Ahad, 8 Februari 2009

Sebenornya Teman Pun Raja...

Sehari suntuk semalam beta sangat sibuk.

Pagi pergi Hosptal. Pulang ke Istana waktu hampir zohor.Hajat hati lepas solat beta nak beradu sejam dua. Tapi kerabat beta dari Teluk Intan datang bertamu. Nak murka tak boleh. Sebab kerabat yang mengadap beta bukannya orang lain. Dia adalah adinda beta berserta suami serta anak-anaknya. Dipendikan ceriter sempatlah mereka bersantapan bersama beta dengan lauk pauk yang beta beli kat restoran mamak.

Rakyat jelata sakalian,janganlah salah faham , beta tak maksudkan Mamak Bendahara. Yang teman maksudkan ialah mamak dari Mumbai yang gelap gelita seperti Menteri Besar Perak yang baru angkat sumpah di hadapan Baginda Al Sultan.

Ehwah , apa pasai mulut rakyat jelata beta , bibir muncung satu kilometer bila beta menguna bahasa istana?. Apakah rakyat jelata sakalian sudah mengganggap beta punya kepala sudah tak betul dan layak bersemayam di Istana Taman Bahagia di Tanjung Rambutan?

Ciss, janganlah nak menderhaka. Beta taklah murka. Tapi jangan membuat beta betul-betul murka pula. Tak takut ke kalau nanti beta sumpah seorang dua rakyat jelata jadi babi pondan?

Rakyat jelata tahu tak, hari ini beta asyik-asyik minta pendapat dari permaisuri beta samada wajar tak kalau Karpal Singh beta sumpah sebagai seekor babi gila. Adaker patut kerabat beta di Istana Kinta , dia cadang untuk saman kat mahkamah.Sesungguhnya Bengali ni sudah keterlaluan!!!!!

Nanti beta nak koling pada kerabat di Istana Kinta supaya mengharamkan bengali itu memijakkan kakinya walaupun seinci di bumi Perak. Sesungguhnya rasa jalinan hubungan batin sesama raja membuat beta turut murka!!!:-

" Dei benggali jangan masuk campur urusan orang-orang Melayu. Kalau rakyat Melayu berselisih pendapat dengan Rajamereka, kamu jangan masuk campur. Kami ada cara tersendiri untuk selesaikan masalah Raja dan rakyat Melayu".

Oh.... masih ada yang tertanya-tanya apa dah jadi dengan beta. Memanglah doktor beta ada berkata pagi tadi kat hospital: "You jangan tensen. Nanti bahan kimia dalam otak you tak balance".

Lalu bertanyalah beta pada doktor pakar tersebut: "Tapi ianya tak menjadikan I sasaukan , doc?".

Dijawab balik oleh Doktor beta yang telah lebih dua belas tahun menjadi doktor peribadi teman (opp, silap: beta): " You know, kalau cecair kimia dalam otak seperti Gaba, sorotonin, dephomine dan pelbagai cecair kimia menjadi kacau bilau, kemungkinan sasau tu ada".

Cis, bedabah punya doktor, janganlah buat beta murka. Walaupun cakapnya betul, gunalah ayat yang sesuai dan halus pada beta seorang kerabat diraja dari kesultanan Sumatra. Hangit punya doktor!!!

Yeop bang dan yong kak ooii, sebenornyer teman sengaja nak bagi bagi tahu indirectly, bahawasenye dalam diri teman mengalir darah diraja.Tapi mengkome tak faham-faham.Oleh itu terpaksalah teman sekarang ini nak berterus terang.

Bak kata orang tua-tua dulu 'to make long story , short' sebebornyerlah teman nih adalah dari keturunan kesultanan di Sumatera, Indonesia. Tapi kerajaan itu punah ranah dikerjakan oleh haram jadah penjajah Belanda dan disambung pula oleh Sukarno dan gangnya yang telah menyatukan kepulauan Sumatra dan Tanah jawa menjadi Republik Indonsia. Kalau kesultanan di Sumarta masih ada , silap hari bulan, teman sekarang nih sedang menjadi Sultan. Tentu best gilerkan?.

Kalaulah teman jadi Sultan, teman mahu menjadi sultan yang betul-betul beriman. Teman nak kerajaan teman berpandukan Al-Qur'an dan Sunnah. Teman tak mahu nama saja menjadi ketua agama, baca Qur'an pun tak berapa reti.Yang reti cuma merasmikan Majlis Tilawah Al Qur'an.

Teman dengan izin Allah akan menjadi raja yang boleh menjadi imam solat setiap waktu dan fasih berkhutbah masa solat jumaat. Dan teman akan pastikan, anak isteri teman tutup aurat dan mendapat pendidikan islam yang secukupnya supaya tak terjebak dengan tarekat songsang dan gejala sosial yang merosakkan.

