Selasa, 10 Februari 2009

Puak Umno dan Ngo Bangang ,Baca Ini, Bior Cerdik Sikit!!

Puak Umno dan Ngo Bangang seperti Pewaris, Perkida ,BBPM (Ketua umumnya Ustaz Osman Bakar) dan yang seumpama dan yang sewaktu dengannya , dipersilakan membaca tulisan Saudara Mohammad Hanipa Maidin (seorang peguam) yang teman salin dari blog sahabat lama teman yang boleh dikunjungi di sini

Semoga tulisan saudara seperjuangan teman itu , boleh mencerahkan sedikit pemikiran berkarat dan bangang puak yang telah teman sebut di atas yang telah mula berdemo satu negara ,konon untuk mempertahankan Raja-Raja Melayu dan memaki hamun peguam Bengali, si Karpal Singh dan saudara teman, Ir Nizar.

Ok, teman tak kisah kalau puak bangang nih mahu saman Karpal Singh dan memaki hamunnya. Teman pun bukan berkenan sangat perangainya yang suka masuk campur urusan orang Islam dan hukum hudud. Seretlah peguam bengali itu ke Mahkamah biar berlaku , hujah lawan dengan hujah. Bukan bertindak macam babi pondan, menahan beliau di bawah akta sial, ISA.

Walaubagaimana teman meto betoi , bila puak ni memaki hamun saudara teman, Ir Nizar ,Menteri Besor yang sah di Perak. Beliau telah di cap derhaka terhadap Sultan. Puak bangang yang muncul dalam seribu wajah, telah menyelewengkan beberapa fakta tentang tindakan dan ucapan Nizar.

Oleh itu silalah puak bangang baca tulisan di bawah ini. Semoga tahap kebangangan dapat di turunkan ketahap yang munasabah. La nih, puak tersebut terlalulah bangang, bengap dan jahil murakab!

Silalah tulisan berikut seperti di bawah ini dengan mengunakan akal yang sihat (nasihat khusus buat puak bangang):-

Tajuk: Siapa Derhaka
Oleh: Mohamad Hanipa Maidin.

Hampir setiap hari kini kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar .

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh parti kotor seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah.

Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia” ( penyakit mudah lupa ) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa ? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai penderhaka "par excellence" ( penderhaka agung ).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala” penderhaka apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan ? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Umno ingat ganti sultan macam ganti jawatan JKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 , Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 ( Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan ) dan di Pahang pada tahun 1979 ( Datuk Rahim Abu Bakar ) .

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993 . Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar ,saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana nak buat macam mana .

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka” . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

Nizar memohon menyembah derhaka (BUKANYA MOHON DERHAKA) kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya . Ini kerana berdasarkan Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan ( at his pleasure ) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan di pecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan ( ceases command of confidence ) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang ?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dahulu. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak ( sama seperti Perlembagaan Negeri Perak ) “ lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri “ ( kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ( sama seperti Dewan Undangan Negeri ) )

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu 28 kerusi masing-masing. Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat hanya menjadi ADUN bebas dan bukannya ADUN BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga ADUN ini masih boleh dianggap sebagai ADUN kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sepertimana surat mereka yang telah ditandatangani mereka dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak surat perletakkan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dikira ADUN atau tidak , badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut hanyalah DUN Perak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33 ( 1 ) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan “ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu tekah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

Jelas DUN Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih layak sebagai ADUN atau tidak dan keputusan DUN tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M Sultan melantik Menteri Besar yang baru , DUN Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka UMNO sebagai derhaka.

22 ulasan:

ISA berkata...

Salam Pak Sheikh,

Anta betul-betul marah ini kali.

Dalam soal undang2 dan perlembagaan umno putar alam.
Dalam soal ugama umno putar alam.
Dalam soal kewangan umno putar alam.
Dalam soal sejarah umno putar alam.

Dalam soal jawap kubur pun nanti orang-orang umno akan putar alam juga sama itu malaikat.

Tapi apa boleh buat, pasal dah banyak makan duit haram, hati dah gelap, cakap apa pun bukannya diorang sedar... dah spesis haram jadah jadinya.

Nak sambung lagi ke? cukup ler...
(ana pun marah jugak ni...)

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Marah teman taklah sampai guna C4.

Kalau boleh anta sambungle. Silap hari bulan , boleh jadi bahan entri esok.

alluqman berkata...

Assalamualaikum.

Ini pendapat saya.

