Selasa, 7 April 2009

PR Tawan Dua Bukit: Ajal UBN Semakin Hampir!!

Alhamdulillah, syukur kepada Allah ,apa dijangka telah berlaku. Berikut adalah keputusan 3 Kawasan PRK :-

Keputusan resmi PRK Parlimen Bukit Gantang:

BN = 19,071 undi
PR/Pas = 21,860
Bebas = 62

Keputusan: PR/PAS menang dengan kelebihan 2,789 undi. Kemenangan majoriti yang selesa dan terdapat pertambahan undi.

Manakala Keputuasan Dun Bukit Selambau:-

BN = 10,229
PR/PKR = 12,632
BEBAS = 1079
(13 calon)


Keputusan: PR/PKR menang dengan kelebihan 2,403 undi undi. Satu kemenangan yang majoritinya cukup selesa. Teman meramalkan kemenangan yang tipis.


Keputusan Dun Batang Ai:-
BN = 3,907
PR/PKR = 2,053

Keputusan : BN menang dengan kelebihan 1,854 undi. Kemenangan BN dekat Batang Ai telah dijangka. Letak patung Altantuya atas tiket BN pun , kemenangan tetap diperolehi oleh BN.

Kesimpulannya:

1.Di Semenanjung BN semakin ditolak oleh rakyat. Walaubagaimanapun orang Melayu khususnya yang berpendidikan rendah masih pekat dengan keumnoannya.

2. Projek mee segera di musim pilihanraya kecil yang sudah ketinggalan zaman tapi masih diamalkan sudah tidak berjaya memancing jiwa dan minda rakyat.

3. Kehadiran matan mamak bendahara , Madey berkempen untuk UBN di dua bukit , sesungguhnya mengundang sial yang berganda kepada UBN.

4. Kepimpinan baru yang diketuai oleh Najib dan sekutunya seperti Muhyiddin, Raden Ahmad Zahid Hamidi, Shafiee Afdhal dan ramai lagi tetap tak laku di mata majoriti rakyat yang peka.

5. Perjuangan Pakatan Rakyat semakin diterima oleh majoriti rakyat berbilang kaum .

Sebelum teman berhenti menulis , teman secara peribadi mengucapkan syabas kepada kawan-kawan bloggers seperti Al Banjari, MSK, Pakkaramu, China Islam , Ajijoi, UmmiAnni, Sha-reformis, KedahLahnie, Biaqpila, Greenboc, Anak Sengat, Shalehudin, Dr Abdul Wahab ,Sofi Wahab,Telokbakong Online ,Perunding dan ramai lagi kerana sentiasa mengemaskini berita dan ulasan di kawasan PRK. Mereka tidak di bayar gaji. Mereka berkerja dengan ikhlas dan gigih. Allah sahaja yang membalas jasa mereka. Amin.

Akhir kalam , buat Bang Haji Najib ,PM Malaya yang ke 6, teman nasihat janganlah menanggis. Dan jangan pula menghantuk kepala kat dinding batu. Anggaplah jib oiii, ajal UBN semakin hampir!!!

22 ulasan:

abdrahim kassim berkata...

Sheikh,
Kalau Mahathit tak datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau semalam, aku rasa BN boleh menang.

Tengoklah Batang Ai, pasal apa BN boleh menang? Pasal Mahathir tak pergi sana.

Jadi, sebeno-benonya yang melingkupkan UMNO ini ialah Mahathir.

Rakyat meluat tengok dia tapi dia perasan, orang sukakan dia.

abdrahim kassim berkata...

Sheikh,
Kalau Mahathit tak datang ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau semalam, aku rasa BN boleh menang.

Tengoklah Batang Ai, pasal apa BN boleh menang? Pasal Mahathir tak pergi sana.

Jadi, sebeno-benonya yang melingkupkan UMNO ini ialah Mahathir.

Rakyat meluat tengok dia tapi dia perasan, orang sukakan dia.

Tanpa Nama berkata...

betul betul betul (gaya upin ipin)

pasal madey la UBN kalaahhh kah kah kah...

sheikh teluk intan berkata...

Salam AbdRahim,

Teman juga bersetuju dengan pendapat sahabat.Madey ni masih perasan rakyat padanya.

Mike masih ingat Mat Hashim? Teman cerita padanya mike dah jadi blogger. Dia pun dah jadi blogger.

Kalau mike turun KL,beri tahu teman, kita boleh jumpa. Itupun kalau sahabat sudi.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Seronoknya dia. Baguih gelak itu!!

Baginda Reformasi berkata...

tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-tahniah-

sheikh teluk intan berkata...

Salam Baginda Reformasi,

Banyaknya tahniah !!!. Tak terkira dengan jari ditangan dicampur jari dikaki.

Apapun tahniah( kiraannya 1000 kali)juga pada Baginda.

Reformasi!!!!! Takbir!!!

Isa berkata...

Salam Sifu,

Yang sebenarnya, kekalahan ubn bukan pasal mahathit/ezam/yeobanglan dan selainnya.

Kekalahan ubn kerana ejaannya "Alif Mim Nun Wau" yang bunyinya "PEKEMBER" itulah puncanya, arakian nama yang disebutkan diatas adalah pelakon sampingan yang layak di muziumkan.

abdrahim kassim berkata...

Sheikh,
Apa pulak tak ingatnya. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat berjuang.

InsAllah, kalau saya datang KL dan ada kesempatan kita jumpa.

Semoga meka sehat selalu...

Ex-UMNO berkata...

Sdr Sheikh,

Sebenarnya rakyat TIDAK menolak kepimpinan DSNTR PM kita.
Apa yang berlaku ialah kerana kepimpinan dalam UMNO - campur tangan 'kuda2 tua dan kuda2 tempang' yang memberi masalah kepada parti.

