Selasa, 14 April 2009

Rileklah!! Bukan Krisis Besarpun-Najib

Teman tak sihat. Hampir seminggu tak tulis apa-apa. Buka lap-top pun kurang mahu. Malam ini teman buat kerja murni iaitu menyalin dan menampal entry seorang blogger yang teman jangka akan jadi seorang blogger yang hebat. Entri asalnya boleh di baca disini.
************************************************************************
Tuesday, April 14, 2009
Rileklah. Bukan krisis besar pun- Najib

PUTRAJAYA: "Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.

SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.

Betul! Sokong! Bukan krisis besar mana pun. ADUN tak datang dewan je. Ala, macam budak tak datang sekolah sebab takut kena rotan dengan Ketua Pengawas.hahaha

Bukan krisis pun. ADUN lepak kat hotel je. hahaha

Bukan krisis pun. Dapat SMS pun krisis ke? hahaha

Bukan krisis pun. Ekonomi tengah baik sekarang. Terengganu pulak negeri paling maju di Malaysia. Rileklah. hahaha

Bukan krisis pun. Nak tukar MB je. hahaha

8 ulasan:

Basuh Baju berkata...

Pak syeikh, terima kasih banyak. saya akan link kan di blog sy.

semoga kita menyokong mana yg betul, tolak mana yg salah.

ps: surat terbuka Nik aziz kpd Ng kor ming sgt cool dan menyentuh hati.

Basuh Baju berkata...

oh ye, lupa pulak. kalau pak syeikh nak salin dan tampal mana2 entry sy kat blog pak syeikh- salinlah.

tujuan sy blogging bukan nak populariti. tp nakkan pendapat sy didengari. sy tgk blog pak syeikh ramai pengunjung. boleh sy tgk apa reaksi mereka nnti. :)

ISA berkata...

Salam Sifu,

Rileks aar... bukan ada apa-apa pun... macam budak-budak la diorang ni... lepas tu kawan balik...

Polis pun kata jamin keselamatan... apa diorang tak caya ke dengan kroni diorang tu... ha..ha..ha..

(Sifu... you takecare, makan ubat... agak-agak boring bagitau ngan teman, jom kita lepak kat Alamanda sambil mendendangkan lagu)

sheikh teluk intan berkata...

Salam Basuh Baju,

Terima kasih atas segalanya. Pendapat orang muda Pak Sheikh tengok sangat kritis berbanding orang tua seperti Pak sheikh.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Nanti kalau teman sihat, memang teringin nak jumpa Isa.

Terima kasih kerana nasihat.

cree berkata...

Takut sangat depa kat ayat sms tu.
Sampai tak berani masuk DUN.Kalau
macam tu,masa pilihanraya,kalau diaorang bertanding kita pakat ramai-ramai hantar sms.Cuma guna bahasa mudah "KALAU HANG TAK TARIK DIRI DARI BERTANDING,SIAP HANG.AKU
DEBIK".Pasti diaorang tarik diri dengan alasan keselamatan diri.Kui,kui,kui..

sheikh teluk intan berkata...

Salam cree,

Bagus ulasan saudara. Pak sheikh sokong 101%. Kalau SMS seperti yang dicadangkan itu berlaku, alamat menang semua calon Pakatan tanpa bertanding

Seladang berkata...

Dah keluar tender untuk buat kain rentang 'ngatang'?