Semua krisis perlembagaan yang diputarbelitkan di atas adalah kerana UMNO tak mahu Institusi Beraja di Negara ini hancur seperti yang pernah berlaku di India, Nepal dan banyak lagi negara yang pernah dijajah.

UMNO tidak mahu kuasa mutlak berada di atas tangan Raja sahaja. Ia perlu mengikut perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

Bila mana Raja telah mengikut perlembagaan dan undang-udang, tetapi saudara nizar ingkar, maka sah lah ia DERHAKA.....

Melayu bertonggakan Rajanya....
Saya memohon kepada saudara penulis membaca semula, kaji dan fahami apa yang anda tulis. Kerana anda mesti ingat!!!!!! anda akan dipertanggunjawabkan di sana kelak...

Semoga Allah mengampunkan DOSA anda

Wasallam...

sheikh teluk intan berkata...

Salam Saudara allukman,

Terima kasih kerana memberi pendapat yang tersangatlah baik. Sekarang ini, nak cari orang yang memberi pendapat yang benar dan berdasarkan kajian ilmiah tersangatlah sukar.

Tapi syukurlah, saudara muncul sebagai hamba tuhan yang rajin membaca da memahami tentang sesuatu perkara dengan baiknya melalui kajian ilmiah yang sukar untuk disangkal lagi. Saya tumpang bangga.

Oleh kerana saya bukan hamba tuhan yang berstatus insan kamil dan tidak berdosa seperti saudara ,maka memang wajib ke atas saya , seorang hamba tuhan yang sering melakukan dosa ,memohon supaya Allah mengampuni segala dosa saya .Amin Ya Rabb.

Jumpa lagi dan salam dari saya seorang hamba tuhan yang berdosa.

fajridil adha berkata...

tuan sheikh, sesiapa yg ada darah umno,mmg susah nak bersihkan hati mereka. ini kerana dalam hati mereka dah bersarang kuman-kuman parasit akibat menyalahgunakan hak rakyat. segala apa jua program dan bantuan akan menggunakan duit rakyat. jadi mereka sukar untuk menerima apa jua yang cuba dilakukan oleh PR kerana mereka gerun segala bantuan yang diberikan sejak azali akan tersekat. inilah Melayu Hadhari tajaan BN & UMNO. sebagaimana pemimpin BN & UMNO yg kata2nya sukar dipercayai, begitulah jua pengikut2nya. mudah2an Allah membuka pintu hati pengikut2 BN & UMNO supaya dapat membezakan mana yang benar dan mana yang jahil. sekian..

Tanpa Nama berkata...

Salam Sheikh,
Saja nak bertanya, Sdr Alluqman inikah antara golongan yg Sheikh tujukan entry ini?

Cik Lee berkata...

Nampaknya yang jelas berlakunya pertembungan antara media massa yang dikuasai oleh puak-puak Ameno dna media maya yang dikuasai oleh bloggers PR. Sebelum ini dengan media, mereka boleh sahaja swing sebarang isu mengikut cita rasa mereka.

Orang baik jadi jahat, orang bersalah tak bersalah, orang rasuah jadi tak rasuah, orang guna C4 tak kena tangkap. Tapi dengan adanya media maya ini maka susahlah mereka nak gula-gulakan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Seronok gak tengok komen alluqman yang berkait rapat dgn fajril adha. Memang kalau darah umno tu dah pekat susah nak diubah. Mungkin alluqman fasih menganyam tulisan berkaitan JAWAB DI SANA. Dan tak sangka pulak alluqman ni jenis insan kamil yang tidak berdosa. Mungkin alluqman rasa bila jadi bini kepada menteri tak berdosa tak pakai tudung macam rosmah alluqman, Jin alluqman, rafidah alluqman. Kalau inilah bangsat-bangsat pemimpin yang ada di malaysia hari ni yang bertopengkan islam tapi tak mengamalkan ajaran islam, alluqman jawab la di sana untuk mereka. Kenapa alluqman terlalu mankuk dan berayun nak mempertahankan penyamun-penyamun umno yang merompak hak rakyat dan menghakis amalam demokrasi di negara kita. Jawapannya mudah....sebab darah tu dah umno. Seumur hidup aku, tak pernah aku dengar dan lihat najib mengimami solat jamaah. JAngan pulak sampai najib kata, "walaupun saya tak pernah jadi imam solat jamaah, tapi saya tak pernah tinggal solat sunat lepas asar". Jangan la sampai jadi camtu. Saya harap alluqman jadilah seorang manusia yang tahu membedakan yang hak dan batil. Nak sokong umno sokong la. Tapi aku tetap sokong PAS dan PAS sahaja. Tapi kalau nak komen tulisan jangan sampai menjadi barua umno yang sanggup mengenepikan hukum hakam. Kalau berani...buat la hudud di malaysia dah lebih 50 tahun memerintah. Toksah dok bagi bnyk alasan la. Pi habaq kat imam hadhai ka, Najib alluqman ka...cadang kat depa buat hukum Islam di negara Islam. Ada berani?

