Ibu bapa, adik, dan beberapa orang sepupu teman , pernah dan masih menjadi guru.
Maknanya teman ni, keturunan guru. Dan teman berbangga, menjadi anak cikgu. Hidup sebagai anak guru walaupun tak semewah anak/menantu seorang Perdana Menteri Malaya, yang sekelip mata boleh jadi jutawan, tetapi cukup selesa berbanding anak seorang buruh atau petani.
Walaubagaimanapun, teman bukanlah anak cikgu yang baik kelaku sejak memasuki sekolah menenggah. Semasa berada di tingkatan empat, teman yang merupakan anak cikgu, telah menjadi cukup popular. Semua guru kenal teman, termasuk Director Sekolah , Brother Calvin.
Populariti teman disekolah, bukanlah disebabkan teman pelajar cemerlang, tetapi disebabkan keterbilangan kelakuan teman yang amat memeningkan kepala para guru. Datang lambat, ponteng sekolah, lompat pagar sekolah , meng'karate' meja dan kerusi, adalah bukan kelakuan teman yang luar biasa.Ianya tersangat normal.
Teman pernah kena rotan di bilik Director kerana tulis bukan-bukan di papan hitam. Sebelum guru disiplin merotan teman dihadapan Brother Calvin, dia berbisik ditelinga teman yang lebih kurang maksudnya dalam bahasa Melayu: "Jangan marah boss. Saya rotan dengan lembut." Dan dia betul-betul menunaikan janjinya. Tangannya mengangkat rotan tinggi-tinggi, tapi bila rotan itu sampai ke punggung teman, macam tak terasa sebatan.
Sejak hari itu , bila guru disiplin itu ternampak teman di kawasan sekolah, dia pasti mengubah haluannya. Sengaja dia nak mengelak berselisih atau berdepan dengan teman. Kadang-kadang teman pula yang terpaksa melaungkan ucapan seperti berikut kepadanya: "Good morning . How are you today , sir ?". Dari jauh dia menjawab sayup-sayup: " Yes ,I am fine". Tak sampai seminit dia hilang dari mata teman.
Teman tak tahu, selepas teman habis tingkatan lima di St Anthony's School Teluk Intan, masihkah terdapatkan jenis murid yang mewarisi kelakuan teman yang cemerlang ,gemilang dan terbilang di sekolah tersebut sehingga kawan-kawan dan guru memanggil teman sebagai 'boss'. Atau mungkin teman spesis terakhir yang menunggu saat untuk pupus.
Oh yeh, hampir terlupa teman nak sebut bahawa isteri teman pun seorang guru. Selepas Solat Subuh pagi tadi, teman yang masih mengantuk sempat keluar bilik dan pergi ke ruang tamu. Isteri teman masa itu sedang menulis sesuatu di laptopnya. Macam orang bodoh teman hulurkan tangan untuk bersalam dengannya. Dia pun menyambut salam teman. Kasar tapak tangannya, mungkin banyak menampar murid-muridnya. Dan teman sambil tersenyum berkata: " Selamat Hari Guru".
Dia macam terkejut. Mungkin dia ingat teman menghulur salam kerana nak mohon mohon maaf, kerana termengorat wanita indon yang bekerja di restoran mamak yang cukup dekat dengan studio teman.
Selepas hilang rasa terkejut, dia pun berkata: "hai seumur hidup ,tak pernah ucap 'Selamat Hari guru', tiba-tiba ucap. Ini kes nak buang tebiat atau ada tujuan lain".
Teman pun ketawa. Dan teman tanya isteri teman: "awak sukakah ,saya kojol".
Isteri teman pun menjawab: " Suka atau tak suka, bila tiba waktu abang sampai, tak siapa yang boleh tahan. Redho sajalah ".
Itulah kehebatan isteri teman. Tawakalnya tinggi. Kepercayaan kepada Qado dan Qadar, boleh diberi markah A+. Susah nak dapat isteri macam ini. Teman rasa cukup bertuah!
Kemudian, teman melangkah ke bilik tidur. Teman mahu sambung tidur. Malam tadi , teman tidur tak lena.Tidur ayam. Sebabnya, nafas teman macam tersekat di dada.
Sebelum terlelap teman tiba-tiba teringat beberapa kajian tentang guru. Dah tak ingat kajian tersebut pihak mana yang buat. Tapi kajian itu pernah merisaukan teman. Teman rasa cukup tak selamat. Habis pisau belati dan parang panjang yang terletak didapor atau distor teman sorok di tempat yang teman fikir tak dapat dikesan. Dan tak lupa teman pastikan ,kain teman diikat kuat-kuat semsa tidur.
Mengikut kajian tersebut, para guru lebih mudah mengidap penyakit jiwa. Ada banyak faktor, yang menyebabkan para guru mudah diserang penyakit jiwa. Pertama, perangai murid-murid sekarang semakin keterlaluan. Guru marah atau tarik telinga murid, ibu bapa datang yang eksyen bodoh menyerang sekolah dan maki hamun guru tersebut.
Kedua, beban kerja guru semakin bertambah. Selepas habis waktu sekolah, para guru kena bersama untuk buat tugas ko kurikulum. Balik ke rumah sebelum maghrib. Lepas solat dan makan malam , mereka terpaksa memeriksa dan memberi markah buku latihan murid-murid.
