Sabtu, 7 Mac 2009

Alat Jentera Zionis Melayu Buat Hal Lagi !!!!

Kerjasama ahli bahasa, sasterwan, ahli akademik , ahli politik dan badan NGO (Pekida tak ada ke?) telah berjaya membawa rakyat lebih dari 100 ribu orang ke perhimpunan menentang PPSMI siang tadi walaupun disambut oleh alat jentera zionis Melayu dengan bedilan 'water Canon' dan gas pemedih mata.

KerajaanUMNO/BN mungkin tak menduga bahawa rakyat seramai itu dapat dikumpulkan oleh tokoh-tokoh tersebut untuk berhimpun. Tahniah teman ucapkan pada para pengerak mansukhkan PPSMI kerana kejayaan mengumpul sebegitu ramai rakyat jelata dalam perjuangan ini . Akibatnya, Bang Dollah , PM Malaya tersentak dan meminta Kementerian Pelajaran mengambil tindakan segera seperti yang diberitakan disini

Dengor ceriternyer sepupu isteri Rosmah , Mr Auuuww , merungut lebih kurang begini ..."apa pasal baru sekarang pejuang bahasa bangkit dan berhimpun untuk menyerah memorandam pada Agong . Dulu mengapa tak bangkit seperti ari ini ahh, auww!!!!"

Ehwah tewah Mr Auuwww ni,buat bodohlah pulak.Sejak pengenalan PPSMI pada tahun 2003, para pejuang bahasa , ahli akademik ,badan NGO dan ahli politik tidak pernah berdiam diri goyang kaki.

Mereka telah merayu sejak tahun 2003 lagi supaya di mansukhkan PPSMI. Banyak usaha yang telah mereka buat . Berseminar tentang buruk dan baik PPSMI pun sudah. Pertemuan meja bulat dan panjang dengan kerajaan dan sesama sendiri pun dah dijalankan. Tapi kerajaan dan Hisham,panglima ketuanan Melayu yang sentiasa menghunus keris adat, lambat buat keputusan. Apa hal lambat?. Dia bermain dengan masa ker?

Mengikut ceriter yang teman dengor dari kawan-kawan yang berkorje dekat Kementeriaan MR auuuww, banyak masalah akan berlaku kalau PPSMI di mansukhkan. Diantaranya , para kroni yang telah di beri kontrak membekal beribu laptop ke sekolah Rendah dan Menenggah akan naik angin satu badan. Kroni yang diberi kontrak menyelenggara komputer yang kerjanya membuang habuk dan melakukan defrag akan hilang kerja. Ini belum termasuk kroni yang menyedia dan menyelengara projector serta peralatan yang lain, termasuk 'courseware'.

Dalam bahasa lain, kelewatan Mr Auuwwww, membuat keputusan samada untuk mansukhkan PPSMI atau meneruskannya dipengaruhi oleh rasa kasih sayang yang tanpa sempadan terhadap para kroni pemimpin UMNO yang mencari makan hasil anugerah kontrak penyediaan pelbagai peralatan untuk kegunaan PPSMI .

Teman tak mahu sentuh apa perlunya PPSMI ini dimansukhkan kerana telah di perkatakan oleh pejuang bahasa, ahli akademik dan bekas kawan teman , seorang ahli Parlimen yang bernama Datok Dr Fuad Zarkashi , ahli parlimen BN yang dulunya pernah jadi aktivis Pas.

Yang penting teman nak nyatakan disini adalah semoga bedilan air dari 'water canon' yang ada bahan kimia dan semburan gas pemedih mata oleh Angkatan Polis UMNO Malaysia,(Zonis Melayu) telah menyedarkan sasterawan negara, pejuang bahasa, dan ahli akademik, bahawa kerajaan UMNO/BN adalah rejim zionis Melayu yang sedang dibenci oleh rakyat jelata dan sedang menunggu saat ajalnya.

12 ulasan:

Budak Parlimen BAGAN DAT0H berkata...

semue utk kr0ni...
utk kelangsungan hidup diktat0r amen0..
utk jawatan pd pemilihan amen0...
bahasa melayu,islam, dir0g0l...

cucu tok senik berkata...

saya pun tak setuju dengan ppsmi ni sheikh. ni la jadinye kalau umno berterusan memerintah. umno yang kata mereka pejuang bangsa, tapi mereka sendiri yang membunuh bahasa bangsa mereka. saya ada letak gambar hari protes dalam blog saya.

