Sempena hari Jumaat nih , apakata yeop bang Lan, kalau kita memikior sejenak tentang persediaan kita untuk kembali ke alamat tetap. Kita mesti bersedia yeop bang Lan ooii. Mati ni yeop bang Lan ooii , bila-bila boleh berlaku ke atas kita.
Teringat teman pada kata bekas pemimpin teman yang masih lagi hidup tapi tak berapa sihat macam teman jugak dan beliau tuh masih tetap mengaku dia adalah keturunan Bani Tamin yang akan menjadi orang kanan Imam Mahdi nanti. Kononnyalah. Katanya: "hendak mati pun akan mati, tak nak mati pun akan mati. Rakyat biasa mati , Raja pun mati"
Yeop bang Lan , sehubungan dengan itu , mari kita baca posting kawan kita yang begitu kreatif dalam menyampaikan dakwahnya tentang mati . Yeop bang LAn kena lawat blognya disini
Yeop bang Lan bacalah, teman nak mengohloh . Ngantuk nih. Lagipun teman dah baca postingnyer. Semoga teman dapat bangun subuh nanti . Kalau teman tak bangun, anggaplah entri ini sebagai yang terakhir. Salam yeop bang Lan . Baca yer, jangan tidak!!!
Kalau yeop bang Lan tak baca , teman sunat sekali lagi!!!!
Tajuk postingnya bunyinya agak menyeramkan:-
TEMUDUGA SEBAGAI CALUN JENAZAH.
SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN
KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.
Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:
Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".
Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.
Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini.
Sila lihat tawaran-tawaran lain sebelum menjadi jenazah
10 ulasan:
Sheikh Teluk Intan
Ini macyiam untuk individu yang masih lagi hidup kan..?
Salam Sifu,
Masyallah, terkedu teman di buatnya, teman dah insaf ni... nanti teman sampaikan kat penaja buasiswa teman tu...
Betul le tu Pak Sheikh, Iman & Amal adalah yang paling utama.
Salam Zubli,
Memang untuk sesiapa saja yang masih bernyawa, termasuk individu yang bernyawa ikan
Salam Isa,
Teman tumpang bahagia mike dah insaf. Penaja buahsiswa mike diharap turut insaf. Tapi kalau ikut pendapat, Imam Al Ghazali, kalau individu yang usianya melebihi 40 tahun , masih ngak mahu insaf, dia seolah sedang tempang tiket ke neraka. Semoga dia insaf. Amin
Kalau ikan bernyawa individu?
Kalau nyawa individu dilepap pekap kopeknya?
Salam Aishah,
Pak sheikh harap kita jaga iman supaya tidak menurun. Dan manifestasi kepada iman adalah amal soleh.
Semoga kita semua diberkati Allah di dunia dan akhirat.
Kalau kopek bernyawa?
Kalau nyawa berkopek?
Yeop Zubli,
Kalau kopek bernyawa, yang punya kopek itu tentunya individu yang bernyawa. Tak boleh dipisahkan.
Bolehkah dipisahkan puisi dan lagu Zubir Ali?
salam pak sheikh
aje sampe sesok napeh keme bacenye, tapi memang bebeno ape yang Pak Sheikh tulih tu, ni buat teman yang buehni insaf, tima kasih Pak Sheikh.
Catat Ulasan