Jumaat, 8 Mei 2009

Lagu Buat Ibu

Selepas Allah, Rasul dan Ahlul Bait , teman sayang pada ibu. Mengingat ibu yang sudah pergi boleh membuat mata ini berkaca. Terutama bila terbayang matanya yang memandang teman dengan penuh kasih sayang ketika teman terbaring deman panas disuatu waktu dulu. Sambil itu, ibu mengusap rambut teman dengan penuh kelembutan dan dengan perlahan dia berdoa agar anaknya yang nakal ini segera sembuh.

Itu kenangan lama. Tapi masih tak boleh teman lupa. Kalau nak cerita tentang ibu dan pengorbanannya yang tak terhingga , tidak mampu teman ungkapkan dengan kata-kata. Allah sahaja yang tahu, betapa bersyukurnya teman mempunyai seorang ibu yang sejati .

"Ibuku , bir sayang pada ibu sampai bila-bila"

Sempena Hari Ibu, teman salin dan tempek dua buah lagu buat para ibu. Teman didikasikan khusus buat Kak Chik , Puan Ja(Aniza) , Ummi Anni, Rozisalehin, A Mum Of Three Mohd, Aisyah Jamal, PutuBambu dan tak lupa buat isteri teman yang belum berhajat mendapat payung emas di sana nanti.




15 ulasan:

Prof. Era Pasca berkata...

salam....
selamat hari ibu dan kesian ibu kita dirai dengan kerakusan umno...

ISA berkata...

Salam Sifu,

Dalam berangin dengan gerombolan, lebih baik redakan dengan mengingati kepada IBU kita.

Terima kasih, teman nak telepon IBU kandung dan IBU Mertua teman dulu, serta IBU kepada anak2 teman.

Dan ingat, sifu jangan minum kopi GOJI... tak elok untuk kesihatan dan berbahaya. maklumat lanjut ada dalam blog teman.

Ros berkata...

Salam sifu..
Sayu terkenangkan ibu.. bersyukur jua masih mempunyai ibu tempat mengadu..

Saya terlebih paham setelah punyai 3 anak yang baik..

Terima kasih diatas lagu tersebut..

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh...

pd sy,tiada hari istimewa utk ibu. pd sy,setiap hari adalah hari ibu. :)
[my blog]

Seladang berkata...

Ada anak yang telah ditinggalkan ibu kerana menuntut janji dan dihancurkan dengan C4.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Bagindareformasi,

Memang kesian ibu-ibu kita. Puak UBN kalau tak menyusahkan umat, memang tak cukup syarat jadi UBN.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Baguslah telefon ibu selalu.

Teman tak pernah minum Kopi Goji. Teman dah baca entri Isa tentang kopi ini. Tak sangka , kilangnya kat Sungai Chua tempat yang selalu teman lalui kalau pergi ke Pekan Kajang. Apapun terima kasih kerana info yang penting ini. Bagus kementerian kesihatan ni buat serbuan kat kilang haram tu. Yang bagus kita kata baguskan?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ros,

Syukurlah Ros masih ada ibu lagi. Masih boleh bermanja dan mengadu hal pada ibu. Pak Sheikh dah tak ada ibu lagi.Dia meninggal tahun 2004. Emak mertua kat Pulau Pinang pun dah pergi. Itu sebab Pak Sheikh nak cari ibu mertua yang lain. Seloroh aje!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fajridil,

Betul jugakkan , hari-hari adalah hari ibu. Kita sambut tiap harilah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Betul jugakkan .Kesian dengan si anak kecil itu.Itu dia tak boleh nyusu badan. Ibunya dah kena letup. Tapi bapaknya adakan? Soalnya siapakah bapak budak itu? Ini soalan sensitif ker?

kak ja berkata...

"Ibuku , bir sayang pada ibu sampai bila-bila"

Agaknya dlm nakal2 Sheikh dulu, Sheikh tetap anak yg baik..

Kasih ibu, kasih tanpa syarat..

Saya berdoa bila saya sudah tiada nnt, anak2 akan mengucapkan ayat yg serupa ttg saya..

Terima kasih Sheikh!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Ja,

Teman memang anak yang baik sehingg ke tua. Ha ha ha ( gelak sultan ) Nakal pun semakin berkurangan kalau dibandingkan spesis UBN dan sekutunya.

Bila Cik Ja tiada nanti, teman yakin anak-anak Cik Ja akan mendoakan Cik Ja setiap hari.

Suami Cik Ja, boleh tolongkan carikan , anak-anak Cik Ja , ibu baru yang lebih muda sebagai ganti ibu kandung yang telah pergi.

Amin.

Bila Diary Bercerita berkata...

Terimakasih Pak Sheikh. Sampaikan juga salam 'Selamat Hari Ibu' pada orang rumah Pak Sheikh. Masih sempat lagi kan....

PUTUBAMBU berkata...

terima kasih Pak Sheikh... terharu rasanya...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Aishah dan Putubambu,

Pak Sheikh terlepas pandang komen puan berdua. Pak Sheikh jawab: sama-sama.