Sahabat baru teman ini, nicknamenya pelik jugak. Tetapi teman tak hairan langsung, kerana teman arif benar, setiap anak kelahiran Teluk Intan ,mempunyai kelebihan yang luar biasa dan tersendiri yang mungkin sukar untuk difahami oleh orang yang bertaraf 'awam'.
Pernahkah kawan-kawan dengar nickname jeng!jeng!jeng!?. Ah, itulah nickname sahabat baru teman itu!
Oleh kerana semenjak dua menjak ni, teman agak sibuk dengan kerja-kerja walaupun dalam keadaan sakit dan lelah, blog teman yang paling koman di atas muka bumi ini, jarang sekali di 'updatekan'. Dan hari ini, teman nak update blog ini.
Sebuah entri sahabat teman si jeng! jeng! jeng! teman copy dan paste ke dalam blog teman. Dengan berbuat demikian, blog teman ter'update' jugak. Geliga juga kepala otak teman nih!.
Entri sahabat teman nih, pun serasi pulak dengan kepala otak teman. Oleh itu sahabat sahabat boleh baca dan lawatilah blog beliau di sini.
Kalau aku jadi perdana menteri....hmmmm... Macam ni, kalau aku jadi perdana menteri, aku ada rancangan aku sendiri. Strategi bagaimana nak memerintah negara ini. Berikut adalah antara langkah-langkah yang bakal aku laksanakan
- Harga minyak akan diturunkan kepada harga yang paling rendah didunia. Bukankah Malaysia suka mengejar nama. Kalau aku jadi PM, minyak aku turunkan harga sampai Arab Saudi pun akan bandingkan harga dengan Malaysia. Barulah dinamakan Malaysia Boleh. Susah apa turunkan harga. Caranya. Buat sidang akhbar, turunkan harga minyak..selesai.
- Harga minyak kelapa akan dinaikkan. Ini adalah kerana minyak kelapa berasal dari tempat tinggi, iaitu di atas pokok kelapa. Tinggi, kan? Jadi harganya perlulah tinggi sikit. Susah apa.
- Minyak urat juga akan dinaikkan harga. Ini membolehkan tukang urut memperoleh pendapat lebih.
- Cukai pintu akan dimansuhkan sama sekali. Buat apa nak cukai pintu. Pintu tu kat situ je. Bukan bergerak pun.
- Cukai jalan juga mansuh. Ini bagi memudahkan kerja JPJ. Bila JPJ dah tak ada kerja, kita tutup je JPJ.
- Gaji polis akan dinaikkan. Ini membolehkan polis membeli hanpon mahal. Aku heran betul tengok polis, henpon dia orang semua canggih2. Dari pangkat rendah sampai yg tinggi.
- Polis trafik boleh bawak motor polis tu. Senang nak hantar anak pergi sekolah.
- Subsidi minyak. Yang sebenarnya akupun tak faham pasal tu, tapi masa tu aku dah jadi PM. Orangpun tak tanya. Bagije la subsidi.
- Turunkan harga kereta Proton. Bagi murah2 je. Tengah tahun buat sales. Harga runtuh.
- Pecat semua pembaca berita TV3. Mengarut je dia orang tu.
- Turunkan tambang bas. Bawak balik bas mini ke Kuala Lumpur. Bukan apa, aku memang dah rindu nak naik bas mini. Itu je. Aku kan PM, suka hati aku la.
- Segala cukai aku kasi turun punya. Nanti orang tanya, abislah negara tak ada pendapatan lagi. Jawapannya ada. Jual tanah kat Singapura. 1 kampit tanah jual RM10. Dia orang mesti beli punya.
- Sewa KLCC kat sapa2 yang nak sewa. Sewa murah2 je. Lepas tu cat warna tadika, barulah boleh nampak dari Shah Alam.
- Tol akan dihapuskan sama sekali. Sapa nak bayar, kira derma je.
6 ulasan:
Orang Teluk Intan ramai yang boleh ganti Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin paling teruk dan buruk dalam sejarah kepemimpinan Malaysia. Yang patut naik diturunkan. Yang patut turun dinaikkan. Pelek!
Salam Zubli,
Terima kasih sudi jengok blog teman yg lama tak di 'updatekan'.Gembira sahabat singgah di sini. Ok, nanti kita jumpa, minum kopi dengan Dato' Dr Ahmad Zaki.
Seronoknya! Ini orang Telok Mak Intan, batu 2 setengah Batak Rabit. Jenuh makan tempoyak dari kechik, belum hilang kePerakiannya. Bahasa kita sama dengan Thailand. Bukan ler bedaah pulak. Jika boleh buat RM sejuta dengan apa yang kita ada, baguih ler. Okay, InsyaAllah Senayan, mento-mento teman tibe ler dengan Dr Zek nye.
Salam Zubli,
Suka bebenor teman bila mengetahui bahasa kita sama dengan bahasa Thailand. Senanglah kita tengok filem Thai tanpa sarikata. Udah,bahasenya same!!
Yob, teman tunggu hari senayan.Kita berjumpe.Lama juga kita tak berlabun. Mungkin dah satu kurun agaknye. Dr Zek ,ponahlah teman jumpe, kat Putra jaya empat lima bulan dulu. Kita dengor kepandaian dia mengecong kite pada hari senayan ini!!!!!
Teman udah siap segale maknike untuk kite berjumpe. Boleh ler kita kote apa yang kite kate.
Lagi pun lame dok masuk setudio, nyanyi lagu lame.
saja jalan2
http://ohbetul.blogspot.com/2009/09/topeng-h1-n-1.html
Catat Ulasan