Isnin, 9 Februari 2009

Tok Mufti,Tolong Nasihatkan Si Zambry Supaya Dia Tak Sesat!!!

Selepas solat maghrib dan buat sedikit amalan sunat yang lain malam tadi, teman dengan malasnya melangkah ke ruang tamu. Teman nak tengok berita TV. Ghopernya, TV dah siap dipasang oleh anak bungsu teman. Terus teman menonton Berita TV Bernama. Entah channel yang ke berapa.

Ghopernyer semalam Hari Taipusam. Teman ingatkan ari ini, sebab anak teman dah beritahu dia cuti sekolah pada hari senin. Mujurlah Berita TV Bernama ada buat liputan tentang perayaan Taipusam. Kalau tidak teman tak tahu penganut hindu sambut Hari Taipusam semalam. Terima kasih sajalah Berita TV Bernama.

Ayoyo amak karipulaii !!! , teman tengok punyalah ramainya penganut hindu yang berkulit gelap gulita membanjiri kawasan perayaan dan upacara Thaipusam . Teman ingatkan kat Batu Caves . Ghopernyer di Kuil Arulmigusubramania, Gunung Cheroh kat Perak.

Tak kisahlah kat mana Berita TV Bernama buat liputan tentang Hari Taipusam. Teman peduli apa!!!Lagi pun teman pun tak pernah terfikir nak sambut perayaan ugama Hindu. Apa tah lagi teman tak siuor langsung, nak menghadiri perayaan agama penganut Hindu. Biorkanlah saja rakyat Malaya yang beragama hindu merayakanyer. Dalam bab agama , teman percaya pada prinsip kebebasan beragama sebagaimana ajaran Islam yang dengan tegas menyatakan: " Untuk kamu agama kamu dan untuk aku agama aku".

Tapi bila Pembaca Berita menyebut Datuk Dr Zamry Kadir yang dianggap sebagai Menteri Besor yang tak sah oleh kebanyakkan rakyat Perak , turut menyerikan sambutan perayaan Taipusan yang bertujuan untuk membesarkan dan mengkuduskan Dewa Murugan , teman asainyer tak percaya. Timbul tanda tanya dalam kepala otak teman yang tak berapa cerodik ini, apakah Berita TV Bernama cuba untuk memburukkan hamba tuhan tersebut?

Lalu mata teman pun ligat untuk mengecam mana satu wajah Menteri Besor yang baru diperkenankan oleh Sultan yang tergolong sebagai di antara Raja yang terbijak di alam maya ini, di tengah gelombang penganut Hindu membanjiri kawasan kuil tersebut. Maklum sajalah , teman ni semakin tua, maka mata teman pun semakin rabun. Agak berpinau jugak mata teman mencari wajah seorang hamba tuhan yang tidak pulak semakin putih kulitnya walaupun sudah ditabalkan menjadi Menteri Besor Peghrak.

Amak karipulai betoi!!! akhirnya teman dapat juga menangkap wajahnya yang teramat hensem tu di tengah lautan penganut-penganut Hindu berweil-weil aru grah. Sungguh, teman cukup tak siuor nak layan orang yang gatai mulutnyer menuduh sewenang-wenangnya hamba tuhan tersebut tidaklak hensem seperti si 'dia'. Dan ada pulak yang tergamak mengelar hamba tuhan tersebut sebagai ' Mamak Tongkang'. Tak sopan duhai nana karipulai oooi kalau cakap itu macam. Kesian sama dia!!!!

Pada pendapat teman , hamba tuhan itu sudah ditakdirkan oleh Allah sejak azali, memiliki wajah yang ada tarikan magnetik. Bak kata orang sastera , wajah hamba tuhan itu mempunyai nilai estetika yang tinggi!!!!.

Sekiranya Leonardo de Vinci masih hidup , dia tentu sanggup membayor 100 keping emas kepada hamba tuhan tersebut , semata-mata mahu melukis sekeping potret wajah beliau. Leonardo mungkin jugak terpikiryor untuk melihat potret hasil lukisannya yang dikata penuh misteri iaitu potret Mona Liza digandingkan dengan potret hamba tuhan itu. Leonardo akan lebih dipuji kerana melukis potret gandingan 'male' dan 'female' yang berummppppphhhh!!!!

