Sahabat beta Raden Al Banjari , dan beta sendiri secara kebetulan ,lahir pada 12 Mac tetapi tahun yang berbeda. Beta ditakdikan lahir lebih awal untuk melihat alam ciptaan tuhan. Raden Al Banjari ditakdirkan dilahirkan terlalu lewat. Maknanya beta entah berapa kali ganda lebih tua dari Raden Al Banjari. Oleh kerana beta lebih tua,maka Raden Al Banjari memang sewajarnya menghormati beta.
Beta tak akan tergila-gila menitahkah , Raden Al Banjari mengangkat tangan dan menyembah beta. Beta sedar , walaupun beta seorang kerabat diraja, tapi beta hanyalah seorang hamba tuhan yang ciptakan oleh Allah, Rabbul Jalil untuk menghuni bumi dengan missi (menyembah Allah dan menjauhi Taugut) yang besar ini sebelum dikembalikan kepangkuanNya.
Dipendikkan cerita,beta sesungguhnya seperti insan biasa yang setiap hari , bermentedarah, keluar masuk toilet dan kalau sihat beta tidak lupa untuk bersuka ria dengan isteri yang masih berat hati untuk memperolehi payung emas di syurga nanti.
Raden Al Banjari pun insan biasa, walaupun dia pun mungkin kerabat diraja Banjarmasin. Begitu juga dengan raja-raja lain yang masih bernafas di atas muka bumi ini pun sama saja seperti hamba tuhan yang lain. Yang membezakan seorang insan dengan insan yang lain ialah takwa. Raja di bukit, di gunung, di laut, di darat, di utara, di barat , di selatan dan di timur perlu tahu persoalan yang begitu fundemental ini.
Untuk makluman rakyat jelata sekalian , walaupun hari jadi beta yang sebenarnya sudah berlalu, tapi hari keputeraan beta disambut secara rasmi pada hari ini.
Rakyat biasa tentu tertanya-tanya mengapa beta adakan sambutan pada hari ini . Perlukah beta jawab soalan yang timbul dalam kepala otak rakyat jelata yang beta kasihi? Kalau beta kata " itu beta punya fasalah " , bunyinya terlalu kasar pulak. Oleh itu rasanya tak perlulah beta jawab.
Apa yang penting, beta dengan hati yang lapang dan tenang mengadakan sambutan keputeraan beta pada hari ini bersama permaisuri beta yang belum sanggup dimadukan dan disertai juga oleh lima orang anakanda beta secara ala kadar. Makan bihun goreng aje dan doa selamat yang ringkas.
Sesungguhnya beta tak gunakan duit rakyat walaupun sesen pun untuk sambutan hari keputeraan beta pada hari ini. Kalau beta buat secara besaran-besaran pun, beta akan gunakan duit dari poket beta sendiri dan beta akan menjemput rakyat jelata yang fakir miskin untuk bersantapan bersama-sama. Bukankah cara ini lebih afdol dan bersesuaian dengan semangat ajaran Islam yang sebenarnya?
Beta mendapat khabar bahawa terdapat raja-raja lain di atas muka bumi ini menyambut hari keputeraan dengan hanya menjemput orang kenamaan yang perut mereka sudah terlebih makan. Tidakkah mereka tahu bahawasanya, Rasulullah s.a.w tak suka amalan hodoh ini. Kalau beta bercakap tidak benar, cubalah bertanya kepada para ulamak yang sah taraf keulamakannya. Tolonglah , jangan bertanya para Mufti dari Planet Marikh. Spesis Mufti dari Planet Marikh tersebut akan berdentum dentam menjawab : "TakK BERDOSA TUANKU!!!!!!"
Lupakan soal para Mufti dari Planet Marikh . Biarkan mereka terjun dengan raja-raja mereka.
Sempena sambutan hari keputeraan beta pada hari ini , izinkanlah beta bertitah sekejab saja: "Beta, walaupun keturunan kerabat diraja Sumatra , beta tak akan duduk tinggi di atas kehendak politik rakyat. Kehendak Rakyat yang baik-baik akan beta galas dibahu beta . Sesungguhnya beta hanya mengharapkan diri beta yang hina dina ini agar sentiasa dapat duduk di bawah payung kasih sayang Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Di bawah PayungNyalah tempat beta menumpang berteduh. Semoga Allah tidak menjadikan beta seorang kerabat raja yang jahat seperti Mahararaja Firaun".
