Ahad, 10 Mei 2009

Alahai Ketua Dewan Ulamak Pas!!!!!

Sebenarnya teman tak suka sentuh hal Muktamar Pas yang menjelang tiba. Khususnya tahun ini berlaku pemilihan peringkat kepimpinan pusat. Teman tahu 'leadership makes a difference' .Tak kisahlah. Apa yang teman lebih pentingkan ialah perjuangan Pas adalah untuk menegakkan syariat Allah dimuka bumi, khususnya di Malaya ini.

Tapi hari ini teman agak bara dengan Ketua Dewan Ulamak Pas yang merapu meraban dalam Mingguan Malaysia. Teman terbaca surat khabar itu semasa pi klinik petang tadi.

Dah tahu, itu suratkhabar sial, apa barang Ketua Ulamak parti teman tuh sanggup ditemuramah oleh suratkhabar sial itu.

Tidakkkah beliau sedar, surat khabar zionis Melayu itu tiap hari cuba nak melagakan golongan profesional dan Ulamak di musim pemilihan kepiminan tahun ini . Ahli biasa Pas yang telah menjadi akhbar itu sebagai candu yang mesti ditatap setiap hari akan jadi kompius. Keadaan ini sudah tentu sedikit sebanyak membantu surat khabar sial itu berjaya dalam mencapai misi jahatnya.

Nak marah pada akhbar zionis Melayu tu pun tak ada maknanya . Sebab itu memang kerja puak tersebut mencari makan.

Teman menghormati ulamak yang sebenarnya ulamak dalam pengertian yang sebenarnya dan sesiapa saja yang telah mengorbankan usia, tenaga , hartabenda hatta nyawa dalam memperjuangkan Islam melalui wadah Pas. Tak kisahlah ulamak atau bukan ulamak asalkan tak bengap macam teman dan Zamry.

Walaubagaimanapun dengan penuh hormatnya teman minta jangan ada sesiapapun pemimpin PAS dalam suasana yang seperti hari ini, dengan senang hati menyerahkan mulut mereka untuk ditemubual oleh akhbar zionis Melayu itu. Terutama bila bercakap merapu dan meraban dalam soal pemilihan kepimpinan tertinggi Pas.

Pas ada Majlis Syura Ulamak( inilah Majlis Tertinggi dalam Pas: Inilah induk kepimpinan Ulamak dalam Pas dan perlu diperkasakan lagi) , maka disitulah tempat bercakap yang paling sesuai , bukannya kat akhbar zionis Melayu tuh!!!!!

Teman mohon maaf kepada pemimpin dan ahli Pas kalau teman berbahasa kasar. Teman mengaku teman hanya hamba tuhan yang serba bodoh tapi dalam bodoh pun , teman suka pada Presiden Iran sekarang walaupun dia bukan seorang ostad tetapi dia begitu berani berdepan dengan kuasa besar dunia.

Teman mahu pemimpin Pas tak kira ulamak atau bukan seberani dia. Maka cepatlah UBN tumbang!!!!!




8 ulasan:

anami berkata...

pak sheikh,
kita tak boleh samakan presiden iran dgn profesioanl yg terdapat di 1mesia. sbb walaupun dia dikatakan profesional ttp ilmu agama ahmadinejad sgt hebat krn sistem pembelajaran di iran bukan sekular spt di imesia ku ini. sbb tu, bg saya kepimpinan ulamak masih lagi relevan, selagi sistem pembelajaran sekular masih diamalkan di negara kita.

sekadar pandangan, ntah2 pada pak sheikh aku ni mcm meraban saja..maaf.

Amri Mat Saaid berkata...

salam pak sheikh

bukan menolak kepimpinan Ulama tapi biarlah ulama yang........ dan tak mudah ditipu, ni kena ntbu dek Utusan meloya dah setuju untuk di ntbu, tahu dah kan mcm mana sikap dan pembohongan utusan meloya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Anami,

Memang betoi tradisi pembelajarn ilmu di Iran tak sama kat 1Malayia. Dan sila ambil perhatian Pak Sheikh masih menyanyung kepimpinan ulamak. Itu sebab Majlis Syura Ulama, Pak Sheikh minta supaya diperkasakan lagi. Ini membezakan kita dengan parti UBN dan yang lain-lainnya.

Pak Sheikh pun tak kisah siapa yang memimpin. Tapi kalau boleh pemilihan dibuat secara syura. Itu lebih baik dan sesuai. Ini dilakukan oleh banyak gerakan Islam di dunia.

Anami tidak meraban. Pak sheikh beretuju dengan kebanyakkan pandangan Anami. Hanya Pak Sheikh bara sikit kerana Ketua Dewan Ulamak melayan akhbar zionis Melayu yang korjenya selalu konar dan putar sini sana.

tumis berkata...

Zionis Melayu ni bahasa yg agak keterlaluan. Sedara org Arab ker?

Adakah anak Tok Guru Nik Aziz akan di panggil Zionis Pas pula?

Adakah org melayu yg dah kawin dengan yahudi? Jika ada, mmg layaklah dipanggil dgn gelaran tersebut.....sekiranya dia juga menurut perintah agama yahudi.

Rasanye tidak ada negara lain yg dipanggil Zionis kecuali seperti yg sedara ketahui sendiri.

Adakah Malaysia sekarang negara Zionis?

Apa itu Zionis?

~yg musykil lagi tidak pandai=ana~
tulun ajarkan

sheikh teluk intan berkata...

Waalaikussalam Saudaraku Amri Mat Saaid,

Kepimpinan Ulamak masih relewan. Lihat penjelasan Pak sheikh kat atas. Yang menjengkelkan Pak Sheikh terdapat ramai ahli Pas yang boikot Utusan Malaysia dan sekutunya,tetapi terdapat segelintir pemimpin Pas masih terliur untuk ditemubual oleh ahkbar zionis Melayu.

sheikh teluk intan berkata...

Salamat sejahtera Tok Perak,

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

cree berkata...

Salam Sheikh.
Saya amat bersetuju dengan tulisan
tuan.Sejak bila surat khabar tu berminat dengan muktamar PAS.
Jawapannya sejak ameno dah teruk.
Jadi pemimpin PAS tidak perlu melayan jika diaorang nak interview.Ini tak,pantang orang sua
mikrofon.

sheikh teluk intan berkata...

Salam cree,

Sori lambat respon. Terlepas pandang. Ghopernya kita satu kepala.