Cuba nana karipulai bayangkan..... potret gandingan Mona Liza dengan hamba tuhan itu akan bernilai berpuluh kali lipat ganda kerana ianya akan menjadi potret yang lebih 'mysterious' dalam jangka masa 100 tahun akan datang.

Ayo amak karipulaii!!!... nilai pasaran , potret tersebut akan menjadi beribu kali lipat ganda sekiraya Leonardo yang terlebih kreatif , melukis potret hamba tuhan tersebut dengan membuat calitan bulat berwarna putih di dahi hamba tuhan tersebut. Maka sudah barang tentu , pemikul kawardi di perayaan dan upacara Taipusam sanggup untuk mengusung potret itu ke hulu dan ke hilior. Si 'dia' yang bibirnya bagaikan digincu akan dengan megahnya bertempek: "Yes We Can" dan"Malaysia boleh".

Wahai Nana karipulai ooii.... teman sebenarnya tak kisah sangat tentang kehenseman wajah hamba tuhan tersebut. Wajah beliau yang hensem teman tak ambil pot sangat. Apalah erti wajah hamba tuhan itu terhensem bersangatan, kalau dia begitu wakrak sehingga sanggup bersama hadir di perayaan dan upacara Taipusam.

Persetankanlah, wajah dan batang tubuh Menteri Besor Peghak , yang semakin hari menmbuat ramai wanita dan putri Umno terus hesteria setiap kali wajah hensem itu muncul di khalayak ramai!!!!.

Cuma ,sungguh teman tersangatlah musykil , apakah si wajah hensem itu yang baru saja mengetuai kerajaan haram di Pehgak terlalu jahil tentang hukum Islam. Adalah hampir mustahil kalau semasa beliau menjadi pensyarah di UIAM dulu , dia tak pernah bercampur gaul dengan pensyarah-pensyarah dari Fakulti Pengajian Syariah, Pengajian Wahyu dan yang seumpama dengannya.

Kalaulah dia berkawan dengan pensyarah syariah misalnya, tentu dia tahu hukum Islam dalam hal menghadiri upacara dan perayaan agama seperti Taipusam yang penuh dengan ritual agama Hindu.

Mengikut Tok Guru teman, Allahyarham Tuan Guru Haji Bakri dan Imam Yahya Zikri, bekas Imam masjid lama bandar Teluk Intan , adalah amat dilarang sama sekali , mana-mana individu muslim, menghadiri perayaan yang ada upacara agama seperti Taipusam kerana ianya boleh membatalkan akidah seorang muslim.

Nana tambi karipulai oooi.....rongsing betoi kepala otak teman memekiorkannya. Apakah kedua tok guru teman dulu telah bercakap tidak betoi tentang hukum hakam berkaitan dengan isu ini? Walaubagaimanapun, setahu teman, kedua Tok Guru yang teman kasihi, bukanlah dari jenis sebahagian ahlul kitab yang sentiasa memutarbelitkan hukum tuhan untuk kepentingan diri dan puak.

Sekiranya tegahan menghadiri perayaan Taipusam masih berjalan, maka dengan penuh taksimnya teman mengharapkan agar Tok Mufti Perak yang berpendapat bahawa sesiapa yang tidak bersetuju dengan Sultan Perak boleh dikira sebagai penderhaka, segeralah menegur hamba tuhan tersebut!!!!!

Teman tak mahu Tok Mufti Pehgak yang teman kasihi dan hormati, bekerja siang malam hanya untuk mendengungkan fatwanya bahawa adalah derhaka bagi mana-mana individu yang tidak bersetuju dengan sikap Sultan yang kelihatan berat sebelah dalam pergolakan politik di Pehgak sekarang ini.

Mengapa tidak , Tok MuftiPehgak membelek-belek puluhan kitab , apakah pula hukumnya, kalau terdapat individu tertentu yang pandai undang-undang, tapi sudah menjadi terlalu bijaksana sehingga sanggup menceroboh peruntukkan undang-undang tubuh Negeri Peghak!!!.