Dan sempena sambutan hari keputeraan beta hari ini, beta dengan rasa rendah diri menganugerahkan darjah kebesaran SDKA yang membawa maksud 'Semoga Dapat Keredhaan Allah ' kepada para bloggers Pro PR .
Anugerah darjah kebesaran ini didahului oleh Raden Al Banjari ,Raden Isa, Raden Jawo, Raden Baqak Hak ,dan Raden TelokBakong (TBO)
Diikuti pula , Raden Ali Maidin, Raden Ahmad Lufti Othman, Raden HaHs, Raden Mudin, Raden Cucu Mat Kilau ,Raden budak Parlimen Bgn Dth ,Raden Kopitiam Bang Nan,Raden AbdRahim Kasim. Raden Cik Lee, Raden Ibnu Hasyim (abang ipar teman), Raden Abu Saif, Raden Shalehuddin, Raden MSK, Raden Murai Senja,Raden Al Brangi, Raden Greenboc, Raden Prof Dr Hamirdin , Raden Dr Abd Wahab Arbain, Raden Hisyam Rais, Raden Mountdweler, Raden Adnan Binjai, Raden Baginda Reformasi, Raden Aduka Taruna, Raden Tok Peran aka Seladang, Raden Mamamat, Raden Manjung Mari, Raden Intan Hijau, Raden Abu Fatihah, Raden Hasbullah Pit, Raden Mr Kolumpo, Raden De'Anje, Raden Azizi , Raden Angkasanuri , Raden Muhaimin Sulam, Raden Ajijoi, Raden Tarmizi Mohd Jan, Raden Labun Kulup Sakah, Raden A-I-B, Raden Harimau Menaib, Raden Cenangau, Raden Nikhassannazmi, Raden AlHussyen, Raden koplwngout, Raden perundingperiuknasi, Raden PakKeramu, Raden Kulat Lapok, Raden Basuh Baju, Raden Fajridil Adha, Raden Sofi Wahab,Raden UdangLipan, Raden Lamputih, Raden Pak Andak, Raden Pak Utih, Raden Kassim Selamat, ,Raden Said Mirro , Raden Bongkar Sauh ,Raden Biaqpilah, Raden abangBRO, Raden Perfectwater75 dan Raden Zubli (yang blognya sudah dinaikkan taraf sebagai blog exclusive untuk orang-orang tertentu saja). Dan ramai lagi yang teman tak sempat nak masukan dalam senarai. Kalau teman ingat, teman akan masukkan kemudian.
Anugerah ini juga tak lupa beta anugerahkan kepada bloggers wanita, di antaranya: Puan Ku A Mum Of Three Mohd, Puan Ku Ummu Anni, Puan Ku Kak Chik, Cik Ku Sya-reformis, Puan Ku Ja, Puan Ku Aisyah Jamal, Puan Ku Putubambu, dan Puan Ku Waterlily. Maaflah, Bloggers wanita yang lain , beta kurang ingat sebabnya ramai sangat yang dah BERPUNYA. Ha ha ha (gelak raja)
Tak lupa beta anugerahkan darjah kebesaran yang sama kepada pembaca setia blog ini , iaitu si Raden A dan Raden Pak Oncu.
Anugerah darjah kebesaran SDKA ini , beta percaya lebih bermakna dan tinggi kedudukannya dari darjah kebesaran yang membawa gelaran Sir , Tun, Tan Sri, Datuk Seri dan Datok yang di dikurniakan oleh raja-raja dari Timur dan Barat!!!!!!.
Bak kata Raden Isa , Pingat SDKA boleh dibawa ke kubur !!!(tambahan terkini: dalam entri asal tak ada sebaris ayat ini)

57 ulasan:
esoknya hari lahir beta pula..hehehe!
Salam nami o fish.
Selamat hari jadi Raja nami o fish, esok.
Salam Sahabat Beta TBO,
Asalnya memang ada dalam senarai . Tapi beta hairan mana pulak perginya. Mungkin tak sengaja terdelete. Ampunkan beta.
Beta dah letak dalam senarai yang teratas sebagai penerima pinggat yang beta anugerahkan atas jasa Raden TBO. Percayalah blog Raden TBO tak pernah beta lupa.
