Rabu, 4 Mac 2009

Bang Dollah Heppi Tak, Malaysia Pecah Rekod Dunia Hari ini?

Tiba-tiba teman dapat berjumpa dengan Bang Dollah. Teman dah tak ingat ini kali yang ke berapa Bang Dollah muncul tanpa diduga. Bang Dollah pula kelihatan macam ingat-ingat lupa bila terpandang wajah teman yang masih belum hilang kehensemannya.

Dan berlakulah dialog seperti berikut:

Bang Dollah: "Aiik, muka hang ni nampak macam familiar saja . Rasanya kita pernah berjumpa tapi dimana ya?"

Teman : "Ala, takkan Bang Dollah tak ingat. Kitakan dah dua tiga kali berjumpa secara tak sengaja dalam mimpi".

Bang Dollah: " Hang pangge aku Bang Dollah? Yang lebih tua dari aku pun mereka pangge aku Pak Lah".

Teman : "Saya selalu anggap abang macam abang tiri saja".

Bang Dollah: "Awat lagu tu?"

Teman : "Lagu tu, 'Ayahku kawin lagi' yang dinyanyikan oleh L. Ramlee".

Bang Dollah : "Hang ni bodo piang sunggoh no? Aku tak maksudkan macam itulah. Yang aku maksudkan, awat hang anggap aku macam abang tiri hang. Bapak hang pernah menikah dengan mak aku kah?".

Teman : " Taklah, bang. Saja-saja, tanpa sebab".

Bang Dollah : "Oh gitu. Macam ni punya manusia pun ada dalam dunia ni. By the way , siapa nama adik tiri aku ni? Wakakaka...".

Teman : " Saya dah bagi tahu dulu pada bang. Tapi tak apalah, bak kata Mahathir, Melayu mudah lupa. Jadi saya bagi tahu semula. Nama saya Sheikh Teluk Intan"

Bang Dollah :" Oppppp, hang jangan dok sebut nama orang tua kutuk tu.!!!!Berbulu telinga aku dengaq. Kononnya dia saja yang pandai memerintah Malaysia. Aku tak reti, kunun. Pooodaahh".

Teman: " I am sorry, bang. Saya akan mencuba untuk tak sebut nama boss abang dulu".

Bang Dollah : " Bagoih hang ni, macam aku jugak, berbudi bahasa .... wakakaka.....Oh ya, la ni baru aku ingat. Hang pernah sebut nama hang yang sebetoinya tak lazat. Jadi hang guna nickname Sheikh Teluk Intan. Ya sheikh al mukaram, aku heppi sangat dapat jumpa hang hari ini".

Teman : "Saya pun hepi sangat hari ini, bang ooi. Pertama, kerana dapat jumpa abang. Itu sudah pasti. Keduanya disebabkan satu peristiwa penting berlaku hari ini, Malaysia mulai hari ini telah berjaya memecah rekod dunia. Dan ketiganya, nanti saya akan bagi tahu".

Bang Dollah :" Bagoih , hang heppi kerana dapat jumpa aku. Yang Malaysia hari ini berjaya pecah satu rekod dunia , aku tak taulah pulak. Misbun Sidik berjaya jadi johan Badminton All England ka? Kalau dia jadi johan, aku dah tak sabaq nak heppi ni!!!! "

Teman :" Bang ooii , Misbun dah lama tak masuk tournament Badminton. Bang nih ketinggalan keretapilah ".

Bang Dollah: " Saja aku buat bodo, untuk test IQ hang..wakakaka..habeh tu, rekod dunia yang macam mana Malaysia sudah pecah? Jangan hang kata , aku yang telah pecah rekod dunia sebagai PM yang terbangang di dunia ini dan telah dimasukkan ke dalam ' World Guinness Stout Records' ".

Teman ketawa terbahak-bahak mendengor Bang Dollah buat lawak bodoh tentang World Guinness Stout Records. Betoi-betoi bang dollah nih , seorang insan yang kepala otaknya sentiasa dalam keadaan konpius.

Bang Dollah : "Awatlah hang gelak, Sheikh? Aku cakap salahkah atau zip seluaq aku terbuka? Sat aku tengok.... oh, nasib baiklah zip seluaq aku selamat wal afiat , kalau tidak 10 hari , 9 malam hidup hang suei. Sebabnya , aku tak pakai underwear".

Teman: "I am sorryyyy. Saya nih bang , dah insaf. Tak mahu cakap lagi , Bang Dollah sebagai Pemimpin yang paling terbangang. Oklah bang, saya akan terangkan mengapa saya cakap Malaysia dah pecah satu lagi rekod dunia. Tapi sebelum tu , bang dollah kena tepok tangan bila saya selesai menyanyi sebaris lagu 'if you happy happy clap your bloody hands'...."

Bang Dollah: "Ya sheikh , janganlah nak berseloroh sampai macam itu dengan aku. Sedih pilu hati aku, hang tau?. Lagipun, bukanka aku hang punya PM dan hang pulak adalah adik tiri aku".

Teman:" Alah bang, kitakan patut hepi sehepinya hari ini. Rekod dunia, Bang Dollah Ooii!!!"

Bang Dollah: "Okaylah hang punya pasai, aku tepuklah. Lagipun lagu tu, aku pun suka. Sejak aku di standard one lagi , cikgu dah ajaq nyanyi lagu itu"

Teman: " Abang nih memang PM yang world classlah. Ok bang, saya nyanyi : 'If you happy happy clap your bloody hands".