Bukankan kah itu adalah lebih awla dan afdhol lagi, wahai Tok Mufti yang teman cukup hormati terutama beliau begitu berani dan tegas bercakap tentang isu ratusan umat Melayu Islam yang telah menjadi murtad !!!!!!

Sesungguhnyer, teman merayu sepenuh jiwa agar Tok Mufti 'slow talk' pada Sultan Perak yang merupakan Ketua agama Negeri Perak, mengenai kehadiran selama 40 minit hamba tuhan tersebut dalam perayaan dan upacara ritual agama Hindu semalam.

Tok Mufti , tak perlulah memaklumkan kepada Sultan bahawa perbuatan hamba tuhan tersebut adalah amat berdosa di sisi Islam, walaupun apa sekali bentuk niat di hati hamba tuhan tersebut. Ini adalah kerana teman percaya sepenuhnya bahawa Sultan Perak bukan calang-calang orangnya. Dia pun setaraf dengan Mufti yang cukup pakar tentang hukum hakam agama Islam. Maklumlah Baginda Sultan adalah Ketua Agama negeri Perak, Darul Riduan.

Lepas tu terpulanglah kepada Sultan untuk murka ataupun suka sesangat mendengor hal ehwal perbuatan yang boleh membatalkan syahadah si hamba tuhan tersebut yang entah kenapa begitu gatai teloryer menghadiri perayaan dan upacara Taipusam yang 100% sarat dengan ritual agama Hindu!!.

Demikianlah sedikit permohonan teman pada Tok Mufti Pehgak.

Perbedaan faham politik di antara teman dengan hamba tuhan tersebut , sesungguhnya bukanlah tembok penghalang untuk teman berdiam diri sehingga sanggup melihat beliau terjebak dalam kesesatan akidah. Keteguhan pegangan akidah tersangatlah penting bagi seorang Muslim.

Dey nana tambi karipulaii...temanpun insan biasa yang tak sunyi dari melakukan dosa. Namun demikian dalam soal akidah, teman tak mahu melihat walaupun seorang muslim pun terbatal aqidahnya kerana kejahilan dan toleransi beragama yang tak bertempat!!!.

Teman seriau sungguh, sekiranya hamba tuhan itu tak ditegur dan dinasihati oleh Tok Mufti Peghak , teman amat bimbang , di masa hadapan , hamba tuhan tersebut , turut sama memikul kawardi pada hari perayaan dan upacara Taipusam dan berweil-weil aru grah demi kegilaannya untuk meraih simpati para penganut Hindu di Pehgak bagi kepentingan politik sempit UMNO dan BN !!!!

25 ulasan:

ISA berkata...

Salam Sheikh,

Sanggup buat apa saja untuk meraih sokongan... nak bel jiwa la tu...

Artikel ni boleh jadi bahan jap lagi ha.ha..ha..

Izinkan yea....

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Teman tak kisah. Mike sahabat teman. Dan kitakan pun sama-sama ahli BLOW.

fajridil adha berkata...

tulisan shiekh sungguh mantapss.. tp sy hairan bin ajaib, nape sultan n mufti spt xde akal yg sihat dlm menegakkan keadilan. kelulusan tinggi mgunung tp spt xde akal. rakyat dah mbantah tp masih nak pertahankan kerajaan haram. mgkin hati2 mereka dah tertutup krn mkn duit2 haram. wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

adey, lu orang lagi harap itu mufti cakap baik tegur sama itu Zamri ka? Chitt..tara beranilah dia. Itu org tua minum mabuk pallace sana duduk ..puasa tarak sembayang tarak lu ingat itu mufti tara tauka? Pooodah..dia taula mana boleh tara tau, belakang dia ada tugur ke itu orang? Ada beranika dia? Takutlah dia..mana berani dia tugur.Gaji juga dia mau jaga..pooodah.Towkey Nasikandar

qwerty berkata...

banyaknya fitnah kat sini

UJANG berkata...

qwerty..

