Rabu, 15 April 2009

Haji Najib Pun Patut Dicalonkan Oleh Majalah Times

Bro Anwar Ibrahim diberitakan telah dicalonkan sebagai tokoh paling berpengaruh oleh Majalah Times. Beliau merupakan diantara 100 orang tokoh di dunia yang dicalonkan.

Sungguh teman katakan bahawa teman amat berbangga dengan pencapaian Bro Anwar. Tak terpilih pun tidak mengapa. Yang penting Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia telah dicalonkan oleh sebuah majalah yang punya nama besar di alam buana ini.

Mungkin ada spesis UBN yang bibirnya sengaja dimuncungkan satu kilometer panjang dan bersuara dengan nada sinis " Majalah Times Yahudi yang punya".

Aii , kepala teya engkau mamat UBN ooii!!! , Utusan Meloya dan Berita Hairan bukankan dibawah kawalan regim zionis Melayu?

Dan dalam kepala otak teman timbul juga tanda tanya mengapa Haji Najib, PM Malaya yang tersohor tidak termasuk dalam senarai 100 tokoh berpengaruh di dunia. Tak cukup hebat lagikah ,Haji Najib dari segi populariti ?

Dari sudut fisikal , Haji Najib tak kurang hensem dari Obama dan Anwar. Yang teman suka , bibir Haji Najib merah bagai digincu. Hajah Rosmah yang bibirnya tak seindah bibir isterinya telah sanggup meninggalkan apa yang pernah dia miliki , semata-mata untuk menjadi suami kepada Haji Najib. Sebut pada teman, tak hebat lagikah Haji Najib Nih?!!

Nama Haji Najib, bukan saja dikenali di Malaya. Bahkan , nama Haji Najib telah dijadikan wirid oleh setiap makhluk yang bernyawa di Mongolia.

Sebagai rakyat marhaen yang terlebih prihatin, teman sedih, sesedihnya kerana nama Hj Najib tak disenaraikan sebagai orang yang berpengaruh di dunia. Hampir menitik air seni teman!!!

Apakah Majalah Times dengan sengaja terlepas pandang terhadap Hj Najib ,PM Malaya yang hebat dan sanggup melakukan apa saja untuk dirinya, suaminya dan rakyat jelata?

Maaf . Tunggu sebentar. Teman kena pergi bilik air. Air seni teman terasa nak menitik . Sedih beb!!!!!

Ok, sambung.

Majalah Times kena tahu bahawa Haji Najib , jenis pemimpin yang tangkas dan berani. Bukankah Haji Najib telah berganding bahu dengan peninju ulung negara, melakukan kudeta yang amat mendebarkan, ke atas kerajaan Pakatan di Perak dua bulan yang lepas? Dalam hal ini , Bro Anwar tak setangkas dan seberani seperti Haji Najib.

Majalah Times sepatutnya tahu bahawa Haji Najib , jenis pemimpin yang pakar dalam selok belok ekonomi. Teman masih ingat lagi bahawa Haji Najib pernah berkata, kesan kemelesetan ekonomi yang melanda USA dan Eropah tidak akan dengan cepatnya merebak ke Malaya. Terbukti betoi cakap Haji Najib. Sekarang ini ekonomi Malaya berkembang pesat sehingga pekej merangsang ekonomi secara suka-suka telah dibentang dan dilaksanakan.

Beb, punyalah memecutnya ekonomi negara di bawah kepimpinan Haji Najib, CIMB yang diketuai oleh adik Haji Najib telah menawarkan cuti tanpa gaji kepada semua pekerjanya supaya relek kat rumah, menonton TV dan waktu petang bermain layang-layang dengan anak pinak.

Majalah Times sememangnya bangang kerana tak tahu , Haji Najib jenis pemimpin yang kaya dengan istilah dan slogan yang hebat-hebat, seperti Glokal dan One Malaysia. Dan mungkin sebulan dua lagi , Haji Najib akan memperkenalkan slogan : " Ais krim Mongolia One!!!"

Sesungguhnya banyak lagi jasa dan pengaruh , Haji Najib, beb!!!. Tak terbilang dengan jari ditangan dan kaki. Khairy pun telah menerima jasa Haji Najib. Betoi tak Khairy!!!

Oleh kerana Majalah Times telah dengan sengaja terlepas pandang tentang kehebatan dan pengaruh Haji Najib , maka dengan senang hati teman cadangkan supaya Majalah Mastika, mengisytiharkan Haji Najib sebagai Man Of The Year-2009.

Dengan berbuat demikian teman dan rakyat marhean bolehlah berguling-guling ketawa dan bergumbira satu hari dua malam . Mungkin roh Altantuya pun tumpang gumbira sama!!!!

14 ulasan:

Mamamat berkata...

Salam Tuan Sheikh
Tak berani deme nak naruh Hj Jib tu. Karang dengan majalah itupun hilang. Kalo Times udah ilang, nayeler kite tak boleh mace lagi.
Ntah2 esok lusa Hj Jib saman Times sebab tak calonkan dia.

Budak Perak berkata...

kang x psl2 dib0m c4 majalah times2..
naya jer..

kina berkata...

wakaka

Prof. Era Pasca berkata...

majalah mongol ku monggol mu jua ada nama najjib 10 org dikehendaki...

Seladang berkata...

Laaaa! Tunggulah hingga simpanan C4 habis!

ISA berkata...

Salam Sifu,

Ana masih dalam pantang 100 hari daaa... kalau tidak syok juga nak tambah ajinomoto dengan black pepper.

Tapi AWAS!!!! Anak Pak Yatim dah beri peringatan.... jangan sentuh peribadi nanti tak berair seni pulak.... ha..ha..ha...

gua ada nama berkata...

Salam Sheikh,
Kalau Majalah Mastika tak sudi, mungkin Majalah Mangga tak keberatan, malah berbesar hati nak isytiharkan Najib sbg Man Of The Year-2009.

Bila Diary Bercerita berkata...

Silap haribulan, Majalah Times akan diharamkan edarannya kat Malaysia. ha..ha..ha..

Anak Timur Laut berkata...

Yang akan dicalonkan sebagai Man of the Year dlm Majalah Mangga ialah Rosmah, bukan Najib.

A Mum Of Three Mohd berkata...

Salam Pak Sheikh,

Anwar....Yes!!!!
Najib....Ermmmmmmm.... tak sapa kesio nak calon kedia. Lacks umph!!! Harap ke bibior jer merah.

Tanpa Nama berkata...

wow... citer hj jib al-tantuya masuk mastika... seeloknya tamar jalis yg tulis kisahnya baru seraaaammmm wakakaka bibir merah kepala cerah hatibudi pooraaahhh....

Tanpa Nama berkata...

tumpang gelak sat..
kakahahaheiihiihii....

tak tahan bebbb... 'man of the year...'

A-I-B berkata...

Jangan buat cerita palsu nanti masuk penjara, kata Rais anak Pak Yatim. Takutnyer!...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mamamat, Budak Parlimen Bagan Datoh, Kina, Baginda Reformasi, Seladang,Isa, Gua Ada Nama, Aishah Jamal,Anak Timur Laut,A mum Of Three Mohd, Tanpa Nama dan A-I-B.

Sesungguhnya komen kawan-kawan amat dihargai. Nak respon satu persatu,hari ini tak mampu. Masih gering, beta nih.

Teman sebenarnya lebih suka dalam keadaan sekarang membaca blog teman-teman.

Sekali teman yang tua hina dina ini, mengucapkan terima kasih kerana sudi ziarah dan memberi komen.

Salam perjuang buat semua.Takbir!!!