Ahad, 22 Februari 2009

Nasihat Buat Yeop Bang Lan

Apa Khabor yeop bang Lan. Lama sudah kita tak jumpa. Kita dipisahkan oleh jarak dan waktu. Mike udah lama balik kampung. Tapi teman masih tak balik lagi. Dan mungkin mike tak tahu, teman dah pindah rumah dan sekarang berjiran dengan kawan kita, si Jib. Tapi rumah teman kecik aje. Rumah jib dengan rumah mike hampir sama besornya.

Apapun, teman sikit pun tak cemburu dengan kekayaan mike. Rugi simpan rasa cemburu pada mike yeob bang Lan. Letih juga kalau teman cemburu pada kawan kita ,si Jib.

Teman sedor diri, teman nih dah jadi ohgrang mesekin. Tiga empat tahun dulu , teman kayalah sikit. Tapi sekarang ni teman dah ngangor. Duit bow liou.

Kalaulah mike kesian pada teman, antorlah stok duit sikit. Teman tahu mike kaya seperti dulu. Maklumlah mike banyak harta. Elaun sebagai Lan, dengor cereternya mengalahkan Elaun Sultan. Mike tak akan jadi mesekin kalau hulor-hulor sikit pada teman. Takkanlah dengan teman pun mike cendikeh. Buatlah amal kebajikan duhai yeop bang lan pada teman yang mesekin, sebelum mike berangkat bersemanyam di alam lagi satu. Dari segi adatnyer, mike yang akan pergi dulu sebab mike lebih tua dari teman.

Janganlah mike gisau, teman janji kalau mike pegi dulu, teman akan berdoa supaya mike selamat kat sana. Moga-moga mike tak dipukol , dipalu dan ditunjukkan lorong ke neraka. Tapi yeop bang lan ooi, kalau mike hulor lebih banyak pada teman, lajulah sikit teman berdoa. Tulah sebab, teman mintak ,mike janganlah cendikeh pada teman, kawan lama!!

Alah janganlah yeop bang lan aksen dan dan bercakap ,mike akan lambat lagi bersemayam kat alamat yang tetap tu!!!. Bila sampei waktu dan ketikanya, sikit pun Malaikat Maut tu tak akan tangguh walaupun sesaat ,mencabut nyawa mike.

Takkan mike tak tau , Malaikat Maut adalah hamba yang patuh kepada Raja alam dunia yang fana ini dan Raja alam yang abadi abada. Hamba yang patuh itu tak peduli samada mike kuli batak, setan berjambul,nelayan , petani, buruh , orang kaya ataupun raja , kalau dia rentap nyawa mike, maka luruhlah segala nikmat dan lazat hidupnya mike yang kaya raya dan berpower.

Janganlah mike berpikior nak bersembuyi di tempat yang selamat untuk mengelak dari didatangi Malaikat Maut.

Udahle yeop bang Lan ooii, janganlah terpekior dan berangan sampai ke tahap ituh!!! .Mike pergilah berkubu dalam mana-mana istana di dunia ini yang dikawal rapi. Bila sampai waktu mike, Malaikat Maut boleh tembus seluruh kubu ,benteng atau istana. Lalu dia rentap nyawa mike. Maka urusan pemakaman mike kenalah disegerakan.Sapalah tahan bau mayat yeop bang lan. Bangkai manusia nih, busuk sesangat kalau dibandingkan dengan bangkai lembu.

Maaflah yeop bang lan ooii, teman syarah mike macamlah teman baik sangat. Mike pun tahu ,teman pun jahat seperti waktu kita muda dulu. Kita berdua suka enjoi. Kita berdua suka minum air kencing setan. Kita berdua jarang bebenor sembahyang, melainkan solat Jumaat. Tapi syukurlah , teman dah bertaubat nasuha. Mikepun tentu dah bertaubat. Mikepun sekarang sangat rapat dengan Tok Guru. Baguihhlah kalau gitu.

Yeop bang Lan, teman dengor cereter dari sumber yang boleh dipercayai, mike sedang berkrisis dengan Pengurus mike yang ditugaskan menjaga harta kepunyaan mike seperi teluk yang ada Intan, gunung, dinding, lumut dan entah apa-apalagi. Tak baik macam tu yeop bang Lan.

Dengor cereternyer lagi , mike suruh dia letak jawatan. Tapi mamat itu , enggan. Dia kata, dia masih menjadi Pengurus mike berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan. Dan mike pula telah melantik Pengurus yang baru.

Ini apake heinyer yeop bang lan?. Janganlah buat korje yang boleh merosakkan nama baik mike sebagai seorang tua yang bijaksana.Teman sebenornyer , tumpang malu mendengornyer. Maklumlah kita kawan baik sejak dulu lagi. Kalau ohrang memaki hamun mike, teman pun terasa. Bak kata pepatah orang Melayu, cubit peha kiri, peha kanan terasa sakitnya.