Dan entah berapa banyak tugas lagi yang terpaksa mereka lakukan demi memperbaiki dan mengekalkan pencapaian akademik murid-murid. Dan dalam usaha hendak mencapai 'target' , tersebut, rasa tertekan mungkin timbul dikalangan sebahagian guru.
Oleh itu ,teman ingin bertanya adakah teman dah gila babi, bila menyorok pisau belati dan parang panjang di satu tempat yang tidak diketahui oleh isteri teman?
Rasanya ,teman telah mengambil langkah yang betul. Tolong jangan beritahu pada isteri teman yang masih belum berjaya dimadukan, bahawa sesungguhnya teman takut beliau termasuk dalam senarai pesakit jiwa. Setiap kali dia bertanya: " bang , mana pi pisau belati dan parang panjang" serta merta , teman yang dulu di gelar 'boss' oleh guru-guru dan kawan-kawan , mengiggil ketakutan. Keluar peluh jantan. Oh yeh!
Dan bila malam tiba, teman selalu merintih "oh , alangkah baiknya aku ada cawat besi". Teman tak takut isteri teman , seorang guru, mengambil beribu ringgit yang selalu teman letak dalam laci meja bacaan. Tapi teman takut pada seorang isteri yang profesinya adalah guru tapi ada penyakit yang tu, memotong kelakian teman. Benda ni, mana ada alat gantinya. Betul tak?
Begitulah keadaan teman untuk beberapa ketika , selepas membaca kajian tentang penyakit jiwa yang banyak dihidapi oleh para guru.
Mujurlah, kehidupan teman kini semakin tenang. Isteri teman walaupun seorang guru yang begitu mabuk dengan tugasnya, syukur masih belum menunjukkan tanda-tanda yang mencurigakan. Apapun , teman tetap berhati-hati. Bak kata orang tua-tua dulu, 'air tenang jangan disangka tiada buaya di dalamnya'.
Dan teman tak menafikan, isteri teman ni banyak mengajar teman tentang erti hidup berdikari. Teman , yang sedang dalam keadaan tak berapa sihat , terpaksa menyediakan sarapan pagi dan tengahari sendiri kerana sebagai seorang guru yang tulin, setulinnya, isteri teman subuh seppie lagi telah berangkat ke sekolah dan pulang bila matahari sudah tenggelam.
Oleh itu jangan hairan , wanita Indon yang bekerja di restoran mamak , berhampiran dengan studio teman , yang pada peringkat awal tak faham kini mulai faham, bila teman melaungkan order: '"Adik! isteri saya paling rajin memasak, oleh itu siapkan saya empat keping capati dengan kuah sardin untuk saya simpan dalam peti ais supaya boleh dipanaskan pagi besok untuk makan pagi dan tenggahari".
Pernah tak lama dulu, teman sakit teruk .Isteri teman begitu prihatin sekali. Tanpa banyak soal dia terus membawa teman ke hospital dan memujuk teman masuk wad: "Bang , dekat wad ramai nurse dan doktor untuk merawat abang sampai sembuh . Tentu abang selesa disana"
Pandai isteri teman membuat jangkaan yang tepat. Sesungguhnya teman, betul-betul rasa selesa kerana tiada gangguan. Isteri teman telah melatih teman untuk hidup berdikari tanpa dirinya disisi di hospital. Lepas teman sihat sikit, teman terpaksa memanggil teksi untuk pulang ke rumah. Huh, cukup bagus sekali latihan yang diberikan oleh isteri teman. Mana nak cari jurulatih terbaik seperti isteri teman. Oh yeh, teman cukup berbangga!
Demikianlah serba sedikit rencah kehidupan teman yang beristerikan seorang guru.
Sebelum teman berhenti menulis, teman ingin sekali lagi mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada seorang isteri, merangkap seorang guru. Hidup teman cukup bahagia. Dan kebahagiaan ini akan menjadi berlipat gandai andai kata, dia bersetuju menghadiahkan teman seorang isteri yang lebih muda supaya dapat mengurangkan bebannya menjaga seorang tua yang sakit dan lelah.
Semoga , isteri teman merangkap seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang sudilah apa kiranya membaca entri ini dan terus bersetuju dengan cadangan teman yang paling bernas selama teman bernafas di dunia ini dengan berkata: " Saya dengan ini, membenarkan suami yang sedang sakit dan menanti saat kekojolannya, untuk berkawin lagi satu".
Pasti teman melompat gembira sampai ke langit yang ke tujuh!
4 ulasan:
Salam Pak Shiekh,
Khabaran, masih hiduplagi ke?????
Dah lama blog ni tak update, atau busy di studio.
Maaf, hanya bertanya khabar, harap semuanya ok... janganlah k.o pulak
Wassalam
AimanCRS
Salam Pak sheikh
Jangan kata tua pak sheikh, veteran..masih boleh lagi tu..huakaka
Pak Syeikh, anta Teluk Intan belah mana?? Kat tengah menara ke?? Ana dekat Kg. Bahagia. Jom kita mengeteh (nanti-nanti senang). contactlah kawang, kalau bley tinggal no phone pak syeikh dekat email ana. azzlie@gmail.com. Nanti sesenang ana belanja mee mastam. wasalam.
[b][color=orange]Accidentally stumbled to your blog tonight.Bila tengok gambar mcm kenal.Anyway enjoyed reading your articles.
DGL fan
[/b][/color]
Catat Ulasan