Jumaat, 3 April 2009

Teman Fikir Positif Terhadap Bang Haji Najib!!!!

Lebih seminggu jari jemari teman tak menari di atas 'keyboard'. Teman tak sihat sungguh. Tambahan pula, teman mempunyai masalah dengan talian streamyx.

Hari ini dalam keadaan kesihatan tak berapa sihat, teman nak mengucapkah tahniah kepada Bang Najib kerana akhirnya, ditabalkan menjadi PM Malaya yang ke 6.

Biar pun terdapat khabar angin dan spekulasi bahawa Bang Haji Najib tak akan dinobatkan sebagai PM Malaya yang ke 6, beliau akhirnya telah melepasi khabar angin dan spekulasi yang enggan menyebelahinya.

Dalam keadaan begini apa yang teman boleh katakan lagi melainkan, terimalah saja Bang Haji Najib sebagai PM ke 6 , kerana ianya adalah takdir tuhan. Mungkin ada hikmahnya Malaya diperdanamenterikan oleh seorang insan yang bernama Bang Haji Najib.

Teman yang pernah melafaskan kebencian terhadap Bang Haji Najib dan pada hari ini , teman cuba berfikir secara positif tentang Bang Haji kita tuh , walaupun ramai yang telah dan masih memberi pelbagai imej negatif terhadap beliau.

Untuk itu teman cuba untuk bersetuju dengan anak jawa Sungai Tiang, Bagan Datuh yang kini telah dimahkotakan sebagaikan Naib Presiden UMNO aka berhala sembahan setenggah gerombolan Melayu, yang dalam ucapannya semasa PAU baru-baru ini, yang mengisytiharkan , bahawa Bang Najib adalah sebagai imam nombor 1 Malaya.

Dan hari ini, imam nombor 1 Malaya tuh bersolat jumaat di Masjid Negara dan selepas itu menziarahi Mahkam Pahlawan, dimana arwah bapaknya telah disemadikan. Dan sebelum itu , Imam Nombor 1 Malaya itu , berkemungkinan telah membisikkan ke telingga Imam Besar Masjid Negara bahawa pada minggu hadapan beliau akan menjadi khatib dan imam solat Jumaat.

Kalau betul ianya terjadi, maka Bang Najib akan memecah rekod negara sebagai Perdana Menteri Malaya yang pertama yang berkhutbah dan menjadi imam solat Jumaat. Tajuk khutbahnya ialah tentang integreti. Semoga para makmum mendengar dengan teliti dan jangan lah ketawa!!!

Dari segi memajukan ugama, bangsa dan negara, Bang Haji Najib teman bayangkan ,akan bangkit sebagai pejuang yang terulung yang tidak ada tolok bandingannya. Orang-orang yang berfikir negatif, selalu menyatakan siang dan malam bahawa dibawah pemerintahan Bang Najib, harta negara akan diagih samarata dengan rakyat dan suami Bang Haji Najib. Tak baik cakap macam itu dik oii!!!.

Selama ini, Bang Haji Najib dan suaminya adalah masih dikira bersih dan kerana itulah sebabnya mengapa SPRM tak pernah menyiasat penyelewengannya. Maknanya , Bang Najib dan suaminya si Rosmah adalah suci lagi menyucikan dari sebarang penyalahangunakuasa.

Masihkah ada lagi yang tak seronok dan ceria dengan pertabalan Bang Haji Najib sebagai PM yang ke 6 pada hari ini?

Mungkin besok malam , anak Jawa Bagan Datuh , Raden Haji Ahmad Zahid Hamidi, Menteri yang menjaga urusan agama Islam, boleh mengatur sebuah majlis pesta yang gegak gempita di Dataran Merdeka untuk meraikan pertabalan Bang Haji Najib sebagai PM Malaya yang ke 6.

