Sabtu, 4 April 2009

Maka 'Kejutan Besar' Di Bukit Selambau Berlaku!!

Teman tunggu berita yang merupakan kejutan yang dijangka akan mengemparkan satu Malaya sejak jam 8.30 malam ini.

Tunggu punya tunggu , teman jadi terkejut kerana kejutan itu tidak mampu memberhentikan jantung pemimpin zionis Melayu. Mungkin bagi Bro Anwar berita yang diletupkan adalah satu kejutan sebagaimana berita Altantuya diletupkan oleh entah sesiapa sehingga berkecai-kecai jadinya. Ah, berita Altantuya kena letup telah berjaya membuat satu alam buana ditimpa 'kejutan'.

Tapi berita yang dikira satu kejutan besar oleh Bro Anwar sebentar tadi , pada teman hanyalah kejutan yang biasa berlaku pada pilihanraya umum dan kecil .

Kejutan yang bunyinya macam nak mampus itu berbunyi : "Di Dewan Hock Seng,
Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas enam bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan. Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok. Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anggota Kepimpinan Tertinggi PKR malam ini. Nadarajah yang hadir bersama kemudiannya menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Amaran pada Anwar: "Jangan bikin gemparlah. Teman ingatkan kejutan yang akan diumumkan mampu akhirnya menguggat UBN sehingga terkubur tanpa nisan pada malam ini !!.Kalau setakat berita 6,000 ahli-ahli PPP di Kedah menyertai PKR , bukanlah kejutan besar , Bahkan kalaulah 100 ribu ahli PPP menyertai PKR pun , teman kira , bukannya berita yang ada unsur kejutan besar. Ini adalah kerana PPP hanyalah sebuah parti hampas yang bagaikan pengemis dalam BN."


19 ulasan:

ISA berkata...

Salam Sifu,

Itulah yang buat perut teman rasa sebu je.... dengan anwar ni, buat statement macam nak tumbang UBN malam ni jugak...

Alih-alih itu je... tau la itu "politic tactical" tapi jangan sampai membuatkan orang terlampau teruja nanti akibatnya bye.. bye.. bye.. teman pun dah godam tadi.. geram punya pasal..

kamal berkata...

TEMAN TAK TERKEJUTPUN....ORANG YANG TAK LAKU DAN NAK PENCEN ANWAR DAPAT...SAYA PASTI..ORNG ORANG PAS TERKEJUT BESAR..TERKEJUT PASAL PENGGUMUMAN ANWAR LANGSUNG TAK MENGEJUTKAN

Cokolat Angin berkata...

Ada lagi kejutan tetapi lepas prk.Sebab nak lawan Najib bukan ari ini saja,kita lepas semua,pas tu depa hantam kita nganga plak.Betui ,tak terkejut sangat berita tadi,saya.....

Tanpa Nama berkata...

alo tambi,
jgn ckp PPP pengemis,byk yg masih setia dgn BN.Ckp pakai otakla jgn pakai otak-otak.Ops... mgkin otak u dah jem, itu pasal bersara. porah.

Modern Talking berkata...

penyokong PPP walaupun kecil.. kita kena hargai...Sikap mempelekehkan penyokong yg minoriti ni lah sikap BN..DSAI buat begitu sbg untuk menunjukan yg mana PR menghargai mana2 parti yg mahu menyertai mereka..

Tanpa Nama berkata...

saifudin nasution tu yg beria - ia sgt kata ada kejutan, anwar tak cakap apa pun..

Tanpa Nama berkata...

Jenuh kena tipu la..mana ada 6000 , 300 orang aje ! itu pun borang , orangnya takda.

habih kena kencing satu kedah..itu baru sket, hari tu satu Malaysia kena tipu sebab 16 september..apa raaaa...

baik pangkah BN, tidak-tidanya lepas juga pinjaman tekun aku..

roslanali berkata...

bagi teman lah, kalau kejutan nak tumbang UBN, takkan nak buat kenyataan pada hujung minggu, pasti sebelum hari kerja nanti ubn dah tutup ruang ...
bila dah dapat perintah negara itu baru KEJUTAN, disaat dimana ubn tak boleh buat apa dah ...

Tanpa Nama berkata...

Teman tak terkejut...tapi TERKENTUT.....Jangan marah ya..En Zubir...

kembara putih berkata...

Aku lagi terkejut Najib bertukar jadi baik secara tiba2, rotate 180 darjah, sanggup dia mem'puasa'kan nafsu serakah dia, demi sebuah kelangsungan kuasa perutnya.