Salam Sifu,
Memandangkan isu agama Islam, isu makhluk kayangan, isu orang bangsawan dan pelbagai lagi yang melibatkan individu yang tinggi2 belaka adalah suatu isu sensitif dalam negara takluk tuanku ini.
Namun hamba dengan bangganya menerima anugerah ini kerana ianya anugerah yang paling berprestij dan tertinggi sekali dari semua anugerah yang ada di dunia ini.
Dah tentu2 anugerah ini boleh bawak masuk kubur, selamat dunia akhirat.
Cuma hamba tak puashati dengan tuanku, kenapa nama hamba dalam senarai penerima nombor empat....
Aaiiyyaaa... cina chiakap manyak sueyyyy oooo.... ha..ha..ha..
*** Anyway satu posting masak lemak cili api.... pedassss, nanti masuk kubur nak tempah kain kapan sutera boleh tak??? ***
Salam Raden Isa,
Beta dah letak nama tuan hambat selepas Al Banjari. Beta cinta pada keadilan, tapi tak sangka beta berlaku tak adil pada Raden Isa. Sedangkan, tuan hambalah yang banyak beri beta semanggat . Ampunkan beta.
Tuan ,hambalah sahabat beta di dunia dan akhirat.
Masuk kubur berkapankan kain biasa cukuplah. Janji tak kena hentak oleh malaikat mungkar nangkir.
Salam Tuanku Sifu..
Hamba mohon sembah derhaka berpuluh kali sekali lagi, ini kerana tuanku masih tidak berlaku adil terhadap rakyat.
Hamba hanya komplen, kenapa nama hamba disenarai nombor empat. Hamba tidak kisah kalau tuanku letakkan dalam senarai nombor 3A sekalipun, seperti dalam lif atau tingkat bangunan macam PWTC tu...
Tuanku tidak berlaku adil kerana mengamalkan amalan kronisme, apabila mengubah kedudukan nama hamba dan menghilangkan nama sahabat hamba yang bernama RadenJowo.
Hamba tidak mahu di cop sebagai perampas seperti yang berlaku kepada rakyat tuanku yang berketurunan mamak pulau itu.
Namun hamba amat berbangga dengan tuanku kerana kebijaksaan dan kecekapan tuanku menyelesaikan masalah dengan begitu pantas, walau ada yang terkorban dari senarai anugerah tersebut.
Semoga tuanku menyedari dan menginsafi kekhilafan tersebut dengan perbanyakkan istighfar dan memohon keredhoan ALLAH SWT.
(sambil berbisik) psss.... tuanku, hamba ini dikira menderhaka ke..? tak kena charge di mahkamah ke..??? kerana menghina tuanku???
Terima kasih tuanku, kerana tidak berlagak sombong dan sudi menerima teguran dari hamba ALLAH yang hina dina ini. Semoga tuanku mendapat Rahmat dan KeredhoanNYA... Aminnnn...
Salam Isa,
Sesungguhnya beta semakin nyanyok sekarang. Beta secara tak sengaja teerpadam sahabat kita, si Raden Jawo. Dia sesungguhnya di antara blogger yang banyak menolong beta.Beta dah masukkan balik. Betapun sayang pada dia. Dia suka berjenaka dengan beta.
Beta tak anggap tuan hamba menderhaka, walaupun ciri-ciri menderhaka tu ada. Yang penting jangan menderhaka pada Allah dan Rasul dan Ulil Amri yang bertakwa.
Apapun terima kasih kerana menyedarkan beta yang dhaif dan hina ini walaupun beta sesungguhnya kerabat DiRaja yang tak aksyen.
Mohon Sembah Derhaka Tuanku,
Sememangnya Tuanku seorang Raja yang berjiwa rakyat, tidak hanya pandai berkata-kata sahaja.
Tetapi mengotakan apa yang dikata..., terbukti tuanku tidak membaca teks ucapan, tetapi timbul dari hati tuanku yang murni.
Semoga tuanku didalam RahmatNYA.
Salam Isa,
Segala pujian adalah milik Rabbul Jalil.
Semoga tuan hambapun di bawah payung RahmatNYA. Amin.
anugerah untuk den tak ado kor??
Menjunjung kasih, Tuanku!!
*Semoga suatu hari yg berbahagia nanti, bersetuju juga permaisuri tuanku utk menjadi calon penerima payung emas di syurga nanti..Ini doa hamba sbg tanda penghargaan atas anugerah yg sgt berprestij ini..
