Selasa, 3 Februari 2009

Teman Takut Hantu Kopek, Najib Oiiii !!!!

Walaupun teman tidak menyukai Najib, tapi teman tak setujulah kalau semua tuduhan yang melulu diletak di atas bahunya. Kesian kat Najib. Boleh menetik air seni teman kerana rasa kesian .

Udahlah dia dikaitkan dengan kes wanita Mongolia yang hancus berkecai diledak oleh C4, tak semena-mena Najib juga dituduh macam-macam pula oleh si Bala yang sampai kini hilang lesap entah kemana selepas beliau mengeluar dan menarik balik Akaun Bersumpah ke atas Najib yang butirannya tak sanggup teman nak sebutkan satu persatu. Kesian Najib, duhai yeop bang!!!!

Lebih kesian , Najib dah bersumpah dengan nama Allah bahawasanya dia tidak pernah mengenali wanita Mongolia yang cantik rupawan walaupun dikatakan, mendiang Altantuya sahaja yang kenal sangat dengan Najib.

Apalah sialnya nasib Najib, bersumpah dengan nama Allah pun tetapi masih ramai yang tetap ragu-ragu terhadap kesuciannya. Yang lebih menguris perasaan teman, nyonya-nyonya kat Lorong Hj Taib dan Bukit Bintang pun masih tak percaya pada kebersihan Najib. Oleh itu salahkah teman sedih dan kesian padanya.Nya yang mana? Si Najiblah....

Yeop bang ooiii , kali ini bukan lagi setakat menitik bahkan mencurah-curah pula air seni teman!!! Alamat, kena tukar lagi kain pelekat Cap Gajah teman!!!!!

Dan terdapat juga ramai orang yang membuat tuduhan tanpa bukti terperinci bahawa Najib telah tumpang dua kaki, mentaradah komisyen bersama Razak Baginda dalam urusan membeli belah kapal terobang perang . Sungguh teman cakap, teman cuba tak nak percaya. Masakan Najib yang sudah senang lenang hidupnya masih mencintai pulus dari mencintai harga dirinya, ugamanya, bangsanya dan negaranya.

Tolonglah , janganlah sesiapapun kuat sangat membuat tuduhan. Kesianlah pada Najib. Dan kesianlah pada teman yang terlalu asyik kesian pada Najib hinggakan air seni teman entah kali yang ke berapa mencurah-curah membasahi kain pelekat cap gajah. Mohon yeop bang ooiii, kesianlah pada teman yang terpaksa menukar kain peleket yang bersih dan sah untuk dipakai bila time solat!!!!

Dan baru-baru ini apabila dua mangkuk ayun iaitu ahli exco kerajaan Pakatan Rakyat Perak, hilang lesap hampir seminggu, separuh rakyat jelata di Malaya menduduh Najib bukan-bukan. Beliau dituduh menculik, mencilok dua ekor manusia ini dan dipertapakan di rumah Najib kat Pekan , Pahang . Lebih dari itu Najib dituduh pula memeras ugut kedua ekor exco tersebut supaya menyertai UMNO sebagai suatu usaha kepalateya untuk menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak.

You all see, sekali lagi Najib kena tuduhl!!!. Kesianlah pada Najib . Seolah-olah Najib ini dilahirkan sebagai seorang ahli politik yang teramat jahat di atas muka bumi ini.

Sungguh teman cakap, teman cuba menghairankan diri sendiri dan bermonolog sendirian : "Mengapalah ramai sangat manusia yang berfikir secara tidak positif . Teman yang terlalu keasyikan kesian pada bakal Perdana Menteri yang banyak masalah ini cuba sedaya upaya untuk bersangka baik . Bukan mustahil , kedua ekor exco mangkuk ayun tu, sekiranya betul-betul berada di Pekan di rumah Najib, sengaja di jemput oleh suami Najib untuk diajarkan tafsir Al Qur'an".


