Jumaat, 6 Mac 2009

Yeop Bang Lan,Tolong Ngadap Sultan Perak Segera!!

Assalamualaikum Yeop Bang Lan,

Teman tulis nota ini bukan sengaja. Teman tulis dari hati yang tulus. Sudilah apakiranya Yeop Bang Lan membacanya. Kalau tak sudi , teman tak tahu nak kata apa. Teman akan bersangka baik, Yeop Bang Lan terlalu sibuk membaca Al Qur'an atau sedang mentelaah kitab Tafsir Jalalain , Bagdadi, Ibnu Kasir, Tabari, Fil Zilal Quran atau pun kitab tafsir terunggul ulama nusantara seperti Tafsir Al Azhar, karya Buya Dr Hamka.

Kalaulah Yeop Bang Lan sudi teman rasa bahagia sekali!!!

Yeop Bang Lan, kemelut politik Perak masih mencengkam rakyat jelata. Macam tak ada kesudahannya. Pada pendapat teman, kemelut ini perlu diletak tanda berhenti. Dan jalan terbaik dan paling aula , ialah meminta Sultan Azlan, memperkenankan permohonan rakyat supaya DUN Perak dibubarkan segera.

Yeop Bang Lan pun mungkin dah tahu , bila-bila masa dari sekarang, Nizar akan mengadap Sultan untuk memohon baginda membubarkan DUN Perak.

Sebelum Nizar mengadap Sultan, Yeop Bang Lan , teman rayu supaya pergilah mengadap Sultan Perak. Teman tahu mike dengan Sultan Perak tersangatlah kamceng. Tambahan pula mike pandai menguna bahasa Istana. Teman tak pandai. Bukan saja teman tak pandai, tapi teman geli geleman nak mengunakannya.

Ungkapan seperti 'ampun tuanku' apa ke jadahnya teman nak ucapkan. Sungguh teman cakap dari hati yang paling dalam bahawa teman tak sanggup nak melafazkannyer.

Nabi S.A.W pun bila para sahabat berjumpa dengannya, mereka tak pernah ucapkan 'ampun Ya Rasulullah '. Sedangkan Nabi S.A.W , kecintaan teman , adalah pesuruh yang diutuskan oleh Allah, Rabbul Jalil , sebagai rahmatan lil a'lamin.

Lagi satu ungkapan yang boleh membuat teman geli geleman ialah ungkapan, 'patik pacal yang hina mengadap'. Ini bahasa, apa barang yeop?!!!

Yeop Bang Lan pun tahu , teman jenis mat rockers memang tak betah untuk mengadap Sultan. Pantang tok nenek teman nak sembah menyembah walaupun teman jugak berasal dari keturunan Raja Sumatra. Dan Yeop Bang Lan pun tahu bahawa teman tak suka pada tradisi , adat istiadat dan bahasa istana Melayu yang banyak dipengaruhi oleh tradisi dan adat istiadat Raja Hindu.

Oleh kerana itulah, teman merayu , Yeop Bang Lan sahaja yang mengadap dan slow talk dengan Sultan supaya memperkenaankan permohonan Nizar untuk mengadap baginda dan seterusnya meluluskan permohonan hamba Allah itu untuk membubarkan DUN Perak.

Percayalah Yeop Bang Lan ooii, rakyat akan berterima kasih dan memuliakan Sultan sebagai hamba tuhan yang bersikap pro rakyat. Bila di takdirkan, Sultan di jemput tuhan mengadap ke pangkuanNya, dengan izin Allah jua, berpuluh ribu rakyat akan menyembahyangkan jenazah Sultan dan mendoakan kesejahteraan rohnya di alam sana.

Semoga Yeop Bang akan mempertimbangkan permintaan teman yang tersangat mudah ini. Kalau usaha Yeop Bang Lan berjaya , maka teman akan tabik spring pada mika , seorang sahabat lama teman yang masih dipisahkan oleh jarak dan waktu.

Akhir kalam, teman mohon sekali lagi agar Yeop Bang Lan segeralah mengadap Sultan!!!

11 ulasan:

radenjowo berkata...

'patik pacar yang hina mengadap'.

wakakaka !!!

sheikh teluk intan berkata...

Ok no problem , Raden!!! boleh jumpa i kat kopitian The Mines, Serdang any time.

Wakakuku!!!

Tanpa Nama berkata...

pakcik sheikh,
siapa yeop bang lan tu? mula2 dulu saya ingatkan Sultan Azlan, tapi artikel ni suruh yeop bang lan jumpa Sultan Azlan?, nampaknya saya dh salah org.

saya suka baca blog ni, memberi ilham utk saya menulis karangan BM dlm SPM. terima kasih.

muna

ISA berkata...

