Selasa, 7 April 2009

PRK Hari Ini : PR menang 2 kerusi , BN 1 kerusi.

Selepas membuat sedikit analisis mudah berdasarkan berita dan ulasan yang dibuat secara langsung di ketiga-tiga kawasan PRK oleh kawan-kawan bloggers PR yang bersusah payah bekerja keras sepanjang waktu , mengemaskini berita dan ulasan , maka teman menjangkakan :

1.Pakatan Rakyat yang diwakili oleh Pas di Parlimen Bukit Gantang akan menang selesa.

2.Pakatan Rakyat yang di wakili oleh PKR di Dun Bukit Selambau akan menang tipis.

3.Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PKR di Dun Batang Ai akan kalah .

Kalau benar jangkaan teman, syukurlah walaupun Batang Ai kalah tipis.

Kalaulah ketiga-tiga kawasan PRK , PR tewas, syukurlah jugak.

Kalau UBN menang , tidak menghairankan .Puak yang menang tuh telah menghabiskan ratusan juta Ringgit untuk membeli undi melalui projek yang dilulus serta merta, rasuah wang ,basikal dan sebagainya. UBN TAK DINAMAKAN UBN KALAU TAK AMALKAN POLITIK WANG!!!

Nasihat teman kepada pencacai UBN, janganlah kelihatan rajin bersihkan masjid-masjid, melawat kampung di perdalaman, menziarahi orang miskin yang kononnya tak pernah diketahui kewujudan mereka dan pelbagai amalan yang penuh dengan seribu kepuraan di musim pilihanraya saja.

Cadangan teman , sebaiknya diluar musim pilihanraya samada UBN menang atau kalah , jongos-jongosnya perlulah merajinkan diri untuk turun padang membuat kebajikan supaya tidak nampak sangat sifat munafik yang cukup jelas dilakukan oleh puak UBN samada jantan atau betinanya pada setiap pilihanraya umum dan kecil!!!

6 ulasan:

Modern Talking berkata...

my analisis.. batang ai BN memang akan menang sebab masyarakat di sana tahap pemikiran kurang dan kekurangan kemudahan terutama skali internet.. hanya satu sumber sahaja yg mereka ada iaitu propaganda TV balaci BN

Tanpa Nama berkata...

Batang AI BN memang akan menang. Kalau peti undi naik helicopter je.. Memang sah pembangkang akan kalah. Jangan lupa incident tahun lepas berpuluh-puluh peti undi dijumpai di dalam hutan Sabah. Pilot-pilot heli memang confirm mereka diarahkan buang peti undi sebenar.

Ex-UMNO berkata...

Tumbang juga akhirnya si sahamboi yg sombong, bongkak dan takbur.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Dewadurjana, Tanpa Nama dan Ex UMNO,

Terima kasih beri komen yang bernas.

Buat Ex UMNO, saya telah masukkan blog saudara dalam blog saya.

Prof. Era Pasca berkata...

salam reformasi!

yg penting UMNO yg bongkak tewas... DAYK MENANG takpe.. heehe di mana KJ? NAJIB? OSMAN JAILU? UMNO mohon restu rakyat.. tapi dah kalah maknenye UMNO tak dapat restu lah kan... haeharhar bubar dun PERAK!!

Ex-UMNO berkata...

TQ, Master Sheikh teluk intan,
for your ref i'm from TI too.