Sabtu, 30 Ogos 2008

Merdeka!!!.

Malam ini, malam sambutan kemerdekaan.

Tentu banyak pesta. Anak-anak Melayu yang suka pada pesta tentu tak akan lepas peluang berhibur. Sambutan kemerdekaan di Malaya adalah pesta-pestaan. Tak ada pesta seolah Malaya belum merdeka. Berjaya sungguh Kerajaan Barisan Nasional menterjemahkan dalam minda sebilangan anak-anak Melayu bahawa sambutan kemerdekaan adalah pesta hiburan!!

Oleh kerana pesta dan sambutan kemerdekaan adalah sinonim, maka janganlah pemimpin Barisan Nasional muram durja dan marah, kalau rumah kediaman dan kereta rakyat Malaya sudah kurang dikibarkan dengan bendera Jalur Gemilang. Dan janganlah pemimpin BN menuduh sebahagian rakyat tak sayang pada Jalur Gemilang yang merupakan salah satu tanda kemegahan dan kedaulatan negara. Mereka sayang sangat pada negara. Mereka sayang sangat pada bendera. Tapi mereka telah dididik untuk sayang pada pesta mengatasi kasih terhadap negara dan bendera.

Sebagai rakyat Malaya yang cintakan pada negara, teman kibarkan bendera di rumah. Teman tak seperti setengah orang yang menganjurkan bendera Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Teman kibarkan bendera secara betul.

Bukan nak cakap besar, teman sanggup berperang dengan orang yang menganjurkan supaya Jalur Gemilang dikibarkan secara terbalik. Puak seperti itu tersangatlah biadap. Contohilah teman yang cintakan negara. Kibarkanlah bendera secara betul. Tak elok diterbalikkan. Dan datanglah ke rumah teman, lihatlah teman kibarkan bendera secara betul tetapi dikibarkan separuh tiang.

Teman kibar bendera separuh tiang, bukan kerana ada pembesar yang kojol. Yang kojol ialah demokrasi. Yang kojol ialah ruang keadilan. Dan banyak lagi yang patut tak kojol telah kojol di tangan kerajaan BN.


Dan di kesempatan ini, teman sekali lagi menyeru supaya janganlah dikibarkan bendera lambang kedaulatan negara secara terbalik. Hormatilah bendera kita. Banyak kegunaan bendera negara.

Katakan dalam waktu terdekat ini Bang Dollah atau Tok Najib dimatikan oleh Allah, bendera negara juga akan kita gunakan untuk membalut keranda salah seorang atau kedua mereka.

Oleh itu sekali lagi, teman merayu pada rakyat Malaya yang menterbalikkan bendera supaya kibarkan bendera Jalur Gemilang secara betul. Bendera yang diterbalikkan itu boleh juga digunakan untuk membalut keranda Barisan Nasional pada 16 September 2008.

Merdeka yang sebenarnya mungkin berlaku pada tarikh keramat yang bakal tiba sedikit waktu lagi!!!!!

4 ulasan:

radens albanjari berkata...

salam bro! lelah teman menunggu artikel dari pak sheikh. Gian tahap gaban. Selalu-selalul-lah menulis,hehhe..bukan apa pak sheikh senang teman nak cilok, cerita berhantu dari blog pak sheikh ini ditunggu-tunggu oleh ramai pembaca. Teman tahu pak sheikh banyak citer nak tulis, bukan setakat 6 kotak, lebih 60 kotak bahan dok Q tunggu untuk dibomkan di sini.

Doa teman pak sheikh terus diberi kesihatan oleh Allah, dan jangan lupa kita ada tarikh baru sambut merdeka,teman harap ada tulisan pada 16hb. sept. ini., salam ramadhan buat pak sheikh sekeluarga !

albanjari

sheikh teluk intan berkata...

Salam ya akhi, albanjari.

Terima kasih kerana mendoakan buat orang tua yang lemah dan lelah ini.

Kalau boleh, teman nak tulis setiap hari. Tapi apakan daya, sejak kebelakangan ini, teman tak berapa sihat.

Mengenai 16 Sep 2008, teman pun tak sabar menanti tarikh tersebut yang kalau diizinkan Allah terjadi, akan mengubah lanskap politik MALAYA.

Akhir kata, selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia, buat akhi dan famili.

Takbir!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sheikh, saya tak bersetuju dengan pandangan sheikh yang mendoakan supaya manusia ciptaan Allah dibinasakan.. Yang pertama bukan sheikh yang menciptakan mereka.. Manusia adalah sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan diberi akal.. Sheikh jgn lah pula mengunakan akal untuk melawan fitrah..
Sbg contoh, saya yakin sheikh syangkan keluarga sheikh, sheikh mesti sayangkannya bukan? penat lelah membangun dan membentuk sebuah keluarga untuk menjadi dan mewujudkan keluarga yang sempurna.. Cube jikalau saya mendoakan agar keluarga sheikh dihapuskan, mesti sheikh tidak mahu..Manusia juga ciptaan Allah yang sebaik-baik kejadian, apa katanya kalo manusia sesama manusia mendoakan kemusnahan.. peristiwa ini telah pun berlaku dalam zaman nabi musa dan kaumnya... Salam sheikh

Tanpa Nama berkata...

Saya cuba mencari di bahagian manakah Sheikh ada mendoakan kebinasaan manusia lain. Yg saya jumpa hanyalah ini:
"Katakan dalam waktu terdekat ini Bang Dollah atau Tok Najib dimatikan oleh Allah, bendera negara juga akan kita gunakan untuk membalut keranda salah seorang atau kedua mereka."

Andai kata berkata begitu bermakna mendoakan kebinasaan org lain, bermaknalah saya terpaksa banyak2 beristighfar kerana mengucapkan ayat yang lebih kurang serupa semasa membeli sehelai dua kain batik panjang baru2 ini. Cuma bezanya saya menyebut, utk kegunaan menutup jenazah saya, isteri atau mana2 drp lima org anak, andaikata sudah sampai ajal.

Astaghfirullah..