Anak jawa inih yang dah banyak kali buat umrah dan haji bolehlah mengundang amoi-amoi yang seksi giler yang pada dua malam lepas telah dijemput untuk menghiburkan pengundi China di Parlimen Bukit Gantang berdasarkan fatwanya bahawa cara amoi-amoi itu membuat persembahan adalah bersesuian dengan budaya orang China. Raden Haji Ahmad Zahid Hamidi pun tahu Melayu UMNO pun telah menjadikan hiburan melampau sebagai budaya Melayu UMNO yang unggul berdasarkan hedonisme. Betul tak Yeop Bang?

Sebelum teman berhenti, teman nak tanya Bang Haji Najib, mengapa takut sangat dengan nama Altantuya? Yeop Bang Lan pun heran!!!!!!!!!!!!!

11 ulasan:

Budak Perak berkata...

aiseh pak sheikh...
mmang wat malu 0wg kg jer zahid ni.
x abeh2 dr pukul bakal menantu sehingga ker chinese dance.
malu pak kiyai2 bagan dat0h tg0k ank jati mcm ni.
ptuih..

said mirro berkata...

Dah tak ada can nak ngutuk paklah le tu!

ISA berkata...

Salam,

Welcome back Sifu, itu ler halnya... teman tak boleh nak komen lebih2 pasal kawan baik teman ni,

Sebabnya teman dah isytiharkan kosong-kosong dengan dia selama 100 hari pentadbirannya. Jadi tak dapatlah teman nak mengutuk seperti selalunya... walau hati teman meronta2 dengan berita hari ini...

Isshhh.. nyosal teman..ha..ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

yang kita semua ni duk bising-bising, pe hal??? dah rejeki pak najib... yang sudah tu sudah laaaa...

enta omri berkata...

Salam Pak Sheikh,

kemana menghilang... naik risau kita ingatkan Pak Sheikh gering yang amat! Syukur...

Pasal menteri perdana yang terbaru ini kita pun dalam pantang 40 hari sekarang sebab sibuk nak bayar puasa qada-kan. bimbang pula kurang pahala. hehehe..

tapi takpe, Pak Sheikh teruskan dengan komen yang bernas tu, kita sentiasa setia mengikuti tulisan paling baru Pak Sheikh.

p.s. Pak Sheikh, jomlah kita nak belanja teh tarik roti canai kat alamanda.

Atuk Banjar Masin berkata...

Pakatan Rakyat

DAP - parti yang diasakan oleh cina sosialist yang anti-Islam.

PKR - serpihan UMNO(buang busuk) yang kecewa dan tidak mendapat sambutan dari orang Islam.
Di Perak, dua pimimpin PKR keluar parti menyebabkan kerajaan PR tumbang.(bukti PKR tiada pendirian tetap)

PAS - Boleh dipergunakan oleh DAP dan PKR untuk meraih kuasa. Pendirian PAS sentiasa ber ubah2 mengikut sukahati pemimpinnya.

Tolak Pakatan Rakyat

sheikh teluk intan berkata...

Salam Budak Parlimen Bagan Datuh,

Jangan malu. Raden Zahid UMNO(parti zionis Melayu). Tapi dema Pendokong Pas. Dema dan Raden Zahid berbeza 100%.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Said Miro,

Teman suka bergurau dengan Bang Dollah. Sekarang dia dah tak lagi jadi Pee Emm, maka teman rasa sunyi jugak!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Teman pun hairan ngapa mike nak berpantang sehingga 100 hari. Nak tunggu Najib lakukan perubahan. Bolehlah cuba tengoklah. Tapi spesis UMNO ni merasa cukup hebat buat perubahan yang kecil-kecil untuk jadi bersihkan namanya dan mahu jadi populis buat sementara. Kemudian guna pelbagai slogan.

Sejarah umat islam di sepanjang zaman, umat ini selalu kena tipu oleh puak nasionalis samada yang tulin dan palsu!!!

Baca sejarah pejuang Islam seperti Ikhwannul Muslim. Yang menipu mereka ialah nasionalis Arab yang bermulut manis, tapi hati busuk!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam A,

Mike duduk kat Putra Jaya ke? Teman kalau sihat selalu juga lepak kat Alamanda di MPH. Kalau sudi , teman suka dapat jumpa mike.

Seladang berkata...

Hentam sajalah labu!!!!!