Beginilah yeop bang lan oii, walaupun teman ni ngaji tak tinggi dan mesekin pulak tuh,teman mintak mike berlembutlah sikit. Janganlah, ikut nafsu ataupun dipengaruhi oleh orang-orang tertentu hinggakan kakitangan bawahan Pengurus lama mike tuh , memaki mike siang dan malam.

Janganlah salah faham pada teman. Sebagai kawan lama, teman sekadar memberi sedikit nasihat. Takkan menasihati mike, teman akan dicop sebagai hamba tuhan yang berdosa!!!

21 ulasan:

Mamamat berkata...

Salam Sheikh

Kesian mike .. misekin bebenor. Ate ngape mike tak mintak tinggei dalam istana tu. Yeop Lan mike tak duduk situpun. Datang sekali dua kale jer. Kalo mike ade, bolehler juge nolong2 jage negeri ni ..

Budak Perak berkata...

keh3

Tanpa Nama berkata...

tolong cakap kat yeop bang lan,
Kalau dok bawah payung kuning tu belum tentu masuk syurga....

Tanpa Nama berkata...

Kalau mike ade kenangan lama, ni pun satu kenangan jugak yeop yang teman nak criter. Teringat ada seorang kawan (kawan ker?) lama yang tersilap ditulis nama dia dengan title "Haji". Maka berceritalah dia yang semasa menjadi pramugara MAS dulu dia pernah singgah di Mekah selama satu minggu di musim haji. Haji aper dia dapat yeop?

ISA berkata...

Mana tak kaye kawan mike tu, dah semuanya orang bayorkan, tu pun tak tau mengenang jasa dan budi orang yang membela deme tu dari kecik sampai tua...

Harap nak makan free je... itu mike nak mangaku kawan? ghentikanlah... bior dia berkawan dengan hantu kopek jer lah.

Teman pun ada kawan yang spesis macam tu jugak di Selangor ni... tapi dah lama teman tendang, nasib baik dia tak tendang teman balik, kalau tak merempatlah teman di Concord Hotel... kesian kat teman.

Kiranya senasib le kita ni yea....

Bila Diary Bercerita berkata...

Iskh!....jenoh saya nak faham entry ni...akhirnya faham juga. He..he..sinis sungguh bahasa tuan.

Tanpa Nama berkata...

mike xsuka bantu org. dia suka kaya sorg2 je ^_^

Tanpa Nama berkata...

Ate bukan ke Tangan yang di ateh tu lebih baik daghi tangan yang di bawah? Ngape mike macam mintak sedekah je? Dudok goyang kaki hayon wahfelior..mane nak kaye nye yeop sheikh oii.. wahfelior kene le diayon kekuat, baghu le datang paedahnye!!

Unknown berkata...

yoep, teman assey paret 4 chenderong balai, teluk intan. dah 30 tahun hijrah. minat betui teman bahasa ni. nak cuba tuleh .. silap jangan marah

Tanpa Nama berkata...

Pak Sheikh,

mintak mahap la sebab keluar topik kali ni. nak mintak nasehat sikit.

Macam mane nak buat kalau laki jenis kaki balik rumah bila bulan dah mengambang? Tak pernah nampak batang hidung dirumah sebelum maghrib?

kata dia kerja banyak, tapi kaya tak jugak. bercuti dan bersantai bercanda ditepian pantai pulau perhentian pun tak mampu apa lagi pulau hawaii!

ape nak buat Pak Sheikh. tolonglah bantu.

-Puan 'kesian I'-

sheikh teluk intan berkata...

Salam Mamamat,

Tima kasih ziarah kat sini.

Kemiskenan, adalah adalah sesuatu yang subjektif. Ada orang yang rasa mesekin bila masih tak mampu memiliki kereta Lamborghini, belum memiliki Banglo 4 tingkat, simpanannya belum mencapai puluhan juta ringgit. Dan ada orang yang dianggap mesekin, tapi dia merasa hidupnya cukup selesa dan aman, walaupun gajinya tak sampai Rm 1000.

Teman dikira mesekin kerana masih tak mampu beli kereta Lamborghini

Seloroh aje!

Teman tak siur duduk Istana tu.Jaga negeri endaklah teman.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Budak Parlimen Bagan Datuh,

Sikit punya cun ketawa mike. Ringkas dan padat

sheikh teluk intan berkata...

Salam akira8047,

Nantilah teman 'sound' kat yeop bang lan, sebelum dia baca khutbah solat Jumaat esok.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpanama,

Rasanya , macam teman peronah dengor stori macam ini. Mungkin dia jugak kawan teman. Jawapan teman, dia dapat gelaran Haji Towota Wish

sheikh teluk intan berkata...

Salam Isa,

Dia kawan teman sebab kami kerabat diraja.Setakat itu saja.

Ehhhh Isa, jangan main dengan dia, mike boleh dicop sebagai derhaka kerana memperli dia. Yang kat Selangor tu pun sama. Kita orang Melayu kena taat pada golongan ulil ambri. Tok-tok Mufti yang cakap hal ini.

