Agak terkejut juga bila seorang anak muda bertanya teman: "Pak Sheikh, besok bermulanya bulan Ramadhan. Adakah Tok Najib berpuasa?".
Sepantas kilat teman menjawab: " Jangan sangka buruk pada Tok Najib. Walaupun, isterinya kita nampak pada zahir tidak bertudung, Tok Najib adalah seorang tokoh agamawan. Bro Anwar pun iktiraf ketokohan Tok Najib dalam bidang agama"
" Sebagai seorang Muslim, kita mesti bersangka baik terutama pada orang Islam yang bertaraf insan kamil seperti Tok Najib. Berdasarkan pengamatan pak sheikh , Tok Najib apabila tidak bercakap , mulutnya melafazkan zikir atau berselawat ke atas Nabi S.A.W."
"Tok Najib tidak pernah lewat mengerjakan solat fardhu. Solat malam pula adalah sebahagian pakaian malamnya"
"Oleh kerana itu ,wahai anak muda !!! , sekali lagi pak sheikh mohon supaya jangan buruk sangka pada Tok Najib , walaupun macam-macam cerita buruk tentang keperibadian beliau dijaja dari mulut ke mulut setiap hari".
Demikianlah jawapan teman secara ringkas terhadap kemusykilan seoang anak muda yang mungkin belum kenal siapakah Tok Najib yang sebenarnya.
Anak muda tersebut sepatutnya berfikir positif, bahawa bukan saja tok Najib, bahkan pemimpin UMNO tersangatlah warak dan bertakwa. Cara hidup mereka pun amat sederhana. Jangan ingat , Tok Guru Nik Aziz saja sahaja pemimpin yang mengamalkan cara hidup zuhud. Bang Dollah, terutama Tok Najib serta pemimpin UMNO yang lain dan yang sewaktu dengannya, juga tersangatlah zuhud cara hidup mereka. Dan tak kurang menonjol dan tertonjol ialah sikap mulia mereka yang juga suka bersedekah kepada rakyat yang ditimpa kesusahan dengan mengunakan wang rakyat juga.
Dan pada bulan puasa yang akan bermula esok, Tok Najib akan menjadi di antara makluk yang cukup sibuk berbuka puasa bersama rakyat di surau kat hotel lima bintang . Semasa solat tarawih, Tok Najib akan tampil sebagai Imam solat.
Selepas Solat tarawih, beliau akan mengetuai tadarus. Cukup punya hebat, Tok Najib kita ini dalam beribadah!!!!
Oleh itu , janganlah ada sesiapa yang gatal mulut berkata: "Tok Najib tak puasa tapi tak pernah mis berbuka puasa di mana- mana saja beliau dijemput walaupun diceruk hutan belantara".
Masih dalam tajuk yang sama , teman cuba pertegaskan disini , kalaulah Timbalan Perdana Menteri Malaya , Tok Najib yang juga merupakah tokoh agamawan dan tersangatlah zuhud hidupnya, begitu khuyuk dan tawaduk menjalani ibadah puasa, maka janganlah ada para buruh, petani, pegawai kerajaan, pekerja swasta , polis dan tentera ponteng puasa.
Sekiranya Tok Najib yang selangkah lagi akan menduduki kerusi Perdana Menteri Malaya PUN BERPUASA, maka tiada alasan bagi mereka yang muslim dan tidak termasuk dalam katogeri uzur syariee, mentadarah di waktu siang di bulan puasa.
Akhir kalam teman ucapkan : Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Ramadhan yang mulia.
11 ulasan:
Zuhud? manjadikan dunia atau tempat tinggal ini sebagai tempat persingahan sahaja... Semau perdana menteri yang ada sekarang ini bagi saya tidak zuhud, termasuk Tok Nik Aziz... Sheikh dah pernah kerumahnya? pernah lihat dengan mata sendiri? atau sekadar khabar angin menyatakan pandangan dan pendapat? pernah menegur beliau? seperti Rasul kita Muhammad SAW jika tetamu hadir dia sentiasa akan melayan mereka tidak kira masa, sehingga tidak menang tangan..Semua pemimpin sekarang ini tidak zuhud bagi saya.. Saya harap sheikh faham makna zuhud, jika mengunakannya ke atas orang.. jgn menjual agama untuk mendapatkan sedikt faedah daripada dunia..
