Teman termasuk dalam senarai hamba tuhan yang tidurnya sering didatangi mimpi.
Jangan jeles ,kalau teman pernah bermimpi berjumpa dengan bekas Yang DiPertuan agong pada akhir tahun 70an. Dalam mimpi itu, teman bersenda gurau dengan Agung. Selepas tersedar dari tidur, teman rasa gembira yang amat sangat kerana bukan senang hendak berjumpa dengan YDP Agung!
Dan semasa Tun Hussien Onn Jadi Perdana Menteri , teman pernah menasihatkan beliau dalam mimpi supaya berhati-hati dengan Timbalannya pada masa itu. Bila bangun dari tidur, teman rasa bahagia sangat kerana terasa betul Tun Hussin Onn mengganggukkan kepala banyak kali sebagai tanda bersetuju dengan nasihat teman.
Setelah masuk tahun kesepuluh atau kesebelas, Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, teman pernah bermimpi berhujah dengan beliau dalam mimpi. Dalam mimpi itu, kamiberdebat tentang banyak perkara. Memang, Tun Mahathir yang berakal 'keling'cekap mematah hujah teman.
Namun teman pun tak kurang hebat. Teman patah patahkan balik hujah beliau sehingga beliau menganggkat tangan tanda mengaku kalah. Dan bila teman sedar dari tidur, teman rasa cukup bahagia.Tak disangka, Wira Dunia Ketiga yang diagung-agungkan semasa zaman pemerintahannya, tersembam dikaki teman. Indah sungguh. Miskipun, ianya cuma sebuah mimpi!
Teng...teng..teng.. janganlah jeles pada teman, wahai kawan-kawan sekalian!!!! Malam tadi, teman bermimpi berjumpa dengan Bang Dollah, Perdana Menteri Malaya yang didesak supaya melepaskan jawatannya oleh sebahagian rakyat besar, termasuk bekas musuh Ezam Mohd Noor, iaitu Tun Mahathir Muhammad Al Kuty.
Dalam mimpi tersebut, teman bukan setakat berjumpa dengan bestfren Ezam Mohd Noor, tapi teman bergaduh dengannya. Teman tak berapa ingat, punca sebenar pergaduhan teman dengan Bang Dollah.
Mungkin, puncanya kerana kenaikan harga minyak yang naik mendadak secara gila babi. Atau mungkin juga, puncanya kerana teman maki beliau disebabkan cara beliau menguruskan negara ini bagaikan Malaya ini emak bapak dia yang empunya. Atau mungkin juga, puncanya kerana dia terus buat muka selamba, semasa ramai orang memperlekehkan kepimpinannya yang berteraskan hipokrasi peringkat tertinggi.
Apapun kemungkinan punca pergaduhan teman dengan bang dollah, apa yang pasti bukanlah disebabkan teman nak merampas isterinya, si Jeanne. Tak siur langsung, teman nak merampas si Jeanne nih dari bang dollah! Mak Indon, yang bekerja di restoran Mamak dekat studio teman, lebih cun melecun lagi.
Dalam mimpi itu, kami bergaduh bukan setakat bertikam lidah. Kami betul betul bergaduh mengunakan tangan dan kaki.
Mulanya, Bang dollah cuba tampar teman. Teman dengan cepat menepis. Dan sebiji penumbuk teman, bekas pemegang tali pinggang hitam seni pertahanan diri ,karate, singgah ke muka bang dollah. Bang dollah kelihatan terhuyung hayang. Macam nak kojol!
Sedih juga teman melihat bang dollah, bapak mertua Khairy dan bestfren kepada Ezam Mohd Noor, berkeadaan begitu. Dan secepat kilat, teman cuba membantunya dia agar dia tidak tersembam ke muka bumi.
Tapi memang dasar orang tua yang tak tahu mengenang budi.Tiba-tiba dia meluru ke arah teman macam anjin gila dan cuba menendang perut teman. Syukur ,dapat teman elak. Dia cuma dapat menendang anggin. Oh, betul-betul dia begitu sarious hendak mencederakan atau membunuh teman , seorang rakyat Malaya yang hidupnya semakin tertekan , akibat kos sara hidup yang semakin tinggi.
Sebagai seorang anak jantan dan berdarah pahlawan pula , teman rasa semakin tercabar. Lalu, teman menyerang dengan menumbuk muka , tendang perut, dan terajang dekat 'anu' bang dollah secara bertubi tubi. Maka, berguling dan mengeliatlah si bang dollah, teman kerjakan.