Yeop bang ooi, teman juga akan pastikan , cara hidup teman adalah seperti cara hidup Khalifah Umar Abdul Aziz.Biorlah teman hidup teman secara ala kadar dan rakyat tidak ada yang merempat papa kedana.

Tak kurang penting, teman tak akan mengunakan kuasa untuk menunjukkan bahawa teman adalah Raja yang sombong dan takbur dengan sedikit kuasa yang ada.

Dengan izin Allah, yeop bang dan yong kak ooiii , teman akan pastikan orang-orang politik yang kaki putar alam seperti si 'dia' yang bibirnya bagaikan bergincu, tak berdaya mempengaruhi teman untuk membuat keputusan yang teman kira boleh membuat rakyat menyampah dengan institusi beraja.

Memang berat tugas ini , yong kak ooii !!! Tapi terpaksa teman lakukan kerana teman tak mahu rakyat merungut di belakang teman dengan ungkapan seperti :" Samdol ni nama saja Raja tapi buta hati perutnya , walaupun belajar tinggi melanggit dan menjadi ketua agama".

Teman tahu terdapat Raja dulu-dulu , ramai yang bertakwa. Malam jadi abid dan siang menjadi singa di medan jihad dan baik akhlak mereka seperti keturunan diraja teman. Bukanlah teman nak aksen, tapi kenyataan.

Dan terdapat ramai jugak raja-raja dulu berperangai mangkuk ayun. Berpoya-poya dengan para gundik. Mentedarah harta kerajaan dengan bermain judi. Minum arak macam minum kopi. Solat hanya pada hari jumaat. Itupun datang lambat tapi duduk di saf yang paling depan.

Yeop bang dan yong kak ooiii, di zaman dunia moden ini ,institusi Raja semakin menipis. Tapi ada raja yang masih tak sedor diri. Eksen bukan main lagi. Segalanya nak yang mewah-mewah. Elaun beratus ribu sebulan, tapi ada yang merasakan diri masih miskin.

Oleh kerana itulah terdapat raja-raja sekarang sanggup menyembah orang politik yang juga berperangai sesen pun tak guna , supaya kaum kerabat di raja ditolongi seperti diberi lesen jual pasir dikawasan bukit bukau. Serta mengampu rakyatnya yang menjadi orang politik yang berkuasa supaya membuka jalan untuk kaum kerabatnya menjadi Pengarah syarikat-syarikat koporat yang keparat.

Teman teramatlah malu bila mendengar khabar bahawa ada raja yang sanggup jual pinggat kebesaran, sebutir RM 30 ribu.Baik betul perangai raja seperti itu. Dan telah menjadi misteri nusantara ,ada jugak tokoh agama berkata, Raja-raja jenis ini sebaik-baik insan dan perlu ditaati.

Oppppp... jangan salah faham , teman cakap tentang perangai raja-raja kat negara di sebelah timur tengah, timur depan, timur belakang dan timur atas serta bawah.

Nasib baiklah di Malaya raja-raja Melayu tersangatlah baik akhlak mereka. Almaklumlah, raja-raja Melayu adalah ketua agama. Kalau kita 'terpergi' ke istana mereka, kita akan lihat betapa zuhudnya hidup mereka. Janganlah nak mengatai mencari botol-botol arak kat Istana. Haram tak jumpa. Walaupun ada orang yang pernah kerja kat istana pernah menceritakan pada teman , ada raja Melayu yang minum arak, macam minum air sejuk.

Dan teman perhatikan rakyat Malaya yang beragama Islam tak sabor-sabor menanti hari jumaat untuk mendengar Raja Melayu yang menjadi Ketua agama bagi negeri masing-masing berkhutbah dan menjadi imam solat jumaat.

Oleh itu janganlah sekali kita menderhaka pada Raja. Bukan disebabkan diri teman berdarah raja maka teman membuat seruan ini. Memang tak mulia kita marahkan raja-raja Melayu. Sedangkan Raja Gopal pun kita kena hormat sebagai manusia , inikan pulak ramai Raja-raja Melayu . Tambahan pulak ramai raja-raja yang memerintah di negeri masing , sudah tua bangka dan bila-bila boleh dijemput tuhan. Agama kita pun mengajar supaya kita menghormati orang-orang tua yang tunggu masa akan jalan...

Dah letih nih. Siang malam sibuk.

Sebelum teman rihat , teman nak beritahu bahawa teman tak pernah lupa pesan arwah Uci teman (Nenek) yang lahir di istana di Sumatra dan berhijrah ke Malaya . Pesannya: "Kamu tu keturunan Raja. Pandai-pandailah bawak diri. Keturunan kita adalah raja-raja yang baik dan bertakwa.Jangan pulak kamu merosakkannya".