Terimakasih tuanku di atas pengurniaan pingat SDKA kepada diri patik pacal yang hina. Harap2 tahun berikutnya dapat tuanku anugerahkan pula dengan gelaran Datuk Seri pada patik. Wakaka....
Salam Pak Sheikh,
Kelakar sungguh sahabat-sahabat kita ya tuangku terutama si Isa. Banyak pulak songgeh nyer... Isa...Isa... Seronok mum dapat sahabat-sahabat macam ni.. Teman doakan semoga tuanku sentiada diberikan Allah kesihatan yang baik dan hidup tuanku sentiasa dirahmati Allah. Terima kasih kerana tak melupakan hampa yang hina ini. Bak kata Isa anugerah ini akan teman bawa sampai ke kubor!!!
salam sheikh... terima kasih ya sheikh sebab bagi anugerah SDKA ni... :) sy ni muda2 lagi dapat anugerah... nnt da besar nak anugerah dato seri lak... heheh
saye nye hari lahir pun 12 mac tapi lagi banyak muda dr sheikh... hehee
Salam Pak Sheikh,
Sungguh hamba rasa amat terharu dengan anugerah pingat SDKA ini.
Jutaan terimakasih diucapkan.
Salam Tuanku yang megah bersemayam disinggahsana Teluk Intan..
Hamba Allah.. Raden Shalehudin datang mengadap..
Meremang bulu tengkok aihh.. dapat SDKA dari Tuanku Sifu nie.. heh.. heh.. moga diberkati usaha murni Sifu Amin..
Salam Pak Syeikh,
Terima kasih atas kesudian tuanku kerana anugerahkan hamba yang fakir ini dengan SDKA. Hamba tuanku sentiasa dalam peliharaan Allah sentiasa hendaknya. Tidak mustahil tuanku akan terus disayangi oleh rakyat jelata dan mereka pun tak ragu-ragu menadah doa untuk tuanku pada setiap Jumaat nanti.
Atas anugerah tuanku juga, hamba telah berjumpa dengan anugerah yang sungguh besar. Bertemu kembali susur galur hamba yang telah tersembunyi selama 31 tahun lamanya. Berkat doa tuanku, hamba tahu dr mana asal usul hamba. Semoga doa tuanku terus berkat untuk doakan alfakir hamba ini sentiasa. Amin.
Terima Kasih...
Patik terima dengan ikhlas hati...moga-moga ada keberkatannya sheikh....
Anugerah tuanku patik junjung. Semoga tuanku dan patik2 yang tuanku anugerahkan ini kekal berbahagia dalam rahmatNya sebagaimana maksud SDKA itu.
Dirgahayu tuanku
Mamamat,SDKA
selamat hari keputeraan kepada duli raja siraden sheikh teluk intan...
Allahuakbar!!
assalamualaikum tuanku, patik pacal yang hina hendak bertanya, puan ku kak chik adakah patik, tuanku?
jika benar, bertuahnya patik, tuanku.
belum pernah pernah patik dianugerahkan pingat SDKA ni.
hidup tuanku! Allahu Akbar!
p/s: adakah patik ini perasan sendiri?
Salam Pak Oncu,
Miskipun tuan hamba jarang singgah kat teratak beta, beta anugerahkan pingat SDKA pada tuan hamba. Beta raja yang bertimbang rasa.
Salam Puan Ku Ja,
Semoga hati pintu isteri beta terbuka untuk dimadukan dan akan mempeerolehi payung emas di syurga nanti.Tolong aminkan doa beta ini boleh tak?
Salam A-I-B,
Tuan Hamba memang sewajarnya menerima anugerah pingat SDKA dari beta. Tapi beta tak dapat mempekenankan usul tuan hamba untuk dapat gelaran Datuk Seri. Kalau hendak mintalah dari Raja sebelah sana.
Salam Puan Ku A Mum Of Three Mum,
Si Radan Isa ini suka menyakat beta.Tapi beta jenis Raja yang boleh disakat, jadi beta ikutkan saja permintaannya. Takut juga beta dikerjakan oleh Raden Isa hingga beta mangkat dijulang nanti.
Puan Ku A Mum Of Three Mum, memang beta tak lupa, seorang bonda , isteri dan individu yang pandai dan agak kritis menulis bab politik Malaya, khususnya politik Perak Darul Riduan. Memang layak menerima pingat kebesaran SDKA dari beta , Raja yang hina dina ini.
