Khamis, 23 April 2009

Perdana V6: Zambry Orang Paling Genius Zaman Ini!!

1. Zambry orang paling genius zaman ini, selepas Hawking mungkin. Setelah A Brief History of Time tulisannya yang saya anggap lebih kepada jalan orang-orang cerdik mencari Tuhan (walaupun hingga kini masih belum jumpa) saya menjangkakan masanya telah tiba untuk kita lihat zaman pemasyhuran seorang MB melalui sebuah karya yang boleh saya tajukkan A Truncated Life of Camrys. Itu kalau Zambry setuju. Dengan harga lelongan yang dicadangkan dan perkiraan untuk menggantikannya dengan PerdanaV6, saya amat sangsi method kiraan life cycle cost yang Zambry buat. Kereta yang disebut kebangaan nasional itu telah diketahui dunia tinggi pangkat kecacatannya. Saya tertanya-tanya di medan pertarungan mana MB baru itu berada sebenarnya. Seakan saja seat kulit kereta itu tidak disamak lagaknya.2.

2. Disaat ajalnya (Nabi) Musa didatangi malaikat untuk dicabut nyawanya. Beliau berkeras untuk hidup lebih lama yang menyebabkan malaikat terpaksa berpatah balik menemui Tuhan. Saran Tuhan agar Musa menepuk tapak tangannya pada seekor sapi. Bulu sapi yang terlekat pada tapak tangannya akan dikira bilangan tahun yang beliau akan dilanjutkan umurnya. Mahathir diera Najib bagaikan diberi lanjutan masa sebagaimana Musa. Lagak Perdana ditukarkan injin V6. Bala apa yang melanda beliau seakan saja zaman kutukan terhadap beliau telah kembali untuk kedua kalinya tidak dapat saya teka. Beliau menafikan menjadi penasihat atau konsultan pada Najib. Okay, itu semua orang tahu(!). Dan sekarang percakaran mulut peringkat tertinggi berulang. Kerajaan Najib tidak akan sunyi selagi Nazri dan Johari ada di situ. Dan Mahathir saat ini sangat berekonomi dalam menghabiskan talian hayatnya.Bagi saya Mahathir masih boleh memberikan buah fikiran dan sumbangsaran secara positif. Cuma pada umur sekarang beliau sudah lupa apa itu positif-negatif. Membela dan menyebelahi beliau pada keadaannya sekarang bagaikan berpatah balik ke belakang. Berpatah dari Camry ke PerdanaV6, dengan semarakan nostalgia, dan bodykits.

Nota: Entri di atas adalah tulisan kawan teman saidmirro. Entri asalnya boleh dibaca di sini.

11 ulasan:

kayakingworldbiz.com berkata...

ini keje orang yag hilang fikiran...itu yg dapat saya katakan...bengong nama je ada PHD..(pingat hasad dengki..layak itulah panggilannye). lebih baik kasi lembu je cert. itu. pak itam pak itam..

fajridil adha berkata...

salam tuan sheikh..

semalam sy nak tulis psal ni tp ada byk keje lain yg kena disiapkan..
zambry ni mmg xguna la. tak pandai bkira2. mgkin dia tau hg makanan kat kedai mamak je.ini lah jadinya bila tambi memerintah..

Isa berkata...

Salam Sifu,

1) Zamry, jika menerajui sebuah syarikat, pasti syarikat itu akan lingkup. Kerana congakkan perkiraannya jauh melencong. Satu keputusan yang teramat BODOH.

2) Saya percaya dan kembali kepada apa yang di perkatakan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Nor.

Sebelum Izrael datang menjemputnya, dia akan memalukan dirinya sendiri akibat permainan politiknya selama ini.

Sekarang ini pun kita boleh lihat, dulu orang2 yang menyanjungi beliau telah berani kurang ajar dan memalukan beliau kembali, jadi dimanakah harga dirinya sebagai bekas Tun PM. Tiada....

Tanpa Nama berkata...

Lelong Camry

Dari Maklumat maklumat yang saya baca disana sini:

1. Harga belian (mungkin tanpa cukai) camry Rm96,000; Perdana V6 Rm102,000.
2. Harga mula lelong camry RM140,000.

Kalau maklumat di atas betul, saya kira Dr Zambri punya otak bisnes.

Mari kira:

Andaian semua camry habis terjual dengan harga terendah RM140,000.

Harga jual 140,000 x 16 = 2,240,000

harga beli RM96,000 x 16 = 1,536,000

Untung = 704,000


Macammana?

Bah Lontok berkata...

PAS sebenarnya tidak kuat.
Kekuatan PAS cuma dari sokongan cina dan india.

Dulu cina dan india ini sokong UMNO, mereka dapat untung banyak.

Sekarang mereka sokong pula PAS, mereka serupa ugut UMNO, UMNO terpaksa ikut kemahuan mereka. Kena beri banyak bantuan dan kemahuan yang mereka tuntut.

Kaum cina dan india ini sangat bijak. Bila mereka sudah dapat lagi banyak untung, mereka akan tinggalkan PAS pula, seperti mereka pernah tinggalkan UMNO.

PAS sangat mudah diperdayakan oleh cina dan india ini. Baca sikit ayat koran dan percaya kunun nya cina nak masuk islam/sokong islam.

Pada fikiran Bah yang tolol ini, kaum cina sangat penipu.

PKR semua bekas ahli2 UMNO yang tidak berguna. Dah banyak kali tipu PAS - dua orang PKR lompat keluar parti - kerajaan PAS Perak tumbang.

Tanpa Nama berkata...

Utk perhatian tanpa nama, Camry tu tak bebas cukai. Harga beli RM 167,000. Kera..jaan tak bagi pelepasan cukai walaupun dipohon oleh kerajaan Perak.

So.. beli RM 167,000 sebuah
Jual RM 140,000 sebuah
Rugi RM 27,000 sebuah

Jumlah rugi = RM 432,000

Isa berkata...

Aku sokong Tanpa nama 15.27, harap tanpa nama 10.10 dapatkan info dengan lebih jelas sebelum komen.

Reformis Jalanan berkata...

Salam Sheikh...

dgn penuh hormat saya menjemput sdra ke blog saya di http://reformisjalanan.blogspot.com/

TQ.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa dan kawan-kawan yang lain.

Terima kasih kerana beri komen. Komen sakai tu yang paling baguskan?

Tanpa Nama berkata...

Salam.....tuan laluan, cuba tengok:

http://www.pemimpinrakyat.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

Great blog! Do you have any tips for aspiring writers?
I'm hoping to start my own blog soon but I'm a little lost
on everything. Would you recommend starting with a free platform like Wordpress or go for a paid option?
There are so many options out there that I'm completely overwhelmed .. Any recommendations? Appreciate it!

my web page click the following internet page