Isa berkata...

Salam Sifu,

Si aauww tu, harapkan mulut je lebar melalak, jangan kata buta sejarah yang beratus tahun, sejarah 2003 penentangan PPSMI yang baru berusia 6 tahun pun boleh lupa.

Menteri Pelajaran kepala bapak dia macam ni... banggang nak mampus, harapkan keturunan jer boleh jadi menteri, sama la dengan sepupu dia tu...

Camna la orang boleh undi si cibai aauuww ni, boleh ke mencarut ....?? Macam tu la kalau membesar dengan duit gunung judi, 7 keturunan pun belum tentu bersih darah dalam badan tu... dasar melayu murtad.

Kamal berkata...

BUKAN pEKIDA JE tak de...pERKASA pun ilek ? poraah...!!

A berkata...

Salam Pak Sheikh,

seram sejuk seluruh badan sebab keadaan dalam negara nampaknya semakin kalut dan kacau. bukan sebab kita rakyat jelata tetapi disebabkan oleh tindakbalas membuta tuli pemerintah kepada rakyat yang berkumpul secara aman untuk satu tujuan yang telahpun diperkenan oleh YDPA.

rakyat nampaknya semakin ditekan dan dihimpit oleh pihak pemerintah dengan berbagai cara.

rasanya-lah Pak Sheikh, kalau kekerasan ini berterusan, kita rakyat tak boleh bersuara lagi nampaknya. apa nak jadi ni..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Budak Parlimen Bagan Datuh,

Inilah cara spesis UMNO cari makan, tak kisahlah jual agama, bangsa dan negara. Janji masyukkk

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cucu Tok Senik,

Teman dah ziarah kat blog Cucu Tok Senik. Bagus bangat. Kenalah teman ziarah selalu.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Mr Awww ni, kalau kita jumpa dia, teman akui dia lebih peramah 10 kali dari sepupunya.

Dia sebenornya tak layak duduk di Kementerian Pelajaran. Patutnya dia duduk di Kementerian Belia dan sukan.

Teman lebih respek kat khairy, kerana dia lebih berani berdebat dengan orang Pas. Dia telah buktikan , dia berdebat dengan Husam. Tak kisahlah apa niatnya. Yang penting, Khairy lebih lelaki dari Mr Awww.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Kamal,

Sudah diduga, semua NGO yang hipokrit dalam mempertahankan bangsa, bahasa dan bangsa Melayu tak akan hadir kerana perhimbunan itu digerakkan oleh Pas dan pejuang bahasa.

sheikh teluk intan berkata...

Salam A,

Sesungguhnya kekerasan yang di tujukan ke atas rakyat menjadikan rakyat bertambah meluat dengan Umno/BN.

Shah Iran yang menindas rakyat dan melakukan kekerasan , akhirnya tumbang di tangan seorang tua hasil gerakan revolusi tahun 1978.

Yang perlu ialah kekuatan jiwa kita untuk berdepan dengan kekerasan fisik.

Dr Ahmad Muhammad Mujahid berkata...

Salam...

Jemput ke blog saya untuk sama sama kongsi gambar demo bantah ppsmi. Ada ratusan gambar kat sana.

Tanpa Nama berkata...

pegi amik komen pelajar yang dah lalui ppsmi. kalau setakat bahasa melayu ni, banyak perkataan BI yang di-melayukan. kalau dlm hal ni, tanya la dekat ilmuan2 sins dan matematik, bukan ilmuan bahasa. kata2 ilmuan bahasa dlm ppsmi ni tak boleh paki pun sebab diorang ni fikir jangka pendek!!cuba la pikir panjang sket, utk mase depan anak2 bangsa. jangan sebab sayangkan bahasa, isu pelajaran pun nak dipolitikkan. biasalah, kalau dah nama pun pembangkang, mesti nak jadikan tak kira la isu apa pun utk tarik pengundi sokong diorang. bukan apa, aku asalnya sokong pembangkang, tapi aku sokong BN sebab nampak ketidakmatangan pembangkang dan ilmuan bahasa dlm hal ni..