Salam Raden Baginda Reformasi,
Walaupun tuan hamba masih muda (dah baligh ke?), tetapi mengikut firasat beta tuan hamba banyak membaca dan akal mengatasi kemampuan akal beta yang sarat dengan kebodohan yang nyata.
Moga besar nanti oleh akan dapat gelaran Datuk Seri dari Raja sebelah sana. Beta tak main anugerah pingat kebesaran yang tak ada gunanya di alam barzah nanti
Salam Puan Ku Aishah Jamal,
Bila beta teringatkan sajak , beta teringatkan Puan Ku Aishah. Jadi beta anugerahkan pingat SDKA ini sebagai lambang kasih beta pada rakyat yang berjiwa seni.
Salam Raden Shalehudin,
Mai duduk di sebelah beta. Beta berjiwa rakyat tak kira masa. Beta bukan macam Raja sebelah sana yang tunjuk muka poyo masa musim banjir dan melawat desa sekadar sekali sekala untuk menjenguk rakyat jelata . Cubalah Raja-raja seperti sebelah sana duduk di rumah orang susah semalam dua untuk menghayati kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat jelata yang serba serbi dalam kesusahan.
Kalau setakat bertitah dalam seminar atau forum, anakanda beta pun boleh asalkan disediakan teks ucapaan.
Apapun beta juga mengharapkan segala usaha murni Raden Shalehudin pun dapat berkat dari Pencipta alam dunia dan akhirat. Amin
Salam Raden Cik Lee,
Terima kasih sudi mendoakan beta. Beta Raja yang semoga dijauhkan dari sifat jahil murakab. Beta berdoa Raden Cik Lee dan keluarga akan di anugerah dengan rasa kasih sayang yang melimpah ruah kepada Allah dan Rasul.
Beta bersyukur kerana Raden Cik Lee telah bertemukan kembali susur galur tuan hamba yang tersembunyi selama 31 tahun.
Mengikut firasat beta, tuan hamba adalah berasal dari darah keturunan ahlul bait dan para aulia. Kalau betul bersyukurlah. Jagailah darah keturunan hamba-hamba tuhan yang diberkati walaupun nyawa menjadi pertaruhannya.
Takbir Raden Cik Lee!!!
Salam Raden ManjungMari,
Jihad tuan hamba adalah baik sekali. Sanggup berulang alik ke Ipoh dari Manjung baik di waktu malam dan siang.
Beta cukup menghormati semanggat perjuangan tuan hamba .
Dengan menunggang motosikal ,tuan hamba sanggup meredah malam yang gelap dari Ipoh ke Manjung demi sebuah perjuangan menegak kebenaran, terutama semasa kudeta yang dilakukan oleh Ketua Zionis Melayu.
Maka selayaknya tuan hamba, menerima pingat SDKA ini dari beta yang hina dina ini.
Salam Raden Mamamat,
Beta berdoa agar Raden Mamamat dan sekalian rakyat jelata terus berjuang menegak kakimah yang hak. Beta dah tua, tapi semanggat perjuangan, insyallah masih menyala.
Semoga Raden Mamamat dan keluarga akan sentiasa mendapat keredhoan Allah selagi nafas masih ada.
Salam abgBro,
Selamat datang ke teratak buruk beta. Setelah menzirahi blog abgbro, beta akan memasukkan link blog abgBro ke dalam bloglist beta. Dan beta anugerahkan pingat SDKA dengan serta merta.
Takbir abgBro. Allahuakhbar Walilah hilhamd!!!
Salam Tuanku Pak Sheikh,
Pertamanya, terima kasih dan keduanya,setinggi2 nyiru kita tadahkan atas anugerah yang tidak disangka2 ini. Umpama bulan jatuh keriba gamaknya.
tima kasihlah Pak Sheikh sekali lagi atas ingatan tulus kepada kita. akan kita kenang hingga ke akhir usia.
sekiranya ada rezki bolehlah kita bersama2 meraikan penganugerahan ini disuatu masa nanti.se-kek dua dan se-cangkir kopi/teh tarik ye Pak Sheikh.
semoga Pak Sheikh dipanjangkan umur yang berkat dan mendapat kesihatan yang baik sehingga akhir hayat juga diberikan Allah ilham yang tidak putus2 bagi memberi kita diluar ini inspirasi dan gelakketawa barang serba sedikit bagi menghibur hati nan gundah.