Teman yang ketika uci teman berpesan seperti itu , masih lagi kecil , mengangguk sebagai tanda patuh dengan pesannya.

Tapi yeop bang dan yong kak ooii , sebagai hamba tuhan yang bukan maksum, teman tetap berbangga kerana mengalir darah raja di dalam diri teman. Kalau ikutkan hati , mahu teman gunakan perkataan Tengku di awal nama teman. Sedap juga bunyinya: 'Tengku Sheikh Teluk Intan al-laptopi'.

19 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Ramli tanya:
Raja apa?

Ajis jawab:
Raja Kapur!

Tanpa Nama berkata...

Patek macam biasa laa... ada kerja kosong tak kat istana Tuanku?

heh!

Gelombang Rakyat berkata...

Tengku Sheikh Teluk Intan al-Laptopi,

Antara Dua Darjat jadinya ya.

radenjowo berkata...

Daulat tuanku !!!
wakakak !!!

abdrahim kassim berkata...

Tuanku Syeikh,
Patik nak bagi tahu sikit. Dalam dunia ni raja yang orang suka ada 4sahaja ialtu;

Raja kelawar
Raja lekok
Raja sepit
Raja deman

Tanpa Nama berkata...

Teman nak tumpang minum kat istana bolih ke.
Teman tak nok ayor sejuk, nak yang ada warna dalam gelas yang cantik tu.
Mike jangan bohong cakap tak de.
Teman tau ade!!!!!!!

enta omri berkata...

YM,

Sungguh menghiburkan rencana ini dan memang menepati setiap segi aspek berkenaan gelombang pentadbiran perjalanan negeri yang sedang berlaku di Perak sekarang ini.

Akan mengikuti blog ini lagi.

-Waris Demang Lebar Daun-

ISA berkata...

Patik no komen, nanti di anggap derhaka....

Cuma nak tumpan ketawa je...ha..ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

pak syeikh, tulislah hari hari, tak sabar tunggu nak baca tulisan paksyeikh...bettol bettol haw liaw...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Zizi,

Apa yang beta cakap bukan cobaan, tapi betul-betoi. Awat tak percaya ker?

Memanglah dua darjat punya kes, tapi beta kira okay. Jemput datang ke Istana di malam hari, beta nak tunjukkan bintang dilangit. Nak selit kat depan poket mike mungkin tak muat. Tengok sajalah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mudim,

Jawatan ada, tapi sebagai algojo. Beta nak tuan hamba panjung kepala si......

sheikh teluk intan berkata...

Salam RadenJawo,

Beta tak murka pada tuan hamba. Tak perlu minta ampun. Minta duit pun beta dah pokai. Sejak Pakatan Rakyat ambil alih , duit kurang masyuk. Lesen jual pasior pun tak mandang lagi. Chis derhaka betoi DAP, PAS dan PKR nih!!!

sheikh teluk intan berkata...

Salam Abdrahim,

Beta termasuk Raja Sepit. Tuan hamba, baik jangan derhaka. Si Nizar baru beta sepit. Ha...ha..ha (gelak Raja nih...)

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama,

Tuan hamba tentu pernah menceroboh masuk Istana beta. Bedebah. Nanti beta minta si bibir merah bagai diginchu menghadiahkan C4 baru tahu.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Rantung,

Teruskan berdoa.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Kalau nak ketawa pastikan mulut tuan hamba, tak sampai ke telingga seperti Ketua Pemuda UMNO. Tercemar mata beta dibuatnyer.

sheikh teluk intan berkata...

Salam A,

Beta gembira dan ucap terima kasih kerana tuan hamba sudi singgah di sini. Ini satu penghormatan buat beta.

Tak sangka tuan hamba Waris Demang Lebar Daun. Wan Malini apa khabor?

sheikh teluk intan berkata...

Salam akupun,

Terima kasih ziarahi beta. Sesungguhnya segala pujian hanya buat Allah.

Beta tak boleh janji akan tulis setiap hari. Beta selalu gering. Rakyat pulak asyik maki beta. Kesian pada beta...

lightweight summer comforter berkata...

Rakyat jelata tahu tak, hari ini beta asyik-asyik minta pendapat dari permaisuri beta samada wajar tak kalau Karpal Singh beta sumpah sebagai seekor babi gila. Adaker patut kerabat beta di Istana Kinta , dia cadang untuk saman kat mahkamah.Sesungguhnya Bengali ni sudah keterlaluan!!!!!
stitching unit ,
tailoring factory ,