disini,
Pelik seorang pegawai kerajaan yang ditugaskan sebagai Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong Sabri( dah digantung tugasnya oleh Speaker DUN Perak petang tadi ) sepatutnya menerima arahan Speaker sebagai pihak yang berkuasa di Dun. Ataupun dia dipaksa untuk terima arahan dari Zambry PhD, Menteri Besar Halam.
Tetapi beliau sungguh tidak profesional. Sanggup kunci dewan kerana tidak mahu bagi Speaker Dun Perak, buat persidangan tergempar. Apakah beliau tidak tahu kuasa speaker? Speaker ini lebih kurang sama macam seorang hakim di mahkamah.
Kalau Setiausaha mahkamah kunci mahkamah tanpa kebenaran tuan hakim bagaimana sesi pengadilan hendak dijalankan sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Jadi bila SU Dun kunci Dun, supaya kononnya persidangan tergempar tidak dapat dijalankan , dia secara langsung memperkecilkan hak rakyat dan merela maruahnya diliwat oleh Zambry PhD dan sekutu yang sewaktu dengannya.
Apakah disebalik tabir, SU Dun Perak pun diugut atau dapat wang besar. Kesihan juga kalau orang kerajaan pun diugut. Kalau dapat wang besar memang tidak patut, celaka rakyat dibuatnya.
Notis arahkan kosong bangunan Dun dikeluarkan tanpa tandatangan tetapi pakai surat rasmi kerajaan negeri Perak. Siapa yang berkuasa nih? Hebat betoi , kuasa notis tersebut sehingga boleh kunci Dun. Ini macam kuasa KEMAS kunci pagar Tadika kononnyer, kerajaan Pakatan Rakyat yang kunci. Kemudian buat tuduhan Pakatan Rakyat yang mengunci balai raya sehingga menyukar budak-budak tadika bersekolah. Ohhh, baik punya sandiwaralah!!!!
Lah nih hamba rakyat jelata melihat keadaan politik semakin haru biru dan celaru di Perak. Tutup Dun macam tutup balairaya. Sudah tidak ada undang-undang. Sedangkan kita selalu berbangga bahawa rakyat Malaysia amat bertamadun dan ada peraturan dan undang-undang. Jadi siapakah dalam kes politik Perak kini yang tidak mahu ikut undang-undang?
Itu hari Tun Mahathir ketawakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana suruh Datuk Dr Zambry buat repot polis bila beliau digantung oleh speaker. Tapi pelik pula bila Mahathir menjadi bisu bila Timbalan Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Tun Razak berkata persidangan tergempar Dun Perak tidak sah kerana ada kes mahkamah, iaitu kes Nizar saman Zambry. Betoi-betoilah si Najib nih , mahkluk yang menambah lagi kelucuuuuan.
Mahathir tak nak ketawa ke? Saya sedang ketawa nak pecah beruk nih!!!.
Kita hamba rakyat marhen bertambah pelik , puak UMNO dan jongosnyer , ikut peraturan dan fasal yang ke berapa dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Perak yang membolehkan SU DUN Perak merintah agar Dun di kunci .
Dan SUK Negeri pulak mengharamkan mahkluk yang tak berkenaan memasuki bangunan yang seolah bapak dia yang punya.
Polis pulak dah jadi lebih UMNO dari UMNO, dengan menyatakan bahawa persidangan tergempar esok tidak boleh diadakan kerana ianya adalah tidak sah. Polis akan menghalang V.Sivakumar dan ahli-ahli Dun Pakatan Rakyat memasuki bangunan milik bapak SU kerajaan Negeri.
Aii, kacau betoi , permainan kotor UMNO dan para jonggosnya!!!
Amat memalukan dan melucukan puak UMNO sanggup untuk tidak ikut peraturan dan perlembagaan. Sebenarnya puak nih dah terlalu terdesak, maka mereka akan guna kuasa Kerajaan Persekutuan yang ada tentera dan polis untuk buat jahat di Perak. Kalau Thailand guna tentera tapi Malaysia sebenarnya guna polis.
Izinkan saya beri sikit pandangan. Kalaulah persidangan tergempar itu tak boleh dibuat kat DUN di bangunan, bapak SUK yang punya, Mr V. Sivakumar bolehlah adakan persidangan dimana-mana saja, termasuk di restoran zambry. Soalnya, masih belum terlewatkah untuk memberi notis berkaitan dengan venue persidangan tersebut kepada puak Adun BN. Kalau tak sempat , puak adun BN boleh buat repot pada pihak yang berkenaan. Berhati-hatilah Mr Sivakumar,ok?
Kita tunggu esok yang tinggal berapa jam lagi. Siapakah yang akan terduduk esok?