Kali ini , teman buang rasa belas kesian ke longkang walaupun teman sayu jugak melihat keadaan bang dollah, yang memang cedera parah teman kerjakan. Dan teman pun telah siap memasang kekuda untuk memberi tendangan maut ke leher dan kepala beliau.
Sebelum sempat teman menyerang beliau buat kali kedua, pada masa itu datang sekumpulan Polis menghampiri teman. Teman telah bertekad untuk melawan sekumpulan polis yang teman lihat agak ramai juga. Miskipun teman sedar bahawa akhirnya, teman akan kojol di hujung senjata api mereka.
Tapi keanihan yang diluar jangkaan berlaku. Seorang polis yang teman rasa berpangkat tinggi (bukan Musa Hassan), datang menghampiri teman dan kemudian berbisik di telinga teman: "Sheikh, jangan takut. Kami bukan nak tangkap Pak Sheikh. Kami nak bantu membelasah si mangkuk ayun ni. Nasib rakyat dan polis semakin susah di bawah pemerintahan orang tua tak berguna sesen nih".
Suka hati betul teman mendengar kata-kata pegawai polis itu. Lalu teman ketawa sambil terguling-guling.
Sedar-sedar teman terbangun. Badan rasa sakit. Teman rupanya terjatuh dari katil. Mujurlah, katil teman tak tinggi. Taklah terasa sakit sangat. Tapi teman, menyesal jugak kerana mimpi teman terputus tanpa 'ending' yang muktamad.
Lantas, teman naik ke atas katil balik, cuba pejamkan mata. Harap-harap mimpi bertarung dengan bang dollah dapat di sambung balik. Hingga ke Subuh , mimpi itu tak menjelma lagi.Mimpi lain yang datang: Mimpi mengejar bas untuk ke sekolah!
Kepada kawan-kawan yang pandai tafsir mimpi, sila beritahu teman apakah makna di sebalik mimpi teman bergasak dengan bang dollah nih! Mungkinkah Al banjari, Ciklee, Raden Jawo, Aiman dan Ja-anuar boleh membantu ????
3 ulasan:
Tak susah nak tafsir mimpi Pak Sheikh tu, menurut firasat saya yang bodoh-bodoh bendul ni.
1) Walaupun satu malaya marah sangat dengan PakLah, tapi sekadar marah sajaLAH, lepas tu masing2 akan lupa bak kata Si Mamak Kuty (Melayu mudah Lupa).
2) Penyakit mimpi tuan telah sampai tahap kronik, dimana kemarahan sifat jasmani telah mempengaruhi sifat Rohani tuan, kena pergi berubat tu, bomoh terkenal di KL ni ada sorang nama dia Ezam Md. Nor. Mungkin dia boleh membantu, sebab diaLAH bomoh yang mengubat anu si PakLAH yang tuan tendang dalam mimpi tuan.
3) Mungkin ingin memberi petunjuk kepada tuan supaya banyak bersabar dan bersifat pemaaf sesama insan.
4) Yang sahih mimpi yang tuan ceritakan ini, memberi petunjuk bahawa Malaysia ini diperintah oleh baghal aka keldai tahap buaya lapar giler yang akan membaham apa saja termasuk bangkai selagi boleh untuk KERA-bat dia.
Pilih la mana satu yang bertepatan dengan pandangan matahati tuan, bukan dengan pandangan matahati PakLAH dan menantunya, nanti tuan juga yang merana.
Di petik dari kitab tafsir mimpi merapu. (AimanCRS)
Salam Sheikh,
Saya ni baru nak enrol kursus tafsir mimpi, tok guru tu pulak dirampas abg tiri Sheikh tu utk pegang jawatan tukang tafsir mimpi bertaraf menteri..Saya yakin kalau dia ada membaca blog Sheikh ini, tentu dia sdg sibuk mengulangkaji dan mengkaji kitab2 tuanya..
Walau apapun tafsirannya, saya cuma boleh katakan ini: Alangkah indahnya kalau ianya menjadi kenyataan!!! Yub a dub a doo!!!
Tok sheikh di kalangan orang yang bertuah. Golongan orang selalu mendapat mimpi. Saya di kalangan orang yang jarang-jarang bermimpi. Mungkin 6 bulan sekali baru sekali bermimpi. Tapi kalau lepas subuh, sambung tidur tak baca bismillah. Dan mimpi merapu-raban itu tak dikira.
Rasanya yang mampu tafsir mimpi tu, Pak Bedolah sendiri kot. Mungkin Pak Syeikh boleh jenguk-jenguk blog dia. Ops.. dia takde blog lagi ek. Mungkin lepas dia resign baru dia ada blog sendiri macam apa nama... itu det ?? Apapun, mimpi orang muslim itu benar.
Catat Ulasan