Salam batu sejuk,
Terima kasih kerana komen yang diberi. Minta tolong ,ajarkan saya erti zuhud yang sebenar kerana saya orang tua yang masih banyak tidak tahu berbanding saudara yang ilmunya melangit dan tahap kezuhudan adalah tinggi.
Dan saya mohon ampun kepada Allah, kalau benar saya menjual agama untuk mendapatkan sedikit faedah daripada dunia.
Sebenarnya,anak bongsu yang baru berumur 12 tahun, meminta saya jangan menjawab komen saudara kerana dia kata, saudara adalah seorang insan kamil yang tersangat berfikiran tajam dan pandai sungguh membaca apa yang tersurat dan tersirat.
Tapi sebagai orang tua yang bangang, saya abaikan pandangan anak saya yang pernah berapa kali beramah mesra dengan Tok Guru Nik Aziz semasa kami sekeluarga menziarahi beliau di Kelantan tiga empat tahun yang lalu.
Apapun, terima kasih kerana sudi ziarah disini.Dengan berkat doa seorang yang zuhud dan pintar seperti saudara, saya akan menjadi seorang yang tidak sebodoh seperti sekarang.
merapu meraban pun biarlah berpada pak sheikh...
Aduh,
Ini pentingnya memahami seni membaca dalam ertikata sarkistik dan sinikal! Bukan merapu wahai pemberi komen sekalian!
Ini yang dinamakan sastera.
Zuhud definasinya tidak meletakkan dunia di hati dan meletakkan dunia di tangan.
Sedang mengkritik manusia 'alim lagi zuhud dengan minda dan pengetahuan serta ketidakpastiaan boleh membawa kepada rosaknya hati dengan sangka buruk kepada orang alim. Mendiamkan diri apabila tidak pasti adalah lebih baik dan selamat bagi mereka yang inginkan akhirat dan ingin bersikap zuhud.
Allahua'alam,
aduh...memang paham la, ini bukan sastera..ini seni penulisan
eii...kau diamlah x nama...dan batu sejuk...
Saya yakin sheikh ni di kalangan orang yang baik2.. Maaf kalo ade komen yang tak enak di dengar apalagi kalau hendak di telan 'pahit'..
Kami! saya dan rakan2 pernah ingin berjumpa tok guru pada bulan lepas.. kami menungu seharian di depan rumah tok guru..sepanjang menungu tidak dipangil untuk masuk, tetapi hanya dilihat oleh keluarga2nya dari dalam, melihat kami dan wartawan dari METRO di luar ditengah panas..
Hasrat kami hanya ingin bertanyakan nasib bangsa kita pada hari ini.. Kami adalah golongan yang ingin tahu kebenaran.. kami tidak mahu jadi seperti golongan lain yang menelan bulat2 ape yang dilihat dan didengar tanpa berfikir..suka menelannya bulat2...
Pada petangnya selepas solat Asar, kami hanya dapat bersalam dan apabila kami hendak bertanya, tok guru terus masuk meningalkan kami..
Sampai sekarang, saya masih merindukan kepimpinan Rasul kita Muhammad SAW...adakah lagi pemimpin yang sepertinya sheikh?
Saya faham pnulisan sheikh ini..
maksud yang disebaliknya ^^ kiasan kata orang lama2..
Saya merujuk kepada keseluruhan, dan tidak kepada individu...sebab itu saya memberi komen terhadap pemipin2 mengenai zuhud..terima kasih..
Soalan saya sheikh, pemimpin mana yang ada sekarang adalah zuhud dan seorang insan yang kamil?
Jangan 'su-ul dzhon'-(bersangka buruk), kerana ianya sebahagian daripada dosa. Betul tak syeikh?
Bagus artikel ini, berbaik sangka itu adalah peribadi Islam. Sifat berburuk sangka adalah kelakuan orang yang suka bermusuh. Hatta dia itu pemimpin politik lawan, hormatilah dia seadanya.
Ingat! Yang kita tentang adalah pemikiran dan kelakuannya, bukan diri dan latar peribadinya.
Saya pun setuju dengan tok sheikh. Batu sejuk mempunyai ilmu yang cukup tinggi dan tidak terjangkau dek langit. Dapat menilai dengan pandangan hatinya siapa yang zuhud dan tidak zuhud.
Saya pun tidak berapa memahami apa yang terjadi kepada diri saudara. Mungkin berlaku salah faham semasa saudara di sana. Anyway, saya rasa Batu sejuk mencapai tahap yang sangat alim. Mungkin boleh saya berguru dengan batu sejuk?
Catat Ulasan