Hari ini teman tak sihat sangat. Seperti biasa dalam keadaan kesihatan teman yang tidak begitu baik, maka terpaksalah teman merajinkan diri untuk mengorjekan posting seorang sahabat teman untuk disalin dan di tambalkan di blog teman ini. Dengan izinnya teman telah mengatai membuat pindaan sedikit-sebanyak posting tersebut. Dan silalah baca tulisan asal beliau
9 ulasan:
Salam Pak Sheikh,
ngape Pak Sheikh asyik sakit je semenjak dua menjak ni?
saya doakan Pak Sheikh segera kembali sembuh dari gering.
kerana saya risau kemudian hari nanti saya asyik ternanti2 hasil karangan Pak Sheikh yang sangat menghibur dan bernas itu.
dua tiga kucing berlari
mana nak sama sikucing belang
dua tiga boleh saya cari
mana nak sama Pak Sheikh sorang!
betull.. tak bohong.
karangan Pak Sheikh sangat2 mencuit hati penuh dengan satira dan metafora bahkan hakikat dan makrifat.
minta mak Sheikh tolong jaga baik2 pada Pak Sheikh ya.
-waris DLD-
Salam A,
Teman dah lebih 12 tahun sakit. Ujian tuhan. Sakit teman ni pelik sikit, iaitu 'balance disorder'. Kalau berjalan macam melayang-layang saja. Kerana sakit ini, teman terpaksa berhenti kerja dan menerima tawaran VSS. Sebelum berhenti teman pernah mengetuai sebuah Institusi Latihan kepunyaan sebuah syarikat GLC.
Sekarang kebanyakkan masa teman dirumah. Boring jugak. Tapi sekarang teman punya masa membaca buku ,menambah amalan dan ada ketikanya teman sempat main gitar.
Harap-harap teman boleh hidup lama. Teman teringin sangat nak tengok kapal BN tenggelam sebelum teman balik ke alamat yang tetap.
Sahabat, doakan teman sihat semula.
Salam Sifu,
Harap sifu, banyakkan rehat... toksah pecahkan kepala dengan isu Perak ni... bawa bertenang. Rileks...
Soal kunci pintu DUN, bagi diorang macam kunci tadika kemas je... so buat DON NO.. jelah...
Kalau Sultan Perak tak buka mata dan minda dengan permainan haramjadah parti rasuah tu, tak tau la apa teman nak cakap lagi...
*** yang bebeno nyer... teman menulis dalam keadaan benggang sesanggat dengan bini rosmah ni ***
maaflah yea... sifu jangan lupa makan ubat dan rehat... adios...
Wahai Pak Syeikh...
Main gitar jugak???
boleh lah kite ada masa jamming sama2..kok tak larat nak ke studio kite layan jamm gitar kapok pun ok hahaha..nak layan lagu ape?kawan semua boleh layan..agak2 lahu kawan tak pandai...pak syeikh jadi lead,kawan jadi bass pun tak ape
Salam Isa,
Teman dengar nasihat mike untuk rileks. Tapi otak nih nak merayau aje.
Teman sangat marah hari inih pada mangkuk-mangkuk Umno dan kerabat teman yang patutnya menyelesaikan masalah kat Perak kerana 'dia' adalah diantara penyebab kerajaan Perak jadi macam ini.
Mrkolumpo,
Teman main gitar suka-suka saja.Bukan mahir sangat. Tapi teman ada Recording Studio kat Kajang Utama.
Kalau mike ada band, boleh gunakan kemudahan di studio teman untuk merakam lagu. Syaratnya lagu mesti berunsur keislaman.
Ini semua kerana duit! Manusia tunduk kerana duit. Najib Rosmah banyak duit! Manusia sekarang kira berapa dia dapat bukan kira apa rakyat dapat!
Rakyat nak mampus-mampuslah! Asalkan Kerajaan Haram Perak Umno/Bn terus diterajui oleh Zambaweeee Pangkori Teh Tarik! Porahhh!!!! Citttt!!!!
Apalah rakit kepada rakit,
Rakit sakti pembawa garam;
Apalah sakit kepada sakit,
Sakit lagi Kerajaan Haram.
Alhamdulillah! Seladang tetap cergas dalam usia 60 tahun ini sebab amalkan makan peria katak tapi bukan diimpot dari Pasir Mas Kelantan.
Setelah lama me rayau2, sungguh bertuah tertemu lama yang indah ini, maaf tumpang singgah sebentar. Kebetulan teman pun dari T Intan juga.
Sedikit tentang cerita politik negeri kita:
Sebenarnya selagi semua pihak berkuasa masih berdiri teguh di hadapan kerajaan, Pakatan Rakyat akan terus gagal dalam misi nya untuk menawan semula negeri Perak.
Pakatan Rakyat kena bersabar dan tunggu sehingga PRU13 nanti. Itu pun kalau rakyat negeri Perak masih mahukan PK memerintah negeri Perak.
Segala tindakan dan perbuatan PR pada masa ini akan menambah kan lagi kemarahan dan kebencian kepada rakyat negeri Perak yg sangat setia kepada Raja nya.
Rakyat negeri Perak sudah nampak bahawa PR tidak menguntungkan orang melayu/Islam dinegeri Perak.
lebai mangkuk
Saya pernah kena sakit macam tu. Agaknya. Terasa balance tidak betul. Saya amalkan dengan makan gingko biloba, dan kemudian saya terus kurangkan atau mengelak makanan yang mendatangkan gula. dan langsung control gula. Seperti: langsung tidak ambil makanan /minuman bergula, dan tidak ambil nasi. Nasi digantikan dengan makanan lain.
Untuk saya, alhamdulillah, baik.
Catat Ulasan