Fitnah ?...siap ada gambar lagi tu..cari ler... jangan buat-buat tak nampak pulak...jadi buta macam penyokong tak berakai...

~PakKaramu~ berkata...

Hukumnya halam, ini fatwa baru

R@duan berkata...

Katok...

manns'gor berkata...

Salam Sheikh,

Bila ada kepentingan diaorang bersuara kalau tak diaorang buat deg aje..dunia akhir zaman

wassalam
mannsgor.blogspot.com

Tanpa Nama berkata...

err....

Mamak tue boleh diklasifikasikan sebagai Melayu ker?

Seladang berkata...

Tok Mufti pun sama ada! Tok Mufti kepala haruan. Tak dapat haram dapat harus! Ini semua macam kisah Tok Nikah kawin dalam Musang Berjanggut.
Undsang-undang itu kita yang buat ... Kata Tok Nikah Kawin.

Tanpa Nama berkata...

bila mufti tak dihormati
bila hati tertutup mati
bila melihat perkara membuta tuli
akal terkunci semua dikatakan keji

tepuk dada tanya iman...nauzubillah

* maaf guna "tanpa nama"

sheikh teluk intan berkata...

Salam fajridil adha,

Seseorang itu walaupun berkelulusan tinggi, belum tentu dia seorang yang ada 'wisdom'. Kelulusan akademik yang tinggi juga tidak menjamin seseorang itu tidak boleh menjadi penjahat. Itu sebab iman itu adalah cahaya yang menerangi kehidupan. Ada iman, nescaya selamat. Dan iman perlukan pengisian. Bukan begitu?

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama (1),

Tokoh agama samada Tok Mufti atau tokoh agama dalam kerajaan dan pembangkang bukannya maksum. Teman tak ada hajat untuk maki ulamak, terutama Mufti Perak. Teman cuma minta tolong dia menasihati Zambri.

Tok Mufti Perak dalam banyak hal patut kita hargai jasanya. Kita bersangka baik pada ulamak seperti Mufti Perak. Itu adalah jalan yang selamat. Melainkan dia telah memutarbelit hukum hakam. Jenis ulamak ini kita tentang.

sheikh teluk intan berkata...

Salam qwerty,

Maaflah kalau yang ditulis ini diangfap fitnah. Boleh tak tunjukkan?

sheikh teluk intan berkata...

Salam SBK,

Terima kasih tolong saya menjawab si qwerty. Mungkin dia masih belum dewasa atau masih berada di sekolah tadika.

sheikh teluk intan berkata...

Salam PakKramu,

Saya tak pernah ada fatwa seperti itu. Nanti saya cuba cari pengertiannya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam R@duan,

Terima kasih ziarah kat sini

sheikh teluk intan berkata...

Salam manns'gor,

Terima kasih ziarah kat sini.

Memang dunia akhir zaman. Yang kita terfikir tak berlaku boleh berlaku.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Cencurut,

Saya telah ziarah blog saudara. Bagus sekali. Saya kena pergi selalu kerana banyak ilmu yang saya perolehi. Banyak hal yang saya tak tahu.

Mamak tu, dikira Melayu kerana dia memang Melayu. Emak bapaknya Melayu .Mungkin datok neneknya berasal dari India. Ikut Perlembagaan Persekutuan, dia dikira Melayu.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Tak baik kata Tok Mufti macam kepala Haruan. Saya kenal dia dan dia baik orangnya. Walaupun terdapat berpedaan pendapat di antara saya dengan beliau, terutama dari segi politik, saya hormati ketegasan beliau dalam banyak hal.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama (2)

Saya setuju. Anda bercakap betul, terutama bila berkaitan dengan Tok Mufti Perak. Dia yang saya kenali secara peribadi, tegas dari segi hukum hakam Islam. Jakim pun membencinya. Mungkin saudara tak percaya Jakim membencinya, tetapi cuba saudara dapatkan kaset ucapan beliau dalam isu murtad.