Wasalam.
Salam Puan Ku KakCik,
Sesungguhnya , tuan hamba tidak perasan. Memang nama Puan Ku Kakcik yang beta senaraikan sebagai penerima anugerah pingat SDKA.
Beta melihat Puan Ku Kakcik seorang blogger wanita yang baik dan selain itu berkerja di Perpustakawan Awam yang banyak menyimpan kitab-kita yang baik sekali untuk dibaca oleh rakyat jelata di Negeri Serambi Makkah.
Beta juga kagum dengan Ku KakChik yang merupakan seorang isteri dan dan ibu kepada anak-anak begitu pandai mengurus masa secara berkesan sehingga mampu mempunyai perniagaan sendiri yang boleh meningkatkan taraf ekonomi umat Islam.
Maka sememangnya Ku KakCik layak beta anugerahkan pingat SDKA ini.
Teruskan perjuangan yang suci ini Puan Ku KakCik.
ooppss.. ada yang tertinggal pulak.. hihi
Pak Sheikh, kita hendak menyampaikan puji2an lah iaitu sememangnya Pak Sheikh tuanku kerabat diraja yang peka dan bijaksana lagi budiman kerana arif serta jauhari menilai dan memilih calon untuk menerima darjah kebesaran ini. Sebabnya, tuanku Pak Sheikh memilih mereka2 yang layak teramat yang saya percaya telah banyak berjasa kepada masyarakat.
hailah.. andai kiranya yang seperti Pak Sheikh ini ada disinggahsana itu ye...
Salam Raden A,
Segala puja dan pujian hanya buat Allah jua.
Beta bukanlah Raja yang jerodik sangat kerana tak pernah masuk law school berbanding Raja-raja lain. Beta sekolah pun tak tinggi. Tapi bersyukur kepada Allah, beta pandai 3 M, menulis , membaca dan mengira.
Insyallah Raden A, kita semua akan duduk disinggahsana apabila sampai waktu dan ketikanya.
Salam Pak Engku,
junjung kasih kerana kurnia gelaran Raden.
Sekarang patik bergelar Raden al-brangi
Salam,
Bila hamba nak dapat RADEN juga? Hahahaha!
tahniah!
thx!
salam tuan sheikh..
anugerah bintang paling popular ke ni? kalau ye, boleh la sy peluk kekasih sy. tak salah kan peluk? dia kan kekasih sy. tak menjejaskan ekonomi negara pun kalau sy peluk kekasih tersayang sy ni. itu lah cara saya nyatakan rasa bahagia kpd kekasih sy. ^_* (nabil yg lost & not faun akalnya)
Salam Tuanku Sheikh.
Ini besday yang ke berapa?Apa kata
saya bagi tajuk "Sambutan Perayaan
Jubli Senja".Jangan marah Tuanku,
patik pacal yang hina ini hanya sekadar gurau je.Pingat lebih-lebih
takde ke?
patik memohon ampun kerana kelewatan menerima anugerah dari tuanku...darjah kebesaran yang tuanku kurniakan pada patik yang hina dina ni sangat2 patik junjung tinggi..maka dengan ini patik menadah talam menerimanya dengan hati yang besor...hehehe..
menjujung kasih sekiranya tuanku naikkan sikit pangkat patik jadi Puan Sri..muahahahah
Salam Perfectwater75,
Ampunkan beta, kerana tak perfect. Beta terlupa nak masukkan link blog tuan hamba dalam bloglist beta.
Apapun baru sekejab tadi, beta telah masukkan.
Dan dengan kuasa yang tak berapa ada, beta dengan sukacitanya mengurniakan pada tuan hamba darja kebesaran SDKA . Maka gelaran Raden otamatis tuan hamba boleh pakai. Kalau tuan hamba berhajat gelaran Datuk Seri boleh cuba beli kata raja sebelah atas angin!!!ha ha ha ha!!!!

Salam Raden al brangi,
Tuan hamba di antara bloggers PRO Pakatan Rakyat yang beta suka kerana tulisan yang menarik. Beta punya tulisan , koman bangat kerana merapu dan meraban.
Oleh kerana itulah beta kurniakan darjah kebesaran ini dengan rasa penuh tanggungjawab pada Raden al brangi.