Sebaik lagu itu habis teman nyanyikan, Bang Dollah dengan heppinya menepuk kedua belah tapak tangannya hampir 10 kali.

Teman :" Fuyooo bang oooii !!!! Cara abang menepuk tangan pun memang klass gitu."

Bang Dollah : " Oklah Sheikh, masa begitu cemburu. Orang rumah aku sedang tunggu aku ni. Hang cepatlah cakap tentang Malaysia dah pecah rekod dunia supaya aku boleh heppi dan ceria. Cepatlah Sheikh, adik tiri kesayanganku".

Teman: "Baiklah bang. Wahai Bang Dollah , tak pernah berlaku di zaman moden nih dan langit terbuka ,sidang tergempar DUN dalam kes ini, kat perak, telah diadakan dibawah pokok. Maknanya bang, Malaysia telah pecah rekod dunia. Negara paling mundur di dunia nih pun tak pernah bersidang samada peringkat Parlimen atau Dun di bawah pokok. Pecah rekod dunia hari ni bang.!!!Itulah sebabnya kita kena heppi. Saya tahu abang pun tersangat hepi. Bukti abang hepi adalah begitu jelas sekali. Belum dengar cerita ini, abang dah terlebih dahulu tepuk tangan. Betoi tak bang?".

Bang Dollah: " Heppi kepala bana hang!!!!! Hang tahu tak sheikh, kes sidang tergempar Dun Perak ni betoi-betoi memalukan negara. Aku tumpang malu , hang tau dak? Nanti Presiden Obama talipon dan tanya tentang kes ini, apa aku mau jawab ah, bahlol!!!! Kita putuih saudara".

Teman: "Janganlah marah bang!!!! Tadi saya tengok abang heppi sesangat sehingga tepuk tangan banyak kali".

Bang Dollah : " Lupakan aku punya tepuk tanganlah. Sheikh, hang betoi-betoi derhaka!!!".

Bang dollah terus berlalu. Teman terpaku. Tak sempat dia mendengar satu lagi berita heppi tentang kemungkinan dia akan terus jadi PM , kalau dua ekor mangkuk ayun UMNO yang petang tadi telah buat PC kat sebuah hotel mengenai kemungkinan kedua spesis UMNO tuh nak buat injuksi kat mahkamah untuk menangguhkan Perhimpunan Agong Parti United Malay No Otak yang bermula pada 24 Mac 2009 atas beberapa sebab.

Sayang Bang Dollah tak sabar . Kalau dia bersabar, tentu dia heppi sehingga sanggup melompat ke langit yang ke tujuh bila dia mendengar cerita selanjutnya dari mulut teman.

Tapi nak buat macam mana, Bang Dollah melesapkankan diri kerana marah tak tentu pasai. Kalau dia bersabar dan tunggu dialog selesai, tentu dia akan pulang dengan perasaan yang membuak-buak dengan keheppian.

12 ulasan:

Seladang berkata...

Demikianlah kejahatan pihak-pihak tertentu dalam Umno (dulu kini dan tidak selamanya.) Mereka gembira menyindir PR Mesyuarat Bawah Pokok tetapi mereka tidak tahu bahawa dunia melihat lebih jauh dari bawah pokok.

Demokrasi di Malaysia mulai mati! Pelabur mula berfikir dua kali! Politik Umno Pentingkan diri sendiri!
Rakyat hidup bagaikan hamba dan kuli!

Tanpa Nama berkata...

Paipagi ni kena teh tarik kedai amak pun sedapjugak....dey zambri, teh tarik onek!!

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Mlm tadi saya bermimpi Perhimpunan Agung 'depa tu' dibuat di ATAS pokok. Boleh Sheikh tolong tafsirkan mimpi saya tu?

Bila Diary Bercerita berkata...

Yang pasti bakal "PM menanti" dah tak boleh nak tidur dengan lebih lena lagi. he..he..

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

Awat citer penjang mengarut weihh.. ayam dah berkokok baru masuk punch-line.. tapi tak tahu camna hang boleh masuk final..
harap dapat buat lagi baguih masa final nanti..

"i am sori"

ISA berkata...

Salam Sifu,

Masa nyanyi dengan PakLah tu, pakai kord apa? F#minor ke..?

Masti dia syok giler....

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Sesungguhnya demokrasi versi UMNO semakin menyeksaikan rakyat disebabkan demokrasi sebenar telah masuk kubur.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Wokay zamry!!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Ja,

Teman tak pasti cik ja tidur dan bermimpi waktu bila. Kalau tidur waktu senja dan bermimpi, ianya adalah mainan setan. Kalau Cik Ja mimpi sedemikian , selepas jam 12 malam, maka ini menandakan, UMNO sedang menuju kemuncak kehancurannya. Sekian terima kasih.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cik Aisyah,

"PM Menanti", masih boleh tidur kerana isterinya paksa dia telan dua biji bil tidur . Kalau dia telan 20 biji sekali harung, Kak Mah akan jadi janda kaya.

sheikh teluk intan berkata...

Selamat sejahtera ke atas tharieq dhiyaudin.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Teman pakai cord A to Z. Bunyinya macam gila babi. Itupun Bang dollah boleh bertepuk guna tangan dan kaki.