Suka juga teman, bila Pejuang Islam Hakikiyun, siapa lagi kalau bukan Bro Anwar Ibrahim memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh baru baru ini.
Kalau ikutkan kekuatan balatentera Tok Najib, Anwar macam akan kecundang. Tapi Anwar muncul sebagai pemenang. Kesian pada Tok Najib. Bang Dollah tentu boleh tuding jari pada Tok Najib "Hang gagal dalam misi menumbangkan Anwar. Aku rasa hang tak layak jadi PM. Aku kansel letak jawatan tahun 2010. Biarlah aku jadi PM sampai kojol".
Teman juga kesian dengan bekas hulubalang Anwar, si Ezam Mohd Noor. Berguni kelemahan bekas idolanya dan puluhan kritikannya pada bekas bossnya didedahkan semasa kempen di Permatang Pauh .Tapi sikitpun tak beri kesan. "Dei ,Raden Ezam!!hang boleh masuk kelambu bermesra dengan bini hang. Itu lebih awla dari cuba nak jatuhkan bekas boss hang yang kau pertahankan setengah kojol, sampai sanggup keluar masuk penjara, sedangkan masa itu mustahil kau tak sedar siapa bekas boss kau itu"
Terus terang teman cakap, sesungguhnya teman dah tak sabar nak tengok Anwar jadi PM Malaya selepas 16 September 2008. Dapat teman bayangkan, segala penyakit warisan Barisan Nasional akan diubati oleh PM baru kita nanti. Dan akan tertegaklah sebuah pemerintahan yang seakan menyerupai pemerintahan para sahabat Nabi.
Indahnya imaginasi teman. Selepas16 Septemberini, teman yang tak bekerja, akan dibantu oleh kerajaan pimpinan Anwar. Elaun khas untuk orang seperti teman akan diberi. Oh, senang hidup teman pada waktu itu. Maklumlah, Anwar akan melaksanakan manifesto Pilihanraya,yang menjanjikan sebuah Negara Berkebajikan. Hidup Anwar!!!!
Sungguh tak sabar teman menunggu 16 September 2008. Teman yakin, dengan daya usaha dan ketokohan Anwar yang super hebat, Kerajaan baru di bawah Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Anwar akan berjaya ditegakkan. Hidup Anwar!!!!!
Teman dapat bayangkan selepas tarikh keramat itu, Bang Dollah akan meraung sekuat-kuatnya kerana terpaksa jadi Ketua Pembangkang.
Tok Najib, yang bibirnya macam bergincu, mungkin terus jatuh sakit dan terpaksa berubat di Mongolia kerana tak sanggup hanya menjadi Ahli Parlimen Pekan. Harap-harap Rosmah, jangan tinggalkan Najib yang waktu itu sedang dalam kesakitan!!
Menantu kesayangan Bang Dollah yang merupakan di antara makhluk yang terbijak di dunia, iaitu si Khairy mungkin masa itu lebih sanggup berkelana di hutan dekat Rembau dari hidup di bawah pemerintahan Anwar yang dituduh sebagai bapak kepada kepala bapak Amerika.
Mantan Perdana menteri. Cik Det tak perlu lari ke Zimbawe. Teman cadangkan, dia teruskan buat kerja mengkritik dan menuduh Anwar sebagai peliwat Negara Nombor 1. Pasti Bro Anwar akan saman Cik Det satu billion.Kalau Anwar menang, sudilah apa kiranya duit sebanyak itu disedekahkan pada teman yang sedang melarat dalam kemiskinan yang tak pernah teman rasakan selama ini!!!
Di kesempatan ini, teman nak tanya pada Anwar, bakal PM Malaya tentang Tok Guru Abdul Hadi Awang. Apakah jawatan yang akan dianugerahkan kepada Tok guru . Adakah beliau akan dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Perdana Menteri Malaya?.
Kalau Tok Guru Haji Abdul Hadi tak dilantik jadi Timbalan Perdana Menteri tentu ramai pengikut Pas muram durja dan marah . Bersabarlah, wahai kawan-kawan dalam Pas. Sabar itu bukankah separuh dari iman? Mungkin, kalau mood Bro Anwar baik, beliau akan melantik Tok Guru Abdul Hadi Awang sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.
