Sabtu, 5 Julai 2008

Maka Ketawalah Bang Dollah Dan Najib Mendengar Cerita Sedih Ini!

Bergembira bang dollah dan Najib. Teman hari ini nak bercerita. Cerita ini meruntun hati teman. Tetapi bang dollah dan Najib mungkin boleh terhibur dengan cerita teman ini. Bersiaplah untuk ketawa sehingga terguling-terguling berpuluh kilometer.

Pagi tadi teman ke hospital Tawakal, Kuala Lumpur. Teman bukan pergi ke sana untuk bertepuk tangan dan menyanyi lagu 'Negaraku' dengan Doktor pakar yang sejak lebih sepuluh tahun teman merawat teman. Dan terlebih bodoh bunyinya, kalau teman mengatakan bahawa teman ke sana untuk membantu doktor tersebut merawat pesakitnya yang berpenyakit kerana teman sendiri adalah pesakit.

Semasa teman menunggu giliran untuk memasuk bilik doktor tersebut, salah seorang pembantu doktor pakar tersebut datang menghampiri teman. Dengan suara perlahan dia berkata bahawa seorang pesakit yang telah lama menjadi kenalan teman dan jenis penyakitnya lebih kurang sama dengan teman telah kembali mengadap tuhan.

Sungguh terkejut teman bila mendengar berita sedih itu. Keterkejutan teman, bukan dibuat buat. Ia datang secara spontan. Mungkin bang dollah dan Najib boleh berpura-pura terkejut. Tapi tidak bagi teman. Teman cukup terkejut. Entah, berapa lama teman tidak dapat berkata apa-apa. Hanya selepas melafaskan 'Inna lillah wainna ilahi rajihun', baru teman dapat menenangkan diri.

Pada pembantu doktor pakar itu, teman bertanya bila allahyarham meninggal dan adakah arwah meninggal atas sebab musabab , penyakitnya. Kalaulah sebab musababnya adalah kerana penyakitnya, maka dari segi hukum akal, temanlah yang sepatutnya kojol lebih dahulu.

Teman berkata demikian kerana teman tahu, allahyarham mengidap penyakit tersebut baru tiga tahun. Manakala teman pula sudah dihinggapi penyakit yang seakan sama itu , lebih dari sepuluh tahun. Maka teman pun berkata dalam hati:" oh, liat betul nyawa aku nih".

Lalu pembantu doktor pakar itu berkata dengan suaranya yang muram: " Tidak sheikh, arwah bukan mati disebabkan penyakitnya. Tetapi dia mati kerana kemalangan jalanraya. Baru lagi. Empat hari yang lepas. Haram jadah punya lori terlanggar motorsikalnya. Bukan sahaja dia meninggal 'on the spot' tetapi isterinya yang turut memboncing untuk ke pejabat meninggal. Kesian pada anak-anaknya yang masih kecil".

Dapat teman lihat airmata pembantu doktor pakar itu bergenang semasa dia bercerita. Walaupun teman seorang lelaki tua yang kelihatan seperti seorang rockers, hati teman cukup lembut. Mata teman pun turut berkaca. Dan teman tak rasa rugi pun apabila airmata terbit dipelupuk mata kerana kesedihan yang cukup mendalam di atas kematian seorang kawan dan isterinya.

Sesungguhnya airmata teman kali ini tidak tumpah secara sia sia, seperti semasa teman banyak melayan filem hindustani di suatu ketika dan waktu dulu!!

Sebelum Kuala Lumpur di banjiri oleh airmata teman, tibalah giliran teman untuk memasuki bilik doktor pakar yang kini telah menjadi salah seorang sahabat yang akrab. Dan sebaik sahaja teman duduk dikerusi, doktor pakar merangkap sahabat baik terus bertanya, adakah teman telah tahu tentang kematian allahyaham. Lalu, teman pun menjawab bahawa pembantunya yang cantik dan baru habis bercuti bersalin telah menceritakan peristiwa sedih itu.