Supaya air seni teman tak tumpah lagi kerana kesian pada Najib, adalah lebih afdhol kalau teman koling seorang sahabat teman yang juga bernama Najib yang teman tahu cukup kamceng dengan bini Rosmah dan suami Najib:-

Teman: "Hello Jib, kau boleh stori sikit tak, pasai si Jamal dan si Osman yang hampir seminggu menghilangkan diri kat mana ?".

Najib: " Mike bertanya tentang dua ekor mangkuk ayun Exco Perak yang berakhlak tinggi yang tiba-tiba lesap tu ke?"

Teman: "Iyela, siaper le lagi. Dengor cereternyer dua ekor ni kena colek dan bertapa kat rumah bini Rosmah di Pekan Pahang".

Najib: "Mengkome ni tak ade korje lain ke sampei nak tuduh bini Rosmah. Tak baik fitnah tau. Baik, bini Rosmah atau suami Najib, keduanye baik kelakuannyer. Bak kate orangh , keduanya bersih dari noda dan dosa".

Teman: "Terharu teman mendengornyer. Ater, siapa pulak yang mencolek dua ekor makluk yang memeningkan kepala si Nizar dan rakyat jelate Perak serta penyokong Pakatan Rakyat satu Malaya? Kut-kut miker iye?".

Najib: " Ehwah tehwah , gatainyer mulut miker. Teman ni pun makeluk yang suci lagi menyucikan. Kalau miker nak tahu, kedua mangkuk ni telah disembunyikan oleh Hantu Kopek".

Teman: " Hantu kopek?????. huuuuhhh, seriau teman mendengornyer. Betoi ker?

Najib: " Kompem!!!. Tak percaya tanya si Rahim Kassim. Dia yang stori kat teman. Teman percaya kat dia.".

Teman: " Rahim Kasim?? Rasa macam kenai. Tapi kat mana ye???".

Najib: " Janganlah dikisahkan sangat yeop ooii. Kata Rahim lagi, dua ekor exco tu dah dipulangkan oleh hantu kopek. Keduanya masih mamai lagi . Tapi mujurlah tak ada kesan diliwat. Tak ada kesan dibom. Disebabkan masih mamai , kedua mangkuk ni dikatakan menjerit sakan bahawa mereka tak ke maner-maner. Seekor lagi kata, dia ambil cuti sakit dan duduk kat rumah. Tapi anak bininya tak dapat pulak tengok dia. Mungkin dia saje yang nampak keluarganyer. Dan dalam keadaan mamai macam itu, dua ekor mangkuk ayun ni, ngaku pulak masih lagi jadi Adun kat tempat masing-masing sedangkan mereka dah lama sain surai letak jawatan sebagai ADUN. Harubiru, Perak dibuatnyer yeop oooii".

Teman :" Ater, tak jadilah Pilihanraya kecik?".

Najib: " Bini Rosmah cakap pada teman, dia dah stori kat SPR. Lepeh tu SPR pun meeting.Abis meeting , Tok Ketuanyer cakap bahawasenyer surat perletakkan jawatan dua ekor mangkuk tu meragukan. Teman pekiur ,bini Rosmah tak mahu Perhimpunan Agung Parti Rasuah ditangguhkan dek kerana tak nak mengepalai perang dalam PRK di dua DUN . Dia dah tak sabor bebenor nak jadi Presiden Parti Rasuah dan Perdana Menteri Malaya. Dan Rahim Kassim cakap, mike juga kena berjaga-jaga. Hantu kopek yang mengaruk kat Perak dah tak peduli siapa lagi. Mike yang suka perli-perli dia jugak dalam bahaya!!!.

Teman nak sembang lagi dengan Najib. Tapi tiba-tiba dia letak talipon. Mungkin dia kena bersedia untuk main wantusom dengan bini montelnya. Lantaklah kamu Najib. Benda halal!!!

