Ahad, 11 Mei 2008

Rupanya Hari ini, Hari Ibu!

Seorang sahabat teman, hantar sms. Dia tanya samada teman telah memberi ucapan Selamat Hari Ibu yang jatuh pada hari ini, kepada isteri teman yang paling sulung.Lalu teman balas smsnya. Teman katakan ,teman tak pernah ingat 'Hari Ibu'yang disambut di seluruh planet bumi.

Dia kemudian mendesak teman untuk hantar sms kepada Isteri teman yang belum pernah dimadukan itu.

Macam orang mamai, teman hantar sms kepada isteri teman yang sedang melawat Kak Yang( anak teman yang nombor tiga),yang kini sedang menuntut di tingkatan 4 di sebuah sekolah berasarama penuh di Ibu Kota.

Bunyi sms teman ringkas saja: "Selamat 'Hari Ibu' wahai isteriku. Semoga hepi dan merasa bertuah kerana menjadi ibu kepada anak kita yang seramai 5 orang".

Tak berapa lama kemudian, isteri teman yang belum pernah merasa nikmat bermadu, membalas sms teman: "Cik abang ,buang tebiat ke? Tak pernah sepanjang perkahwinan kita dan telah beranak pinak , tiba-tiba ucapkan 'Selamat Hari Ibu'. Apapun, terima kasih sajalah.".

Nak tergelak juga teman membaca balasan sms ,isteri teman yang masih belum berhajat memakai payung emas di syurga nanti. Tak sangka sungguh dia balas. Beruntung teman dapat isteri yang tersangatlah baik walaupun orangnya agak sarious. Tapi, dalam masa yang sama, teman seriau jugak, bila dia menyoal teman "Cik abang ,buang tabiat ke?".

Sungguh teman takut, kalau-kalau betul teman sedang buang tabiat. Mengikut kata-kata orang tua-tua dulu, salah satu tanda sesorang itu sedang menghampiri saat kematian ialah perangai atau sikap yang jarang dibuat, tiba-tiba dibuat. Dalam erti kata yang lain , bakal simati sedang buang tabiat.

Dalam kes teman ,teman macam sedang buang tabiat. Teman yang dari awal tadi mengaku, sememangnya tak pernah mengucapkan 'Selamat Hari ibu' kepada isteri teman yang sepatutnya bertindak bijak untuk mengalakkan teman untuk mencarikan bakal madunya, tiba-tiba melafaskan ucapan yang pertama kali teman lafaskan melalui sms.

Ah, adakah teman sedang buang tabiat yang bermaksud, kematian teman sedang berada diambang pintu? Oh , tidakkkkk! Teman Ngak mahu mati lagi,sih. Dosa teman, memang menggunung,dan kerana itu, takut sangat teman bila dimatikan. Dan jika teman mati sekarang, terdapat mimpi teman yang cukup indah , pasti tidak dapat direalisasikan!

Dan memandangkan teman pun mula syak bahawa teman sedang buang tabiat,maka dengan bodohnya teman periksa katil: takut di bawah katil ada pembunuh sedang bersedia untuk membunuh teman yang serba lemah ini. Syukur, dibawah katil tiada sesiapa bersembunyi.

Juga, teman periksa tong gas di dapur dan macam seekor tikus mondok, teman menghidu bau gas yang mungkin keluar akibat bocor paip getahnya.

Puas teman menghidu di sekitar dapor masak tapi sikit pun teman tak terbau apa-apa. Dan untuk puaskan hati teman, maka teman sengaja mengores mancis api. Kalau gas keluar, tentu berlaku letupan bila terkena api. Syukur, tak berlaku letupan. Kalau berlaku letupan, betullah teman sedang buang tabiat!!!!!

Ringkas cerita, banyak benda yang teman periksa. Sebutkan apa barang yang teman tak periksa? Mulai dari pintu studio (yg mempunyai kelengkapan seperti di rumah) hinggalah ke dalam stor , habis teman periksa. Dan akhirnya, teman membuat kesimpulan mudah bahawa teman berada dalam keadaan selamat. Lega.

Dalam lain perkataan, teman yakin, ucapan pertama kali 'selamat Hari Ibu' kepada isteri yang tak sepatutnya gagal membawa bakal madunya untuk teman sebagai hadiah sempena 'Hari Ibu', sesungguhnya tidak mengandungi sebarang unsur 'buang tabiat'.

