Ahad, 1 Februari 2009

Maaflah Najib, Teman Tak Suka Kamu!!!!

Teman baru merayau blog RPK kat sini. Di bawah tajuk :Should Pak Lah stay on as PM or make way for Najib? terdapat kotak undian seperti berikut:





Sehingga ke tarikh hari dan waktu ini undian telah meningkat melebihi 8,000 undi.

Walaupun teman bukan suka sangat pada Bang Dollah, tetapi Tok Najib memang dah lama teman tak berkenan. Tok Najib lebih banyak skandalnya. Dan walaupun Bang Dollah pun ada dosanya pada rakyat ini, tetapi jarang betul teman dengar dia menghina hudud dan perundangan Islam yang lain.

Dan seteruk-teruk Bang Dollah dia tak pernah membenarkan isterinya berlaga pipi dengan jantan manapun. Isteri Tok Najib, semua orang tahu pernah berlaga pipi dengan beberapa ekor hero hidustan. Suami yang membenarkan isterinya berlaga pipi adalah DAYUS. Lelaki dayus seduit tak layak jadi pemimpin kepada keluarga ,apatah lagi kepada Negara.

Oleh itu apabila 95% pengundi (lihat kotak undi) menyokong supaya Bang Dollah dikekalkan sebagai PM, teman pun turut bergembira. Teman sudah tulis dalam satu atau dua entri yang meminta supaya Bang Dollah kekal untuk sementara waktu ini menjalankan tugas sebagai PM. Tuan Guru Haji Abdul Hadi pun juga pernah menyatakan yang sama.

Suka juga teman cadangkan supaya Berita Harian, Utusan Malaysia, TV 1 , TV3 dan yang seumpama dengannya membuat undian (polls) yang seperti di atas . Biar kita lihat secara lebih luas persepsi rakyat terhadap dua ekor pemimpin UMNO/Barisan ini.

Teman yakin rakyat akan memilih Bang Dollah dan mengetepikan Tok Najib yang dibeliti oleh beberapa isu yang jijik lagi menjijikkan dan amat menakutkan!!!!!

Sorilah, kalau pendapat teman berseberangan dengan pendapat kawan-kawan. Sebagai ahli Pas memang teman kepinggin sangat untuk melihat Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang menjadi PM Malaya. Tapi teman akui realiti politik semasa masih belum berpihak kepada Pas.

Kalau Bro Anwar jadi PM pun teman sokong jugak.

Memang teman juga bersetuju bila terdapat kawan-kawan yang menyatakan, lebih cepat Najib.com menjadi PM , semakin hampir UMNO/BN menemui ajalnya. Tapi nak buat macam mana, teman sejak dulu , terlalu tak suka pada Najib .com.

Maaflah Najib, teman mungkin telah ditakdirkan, tak suka langsung pada kamu!!!!

9 ulasan:

ISA berkata...

Berdasarka pada polls tu, bukan Pak Sheikh dan saya je... yang bencikan isteri Rosmah tu... ramai lagi...

Tadi petang ada dengar suara Rosmah menyalak kat najib suruh kemas barang dan pindah ke Mongolia rumah mertua pak sedara tiri dia.

Mungkin Pak Sheikh tau serba sikit krisis rumah dan anaktangga ni, tak perlu calling... calling, cerita dalam blog pun ok....

ha..ha..ha..

Gelombang Rakyat berkata...

Ape ke name Telor dapat 5 % jah Yeop..?

Udah seropa tak mandang.

Teman idak ler teman teringin. Tak hingin semenornya.

Tapi nak tau jer kot kot mike tu tau.

Ader ke sesiapa peronah nak rase cam maner sedapnya belaga-laga pipi ni Yeop..?

Dengan Salman Khan ler.

Dengan itu, sapa siour.

Lebam lak pipi, naye selama-lama nye.

Kena tang pipi tak ngape juge. Kalor kene tang mate?

Iye...

abdrahim kassim berkata...

Yeop,

Meka jangan celupo beno. Najib ni pakar nyorokkan orang. Macam hantu kopek.

Nanti meka pula kena sorok.

Panglima Perang Cyber berkata...

Barangsiapa sibuk dengan aib orang dan membukanya pasti dia akan dibukakan 'kemaluannya' di dunia..

barangsiapa menutup keaiban saudaranya maka Allah akan menutup keaiban saudaranya yang lain juga.

Moga kita dapat berbaik sangka..

Jika Allah tidak izin sesiapa pun tidak akan jadi PM.

Usah campur kerja Allah.

DIa Maha Tahu dan akan memilih PM paling amanah dan layak untuk hamba hambaNya di malaysia.

Siapa ? nantikanlah..

Salam..

Cheguman berkata...

Katakanlah semua khabar angin dan tuduhan itu betul...

1) Saya tumpang kesian kat Rosmah yang pernah bermadukan wanita mongolia.

2) Saya juga tak suka najib yang biarkan bini dia berlaga pipi dgn hero hindustan.

3) Saya kesian jugak kat Wan Azizah yang ber'madu'kan jantan...

4) Saya lebih kesian kat Anwar yang terpaksa berkongsi 'bini jantan' dengan lelaki jantan lain.

Saya ulang semula kenyataan awal saya tadi... "Katakanlah semua khabar angin dan tuduhan itu betul..."

Jadi, saya cadangkan saudara blogger ini saja yang jadi PM. Saudara pun hebat nampaknya. Saudar a sangat cekap membongkar aib orang.

LeeZ berkata...

Wahai Demang Lebar Daun...

Apa kena mengena DSAI dengan isu Najib ni??? Hahahaha... lawak betul la kau ni...

Dah takde idea nak hujah, trus hentam sekali DSAI!!! Dasar UMNO/BN kepar*t!!!!

Tanpa Nama berkata...

Panglima Perang tak tahu aib yg mcm mana perlu ditutup dan aib yg mcm mana perlku didedahkan. Saya sarankan supaya panglima Perang pi mengaji dulu sebelum nak komen.

Sesuatu aib yg boleh menimbulkan kemudharatan awam, maka ia wajar didedahkan.

Pi menganji dulu la ye wahai Panglima.

Tanpa Nama berkata...

ngape ramei benor yg xsukekn tok jib ni.temen tengok dia ni baguih.bab rasuah dia king.bab menhilangkn org pun pandei.mcm david kopopil.betina usah cerite.semua org tahu.dgn bini dia menikus..kan hebat semua tu..klu d tengok mokenye ada ciri2 org beriman.

Cik Lee berkata...

pak Syeikh.. nampaknya penyakit rosmah dah berjangkit dekat Najib. Konspirasi terbaru - Najib yang bunuh Zakaria Deros.. bukan ana.. baca kat malaysia today. https://mt.m2day.org/2008/content/view/17456/84/.. seriau kalau ianya bukan rekaan semata-mata..