Salam Raden Fajridil,
Awat gunakan nickname ' senyum indah miliku' Hampir konpius beta. Panjang sangat.
Raden Fajridil, anugerah ini bukan macam anugerah Bintang RTM atau Bertita Hairan. Biarkanlah si mangkuk tu yang memeluk girlprennya. Kalau ada masa Raden Fajridil pi dakwah budak ini.
Salam Cree,
Dengan kuasa yang tak seberapa ada dengan sukacitanya beta kurniakan tuan hamba dengan darjah kebesaran SDKA.
Untuk makluman raden Cree, beta menyambut keputeraan yang ke 53. Muda lagi kalau dibandingkan dengan Raja kat sebelah sana.
Raden Cree buatlah blog. Tentu bagus. Boleh beta linkkan dalam blog list beta.
Buat ya, rakyat jelata beta!! Rais Yatim suka sekali.Dia akan meloncat gembira terutama bila tuan hamba ceritakan kisah tesis PhD yang hamba tuan itu yang begitu kritis terhadap ISA, tetapi sekarang penyokong ISA yang tegar.
Salam Puan Ku UmmiAnni,
Beta ampunkan puan hamba. Beta tahu Puan hamba sibuk , terutama sambutan alumuni Sekolah Rendah Khir Johari Dan Sekolah Menenggah Khir Johari. Beta tak di jemput ke? Beta pernah sekolah sekejab kat situ semasa ayahanda beta menjadi Guru Besar kat sekolah dekat Bagan Datuh.
Mengenai permintaan Puan Ku Ummi Anni untuk diberi gelaran Puan Seri, ianya sesungguhnya diluar bidang kuasa beta. Cuba tanya-tanyakan pada Raja di atas asap kalau dia boleh beri. Tapi tak cukup besarkah gelaran Puan Ku hasil dari anugerah darjah kebesaran SDKA, yang penuh barakah dan boleh di bawa ke alam Barzah?
salam tuanku
sesungguhnya patik memohon maaf kerana tidak berkesempatan menerima darjah kebesaran di sana.
Tentu sekali patik sungguh berbangga menerima anugerah SDKA ini.
ampun tuanku/
err... tak apa, tak buat sembah derhaka. ;-)
memanda azizi
Salam Raden Azizi merangkap /Memanda Azizi,
Beta ampunkan. Beta raja yang tak aksyen. Beta bukan seperti raja sebelah sana yang aksyen dan selalu mabuk minum arak satu waktu dulu.
Semoga Raden Azizi/ Memanda Azizi yang sedang berada di negeri orang putih sentiasa mendapat perlindungan dari Rabbul Jalil.Amin. Dan balik nanti akan bergelar Raden Dr Azizi,Ph.D, SDKA.
salam Tuanku Pak Sheikh
patik dengan besar hati mewakili ayahanda patik PakKaramu untuk menjemput Tuanku mencemar duli ke walimatul urus adinda patik pada 2.5.2009 di Kg Parit 11,Batu 16,Hutan Melintang,Perak..dan permintaan Tuanku untuk menghadiir majlis alumni SRKJ dan SMKJ adlaah dialu-alukan..pastinya kami berbesar hati menerima kunjungan Tuanku...
untuk pengetahuan Tuanku..patik telah pun mendapat gelaran Puan Sri dengan tanpa perlu dianugerahkan..kerana nama pati bermula dengan SRI..hehehe
Salam UmmiAnni,
Tak perasaan ada jemputan. Hari ini baru pak sheikh sedar ada jemputan di kotak komen ini. Maaflah. Dah terlambat baca komen ini.
Pak sheikh teringin hadir tapi nak buat macammana. Nanti Pak Sheikh balik Teluk Intan, dan kalau sihat pak sheikh ziarah Pakkaramu dan UmmiAnni.
Terima kaih kerana undangan.
Terima Kasih dari Patik Atas Anugerah ini...Muahs buat Tunku Syeik Teluk Intan...Allah selmatakan Tunku Dunia Akhirat
Salam, Patik junjung kasih atas anugerah RADEN ini...Bangga giler ni!!! Hahaha!
Sayalah yang digelar..RADEN HARIMAU MENAIP..
Terima kasih bebanyak. Gembira sungguh hari ni Ya Tuan Sheikh.
Salam Raden sheikh,
Terima kaseh ..
Wakakakak !!!
Catat Ulasan