Dua tiga hari ini, teman cukup risau juga dengan laporan polis yang dibuat oleh si mangkuk ayun yang sengaja teman tak mahu ingat namanya, yang mengadu dirinya telah disadomi oleh bakal Perdana Menteri ,Pakatan Rakyat.
Pelbagai andaian orang tentang kenapa si mangkuk ayun ni membuat laporan polis. Yang banyak diperkatakan oleh pengikut PKR dan penyokong Pakatan Rakyat , laporan ini adalah satu konspirasi politik untuk merosakkan imej dan maruah bakal Perdana Menteri Malaya yang saban waktu mengalunkan lagu, bahawa pada 16 September 2008 , kerajaan Barisan Nasional akan tumbang dan akan digantikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Walaupun teman bukan lagi peminat setia , bakal Perdana Menteri Kerajaan, Pakatan Rakyat, teman kesian juga dengan nasib yang menimpa ke atas beliau. Sepuluh tahun dulu, dia kena tuduh benda yang sama. Sekarang kena lagi. Jadi, teman bercakap sorang sorang:" apalah kena dengan nasib kau ni Anwar!. Asik asik dituduh meliwat".
Sebenornya, teman geli dengan perkataan 'sadomi' dan liwat'. Dan teman mungkin termuntah sampai terkojol , kalau tiba-tiba teman tertengok seorang lelaki sedang meliwat lelaki lain. Nasib baiklah teman , jenis insan kamil seperti bang dollah , tak pernah tertenggok perlakuan yang luar biasa sumbangnya. Syukurlah.
Dan teman tak pernah terfikir walaupun sesaat , bakal Perdana Menteri Malaya kita itu , mempunyai kesukaan luarbiasa meliwat sini sana. Rasanya macam tak masuk akal dia yang pernah menjadi Presiden ABIM, yang dulunya sering melaungkan ungkapan 'the rising tide of Islam' , 'Islam hakikiyun' 'ibadul rahman' dan pelbagai perkataan yang cukup memukau, sanggup melakukan perbuataan yang menjijikkan dan amat berdosa itu .
Mungkin bagi bakal Perdana Menteri Malaya , tuduhan liwat ke atasnya, adalah skrip lama yang sedang diulang semula sebagai sesuatu yang berunsur fitnah untuk menjahanamkan masa depan politiknya.
Apapun, teman fikir adalah wajar sekali beliau segera membersihkan nama baiknya. Setakat menafikan tuduhan itu tidak benar, adalah tidak memadai. Mencabar Peguam Negara dan Ketua Polis Negara kerana terlibat dalam pemalsuan fakta dalam kes yang sama pada tahun 1998-1999, pun teman rasa masih tidak memadai.
Menyeret beberapa tokoh politik sebagai konspirator yang duduk di belakang si mangkuk ayun yang tampil membuat laporan dia telah diliwat , pun teman rasa akan melambatkan usaha beliau untuk membersih nama baik dan maruah beliau.
Oleh itu teman cadangkan kepada bakal Perdana Menteri Malaya, supaya mencabar Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Para konspirator yang telah beliau kenalpasti dan si mangkuk ayun yang melaporkan beliau telah di liwat, supaya melakukan Mubahalah.
Teman rasa, inilah cadangan yang terbaik buat masa ini, kerana secara peribadi teman pun sudah hilang kepercayaan hampir seratus peratus terhadap institusi kehakiman, polis dan lebih-lebih lagi terhadap Kerajaan Barisan Nasional.
Ayuh ! wahai bakal Perdana Menteri Malaya supaya segera mencabar puak puak yang teman sebutkan untuk bermubahalah. Kalau mereka enggan untuk bermubahalah, maka itu bermakna mereka sebenarnya penjahat yang paling jahat. Kalau, bakal Perdana Menteri Malaya pula yang enggan, maka teman cuma nak cakap ringkas saja:" Lu pikirlah sendiri apa nanti kata rakyat terbanyak!!!!!!!
2 ulasan:
salam ya akhi- kelegaan teman yang amat bila dapat membaca artikel terkini dari sheikh. hari-hari teman mengintai blog sheikh kut ada yang terbaru.hinggalah yang ini, baru lepas senak di jiwa,satira politik sheikh yang ditunggu oleh rakan-rakan dan dunia maya.
artikel sheikh pengubat rindu.
Salam Kulaan,
Teman terharu bila kulaan jenguk blog teman yang tak sepertinya ini, secara kerap.
Memang lama teman tak menulis. Nak kata sibuk, tak lah sibuk sangat. Entahlah, teman pun tak tahu nak cakap, apa dah jadi dengan teman ni. Mungkin teman lebih suka tidur macam bang dollah kita.
Apapun teman tumpang berbangga kerana blog kulaan melatup.Syabas.Takbir!!!!!!
Catat Ulasan