Dan selepas solat asar, teman yang tadinya amat letih mencari 'tanda-tanda apakah teman sedang buang tabiat', terus berbaring dan cuba melelapkan mata sekejab dengan tujuan mengumpul sedikit kekuatan supaya bila bangun nanti dapat menyiapkan kerja-kerja rakaman.

Belum pun sempat mata terpejam, tiba-tiba seorang yang teman anggap sebagai 'budak' mengantar sms , bertanya samada teman mahu kol dia . Teman tahu dia rindu untuk mendengar cakap-cakap teman yang merapu dan meraban.

Tanpa membuang masa , teman pun kol 'budak' itu. Kami pun berbual tentang banyak perkara: tentang kehidupan insan; tentang bang dollah; tentang E-learning dan tentang entah apa apa lagi. Termasuklah tentang 'Hari Ibu'.

Sesungguhnya sebagai anak manja, teman suka sekali bercerita tentang kelebihan arwah ibu teman yang sangat teman kasihi jika dibandingkan dengan wanita lain di dunia ini. 'Budak' itu pun suka mendengar betapa besarnya kasih sayang teman kepada arwah ibu teman.

Dan perbualan kami semakin tawar dan tak berapa ceria lagi, bila teman cakap " Hai budak, banyak sisi kehidupan dalam dunia ini belum kau ketahui lagi" . Dia kedengaran macam tak puas hati dan terus berkata dengan nada marah: " Look, I am an adult".

Teman sikit pun tak tersentuh hati padanya bila dia berkata dengan nada yang marah, kerana teman bersangka baik bahawa orang muda darahnya sentiasa mengeleggak.Tambahan pula dia pun dengan segera mohon maaf kerana berkata agak kasar.

Bila dia minta maaf, dalam diam , airmata teman mengalir kerana bangga dengan sikapnya yang sungguh terbuka. Kemudian dia minta diri, kerana kepalanya terasa bergoyang kerana tak cukup tidur. Dan perbualan kami terhenti setakat itu.

Apapun teman di kesempatan ini, suka menyatakan disini bahawa teman suka pada budak itu.

Walaupun usianya jauh berbeza dengan teman yang sedang menghitung hari, otaknya cukup pantas berfikir , tahap 'sense of humor' nya adalah tinggi dan dia jenis hamba tuhan yang suka bercakap terus terang . Pernah teman terfikir alangkah baiknya dia dapat menjadi PM mengantikan bang dollah yang tahap bangangnya sudah menghampiri nilai 'infinity'.

Selepas maghrib dan isyak teman masih di studio.

Jam sebelas malam lebih kurang, teman pun berangkat pulang ke rumah.

Bila sampai di rumah terus teman buka pintu dan kelihatan isteri teman yang sedang tersandar di sofa dengan penuh bergaya menghadiahkan sekuntum senyuman yang sukar untuk ditafsirkan bila dia melihat kepala teman. Dan kemudian dia berkata sambil ketawa kecil: "Aaii, bila abang mengontotkan rambut abang yang panjang tu?".

Lalu teman jawab: "Dats gud .Inilah isteri yang terbaik didunia. Suaminya yang dah potong rambut dua hari yang lalu , malam ni baru dia sedar. Walaubagaimanapun , sekali lagi diucapkan 'Selamat Hari Ibu' wahai isteriku. Silap betul kerana tak terfikir untuk kumpul rambut yang dipotong dua hari lepas, untuk di masukkan ke dalam kotak yang siap dibalut dengan kertas berbunga serta ada ribon, sebagai hadiah sempena sambutan Hari Ibu".

Selepas telan ubat, teman terus buang seluar dan mengantikannya dengan kain ,kemudian buka baju dan terus merebahkan diri di atas katil dan masuk ke dalam selimut , kerana alat penghawa dnggin , yang telah dipasang oleh anak bongsu teman, berada di paras yang amat sejuk sekali.

Seperti biasa teman capai laptop. Dan hasilnya, lahirlah entri ini.

Kalau nak tahu tajuk entri ini , silalah lihat di atas! Kalau tak nampak, mungkin itu tandanya ada orang sedang buang tabiat! Yang pasti bukan teman, kerana teman nampak tajuk itu!.

