Selasa, 10 Mac 2009

Anda Tahukah Pakar Tinjulah Yang Menghidupkan Semula Bulan Dakwah?

Hari ini teman nak tulis sikit saja tentang seorang hamba tuhan.

Teman , pernah hadir mesyuarat kat bangunan Ibu Pejabat BSN semasa dia jadi Pengerusi Bank itu suatu ketika dulu. Dalam meyuarat itu dia secara tidak langsung mempromosi dirinya sebagai orang yang kuat berpegang teguh pada agama.

Selepas dia dipaksa melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO, semasa era reformasi 1998, dia sambung belajar dalam bidang komunikasi kat UPM. Akhirnya dia berjaya memperolehi M.Sc dalam komunikasi.

Lepas tu, dia sambung buat Ph.D dalam bidang yang sama. Sekarang dia dah ada Ph.D. Maka wajiblah dari segi adatnya , bagi kita untuk memanggil hamba tuhan ini seperti berikut: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Selepas ni, jangan ada makhluk tuhan yang mengatai berkata bahawa anak jawa nih beli 'Ph.D'. Teman akan menafikan sekeras-kerasnya.

Hamba tuhan yang seorang ini merasakan dirinya pandai berpidato. Dan sesuai dengan kepakaran dan kelulusannya dalam bidang komunikasi , maka dia telah menulis sebuah buku berkaitan pidato politik.

Tapi tok guru teman kat UPM dulu yang juga tok guru kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pernah berjenaka dengan teman yang hingga hari ini teman masih ingat. Katanya , walaupun satu lori buku-buku mengenai kesenian berpidato yang sedang dan akan ditulis oleh anak jawa Sungai Tiang, Bagan Datuh ini , kepandaiannya berpidato tak akan mampu mencapai tahap 10 % kehebatan pidato Bro Anwar miskipun matan TPM Malaya ini, tak pernah menulis sedikit habuk buku tentang seni pidato.

Selain dari kepandaiannya berpidato dan bersekongkol bersama Najib dalam melakukan kudeta di Perak, dia juga mahir dalam seni bertinju. Teman tak cakap bohong. Kalau tak percaya baca kat sini

Teman dah baca. Kesimpulan teman mudah saja : Jangan gelak, pakar tinjulah yang menghidupkan semula Bulan Dakwah yang pernah dilancarkan buat pertama kalinya pada akhir tahun 70an!!!

14 ulasan:

Isa berkata...

Patut la dia rapat dan akrab dengan pakar tinju Bukit Aman.

Malang sekali orang yang ditinju tu diikat tangannya... macam bertinju dengan batang pisang le.. gayanya.

Bunyinya macam jantan, tapi tiada jantannya... ha..ha..ha.. buat malu kaum adam jer...

Sasha2020 berkata...

Sedih melihat bangsa ku. Saling hina menghina sesama sendiri. Memperkecilkan apa yg orang lain buat.
kalau umur dah lanjut, elok bykan selawat, ibadah, beri nasihat yg baik dan merendah diri.

Bagi saya, kalau kita tak mampu nak menyumbang untuk kebaikan orang atau ummah, elok kita diam.

Budak Parlimen BAGAN DAT0H berkata...

ptuih..
wat malau 0wg jawa n 0wg bagan dat0h jer..
kaki pukul upenyer...

Tanpa Nama berkata...

salam semua,
bukan saling menghina tetapi memperingati bahawa kita ini adalah sebahagian dari makhluk tuhan. manusia sentiasa berinterksi sesama sendiri dan juga dengan makhluk lain. pengamal komunikasi tentu lebih arif tentang ini. kehidupan sentiasa berubah yang kekal hanya Yang Esa. susah sangat ke nak faham? mengapa tak boleh terima kritikan orang lain?

matlap.

mudin001 berkata...

Teman percaya dan teman tak gelak. Teman senyum je... :)

p/s: Pak Syeikh tertinggal "Haji" pada pangkal namanya. Atau boleh juga ditambah "al-Haj" di hujung namanya. Jadi:
Datuk Seri Dr Haji Ahmad Zahid Hamidi

atau

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi al-Haj.

Salam Pak Sheikh!

SELADANG berkata...

Anak Jawa selangor hadiah penyapu pada pegawai kerajaan. Anak jawa Bagan Datok tinju orang. Buat malu jawa aja!

Yalah! Kalau tak jahat bukannya Umno.

Aishah Jamal berkata...

Selamat Ulang Tahun untuk Pak Sheikh. Semoga sentiasa dibawah rahmatNya. Amin.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Ada orang kata, dia pondan siam

sheikh teluk intan berkata...

Selamat sejahtera Shaha2020

sheikh teluk intan berkata...

Salam Budak Parlimen Bagan Datuh,

Kalau terjumpa dia, berhati hati sajalah. Pakai helmet kat kepala.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa nama,

Teman setuju. si dia adalah pemimpin. Kalau pemimpin tak boleh dinasihati di kritik, berhenti jadi pemimpin. Saidina Abu Bakar semasa mula pegang jawatan Khalifah, meminta supaya beliau dikritik. Tapi zaman la ni,pemimpin sudahlah susah untuk kita temui, mengkritik dan menegur mereka dianggap sebagai penderhaka.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mudim.

Betoi jugak. Patutnya di letak al haj di hujung nama beliau supaya lebih mantap lagi namanya.

Terima kasih kerana mengingatkan

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Pemimpin Umno memang gitu. Nak berhujah tak mampu. Maka katok kepala oranglah secara berjemaah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Aishah,

Terima kasih kerana ucapan itu. Semoga Allah juga memberi rahmat ke atas puan dan keluarga. Amin