Tok-tok mufti ni bawak hadis tentang tak boleh menentang Raja-raja merangkap Ulil ambri. Teman fikir eloklah mereka studi betul hadis-hadis seperti itu.

Tapi Ulamak2 Melayu ni, malas nak guna otak, studi hadis-hadis itu dengan mendalam. Kerja mereka terus hukum orang yang tak sependapat dengan Raja adalah penderhaka.

Kalau kita tanya pada ulamak Melayu apa hukumnya Muawiyah menentang Imam Ali R.A yang telah dibaiah oleh hampir keseluruhan Sahabat Nabi sebagai Khalifah yang ke 4 selepas saidina Usman , mati syahid, ulamak Melayu akan kata, masalah Muawiyah r.a dan Ali adalah masalah ijtihadi. Ulamak Melayu tak kata Muawiyah r.a, adalah penderhaka (bughoh).

Teman sebenornyer binggung memikirkan tentang Ulamak Melayu, tak kira Ulamak Melayu Pas atau Umno.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Aishah Jamal,

Yang biasa baca blog ini , dah terbiasa dengan gaya tulisan Pak Sheikh. Syukurlah akhirnya Aishah dah faham.

sheikh teluk intan berkata...

Salam fajridil adha,

Dia bukan nak kaya seorang. Dia cuma tak mahu ada orang lebih kaya dari dia.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Nizar,

Mike tak faham tulisan teman.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Razif Sekretariat,

Tima kasih kerana sudi ziarah kat sini.

Seronok dengor mike berasei dari Cenderung Balai. Tulislah Yeop dalam slanga Perak. Teman pun bukan pandei sangat. Teman pun dah 30 tahun lebih duduk kat KL.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tanpa Nama @puan 'kesian I',

Sebenornyer teman ni bukannya pakar dalam bidang kaunseling. Bidang Teman adalah HRM.

Tapi dah puan nak mintak nasihat dari teman, maka teman cobalah.

Puan kira beruntung, kerana suami puan masih pulang ke rumah walaupun agak lewat. Mungkin betul suami puan banyak kerja kat pejabat. Puan tak detailkan apakah jawatannya. Kalau dia eksekutif , memang tak ada ganjaran material buat kerja lebih masa. Kalau dia seorang kakitangan biasa, dia akan dapat duit tambahan kerana kerja lebih masa.

Tak kisahlah apa jawatannya.Yang Pak Sheikh tahu, kalau suami puan bekerja dengan Kerajaan atau swasta, nak jadi kaya raya hingga ke tahap jutawan,susah sikit.Melainkan kalau dia seorang CEO, MD, atau Pengurus Besar Kanan.

Puan, rajin berkerja sampai ke malam belum tentu boleh jadi kaya. Kebanyakkan orang Melayu kat negara kita seperti Patani, buruh pun rajin bekerja, tapi tak kaya-kaya. Tapi terdapat dari golongan ini hidup mereka aman dan tenang. Ini adalah kerana usaha mereka diberekati oleh Allah.

Ada orang kaya , yang hidup mereka kelihatan mewah, tapi hati tak tenang, terutama yang mentedarah duit rasuah.

Tapi kalau suami puan tak sayang pada puan dan anak2 , maka itu adalah lebih merbahaya. Yang penting dia masih sayang pada puan dan anak2. Saya percaya suami puan seorang penyayang.

Tentang dia tak bawak puan makan angin, bersangka baiklah padanya. Mungkin dia nak menyimpan duit banyak-banyak untuk bekalan semasa susah.

Dan akhirnya, saya nasihat puan supaya sentiasa berbincang dengan suami secara ikhlas dan terbuka. Masalah rumahtangga, di antara puncanya kerana tidak ada atau jarang berlaku komunikasi terbuka.

Sekianlah pandangan yang tak sepertinya dari saya.

Salam dari saya.

Tanpa Nama berkata...

Dan salam sejahtera juga kepada Pak Sheikh.

Terima kaseh Pak Sheikh atas jawapan yang cantik dan nasehat yang belas ehsan itu.
Sememangnya Pak Sheikh bijak sungguh meneliti makrifat.
Saya sangat menghargai nasehat ini.
Memangpun, suami saya itu kerja ditempat swasta makan gaji je, pangkat boleh tahan le, tapi bak kata Pak Sheikh tu, tak akan jadi jutawan. Jadinya, sayalah yang kena berusaha nak jadi jutawan jika rezki tu ada disitu. Tapi saya ni takde lah mentedarah duit rasuah atau duit tipu. sebab tu saya ni pun walau rajin bekerja tapi lambat dan belum jutawan lagi.

tapi, betullah kata Pak Sheikh itu, duit halal dan berkat itu membawa bahagia dan bagi diri saya ini, anak2 yang ada memang memberi kebahagian dan kesenangan jiwa kerana baik pekerti dan bahasa serta amalan agama mereka. Alhamdulillah.

Terima kaseh sekali lagi Pak Sheikh, saya akan akan amalkan untuk berkomunikasi dengan lebih b erkesan.

-puan 'kesian I'-