Selasa, 21 April 2009

Warkah Dari Raden Al Banjari, SDKA

Warkah(asalnya Email) ini dari patik pacal yang hina mempersembahkan untuk bacaan ke bawah Duli Raja Segala Raden yang kini bersemayam di Istana Teluk Intan yang lip lap lip lap siang juga malam. Menjunjung Duli.

Adapun warkah ini dikirim, bukan mahu menyembah derhaka, jauh sekali untuk menderhaka, kerana patik pacal yang hina sungguh teruja dengan kurniaan bintang yang telah Tuanku berikan kelmarin. Patik juga merasa sungguh terharu apabila sehari selepas kurniaan bintang SDKA itu benar2 meruntun hati patik bila melihat alam ciptaan Tuhan turut 'menangis' gembira.

Sungguh benar Tuanku, kelmarin jam 5 petang hampir 200 buah rumah hamba rakyat di Bachok, Kelantan remuk dibadai angin taufan. Sayugia patik menyusur bicara ini memaklumkan bahwa sejak malam tadi, hampir separuh dari negeri Tuanku dari Kuala Berlumpur hingga ke Kuala Peh..Liss diterkam cahaya kilat dan petir, yang sabung menyabung. Benar Tuanku, pada pagi ini, seluruh negeri Tuanku ini juga lencun bermandikan air, kabus hingga ke tengahari. Itulah penghargaan alam kerana kemurahan Tuanku menganugerahkan bintang2 kepada segala raden di dalam kerajaan langit Tuanku. Ampun Tuanku ! Hamba pacal yang hina memulakan bicara peringkat kedua..

Maafkan patik Tuanku, bukan patik mahu menjulang derhaka kepada Tuanku kerana patik engkar hadir bertamu di majlis Tuanku tempohari. Sesuai dengan persalinan patik sebagai seorang raden, sudah pasti patik amat kalis akan sindrom spesis 'melayu mudah lupa'. Tidak Tuanku. Patik pacal yg hina tidak begitu Tuanku. Terus terang patik menyambung bicara, patik tidak dapat hadir ke majlis doa selamat di hari keputerahan Tuanku di Masjid Diraden Ansoniah itu kerana patik dan sekelian hamba rakyat terasa gementar sangat-sangat Tuanku.

Sesuai dengan persalinan patik dan sekelian hamba rakyat, ke majlis Tuanku di masjid itu senanglah hanya dengan hanya memakai ketayap dan kopiah putih berkain pelikat sahaja, Tuanku. Benar Tuanku ! Ampun Tuanku, kerana niat untuk bersama Tuanku meraikan majlis itu tidak dapat dipenuhi. Patik dan sekelian hamba begitu gerun Tuanku, bila menghampiri Masjid Diraden Ansoniah pada senja itu Tuanku, gerun kerana melihat laskar2 bertopi merah dan berbaju perisai, juga tok2 SILOP melingkari seluruh masjid itu Tuanku. Patik dan sekelian hamba rakyat bimbang disaman kerana tidak memakai helmet ke masjid, Tuanku ! Sedangkan saman tak pakai helmet itu hari pun, patik dan sekelian hamba rakyat belum mampu membayarnya. Ampun Tuanku !

Patik serta sekelian hamba rakyat juga begitu terkesima melihat bala tentera yg sungguh2 berjaga di setiap pintu masuk masjid Tuanku, adakah negeri Tuanku telah diserang Garuda ? Sedangkan esok hari Tuanku begitu ceria mengurniakan darjah kebesaran SDKA kepada sekelian raden yang Tuanku pilih ? Molek sungguh patik pacal yang hina ini menyambung bicara, sekiranya suasana ceria itu seperti hari anugerah bintang, nescaya majlis doa selamat di masjid Diraden Tuanku akan dipenuhi oleh puluhan ribu hamba rakyat Tuanku. Apakah memanda menteri Si bendahara Pasola tidak menasihati Tuanku ? Malang sungguh jika mamak Bendahara hanya menjadi si buta dihadapan Tuanku. Jika patik menjadi Tuanku, sudah pasti patik akan humbankan memanda Pasola itu ke lubang kubur, kerana kemuliaannya ada disitu, menjadi pengali kubur. Bukan memanda Bendahara di negeri Tuanku.

