika penghakiman itu dilaksanakan akan menyebabkan rayuan mana-mana pihak akan menjadi hampa (jika rayuannya dibenarkan).

Didalam kes ini, keputusan Mahkamah Tinggi sekadar mengesahkan kedudukan YAB Dato Seri Nizar sebagai Menteri Besar, dan itulah kedudukan beliau sebelum daripada ini.

Jadi tidak timbul keadaan istimewa. Ianya akan jadi keadaan istimewa sekiranya keputusan itu menyebabkan negeri Perak tidak ada MB sehingga rayuan itu didengar dan diputuskan.

Keputusan itu sekadar menyatakan Zambry Kadir bukan Menteri Besar. Menguatkuasakan penghakiman tersebut bermakna beliau perlu mengosongkan pejabat dan rumah Menteri Besar.

Sekiranya rayuan beliau dibenarkan pun ianya tidak membawa apa-apa kerugian kepada beliau. Pejabat dan rumah Menteri Besar tetap ada disitu. Jawatan Menteri Besar tetap ujud dalam negeri Pera. Gajinya pun boleh dibayar semula menggantikan bulan-bulan yang beliau tidak mendapat gaji beliau sebagai MB.


Apa yang saya nampak keadaan istimewa itu hanyalah bagi BN kerana mereka kehilangan kerusi MB. Dan kehilangan kerusi MB bagi BN bukanlah keadaan istimewa saperti yang disyaratkan oleh undang-undang untuk memberikan perintah penggantungan perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Apatah lagi Hakim Datuk Ramly dalam perintahnya menyatakan bahawa Zambry Kadir masih lagi MB. Ini adalah merit kes itu sendiri yang mana telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sebagai sebaliknya.

Bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly yang tidak membicarakan kes tersebut dan tidak mendengar saksi dan keterangan boleh menyatakan Zambry Kadir sebagai MB sedangkan Hakim yang membicarakan kes itu iaitu YA Dato Aziz telah memutuskan sebaliknya.

Selanjutnya saya hairan bagaimana Hakim Datuk Ramly boleh membicarakan permohonan Zambry tersebut dengan bersidang seorang diri sebagai Hakim Mahkamah Rayuan sedangkan undang-undang menyatakan dibawah Aturan 14 Kaedah Mahkamah Rayuan bahawa "melainkan dinyatakan sebaliknya, apabila sesuatu permohonan itu boleh dibuat di Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Rayuan, ianya HENDAKLAH dibuat di Mahkamah Tinggi dahulu" (sila rujuk juga buku Civil Procedure tulisan Jefrey Pinsler m/s 860).

Bermakna permohonan Zambry sepatutnya difail dan didengar oleh Hakim yang membuat keputusan itu dahulu iaitu YA Dato Aziz. Malahan YA Dato Aziz telah pun mengarahkan peguam Zambry supaya memfailkan permohonan secara bertulis.

Dan inilah keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v. Dato Seri Anwar Ibrahim apabila membincangkan isu permohonan penggantungan hukuman penjara terhadap DSAI dahulu sementara menanti rayuan.

Jadi bagaimana mungkin Hakim Datuk Ramly sebagai Hakim Mahkamah Rayuan boleh mendengar dan membicarakan permohonan penggantungan penghakiman oleh Zambry sebelum YA Dato Aziz mendengar dan membicarakannya!

Saya khuatir keputusan Hakim Datuk Ramly akan mengujudkan satu "precedent" baru yang bercanggah dengan semua prinsip dan keputusan Mahkamah-mahkamah sebelum daripada ini .


Nota: Sila rujuk tulisan Saudara Zul di sini



19 ulasan:

HaHs berkata...

Corect, correct, correct!

Isa berkata...

Salam Sifu,

Sifu telah membuatkan teman berasa serba salah untuk membaca entry ini, sebab tajuk itu khusus untuk pembaca dan penyokong Zambry sahaja.

Sebagai menghormati Sifu, teman bacalah juga walau terpaksa melanggar undang2 serta prinsip teman ni.

Lagipun kalau UBN boleh buat, takan kita rakyat biasa tak boleh pulak... barulah adil dan saksama, betul tak.

Lepas ni teman nak cuba langgar undang2 lain pulak... tengoklah undang2 jalanraya ke... atau apa saja... kalau hakim tanya kenapa, cakap je... kera...jaan yang ajar...

