Sabtu, 7 Jun 2008

Apakata Bang dollah dan Gang Minum 1 Liter Petrol Setiap Seorang

Teman agak sibuk akhir akhir ini. Tak sempat nak update blog teman yang serba koman ini.

Malam ini, teman curi masa sikit. Teman nak kemukakan tuntutan 'baik punya' kepada si bang dollah dan suku sakatnya dalam kerajaan Barisan Nasionalnya.

Teman tak peduli, apa orang nak kata terhadap tulisan teman ini. Teman pun tak peduli, kalau orang kata teman menulis penuh emosi. Teman pun tak peduli, kalau orang kata, teman menulis tanpa isi yang objektif.

Kalau teman nak tulis tentang apa saja, teman punya pasallah. Biarlah orang kata, teman blogger yang terbodoh di dunia. Teman pun mengaku, teman tak punya pelajaran yang tinggi. Jadi, sedikit pun teman tak kecil hati, kalau orang kata teman bodoh, sebab teman ini memang bodoh , sebodohnya.

Oleh kerana teman bodoh, teman ada lesen untuk bercakap dan menulis setaraf dengan kebodohan teman. Orang pandai , kalau tak suka baca blog orang bodoh ini , dipersilakan menjenguk beribu blog yang di tulis orang yang kepala otaknya cerdik dan bertaraf seribu bintang

Sekian saja penerangan teman tentang sikap teman yang tak peduli dengan apa orang nak kata tentang kebodohan dan ketidakpedulian teman terhadap apa orang nak kata tentang teman.

Teman terus kepada matlamat entri ini di tulis.

Sejak ,harga petrol naik, teman setiap hari hari memaki hamun Bang dollah dan sekutunya. Sebelum harga minyak petrol dan diesel naik, teman isi minyak RM5o, dapatlah isi hampir separuh tank. Sekarang ini, isi lima RM50 hanya dapat memenuhi suku tank. Tak boleh ke lagi teman mencarut dan mencelaka bang dollah dan geng kepala toyanya.?

Sikit hari lagi, kerajaan akan umumkan kenaikan tariff letrik. Bagi rumah yang kadar bil letriknya dibawah RM 45 , tak dinaikkan tariffnya.

Betul betullah bang dollah dan geng mangkuk ayun, tak tak tahu kebanyakkan rakyat yg tinggal di bandar kecil dan besar, bil letrik mereka lebih RM 45 sebulan . Walaupun teman, tak kaya, tapi rumah teman pakai terdapat dua unit aircond. Ini belum termasuk item seperti setrika, peti ais, komputer, cerik dan periuk letrik, dan banyak lagi. Bil letrik teman sebulan, purata RM 200.Maknanya, bila tariff letrik dinaikan teman dan orang yang seumpama teman , akan membayar lebih bil letrik. Tak boleh lagikah, teman mencarut dan mencelakakan, bang dollah dan menteri-menteri mangkuk ayunnya?

Sesungguhnya teman dah muak dengan alasan kerajaan haram jadah, BN bila menaikkan harga minyak. Lebih memualkan bila, bang dollah nak bagi rebate dalam bentuk duit kepada pengguna kenderaan. Adakah, dengan memberi rebate dalam bentuk wang ringgit yang tak seberapa, dan setahun sekali pula, boleh mengurangkan bebanan rakyat akibat kenaikkan harga minyak? Jawapannya tidak sama sekali. Jelas sekali kerajaan BN haram jadah, memperbodohkah rakyat Malaya. Tak boleh lagikah, teman mencarut dan mencelakakan , bang dollah dan menteri-menteri beliau yang serba sial itu?

Teman tak nak cakap banyak. Teman minta dengan cara terhormat, bang dollah dan menteri menteri mangkuk ayunnya dan berkepala toya, berkorban demi rakyat kalau mereka pejuang tulin.Tambahan pula , pengorbanan yang teman tuntut tak perlukan modal yang banyak. Rakyat pun pasti gembira, sampai tak terkata.

Dengarkan tuntutan teman yang paling sederhana ini wahai bang dollah dan para sekutunya:"Bang dollah yang dikasihi, teman tuntut kerjasama bang dollah dan menteri-menteri yang berkepala toya supaya meminum 1 liter minyak petrol dengan sekali dua teguk. Teman, sanggup membiyaai perbelanjaaan pesta minum satu liter petrol untuk bang dollah dan menteri-menteri yang berkepala toya".

Selepas bang dollah dan menteri-menteri berkepala toya minum 1 liter minyak petrol setiap seorang, percayalah cakap teman, rakyat Malaya dimana saja mereka berada akan menurunkan bendera negara separuh tiang. Bukannya sebagai tanda marah, tapi tanda gembira yang teramat sangat. Dan jasa bang dollah dan menteri menteri mangkuk ayun kerana meminum 1 liter petrol setiap seorang, akan dikenang sampai bila-bila. Teman pun akan buat kenduri selamat.

Bukankan bagus sungguh tuntutan teman ini ,wahai bang dollah ooooooiiii!!!!!!!

3 ulasan:

Kerajaan Rakyat berkata...

Hello hello,

They'r the real group of bustard.

Mereka telah memakan sumpah rakyat.
Mereka akan mati dalam kehinaan.


http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

Tanpa Nama berkata...

Ya Syeikh..

SAYA paksakan diri baca tulisan Tok Sheikh... yang fasai minyak tu, Walaupun saya sewaktu tulis ni berada dalam kedai internet Planet Net Tanjung Balai, Medan.

Di sini pun fasai minyak jadi soal besar disebut BBM. Tapi takdak pulak orang suruh Presidennya minum satu liter...

Nak tau cerita perjalanan saya lawati IBNUHASYIM blogsot.com

Ibnu Hasyim Tanjung Balai.

Cik Lee berkata...

Ho ho... Bunyi macam marah sungguh tu Tok Syeikh. Takpe, takpe. bukan orang pakatan rakyat je marah, orang umno pun marah gak.(dok paham starang kawang).

Doc Hasyim, kawang ada projek sejarah sikit la. Nak tanya-tanya ngan Doc. Boleh tak doc? boleh la.. boleh la.. boleh la..