Dan cadangan teman, Bro Anwar lantiklah Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaya. Bukankah Lim Kit Siang adalah seorang insan kamil mengikut ukuran Bro Anwar. Oleh itu sangat layaklah beliau diberi jawatan kedua penting selepas Bro Anwar. Teman percaya Lim Kit Siang boleh membantu mengekalkan sokongan keturunan orang Cina untuk menyokong Bro Anwar sebagai Perdana Menteri seumur hidup. Dan semasa itu janganlah dikisahkan hak istimewa orang Melayu dan kedudukan Islam yang kini semakin tercabar. Kedua-duanya bolehlah dicampakkan ke Laut China Selatan. Puuuuhhhh , ngam tak soalan dan cadangan teman ini ?
Mak ooii , hari ni teman demam selsema dan batuk masih tak lega sepenuhnya. Itu pasallah hari ini kemerapuan dan kemerabanan teman semakin menjadi . Tambahan pula , kepala teman amat senget hari ini!!!!
Oleh itu, maafkan teman wahai kawan-kawan. Apapun, teman ucap tahniah pada bakal PM 16 September ini , dengan ucapan: ' Beb, gua caya sama lu!!!'
4 ulasan:
Kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada demokrasi dan kuasa rakyat
JOM KITA DESAK SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
SUPAYA MENDESAK PAKLAH AGAR MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN MENGADAKAN PILIHANYARA UMUM BARU UNTUK MEMBERI KUASA KEPADA RAKYAT MENENTUKAN KERAJAAN DENGAN MANDAT BARU
BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!
Yang pertama sheikh, sabar itu sebahagian daripada iman.. Haji adi tak mungkin jadi timbalan, kerana pengaruh kuasa lebih berpihak kepada DAP..Siapa yang nak beri keasa kalo kerusinya lebih ramai? Sampai yang lebih kuat? bukalah mata sheikh..
Insan kamil fuhhhh!!!!, ini impian saya sheikh menjadi insan kamil... mungkin lim kit siang lebih memahami agama kita daripada kita sendiri, tak begitu sheikh?
Pemerintahan Nabi=Bro Anwar?
Orang yang memaki hamun dan mengunakan kata-kata yang kesat..saya rase bro Anwar belum sampai lagi tahap itu.. ya sheikh jgn terlalu taksub dengan apa2 pun di dalam dunia ini sheikh.. saya berada tiga minggu di permatang pauh untuk melihat sendiri keadaan dan selama ini saya sudah lama mngikut perkembangan Bro Anwar..di sana saya berjumpa dengan keluarga dan saudara2nya..boleh kata saya kenal dengan bro Anwar nih ^^...
Saya menulis ulasan ini untuk sheikh...kalo sheikh nak delete terpulang pada sheikh..
saya harap ini menjadi kritikan yang membina..salam
wahai mukmin-mukmin sekalian...teman rasa ade salah paham ni. Tapi mungkin juga teman silap. Sepaham temanle, dari amatan teman yang cheme ni, Tn. Sheikh sebenonya tak 'taksub' mana- mana 'Tok' or 'Bro'. Cuma ada high regards to Tok Guru Nik, dan pastinye Tn. Sheikh tegas (walaupun macam main-main je) dalam pendiriannya, yakni sucinya the Islamic way of life. Antaranya, hidup bermasyarakat tak mengira bangsa, (boleh refer to kisah-kisah Rasul S.A.W. yang berinteraksi ngan Yahudi), berkata yang elok, berkata yang hak, menentang mana-mana pemerintahan (mana-manale, tak kira dalam kalangan Bang Dollah, Tok Najib, Bro Anwar, Khalid, Nizar, Ah Lim) yang zalim, Pada teman, approach Tn Sheikh, without fear or favor..Sebenornye..Sejuk hati teman baca 'rapuan' sedara kita ni. Jadi marilah kita semua, tak kira bangsa, bersatu seMalaysia, ke arah kehidupan yang lebih baik. Kalo kome ade nak komen or kritik teman, antole ke bulanputih@gmail.com. Tanpa ceromin, teman dah pastinye tak nampakmuka teman yang hensem ni...mike semue yang menjadi ceromin teman. InsyaAllah, teman belajo dari mike semua..InsyaAllah..
Catat Ulasan