Anak Timur Laut berkata...

what a big letdown. canang bukan main, tapi yang defect tu cuma orang PPP. tu yang even pemuda MCA pun berani condemn. kes ni macam 'shooting your own foot'. PPP ni ali ketam pun dah suruh keluar dr BN.

tak pasal2 kena perlekeh dek orang lain.

Tanpa Nama berkata...

Alahai..PPP, PKR, PR semua penipu politik. GILA KUASA terutama PKR - DSAI.

Tanpa Nama berkata...

Teman pun harap satu kejutan yang hebat. Contohnya macam gambar altantuya di dedahkan atau kes yang bersangkutan dengan lompat parti secara besar besaran.

tapi yang berlaku cuma lompat parti dari PPP ke PKR .. tu pun jumlah tu di ragui kerana jumlah keseluruhan di Kedah tak sampai jumlah tu.

maka teman pun cari lah cerita sebenar yang berlaku. dan berkata lah orang yang rapat dengan orang orang awan tu bahawa memang ada kejutan yang memang terkejut. ianya di luar jangkaan sama sekali.

di sebabkan ada lah pihak ni minta rahsiakan, maka di rahsiakan lah sampai sekarang.

cuma nak bagi tau, kalau rahsia itu terbongkar ketika sebelum pilihanrayha ni. maka kecoh lah hari undi nanti. silap silap tutup pulak semua kawasan mengundi dan orang pun tak dapat mengundi. maklumlah sekarang ni tak macam dulu dan kalau tak ikut prosidurnya maka yang di katakan risiko itu akan datang menerjah. ketika itu baru kita tahu kenapa rahsia itu tidak boleh di bongkar.

untuk pengetahuan semua yang ada, pada hari tersebut, semua orang sedang bersiap sedia untuk menutup pembongkaran itu. banyak lah orang orang yang tidak di jemput sudah berada di tempat itu. tunggu kenyataan yang bakal keluar dari mulut anwar.

bila desas desus kemungkinan yang bakal berlaku, maka di tarik balik kneyataan itu menjadi cuma soal PPP yang lompat parti.

Percaya la ..
kalau rahsia itu terbongkar, mungkin hari ni pun tak seperti hari ini.

Apa dia tu? Tunggu ... !

Begitu juga yang berlaku pada 916 tempoh hari. para penasihat pun meminta agar tindakan itu di tangguhkan kerana kalau lompat parti itu berlaku, maka ada yang menangis tak berlagu.

Nak jadi pemimpin ni bukan senang. Aku tak tau la, sebab aku tak pernah jadi pemimpin. Bukan soal bertukar kuasa sahaja tapi kena pikir soal keamanan dan nasib rakyat jelata.

Nanti orang akan berkata pemimpin gila kuasa, sampai nasib rakyat tak ambil kira. kalau itu berlaku, PR sama je dengan BN .. tak der bezanya.

Prof. Era Pasca berkata...

to:PR people..
stakat baca quran PUTRI tau baca

linknye:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/penghormatan-yang-di-beri-penghinaan.html

Tanpa Nama berkata...

sian korang...buta politik..ikutlah bontot anwar tu ...aper pun tak dapat

Ada Nama berkata...

Salam Pak Sheikh,
Saya nak tumpang bertanya sikit..

Kata org manusia mati meninggalkan nama.. Tapi kalau manusia itu 'tanpa nama', bila dia mati, dia nak tinggalkan apa? Nak tulis apa kat batu nesan dia tu, Pak Sheikh?

Kalau ikutkan, hantu pun ada nama, kan Pak Sheikh? Hantu raya, hantu stokin, hantu kum2, malah hantu kopek..

Mintak maaflah Pak Sheikh, soalan saya keluar tajuk artikel kali ni..Saya mengaku saya pun bukannya cerdik sangat.. Tapi saya ada nama!!

pak andak alwi berkata...

pak andak terkejut anwar boleh katakan berita sebegitu hambar sebagai kejutan.

Seladang berkata...

Aku tiba2 terkejut dengan tulisan ini ketika hampir sangat hari mengundi PRK musim ini! Ada apa ya ?

sheikh teluk intan berkata...

Salam semua,

Terima kasih memberi komen. Teman minta maaf kerana tak larat memberi respon tiap satu persatu yang memberi komen.

Teman juga menghargai komen sahabat teman , Seladang kerana menulis enrti ini. Masa tu teman sedang dalam keadaan marah pada Anwar dan Saifuddin. Digembar gemburkan tentang kejutan besar sebelum program Ceramah pada malam minggu. Akhirnya teman jadi kecewa kerana kejutan itu kecil impaknya. Teman minta maaf dan tidak ada tujuan selain dari itu.