lim berkata...

tersesat bdk alluqman ni,mmg spesis biru(keris telanjang sarungnya gadai kat mana)nk tegakkan benang basah mmg betul tuan sheikh tadi..umno pernah tabalkan raja Kelantan dulu,ingatkah Tengku Ibrahim diarak dari K.Lumpur hingga Kota Bharu,caci raja sbb lambat setuju(tanda tangan)perlembagaan negara yg di pinda(Imuniti raja-raja)hinggakan jika raja2 tk sain pun maka dalam masa 30 hari dikira sah...Ambil Imuniti Raja2 untuk Umno hinggakan rasuah,salahlaku yg dilakukan partinya Kebal dari tindakan Undang2 negara,Tercatat dalam peraturannya,seseorang ahlinya yg membawa sebarang kes ke Mahkamah maka keahliannya terbatal..INIlah satu-satunya parti yang pernah menderhaka,menghina,menggertak RAJA-RAJA Melayu..mmg tak sedar diri puak2 ni..sekian.

lim berkata...

Memori ku,ketika umno hilang kuasa di Trg pd 1999.apa puak-puak umno lakukan ini citenya,Barang-barang seperti meja,kerusi,kipas dan lain-lain yg berada di Dewan Sivik diangkutnya kerumah sendiri,dia ingat semua harta tu beli dengan duit dia orang kan ini harta kerajaan dibeli dengan duit pembayar cukai(RAKYAT)perangai puak umno makin jahat bila tanah yg dikurniakan pada rakyat masa PAS Memerintah dirampas,rumah rakyat dirobohkan bila Deris berkuasa,Heiiii spesis biru berkeris telanjang bertaubatlah sebelum ajal tiba....
opppss...ada lagi umno pernah berkata rakyat kelantan akan kebulur dlm masa 3 bulan dan kerajaan PAS Kelantan hanya bertahan 3 bulan saja dimasa awal pemerintahan PAS Di Kelantan...kan cakap-cakap begini semacam dialah Tuhan yg menurunkan rezeki.
Bongkak,Sombong,Ego,Riak,Takabur inilah yg jadi pegangan umno dulu,kini dan selamanya..

Tanpa Nama berkata...

alluqman takyah pening2. ko semayang tak? Mana la tau kan, ketua umno kat sini tak semayang...cuma semayang raya jer cam wajib bg dia. Kalau semayang tu bagus la. Buat la istikhoroh mana tau sempat lagi kembali

Seladang berkata...

Tok Sheikh.

Kalau nak tahu rakyat Malaysia yang paling bodoh ialah ahli Umno. Yang paling cerdik ada juga tapi cerdik menipu! Cerdik menipu ni selalunya ada pada pemimpin di beberapa perengkat Umno. Bukan saja orang oain dia tipu, ahli Umno pun dia orang tipu!

Kalau tak menipu bukannya Umno!

Tanpa Nama berkata...

semoga para anti umno(pro pak sheikh) panjang umur...boleh mengutuk sebanyaknya2, berbakul2 sumpah seranahnye..supaya hati lebih gembira bile mencaci, sentiasa tidak mencuba dan berusaha menjadi insan kamil dan kurang membuat dosa....

ate ape lagi para penyokong sheikh teluk intan, silakan memaki teman pulak...

teman beransur dulu ye, esok-esok teman nak nengok respon

selamat beramal.......

sheikh teluk intan berkata...

Salam Fajridil Adha,

Musuh kepada diri sendiri ialah kesombongan dan kebodohan. Dicantum keduanya, maka jadilah bodoh sombong. Tapi tak semua orang UMNO bodoh sombong. Ada jugak yang baik tapi susah nak cari. Di antara yang bagus adalah seperti allukman dan Si Tanpa Nama yang minta kita semua beramal. Bagus kedua mereka ini.

Entri kali ini , saya salin dan tampal dari blog sahabat saya kat blog ini dengan harapan puak ini faham kerana ia berdasarkan fakta sejarah tapi dianggap maki hamun pula. Tak apalah. Mereka mungkin lebih cerdik.