Apa pendapat Sifu? ha..ha..ha...

abdrahim kassim berkata...

Hebat meka ni,
betul-betul macam loya....

Reformis Jalanan berkata...

salam hormat,


semoga krisis politik di Perak cepat-cepat berakhir. kesian kpd rakyat perak. UBN memang tak fikirkan kepentingan rakyat, hanya fikirkan kepentingan diri.

Seladang berkata...

Adakah tangan ajaib tu tak layan dan tak bukan ialah Najib Rosmah?

sheikh teluk intan berkata...

Salam HaHs,

Dulu peguam yang seekor tu cakap macam itu. Mungkinkah Hakim correct3X dah muncul?

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikumus'salam Isa,

Tajuknya ajer gempar. Nak idup!!!

Apa yang patut dilanggar, langgar aje kalau tak bertentangan dengan undang-undang tuhan!!!

Kalau Hakim tanya, jawab aje:" Saya ni manusia biasa. Minta maaflah. Lagipun salah saya kecik aje iaitu menulis blog tanpa permit".

sheikh teluk intan berkata...

Salam AbdRahim,

Mike rasa teman ada bakat jadi loyar ker? Teman ni loyar buruklah. Ngaji tak tinggi.

sheikh teluk intan berkata...

Seladang, berat soalan tuh. Tak terjawap kawan!!!

u-the -awangliku berkata...

ada sape yg boleh amik tindakan ke? atau sekadar nk meluahkan rasa ht yg terbuku?
teman sekadar baca,buat tambah meluat kat ubn.

BR berkata...

kerana zambry UBN maka semua boleh...
NIZAR buat ini negara bagi orang ramai suka-suka... tapi ZAMBRY buat ini negara suka-suka macam mak bapak mereka punye negara....

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

keputusan berbelit-belit menampakkan lebih jelas lg bahawa pendekar-pendekar Bee eNd mmg pelakon tamil terbaik abad ini. :)
[my blog]

A berkata...

Salam Pak Sheikh,

sehubungan itu, ini komen saya yang telah beberapa hari dulu diposkan.

-Stay of execution atau penangguhan pelaksanaan perintah/penghakiman mahkamah bukannya satu keadaan dimana pemohon mendapat perintah mengenepikan perintah yang dibuat oleh mahkamah yang pertama mengeluarkan perintah/penghakiman itu.

Ini bermakna, penangguhan pelaksanaan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry bukannya bermakna Zambry boleh berbuat apa-apa fungsi sebagai menteri besar perak. beliau cuma boleh duduk saja menunggu kes rayuannya didengar oleh mahkamah rayuan kelak. beliau tidak boleh menjalankan tugas sebagai MB Perak malah tidak berhak langsung menduduki pejabat MB Perak yang telah dikosongkan semula oleh YAB DS Nizar.

Kesan perintah penangguhan itu terhadap MB yang sah hanyalah setakat beliau tidak boleh menjalankan tugasnya melalui kuasanya sebagai MB selama mana perintah penangguhan itu berkuatkuasa.

Soalan pokok siapa MB Perak yang sah sebagaimana yang diperintahkan oleh mahkamah tinggi semalam kekal tidak berubah. jadi, YAB DS Nizar ialah MB Perak yang sah dan kekal sebagai MB di negeri Perak sekarang.

Melihat kepada keadaan ini, saya berpendapat, walaupun YAB DS Nizar tidak boleh menjalankan tugas-tugasnya sebagai MB (dek kerana perintah stay itu), tetapi DYMM Sultan boleh pada bila-bila masa dan dengan serta merta meminta dan mendapatkan khidmat YAB DS Nizar.

Jadi, persoalan besar sekarang, dari mana Zambry ini mendapat kuasa untuk menjalankan kuasanya sebagai MB sebagaimana yang beliau sebarkan dimedia sekarang..?-

Judge Dread berkata...

If PEOPLE becomes THE JUDGE!:

"The Appeal is BONA FIDE"
"Najib is GUILTY!"

Knock! Knock! Knock!

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Sheikh.

Saya terjumpa blog saudara ni.

Cuma nak bagitau ada kawan saya offer saya upah utk track alamat IP (IP address) blogger2 penyokong2/ahli PR. Ikut kata kawan saya tu, upahnya bolehlah sampai berhenti kerja. Dia tak tau saya sokong mana, tu pasal dia bagitau yg projek tu under UMNO.