Salam Sifu,

Sifu boleh la sound rock selamba camtu kat sultan, pasal sifu berdarah Raja juga, kira setaraf la... kalau kami rakyat biasa dah tentu dianggap derhaka, silap haribulan kena buang negeri.

Ni patik nak tabur beras kunyit... kasi laluan sikit... sambil merafak sembah... terbongkok-bongkok macam nenek kebayan..

Kenapa Raja2 negeri Arab takde pun camtu..., sebabnya budaya hindu tak sampai ke negeri Arab... orang india dulu2 tak jumpa peta jalan ke negeri Arab...

Tapi yang peliknya, bila perkara ini dipertikaikan, kita pulak yang kena marah tak hormat Sultan/Raja kerana diorang simbol budaya Melayu. Simbol Kepala But** apa ke jadahnya, bukannya fardu Kifayah.

ooppss... teman ter..emosi pulak.. bukannya apa geram, dengan adat budaya yang ntah apa2 yang masih diamalkan oleh melayu haprak yang tak tau nak bezakan tuntutan ugama dengan budaya kuno...

Geram punya pasal, panjang la pulak merapu teman hari ni... sori..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Muna,

Kalau Muna melihat wajah Muna di cermin kaca, Muna akan lihat wajah Muna persis seperti wajah Muna yang sebenar. Wajah Munah di cermin dengan wajah yang sebenar sedikit pun tak berbedakan?

Kalau muna bercakap di depan cermin itu, mulut muna akan bergerak sama seperti gerakan mulut Muna . Betul tak?

Adakah Muna yang di cermin kaca, adalah orang yang sama dengan Muna yang berdiri di depannya?

Sekarang Muna fahamkan?

Pak sheikh selalu mengunakan unsur sinikal, metafora , simbolisme dan sebagainya dalam tulisan.

Apapun , terima kasih Pak Sheikh ucapkan kerana Muna selalu jenguk blog seorang tua yang tua dan lesu.

Semoga Muna berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Teman tak berbual dengan Sultan. Teman minta Yeop Bang Lan, yang sound pada sultan.

Teman walaupun berdarah Raja , tapi kaum kerabat diRaja teman bukan didakwahkan kepada Islam, tapi keturunan kami adalah pendakwah dari tanah Arab, yang mendakwah rakyat jelata dan akhirnya dilantik oleh rakyat sebagai Raja.

Kes Raja-raja Melayu lain .Mereka dulu beragama Hindu. Mereka masuk Islam kerana dakwah dari keturunan teman.

Tapi terdapat sedikit pengecualian seperti asal usul kerabat di Raja Perlis dan Selangor. Salasilah mereka ada hubungan dengan ulamak dan Nabi S.A.W. Sayangnya mereka terikut dengan adat istiadat Raja Melayu yang dipengaruhi oleh unsur Hindu.

Aiit dah jadi kuliah sejarah.Sorrilah. Teman sebenarnya mahukan negara ini, bebas dari sistem kapitalis dan feudalisme.

Isa, jangan risau blog teman ni membenarkan sesiapa saja untuk merapu dan meraban.

Tapi teman takkan layan spesis cilaka yang munafik kalau mereka beri komen. Mereka boleh komen dan hentam teman, tapi jangan harap teman nak layan kerana tujuan mereka mahu , teman akan klik ke blog mereka atau sekutu mereka.

Teman pun emosi nih pada puak munafik yang dah mula bercakap tentang nak pertahankan Islam. Tapi Hudud tak mau!!

Tanpa Nama berkata...

bang yeop... abeh klu mayat BIJAN di letup C4 cane nak antak KUBUR? pastu sape nak antar tu? so takde can le najib dengar bunyi terompaj ye dak.... heheh

Tanpa Nama berkata...

salam pakcik,

pakcik said "...unsur sinikal, metafora , simbolisme dan sebagainya dalam tulisan..."

saya tak paham?! tapi tidak mengapa saya skrg mmg cuba utk mengikuti blog seperti ini utk pemahaman bahasa melayu saya...

terima kasih.
muna

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Saya tertanya2 sendiri, apakah yeop Bang Lan, Bang Lah dan juga Sheikh sebenarnya bersaudara, walaupun sekadar bersaudara tiri? Dan mungkinkah seseorg yg saya kenali sbg Yeop Bang Lat juga seorg lagi saudara kaum kerabat Sheikh? Rupanya mcm saling tak tumpah..

Tanpa Nama berkata...

Muna,pakcik nk tnya ko..kat sekolah agak2nya mcmne murid2 faham bab politik malaysia skrg?

Tanpa Nama berkata...

Ghame deme ngutok sidang DUN bawah pokok kononnya mcm berok...tapi deme lupe kerajaan Melayu yg mule-mule juge dibuat dibawah pokok :-

Parameswara: Memande! ape name pokok ni?
Memande: (M)Celake Tuanku.
Parameswara: Bete namekan negeri ni negeri (M)Celake