Akhir kalam patik menyusur bicara, patik gumbira dan sangat berterima kasih kepada Tuanku kerana Tuanku sedar walaupun Tuanku seorang kerabat DiRaden, tapi Tuanku tak aksyen. Ampun Tuanku..Duli Raja segala raden, siRadenraja Sheikh Teluk Intan.

Majlis gemilang pengurniaan darjah SDKA dapat diikuti secara terus di channel di sini.

Nota: Entri di atas dipetik dari blog al banjari online yang tulisan asalnya disini

9 ulasan:

ISA berkata...

Salam Tuanku Sifu,

Benar sungguh bicara Raden AlBanjari, mengapa hampa tidak terperasaan lansung dengan "kedaulatan" tuanku di malam penganugerahan darjah kebesaran SDKA. Yang di iringi dengan petir dan hujan.

Tidak seperti kerabat tuanku yang bernaung di negara disana, berdaulat dengan kuda putih dan bertopi merah bersama asapnya dan cairan gatal.

Kedaulatan yang di redhoi adalah lebih mulia, bukannya kedaulatan ciptaan manusia yang boleh di adjust bila-bila masa.

(ha..ha..ha.. gelak raden-raden dari atas kayangan)

sheikh teluk intan berkata...

Salam Raden Isa,

Beta bukan saja berketurunan raja tapi berketurunan Nabi. Ini rahsia kita berdua aje. Nabi Adam a.s. Siapa tak kenal dia. Beta dari keturunannya.

Yang mengaku bahawa dia adalah keturunan ahlul bait, kena check betoi-betoi. Tapi beta dah kompem keturunan Nabi Adam.

Itu sebab ,beta lebih berdaulat dari raja-raja yang hanya berulat.
But please, never ever you disclose my real identity.

Prof. Era Pasca berkata...

penulisan berat sangat la tuan sheikh... hehe

Prof. Era Pasca berkata...

sila lah melawat kesah di sebalik kekecohan sidang DUN MELAKA yang diwar-warkan media TORTOQ UMNO...
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/lucah-mr-lee-dan-betty.html

abgBro berkata...

Salam paduka raja siraden sheikh..

arakian,,patik sangat terkasima dengan penganugerahan darjah SDKA, tergamam sungguh umpama tergamamnya memanda menteri akhbar darulmakmur takala diperintah membayar ganti rugi RM63 jota kpd syarikat SGM angkara mengencing kontrak pembalakan..

paduka raja,,jika nak dikira apalah jasa patik atas pengurniaan ini, nak kata baru setahun jagung pun tidak malahan benih jagung tak bercari lagi..namun atas rahmat kasih sayang anugerah ilahi tiadaa mengenal kroni melainkan mengikat silaturohim antara rakyat dan bangsawan..

terima kasih paduka raja siraden sheikh..

Allahuakbar!!

senyuman indah itu milikku berkata...

salam tuan sheikh..

patik amat berbesar hati di atas darjah kurniaan yang tuan hamba beri. tiada semena-mena,patik dapat gelaran RADEN. patik tak buat apa-apa pun. patik makan duit rakyat je. kebas sana kebas sini, bom sana bom sini, rasuah sana rasuah sini. kalau patik tak buat semua tu, patik rasa tuan hamba berkira-kira nak beri gelaran RADEN ni. "kata jibotak kpd rajanya"

sheikh teluk intan berkata...

Salam Baginda Reformasi,

Memang tulisan Al Banjari ini kalau di baca sekali lalu nampak susah nak faham. Tetapi kalau dibaca arah mana tujuan tulisannya dan dibaca apa yang tersirat , ianya sungguh berisi.

Untuk pengetahuan Baginda Reformasi pak sheikh agak terlewat baca entri terbaru Baginda. Kalau tidak sebelum jam 12, pak sheikh akan salin dan tampal kat blog ini. Bagus isinya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fajridil,

Atas dasar kasih sayang seorang raja yang tak akyen, beta senaraikan Raden Fajridil sebagai penerima Darjah Kebesaran SDKA.

Sememangnya Raden Fajridil layak menerimanya kerana menjunjung perjuangan untuk kebenaran dan keadilan.

Ohhh, Raden Fajridil dah pandai guna ayat sinikal ye!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam abgBro,

Betakan raja yang tak aksyen. Tak kisahlah baru setahun jagung, tapi yang penting abgBro, juga pejuang kebenaran dan keadilan.

Teruskan menulis abgBro.

Allahuakhbar!!!!!!!!!