Yang penting bila kita disuruh memohon ampun atas dosa yang dilakukan dan beramal kita anggaplah itu senagai nasihat yang baik dari kedua orang insan kamil.

sheikh teluk intan berkata...

Salam annisa'

Saudara allukman ini insan kamil.

Entri ini dituju kepada puak yang bangang iaitu orang yang ada otak tapi tak guna otak untuk mencari kebenaran dalam entri yang ada fakta. Sepatutnya puak bangang ini, carilah hujah yang konkrit untuk mematah fakta yang telah dibentangkan oleh saudara saya iaitu peguam Hanipa Maidin.

Puak bangang ini bila tak ada hujah yang kuat, mereka lari dari maudhuk atau kandungan entri ini dan mereka mengutuk saya dan kawan-kawan saya sebagai melakukan dosa mengata dan mengeji orang.

Mereka seperti Kaum Quraish kuffar yang bila tidak ada hujah menentang risalah yang di bawa oleh Rasulullah S.A.W, mereka segeri meminta baginda Rasulullah bertaubat dan jangan mencaci Lata dan Uza yang telah disembah oleh mereka serta nenek moyang mereka.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ciklee,

Memang sekarang terdapat ramai bloggers Pakatan dan penegak perjuangan Islam di dunia ciber. Rakyat yang selama ini kurang ada pilihan dari segi informasi, kini semakin terdedah kepada media alternatif di dunia maya.

Walaubagaimanapun Ciklee, kini muncul bagaikan cendawan, bloggers pro Umno yang cuba mempengaruhi pemikiran umat dengan hujah-hujah lapuk seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana.

Saya bersikap positif. Setiap orang ada hak demokratik untuk bersuara.

Maka hujah lawan dengan hujah.Atau kita buat tak tahu bila puak ini masuk blog Pro Kebenaran kerana mereka bagaikan anjing yang menyalak dan kita seperti kabilah yang sentiasa bergerak, tidak akan berhenti meneruskan perjalanan ke arah kebenaran.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama (1)

Jangan marah pada saudara allukman, dia insan yang kamil.

Tapi saya sokong hujah saudara yang pangjang lebar. Tapi berilah pujian pada saudara allukman kerana dia mengharapkan semoga Allah mengampun dosa saya. Bagus hamba tuhan ini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Abhalim,

Terima kasih memberi komen yang panjang lebar. Ianya tak lari dari tajuk entri ini.

Mana-mana puak Umno dan sekutunya tolonglah baca komen saudara kita dengan cermat. Jangan guna kepala lutut untuk menganalisa komentarnya, tapi bacalah dengan mengunakan akal yang jernih. Sekiranya anda tak bersetuju, tolong sanggah dengan hujah yang kuat sekiranya kamu termasuk dalam golongan orang yang benar. Jangan bila tidak ada hujah terus melencong supaya kami insaf tidak mencaci.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama (2)

Jangan ditanya pada allukman dia sembahyang atau tidak. Dia insan kamil. Tentulah dia solat. Di akhirat nanti, dia akan diberi syafaat oleh raja-raja Melayu kerana maklumlah baginya Raja-raja Melayu adalah tongak ketuanan Melayu.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Seladang,

Terima kasih sudi berkunjung lagi. Mungkin tuan kenal sahabat saya Man Kadir.Lama saya tak jumpa dia. Saya cuba hubunginya tapi tak dapat.

Mengenai puak Umno ni ,ada yang perangainya baik. Cuba saudara baca tulisan sahabat kita di www.harimau-menaip.blogspot.com.

Walaubagaimanapun saya setuju pada umumnya sekarang ,khususnya yang ada jawatan dalam Umno mempunyai penyakit suka menipu dan pakar putar alam. Yang baik cuma allukman dan Tanpa Nama (3).Keduanya insan kamil.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama (3).

Terima kasih kerana selalu menjenguk blog ini. Saya menghormati saudara sebagai insan kamil yang suci dari dosa. Yang jahat adalah saya dan beberapa pembaca yang saudara kata sebagai pengikut saya.

Duhai insan kamil, saya akan meminta pembaca blog ini yang meninggallkan komen supaya jangan memaki saudara. Saudara patutnya di puji kerana saudara insan kamil yang baik.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih le pak sheikh ye, pasal tak meminta deme-deme ni memaki teman, kurang dose sikit

doa teman semoga penggunaan perkataan "insan kamil" kepada teman tu termakbul...

sekali lagi...selamat beramal

renung-renungkan