Dan tanpa diminta, doktor tersebut menambah fakta tentang cerita yang tak sempat diceritakan oleh pembantunya:" You tahu sheikh, arwah tinggal di Bukit Beruntung. Sebelum kenaikan harga minyak, arwah 'drive' kereta bersama isterinya setiap hari untuk ke pejabat yang terletak di Jalan Semantan. Tapi selepas harga petrol naik, arwah dan isteri terpaksa menunggang motosikal"

" Sebelum kejadian itu, arwah datang jumpa I untuk 'medical check up'. Dia merunggut kerana tak tahan menanggung kos minyak yang semakin meningkat. Jadi, dia terpaksa menunggang motorsikal . Oleh kerana tahap kesihatannya tidak stabil, maka motosikal yang ditunggangnya pada hari kejadian tidak dapat dikawal dengan baik dan terjatuh. Sebuah lori kecil yang dibawa dengan laju, merempuh arwah dan isteri. Meninggal dunia kedua mereka di tempat kejadian. Sheikh, jangan hairan akibat kenaikan harga minyak yang naik mendadak , ramai orang yang berpendapatan sederhana yang menaiki kereta terpaksa menunggang motosikal yang amat tinggi rissikonya untuk pergi bekerja ".

Mendengar cerita doktor itu , dada teman menjadi sesak dan ketat. Darah teman rasa membuak. Kemarahan teman berada di tahap yang cukup tinggi. Dan Wajah bang dollah dan Najib tiba tiba menjelma di ruangan mata teman seperti sepasang babi!!

Apabila doktor tersebut membuat pemeriksaan terhadap tekanan darah teman, beliau terkejut, kerana bacaan tekanan darah teman yang selalunya 130/80 menjadi 156/97. Dan doktor tersebut menasihati teman supaya banyak berehat.

Ya, sekarang teman sedang berehat. Teman cuba tidur. Tapi sukar betul mata ini hendak di pejamkan. Wajah arwah yang teman lihat selalu ceria walaupun tahap kesihatannya tidak sebaik mana menjelma bersilih ganti dengan wajah dua ekor babi!!!!!

Sekian cerita teman. Cerita yang sedih. Tapi teman percaya, cerita seperti ini merupakan cerita yang amat membahagiakan hati dan perasaan bang dollah dan Najib! Dan sekiranya lebih ramai lagi rakyat Malaya yang terkojol kerana menunggang motosikal kerana tak mampu berkereta ke pejabat, maka ketawa kedua ekor manusia ini akan bertambah besar dan kuat.

Oleh itu supaya ketawa kedua ekor mangkuk ayun ini bertukar kepada tanggisan , maka amat wajar sekali kita turun berduyun-duyun esok ke Stadium Kelana Jaya, Selangor mulai jam 9 pagi untuk memprotes kenaikan harga minyak.

Kalau selepas protes secara aman ini, harga minyak masih tak turun jugak, kita sama-sama fikir langkah yang lebih drastik dan fantastik!!!!

6 ulasan:

Kerajaan Rakyat berkata...

10 jasa UMNO kepada Melayu

Kerajaan Rakyat menerima banyak komen yang terpaksa kami ‘delete’kan kerana komen-komen tersebut berbau hasutan yang maha dahsyat.

Penulis komen tersebut telah menghasut agar rakyat membenci Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

http://www.kerajaanrakyat.com/

Cik Lee berkata...

Inalillah, tok Syeikh. Dari Dia kita datang, kepadaNya juga kita kembali. Manusia yang tak berhati perut dan buta hati terlalu ramai masa ini. Mari kita doakan semoga semuanya berubah, Insya Allah.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Kerajaan Rakyat,

Terima kasih kerana sudi ziarah kat sini.

sheikh teluk intan berkata...

Salam cik lee,

Apa khabor cik lee? Semoga bahagia dunia dan akhirat.

Betul kata cik lee, manusia masa kini semakin ramai yang tak berhati perut.

Kita usahakan perubahan total, bermula dari diri sendiri, keluarga masyarakat dan negara.

azizi berkata...

salam,

sedih dgr cerita ni. rakyat tertekan, pilihan cukup sempit.
* ditambah pula pemerintah yg mcm ini.

johar faizal berkata...

Salam Pak Sheikh,

Lama dah tak menjengok ke sini, jarang2 sekali baru nak update blog ni, apa ke hee... nya.

Salam Takzih kepada kawan Pak Sheikh dan ahli keluarga beliau. AL-Fatihah semoga rahnya di cucuri rahmat...

IniLAH realiti kehidupan dimana golongan bangsawan tidak pernah mengambil peduli nasib golongan bawahan. Bagi mereka ini semua alasan dan kes terpencil sahaja.

Ini baru kes minyak, nanti ada awal bulan September kita tunggu pula apa rintihan dan halnya pula apabila penguatkuasaan tali pinggang belakang pada golongan yang berkeluarga ramai pula.

Saya dah bersedia dengan tali rapia untuk ikat anak2 di kerusi belakang, dan tunggu apa reaksi pak polis nanti.

Tiadakah caranya untuk mengnyahkan manusia2 zalim ini. Malu la nak mengaku jadi rakyat Malaysia.