Sebab apa teman nampak?

Ini lah satu soalan bodoh dari teman dan jawapannya pun perlu ada nilai bodoh iaitu : "sebab teman yang tulis!".

Tapi kalau selepas di publishkan , teman pun tak nampak tajuknya, maka terlebih dahulu teman mohon maaf kepada sesiapa sahaja yang mengenali diri teman yang serba bodoh dan hina ini , bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan tolonglah halalkan makan dan minum.

Dan kepada sesiapa yang hatinya sedang sarat menanggung siksa dan tersangkut kata-katanya di balik jiwanya, akibat perbuatan dan mulut teman yang tak ada lesen KDN ini,maka sudilah apakiranya memberi keampunan kepada diri teman, seorang hamba tuhan yang tak sunyi melakukan dosa.

3 ulasan:

radens albanjari berkata...

"teman pun mula syak bahawa teman sedang buang tabiat,maka dengan bodohnya teman periksa katil: takut di bawah katil ada pembunuh sedang bersedia untuk membunuh teman yang serba lemah ini. Syukur, dibawah katil tiada sesiapa bersembunyi.

Juga, teman periksa tong gas di dapur dan macam seekor tikus mondok, teman menghidu bau gas yang mungkin keluar akibat bocor paip getahnya.

Puas teman menghidu di sekitar dapor masak tapi sikit pun teman tak terbau apa-apa. Dan untuk puaskan hati teman, maka teman sengaja mengores mancis api. Kalau gas keluar, tentu berlaku letupan bila terkena api. Syukur, tak berlaku letupan."

lawak-lawakk ...teman terguling lagi bila baca entri sheikh ni, disebabkan terguling teman untuk kali kedua ia tidaklah ditakrifkan sebagai membuang tebiat.hahaha..,

sheikh itu bukannya buang tebiat! tapi kisahnya mahu bikin urat belikat tergeliat.

Syukur sheikh sihat walafiat.
psst! nak bagitau sheikh, 16 tahun teman kahwin sebenarnya teman tak pernah sekali wish hari ibu untuk bini teman, bukan aper teman takut, takut teman buang tebiat !

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Sheikh dan Tuan Al-Banjari.

Dah 14 tahun saya menikah dengan isteri yang ada sekarang ni yang pertama tau, (kahwin tu tak tahu dah berapa kali, masing masing kira lah sendiri 14 tahun x 365 hari, lepas tu tolak 7 hari dalam sebulan dan tak termasuk kalau terlajak la pulak, dan tolak pulak dengan 5 orang anak yang melibatkan berada dalam pantang 100 hari, aahhh kompius teman nak huraikan disini, macam buat matematik pulak dan sampai tahap merapu, maaf).

Oh ya... 14 tahun bernikah, teman pun tak pernah ucap kan perkataan tersebut, sebab bagi teman, yang pertama tak nak buang tebiat macam Pak Syeikh, yang keduanya bukankah mereka itu isteri kita, bukan isteri orang ya. Ucapan tersebut untuk para ibu sahaja, yang sepatutnya anak anak yang mengucapkannya pada ibu masing masing, betul tak?

Lainlah kalau ada ucapan khas untuk para isteri pulak, "Selamat Hari Isteri Isteri ku yang tercinta" barulah kena pada tempatnya.

Apa..??? Isteri Isteri Ku... pelempang satu kali, tak pun habis pingan mangkuk dengan tong gas dekat dapur tu melayang.

Walau apa pun, sebelum kawan baik Pak Sheikh si Redhuan Oon bertanya, saya pun musykil juga dengan topik Pak Sheikh sekian kali ini, jadi En. Redhuan Oon izinkan saya pinjam ayat power saudara yang amat digeruni oleh Pak Sheikh kita ni," Helo bro, what is the moral of the story?"

Wassalam.
AimanCRS

sheikh teluk intan berkata...

Salam buat Al banjari dan Aiman,

Teman ingat, dalam dunia ni, teman saja yang kaki merapu dan meraban.Rupanya, sahabat berdua pun sama macam teman. Teman bahagia sekali, kerana bersahabat dengan mike berdua.

Disimpulkan disini, bahawa the moral of the story bagi entri kali ini ialah, teman risau betul kalau-kalau teman betul-betul sedang buang tebiat.