Teman sedang cari Vokalis. Siapa yang rasa dirinya berbakat boleh datang untuk audition.
Sebagai menghormati abang tiri teman , merangkap Menteri Perdana Malaya, teman ingin menjemput bang dollah untuk menjadi vokalis. Mungkin bang dollah tak pandai berpidato seperti Anwar, tapi mana tahu, abang dollah pandai menyanyi seperti Jamal Abdillah bin Ustaz Ali. Tak mustahil juga, kemerduan suara bang dollah mampu mengalahkan kemerduan suara sang katak memanggil hujan!
Tok Najib yang tak kenal pada Altantuya, tapi Altantuya kenal padanya, pun dijemput hadir untuk audition. Walaupun suara ,dan gaya pidato Tok Najib hanya setakuk diatas bang dollah , teman percaya , beliau boleh menyanyi sebaik Zaina Zain. Maklumlah sifu beliau dalam menyanyi ialah isterinya sendiri yang merasakan dirinya sehebat Siti Nuraliza.
Anak al marhum Tun Hussin Onn , sengaja teman tak mahu jemput datang audition. Suaranya terlalu sedap, sehingga sang kaldai pun boleh pengsan mendengar suaranya . Dan lebih menakutkan kalau dia menyanyi dalam sesuatu persembahan sambil menghunus keris !
Lihatlah betapa baiknya hati teman ini. Tak pernah dibuat oleh mana-mana individu di atas muka bumi ini menjemput seorang Menteri Perdana dan Timbalannya dengan penuh sopan untuk menjadi vokalis syarikat rakaman teman.
Tak payah pecahkan kepala untuk menconggak apakah album kedua hamba tuhan ini, mendatangkan keuntungan atau kerugian. Teman cukup yakin , album nyanyian dua mangkuk ayun ini boleh mendatangkan kerugian besar pada teman yang semakin miskin ini. Tetapi nak buat macam mana ?.Inilah jasa teman, kepada dua orang hamba tuhan yang telah berkorban untuk negara dalam mempertahankan prinsip ketidakadilan , sistem ekonomi , politik, sosial serta pendidikan yang tersangatlah pincang dan pelbagai akta yang serba sial.
Sekiranya, mimpi Bro Anwar Ibrahim menjadi kenyataan untuk menumbangkan kerajaan BN pada 16 September, 2008, maka dua orang hamba tuhan tersebut, selain menjadi Ketua dan pembantu ketua pembangkang, bolehlah menjadi penyanyi. Tak baik lagi kah hati teman ini,duhai dua orang hamba tuhan ?!
Kedua hamba tuhan ini, teman tahu bukan menyanyi kerana duit. Duit mereka ,kalau dikumpulkan mungkin boleh menjadi setinggi gunung Himalaya. Dan tujuh keturunan dua hamba tuhan ini mentadarah duit tersebut , pun belum tentu boleh habis.
Dan teman percaya , kedua hamba tuhan ini kalau menjadi penyanyi bukan kerana faktor nama. Emak bapak mereka berdua telah memberi mereka nama sebaik mereka dilahirkan ke dunia. Mereka sekadar menyanyi untuk menghiburkan diri sendiri yang teramat sedih dan kecewa kerana terpaksa turun dari tampok pemerintahan pada 16 September 2008 nanti.
Yang pasti orang yang paling tak sabar untuk mendengar bang dollah menjadi penyanyi ialah , Tun Mahathir. Dan tukang tepuk pada setiap kali bang dollah membuat persembahan, tentulah si mahkluk yang tercerdik di dunia iaitu si Kairy. Dan juga Nori, Kamaruddin dan Jeanne.
Kalau jemputan teman ini, tidak dihiraukan oleh kedua hamba tuhan ini, teman secara peribadi tak boleh buat apa apa. Teman sekadar menjemput. Walaubagaimanapun teman ingin memberi pesan kepada dua orang hamba tuhan ini iaitu, jangan nanti menyesal sampai gantung diri!
Sila ambil perhatian , teman memang sarious nak cari vokalis/penyanyi.
Untuk menjadi Vokalis syarikat rakaman teman, pun bukan senang. Mesti ada pakej sebagai penyanyi. Bakat semata-mata tak cukup untuk mendapat sokongan peminat .
Malaya bukan Amerika. Pendengar lagu di Malaya mahu penyanyi yang hensem, walaupun kepala otak, setaraf otak lembu dan perangai macam binatang yang bernama kinzir.
Walaubagaimanapun , teman agak berbeza dengan penerbit dan syarikat rakaman yang lain. Teman telah mengariskan secara kasar syarat-syarat tertentu untuk menjadi artis rakaman milik teman.
Syarat pertama, calon penyanyi mestilah disahkan oleh doktor seorang lelaki tulin yang sudah baligh yang berusia 25 tahun sehingga 40 tahun. ( bang dollah dan tok najib di kecualikan)
Syarat kedua calon penyanyi mesti tak tinggal mendirikan solat lima waktu . (bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Syarat ketiga, calon mesti memiliki akhlak yang baik , dan ada latarbelakang agama yang kuat (bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Syarat keempat, calon tersebut mesti mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.(bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Syarat kelima, calon tersebut boleh menyanyi dalam pelbagai rentak (bang dollah dan tok najib dikecualikan)
Dan syarat yang terakhir, calon tersebut sanggup menghadapi risiko ditangkap di bawah ISA. Syarat terakhir ini, perlu teman sebut, kerana terdapat lagu yang telah siap dicipta melodi dan liriknya, mengkritik dasar kerajaan Barisan Nasonal. (bang dollah dan tok najib, lu orang fikirlah sendiri)
Sekiranya, ada sesiapa yang berminat sila hubungi teman melalui e-mail seperti berikut: sheikhtelukintan@gmail.com.
Pihak teman akan menghubungi semua calon untuk menghadiri sessi audition yang akan diadakan pada tarikhnya dan masa yang akan ditetapkan.
Dibawah ini teman turunkan beberapa gambar yang sempat dirakam mengunakan kamera digital kawan teman. Gambar-gambar itu menunjukkan beberapa sudut studio bilik teman yang terdapat beberapa buah alat musik dan rakaman secara digital sepenuhnya.
4 ulasan:
Salam Sheikh,
Betapa kuciwanya saya.. gagal pd tahap syarat pertama lagi...walaupun saya rasa saya boleh jd artis yg lbh hebat dan membawa keuntungan kpd pihak syarikat, berbanding dgn kedua2 sahabat baik Sheikh tu..
Hampeh... dan ini tak adil (pinjam kata kata A.Kadarisman dalam filem 3 Abdul, Bukan 3 Beranak ya...)
semua syarat2 ketat sangat, dan tak adil PakLah dan Najib dapat pengecualian, ini diskriminasi terpimpin.
Cadangan dan rekomendation saya pada PakLah sebab dia pandai tulis lirik contoh lagu Damai Abadi.
tima kasi....hhhhh
AimanCRS
Salam Ja,
Ja tak perlu datang audition. Saya bersetuju untuk mengambil ja sebagai penyanyi rakaman syarikat saya , asalkan sanggup berduet dengan suami Ja. Pasangan ideal!
wah,... syarat2 dia baguih betui... kalau bekas vokaslist band punkrock mcm saya ni boleh mohon ker pak sheikh? hahaha... mau hancur lagu pak sheikh kita.
Catat Ulasan