Saya bagitau, kalau nak pekena orang lain, mintak maaflah, bagi la banyak mana pun, tak nak buat.

Harap sampaikan kpd blogger2 lain, bahawa UMNO memang tengah nak track IP address korang.

Opss.. saudara nak percaya atau tidak, terpulang, saya cuma bagitau je, supaya saudara boleh passkan kpd blogger lain. Sebab saya pun bukannya blogger.

azizi berkata...

* um** makin penakut. takde kerja lain nak track IP semua org. menyedihkan. takut dengan bayang2.

ttg MB Perak, mahkamah malaysia dah lama terkesima dengan correct-correct-correct dan semua boleh. ;-)

AkuSaudaramu.. berkata...

Sebenarnya Islam itu 4 all... hukum Allah jelas meWAJIBKAN setiap yg bersaudara muslim menegaknya. Dlm Quran sebut dlm hadis sebut. Kewajiban itu mutlak tanpa kira bangsa yg penting muslim. 50thn lebih merdeka apa pencapaian pemerintah dulu kini selamanya buat dlm melembagakan pelembagaan syariat? Syiar pada agama dah megah. Masih lagikah meng kolot kan agama Allah? Tahap murtad sgt kritikal.. apa masih bergantung pada syiar? sememangnya syariat jua penyelesaian semua makhluk di bumi Allah ni. Hiburan terlalu asyik hingga melupakan pada muda mudi pada KEMATIAN. Saat itu lah di tanya apa pengorbananmu pada agama! bukan bangsa. Syiar juga ditanya TETAPI setelah keutamaan akidah itu atau dasar di tanya.. Percayalah parajurit2 tentera juga berjuang ibarat nyawa di hujung tanduk. Tatkala itu niat parajurit yg beragama islam telah di wajibkan di tanamkan perjuangan ini pertamanya berniat kerna Allah(agama), kerna bangsa dan kerna negara.. Sebab apa? Sbb muslim diwajibkan sebarang apa yg dilaku dituntut kerna Allah(agama) yg pertama. InsyaAllah keikhlasan itu terpancar.. jgn memandang sikap seseorg ahli kita meninggalkan dasar perjuangan Islam. Sesekali tepuk kepala tanya siapa Pencipta Mulia... Jwpn yg x di sanggah2 dari dulu kini dan selamanya dalam kalamullah kitab suci Al-Quran kepercayaan kita bila mengucap 2 syahadah.... 5 rukun islam, 6 rukun iman. Tiada alasan di akhirat untuk di tolak apatah lagi dengan alasan keduniaan yg semuanya ciptaan Allah. Org putih sampai lah yg hitam Kita berdakwah semuanya kerna Islam bkn untuk kita! Islam untuk semua. Ya! semua makhluk termasuk jin. Berbalik pada isu dasar pada Islam ini lihat2 juga ciri2 fasik,munafik yg mungkin menyentuh sensitiviti saudara muslimku.. tiada istilah kafir mengkafir melainkan pemutihan individu pada istilah ciri2 org munafik. Quran juga sebut hal demikian. Semua org juga sebut yg sama seperti Al-Quran... Adakah kita yg menyebut serta kitab Al-Quran mewahyukan untuk seluruh makhluk itu RADIKAL??? MAKA YANG SEBENAR-BENAR R-A-D-I-K-A-L adalah makhluk yang melanggar,menolak,memperlekeh hukum2 yang ALLAH Taala ciptakan untuk sekalian umat demi keselamatan dunia n akhirat. Siapa sini xtau bukak aurat tu berdosa? contoh aje ni.. paham2 dan renung2 kanlah Nabil... ok wassalam

budak kampung online berkata...

tu la yang baguih guna undang-undang british. siap boleh ubah ikut suka.

sheikh teluk intan berkata...

Salam A,Fajridil,Azizi, U-the-awangliku, BR, Judge Dread,Tanpa Nama, AkuSaudaramu, budak kampung online,

Maaf lambat respons. Teman amat tak sihat sejak entri ini di publishkan. Terlantar kesakitan.

Terima kasihlah beri komen. Semua komen teman baca.

Salam ukhwah islamiah buat semua.