Dan teman tiba-tiba terpaksa berpura-pura mengigil ketakutan. Dan teman pun menjerit dengan nada romantisnya:

" Zubli, bak teman , durian sebiji yang baguih punyialah. Isa.....tolong hembus-hembuskan ayat-ayat suci kat teman supaya hantu kopek tak colek teman. Teman jenis penakut.Tolonglah!!!!".

5 ulasan:

Gelombang Rakyat berkata...

Yeop!

Teman lebih kesiankan diri Teman daripada ngesiankan si Najib itu. Manakan tidak, dari perkataan pertama sampai Rahim Kassim, udoh 3 helai Teman salin kain pelikat.

Sejarah hidup Teman belum peronah sesiapa umno Teman Kain Pelikat waima dari parti rasuah sekalipun.

Metor ler orang rumah, udoh ler kena basuh kain pelikat 3 helai dengan sabun special, ayor seni Teman pulok udoh tak mandang nak nyerikan Taman nya. Nya bukan Najib ler weh oii.

Tak siour Teman aih!

Sheikh Teluk Intan dan LapTopnya. Ini macam filem juger ler, tak kan Cerita Che Mamat Si Parang Tajam, ada disebut nama Arnold Susahnakeja. Kalor You Have Been Erased. Faham ler Teman.

Durian dua bijik wa kasi free okay. Tapi usah miker takut akan hantu kopek ini. Sebab, hantu kopek yang anak dara, eshy besor langsat jah anu-anu nyer. Lain ler kalau hantu kopek BIG Momma, itu ajer yang besor Yeop. Sebab ada orang cerita sekali dia nye terobang, baru kena putin kopeknya, rata Gunung Semangdoi bukan kat Perak. Begitu ler dahsyatnya. Jikalau gamaknya kita berdua duduk bawah celoh itu anu-anunya, maka kena Lah ada talian hayat Logistic dari si ISA. Jika tidak, alamatnya Radenjowo akan jumpe kita seperti telah ditempekan adanya.

Jadi, kita berdua standby ler durian ya sorang dua bijik, datang hantu kopek sebesor itu, kita tonyoh duri kulit durian. Untung sabut susu, untung batu blood brader!

ISA berkata...

Salam Pak Sheikh,

Usah ler digigilkan ketakutan, teman dah pasakkan keliling sempadan Teluk Intan dengan kulit durian, tak kesiornya hantu kopek nak lintas sempadan. Bawaklah berehat.

Cuma teman tak jamin ler.. kalau hantu kopek boleh masuk melalui line internet deme, sebab teman tak habis belajar guru teman dah kena C4.... hancur tak berkubur..

Dengor ceritanya hantu kopek punya keroje.... yang bebenonyer teman pun mengigil juga.... ha..ha..ha..

Tanpa Nama berkata...

Hantu Kopek nie harap besor jer anu nyer... tapi tak hebat mana.. cuma kalau kena himpit dek kopeknyer... tak bernyawa wei..

KOPEK MASAM ..... hahaha

al amin berkata...

Segala dalam kenangan

Pernah dulu dikhabarkan bahawa bangsaku gagah dan berani, bahasanya merupakan linguafranca di nusantara. Bangsaku juga merupakan bangsa pedagang. Tapi itu dulu.

Hari ini bangsaku adalah bangsa yang terlalu daif sekali. Tahap pemikirannya terlalu cetek,
tidak lagi mampu menggunakan otak untuk berfikir, segalanya perlu ditunjuk.

fikir-fikirkan.

al amin berkata...

Segala dalam kenangan

Pernah dulu dikhabarkan bahawa bangsaku gagah dan berani, bahasanya merupakan linguafranca di nusantara. Bangsaku juga merupakan bangsa pedagang. Tapi itu dulu.

Hari ini bangsaku adalah bangsa yang terlalu daif sekali. Tahap pemikirannya terlalu cetek,
tidak lagi mampu menggunakan otak untuk berfikir, segalanya perlu ditunjuk.

fikir-fikirkan.