Dalam rombakan kabinet ini, DSNTR harus 'pencenkan' semua 'kuda2 tua dan kuda2 tempang' ini.

Tanpa Nama berkata...

Pekabo Mr Zack....? Sihat...
Orang Melayu terutama "orang lama".. masih berkarat UMNO nya tak tolak UMNO...Tu sebab DUN Trong masih deme menang....Tunggu lah generasi kedua atau ketiga....Akan ada perubahan minda....macam aku anak orang UMNO... La ni .Tak Kebuloq UMNO...

Ex-UMNO berkata...

Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

BN/UMNO sudah tewas di 4 - 0 dalam PRK selepas PRU12.

Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

Baginda Reformasi berkata...

salam tuan guru seikh... minta tolong anda boleh.. di entri saya ada pengomen yg amat gemar berincang... tapi sy sukar menerangkan sbb mungkin tak cukup pdi menerang atau mmg die tak cukup pfi menerima... heheh macm cikgu lak... mintak tolong sheikh jawabkan... sebab dah malas na nak jawab sebab pimai2 tangtu gak poie nye.. tapi die ok org nye.. pdi menghormati org...
terbaru..
link: http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/rasanya-masih-belum-terlambat-untuk.html

TAPI BAGINDA SEPERTI YANG SAYA KATAKAN ITU BUKAN NAK MENDAMPINGI TAPI DIA MEMPERGUNAKAN ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK DIA....

ISLAM MEMANG NO SATU BAGI PANDANGAN PAS TAPI BAGAIMANA PULA BAGI PANDANGAN PKR DAN DAP????

SENANG CAKAP KALAU NAK JADIKAN ISLAM NO. SATU KENA ADA MAJORITI YANG BESAR ORG MELAYU... BARU BLEH ANGKAT ISLAM NO SATU BAGINDA KU....

UMNO TIDAK TOLAK ISLAM INI SEMUA PROPAGANDA PKR DAN PAS .. SEBAB KALAU UMNO TOLAK PAS TIADA JABATAN AGAMA YANG MENGURUSKAN HAL EHWAL ISLAM, TIADA MASJID2 DAN SURAU2 DI MALAYSIA DAN TIADA MATA PELAJARAN AGAMA DISEKOLAH KEBANGSAAN DAN SEKOLAH RENDAH BANG BAGINDA...

PARTI POLITIK SEKARANG SIBUK NAK PERJUANGKAN ISLAM TAPI NIALAI DAN TERAS PERJUANGAN BANYAK YANG MELENCONG SEHINGGA SEPERTI YANG SAYA KATAKAN ISLAM DIPERKUDA DAN DIPERJUDIKAN...

SEKIAN, TERIMA KASIH DAN TAHNIAH NIZAR //...

P/S :- JANGAN PULAK LEPAS NIE TANAH KAT BUKIT GANTANG DI GADAIKAN PULAK LAGI JADIKAN IANYA SEBAGAI TELADAN DAN PERINGATAN...

Basuh Baju berkata...

mday?sapo dia? owh yg jd PM tu ke?hahaha

Pas cool!

Seladang berkata...

Bn tak mampu nak panjat bukit kerana nafsu kuat tenaga kurang. Tukang sokong pun dah tak daya nak tolong tolak, selain upah kurang, rasa meluat dengan gelagat pemimpin Bn meloya-loyakan. Sial memang ada bila Ezam dengan Mahathir ikut sama memeluatkan rakyat!

Yang masih Bn daya ialah menurut batang itupun selagi ada air!

Air tapai rumah panjang!!!

----- Jennifer ----- berkata...

your blog is very good

Baginda Reformasi berkata...

salam penulis dan pembaca..
nak minta penjelasan kiranya anda boleh memperjelaskan sedikit hal undang2 MALAYSIA... bukan nak ajak bergaduh.. hehehe

link yg terlibat:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/04/nik-aziz-bela-dap.html

tok_gajah berkata...

Kekuatan PAS pada masa ini cuma bergantung kepada pengundi bukan melayu sahaja.

Pengundi bukan melayu ini bijak berpolitik. Jika sudah nampak PAS tidak berfaedah lagi,mereka akan tolak PAS.

Perkara ini sudah berlaku pada UMNO dalam PRU12 yang lepas.

lebai-mangkuk berkata...

BN sudah ada perancangan nya yang teratur dan berkesan untuk menarik balik pengundi kaum cina dan india kembali menyokong BN.

Apabila kaum cina dan india ini tinggalkan DAP dan PKR, PAS akan kembali bersendirian.

Politik cina dan india ini mengikut arus, dimana mereka boleh dapat lebih untung, mereka akan kejar keuntungan itu.

wak-labu berkata...

PAS dan UMNO siang malam membahaskan soal, hudud, hadhari dan negara Islam.

Kaum kafir sudah bersatu dalam DAP, dibantu pula PAS dan PKR, maka laum kafir ini akan bertambah kuat.

Sekarang mereka sudah berani menuntut berbagai perkara yang sangat menguntungkan mereka, dan sebalik nya sangat merugikan kaum melayu/Islam.

Kebodohan kaum melayu/Islam ini akhirnya akan menjadikan kaum melayu/Islam menjadi HAMBA KAUM KAFIR.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ex Umno.

Terima kasih beri pandangan. Maaf lambat respon. Tak sihat

sheikh teluk intan berkata...

Salam Baginda Reformasi,

Maaf lambat respon,tak sihat.

Teman bukan tuan guru. Teman masih murid yang masih belajar.

Kalau teman ok nanti, teman akan cuba menjawab setakat yang termampu.