Isnin, 9 Mac 2009

"Hidup Ketua-ketua Agama!!!!"

Hari ini wayang baik punya telah ditonton oleh ramai rakyat jelata. Yeop bang kena tahu ada rakyat jelata yang terpesona. Ada jugak yang mengaru kepala. Nak buat macamana, Ketua-ketua agama yang tak pernah belajar untuk jadi ulamak , hari ini wajib bermain wayang .Wajib mereka bersyarah yeop bang ooii kerana , bukankah hari ini sambutan Maulidur Rasul.

Maka dari mulut mereka , kedengaran oleh kita, cakap yang molok-molok: "Kita mesti bersifat amanah seperti Nabi. Kita mesti bersifat fatonah seperti Nabi dan bla...bla..."

Bila sampai pada frasa: "kita kena ikut cara hidup dan keperibadian Nabi", teman terus terpegun. Hati pun berbisik " oh hebatnya ketua agamaku".

Terbayang dimata teman , ketua-ketua agama berpakaian teramatlah sederhana seperti Nabi S.A.W. Tempat tinggal mereka seperti rumah kediaman Nabi S.A.W yang serba dhaif.

Mereka begitu prihatin terhadap rakyat jelata dalam semua keadaan seperti Nabi S.A.W . Mereka selalu lapar kerana tidak ada apa yang hendak dimakan seperti yang selalu dilalui oleh kekasih Allah , Nabi S.A.W .

Tumit mereka pecah kerana kuatnya mereka bersolat malam sewaktu orang sedang nyenyak tidur seperti amalan yang sentiasa dilakukan oleh Nabi S.A.W yang teman cinta sepenuh hati.

Bukankah hebat yeop bang oii, ketua-ketua agama kita!!!Apapun yeop bang dan teman wajib berbangga!!!

Yeop bang ooii, kekaguman teman pada ketua-ketua agama , semakin bertambah memuncak hingga ke paras tertinggi gunung Himalaya, bila teman membaca berita hari ini , tentang kehilangan yang masih belum dapat dikesan , sebuah kereta Porsche yang berharga lebih kurang RM1.5 juta kepunyaan salah seorang anak Ketua Agama.

Yeop bang ooi, kereta tu tersangat murahkan? Lebih murah dari kereta kancilkan ?

Oleh itu yeop bang , marilah kita bertempik kuat-kuat: " Hidup Ketua-ketua Agama!!!!!"

8 ulasan:

Seladang berkata...

Rakyat di zaman Rasulullah SAW dan di zaman para Sahabat amat mudah untuk bertemu dengan Baginda SAW atau para Khalifah selepas Baginda SAW.

Tapi hari ini, untuk bertemu dengan Raja, rakyat terpaksa bermandi air asid, pedih mata, sesak nafas, kena belantan, kena tendang terajang, kena gari, kena sumbat ke lokap.

Itulah yang berlaku dalam negara Islam Hadhari di Malaysia pimpinan Pak Lah Badawi dan akan datang adakah berganti pula dengan Islam LiaTuyya pimpinan Najib Rosmah?

http://tokperan.blogspot.com

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku seladang,

Bukan saja Rasulullah S.A.W dan para sahabat selepas baginda yang sangat mudah ditemui oleh umat, bahkan para khalifah misalnya di zaman pemerintahan Bani Ummayyah, Abbasiyah, Bani Fatimiayah dan yang lain senang dijumpai. Sebab spesis UMNO tak ada di zaman itu.

Di zaman sekarang Raja bukan senang ditemui oleh rakyat biasa kerana ada semacam jurang yang sengaja diadakan. Di tambah lagi oleh penguasaan regim zionis ke atas rakyat yang lebih suka rakyat dan raja dipisahkan.

Dan keadaan ini akan menjadi parah bila Najib Rosmah berkuasa nanti. Tapi mungkin ada hikmahnya, iaitu UMNO akan lebih cepat berkubur dilaut China Selatan.

ISA berkata...

Salam Sifu,

Harapkan baca "teks ucapan" macam baca"teks Khutbah Jumaat", praktikalnya kosong...hampeh....

Kira setaraf dengan anak teman yang tadika jer..., baru nak pandai membaca... bezanya anak teman sebut "saya" deme pula sebut "beta".

Kawan teman tengah cari pelakon untuk watak Raja ada sesiapa berminat??? untuk dua babak... pertama sewaktu berarak dan yang kedua babak memberi ucapan. bayaran lumayan... seumur hidup makan tanggung berak cangkung.

Gadis Reformasi berkata...

uhm.
semua tu tanda dunia nak qiamat da
=]
bukan seorang dua.berlambak je

Pak Oncu berkata...

ketua Agama hangpa cuma baca tek aje,,, amali nya jauhh sekali,,,,

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Anak mike yang sekolah tadika kompem lebih cerdik dari ketua-ketua agama, sebab dia baca tak ikut teks.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Reformer Princess,

Seronok tengok anakanda kepada Muhaimin , kawan pak sheikh kat UM dulu menjenguk di blog yang serba koman nih.

Pak sheikh tumpang bangga dengan kalian semua di luar negara!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Pak Oncu,

Teman setuju bebenor