Isnin, 11 Mei 2009

Hanya Zamry Yang Sanggup Bunuh Isterinya!!!!!!






Tiga lelaki Johari, Nazri dan Zambry sedang bersiap siap untuk mengikuti ujian akhir untuk menjadi ahli parti EGO. Pegawai bertugas menyatakan yang didalam ujian akhir mereka ini, mereka dikehendaki membunuh isteri masing masing.

Pegawai itu memberi senapang pada Johari dan dia kemudiannya masuk ke bilik sebelah dimana isterinya berada. Beberapa minit kemudian lelaki itu keluar dan mengatakan dia terlalu cinta kepada isterinya, tak kuasa ia membunuhnya. Pegawai itu tersenyum, sekaligus menandakan Johari gagal menjadi ahli parti Ego.

Dia kemudian menghulurkan Nazri senapang sebelum memasuki bilik yang lain untuk membunuh isterinya. Sepuluh minit kemudian dia keluar dan menyatakan.. betapapun dia ingin jadi ahli parti Ego, dia tak sanggup membunuh isterinya sendiri. Pegawai menggeleng geleng kepala tanda gagal melepasi ujian akhir itu.

Kemudian pegawai itu memberikan pula senapang kepada Zambry dan dia pun masuk bilik dimana isterinya berada.. setelah 15 minit mereka semua mendengar bunyi tiga kali tembakan. Kemudian selang beberapa minit.. lelaki itu(siapa lagi kalau bukan zambry) , keluar dengan nafas termengah-mengah dan berpeluh..

Pegawai itu bertanya apa yang terjadi.. dan Zambry menjawab "Tuan bagi senapang peluru kapur.. jadi saya terpaksa mencekik leher isteri saya untuk membunuhnya."

Pegawai itu mengangguk sedikit terpegun.. anda lulus.. anda kini adalah ahli parti Ego..

(Pssst.. Zambry bunuh isteri tua kerana isteri keduanya lebih muda dan cantik..)


Nota: Entri ini teman salin dari blog sahabat teman Shalehudin (klik disini) dan ditampal kat blog teman sementara menunggu keputusan Mahkamah yang tinggal tak berapa jam lagi dari sekarang , berkenaan siapakah di antara Nizar dan Zambry yang akan diiktiraf sebagai MB yang sah kat Perak. Menurut sahabat teman ISA keputusannya boleh dijangkakan. Baca tulisan beliau disini

5 ulasan:

abgBro berkata...

salam paduka sheikh..

walaupun ramai yg sudah menjangkakn keputusan mahkamah hari namun harapan saya tetap tinggi melangit agar keputusan memihak pd rakyat dan tidak pd nafsu najib zamri...

walau saya sedar UBN bkn lah parti labu kunduq mendiamkan diri bgitu shj, saya sedar 1000 cara mereka sedang lakukn bg memmenangkan nafsu mereka termasuk sanggup 'mencekik' bini tua td..haha

saya juga sedar jika harapan tinggi saya itu tk tercapai dan saya jatuh dek krn itu, walau jasad tidak sakit tetapi hati jiwa dan perasaan saya akan sakit...

paduka, kita sudah lama disakiti..

maohon patik..

Allahuakbar!!

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

agak2 sape la yg menang kes MB ni ye. harap2 mahkamah tak teruskan tradisi baghal mereka dlm membuat keputusan.
[my blog]

Tanpa Nama berkata...

NI APA PUNYA BLOG ...

isnyallah keputusan akan berpihak kepada kerajaan islam BN ..bukan kerajaan dap perak

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Sekadar melayan imaginasi liar saya..

Bagaimanalah agaknya kalau Zambry yg diberi senapang dulu, kemudian baru Nazri dan Johari..

sheikh teluk intan berkata...

Salam abangBro, Fajriril, Cik Ja,

Sori lambat respon.Apa yang terjadi telah terjadi. Zamry mungkin sanggup bunuh isteri keduanya kalau TUANnya suruh.