Tanpa Nama berkata...

saya sangat menyanjungi mufti perak, saya mendengar tentang nasihat dan permintaan beliau tentang kes murtad (lina joy)..dan saya juga ingat betapa kecewa nya apabila pandangannya mengenai jomheboh supaya tidak diadakan di perak telah ditolak...dan banyak lagi yang baik dari syarahan beliau di perak fm ini..jadi bila entri pak sheikh membuat kan peminat pak sheikh mengata mufti..maaf la, ya mungkin tidak semua mufti itu maksum, tetapi siapa lah kita di bandingkan dengan mereka...pak sheikh mintak nasihat la sikit...
teman orang umno, tapi bukan extreme...dan teman bukan anti pas, teman sanjung nik aziz..tapi penyokongnye..minta maaf le...kadang-kadang tak boleh diterima akal, sangat2 tidak boleh...
pakai kopiah tapi mulut ya ampun
pakai jilbab tapi pinjam barang buat macam barang sendiri ya ampun
baca surat khabar arus perdana, berita kecik pun buleh jadi besor

maaf ye pak sheikh...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Mohon maaf saya tak perasan saudara memberi respon terhadap komentar saya tentang Tok Mufti Perak. Sekarang baru perasan. Maaf sekali lagi.

Saya memang tak bersetuju sesiapa pun mencela dan memaki ulamak. Ulamak tidak kira dari blok mana ada pewaris nabi.

Saya juga bersetuju dengan pemerhatian saudara mengenai pengikut Pas yang keterlaluan. Dan secara peribadi saya tak kisah saudara adalah ahli UMNO kerana saudara adalah orang Islam. Dan setiap orang Islam adalah bersaudara.

Memang saya tak bersetuju dengan pemimpin UMNO yang lebih berbangga memperjuangkan ketuanan Melayu tetapi bersikap munafik terhadap bangsa dan agama Islam.

Walaubagaimana kerasnya saya terhadap pemimpin UMNO , ini tidak bermakna saya akan membiarkan mereka diserang oleh orang kafir. Saya akan turut membela.

Kalau kita baca sejarah pertelingkahan antara Saidina Ali R.a dengan Saidina Muawiyyah, mungkin ianya boleh mencemaskan hati kita. Tetapi jangan kita lupa , apabila Maharaja Romawi mahu membantu Muawiyyah untuk menentang secara fizik terhadap Saidina Ali bagi kepentingan empayar Romawi, Muawiyyah dengan tegas mengatakan bahawa dia akan mempertahankan Ali semampu yang mungkin dari serangan golongan kuffar Romawi. Muawiyyah begitu tegas menyatakan, pergeserannya dengan Ali adalah urusan sesama umat Islam yang tidak perlu dicampuri oleh orang kafir.

Begitulah sejarah umat Islam. Pergeseran pendapat sentiasa berlaku.

Saudara saya sudah tua dan sakit, saya mahu terus berjuang dalam perjuangan Pas yang jelas memperjuangkan Islam.

Umno adalah parti politik yang berteraskan faham kebangsaan dan agak sekular (bukan totok).

Kalau saudara melihat ahli2 Pas begitu jahat, ini tidak bermakna perjuangan Pas tak betul. Marilah bersama-sama kita membetulkannya.

Sama-samalah kita bermaafan. Mungkin saya terlalu kasar bagi orang UMNO. Tapi insyaAllah, saya akan mempertahan orang UMNO kalau mereka dipermainkan oleh golongan kufar.

Terima kasih kerana sudi ziarah saya di sini. Salam ukhwah dari saya.

Tanpa Nama berkata...

maaf pak sheikh, teman rasa pak sheikh pun kadang2 melampaui batas2 bahasa, mungkin peminat pak sheikh akan marah teman sebab menulis begini...teman penah rekemen kan pada kawan teman blog pak sheikh ni...dia adalah seorang yang neutral..tetapi dia terkejut dengan penulisan pak sheikh kerana padanya bukan kah menulis sesuatu yang pembaca tidak pasti adalah benar juga adalah sesuatu tidak baik...pak sheikh yakin dengan hujah2 pak sheikh dapat membina ahli pas yang baik? kerana ianya memang kedengaran begitu mengujakan bagi peminat pak sheikh..
maaf sekali lagi...