Khamis, 8 Mei 2008

Kawan kawan Sakalian: Teman Masih Hidup!




Lama teman teman tak tulis apa-apa. Malam ini sengaja nak tulis sikit. Bukan ada benda yang besar yang teman nak tulis. Selama ini pun, teman bukan blogger yang tulis hal-hal yang besar. Ini sesuai dengan kebanggangan teman yang amat ketara. Kawan-kawan pun sudah tahu.


Jadi tak payahlah sesiapapun, baik kawan mahupun musuh yang menjerit dan bertempik:" Sheikh Teluk Intan ni mengapa banggang sangat"

Rasanya pengakuan teman yang berterus terang bahawa teman adalah spesis banggang cukup jelas. Janganlah hairan. Tahap pendidikan teman tak tinggi.


Waktu muda dulu dan badan masih sihat, teman banyak menghabiskan masa secara sia-sia. Teman termasuk dalam katogeri yang tak teringin hendak meningkatkan tahap pendidikan akademik. Walaubagaimanapun, teman tidaklah termasuk dalam katogeri buta huruf. Setakat mengeja dan mengira yang mudah-mudah , tak jadi masalah.


Contohnya teman cukup mampu mengira bahawasanya yang isteri teman masih seorang. Belum ada pertambahan dari segi bilangan lagi walaupun hajat untuk meningkatkan jumlah isteri , memang ada. Maknanya kepandaian mengira teman boleh dianggap okaylah tu. Yang tak okay apabila teman tersilap kira dengan menyatakan bahawa jumlah isteri teman adalah seramai dua orang, walaupun pada hakikatnya seorang saja!


Sejak dari awal tadi teman telah menyatakan, bahawa teman nak tulis sikit saja pada malam ini.


Pertamanya, mungkin ada orang beranggapan, teman yang sakit dan agak lama tidak menulis, telah kojol. Jadi melalui entri ini, teman ingin mengesahkan bahawa teman masih hidup. Syukur pada tuhan.


Kedua, teman dengan sengaja telah memasukkan gambar teman yang terbaharu dalam entri ini seperti di atas. Teman berbuat demikian kerana ada saorang hamba tuhan tu, tak mampu hendak 'imagine'bagaimana rupa teman yang sebenarnya dalam usia 52 tahun. Nah.....lihatlah wajah teman yang tak hensem ini tapi manisnya masih ada.

Pada hamba tuhan tersebut, teman suka menyatakan, gambar teman seperti diatas adalah tulin. Setulin kelakian teman! Moga dia dengan mudah akan membawa teman ke alam mimpinya atau bila dia berselisih dengan teman di tepi jalan dia akan berkata: "Yes, inilah orangnya, Sheikh Teluk Intan".


Ketiga, teman ingin memberitahu secara tidak langsung, bahawa Sheikh Teluk Intan tidaklah seperti yang disangka. Teman tidak hairan kalau ada yang terkejut bila melihat teman berambut panjang kerana selama ini teman mungkin digambarkan berkopiah, atau berserban atau berjubah. Maklumlah, nama teman ada perkataan Sheikh. Kalaulah ada sesiapa selepas ini , nak panggil teman sheikh rockers, teman persilakan. Sikitpun teman tak kecil hati. Tapi teman akan lebih kecil hati, kalau ada yang masak cekodok pisang, tapi tak sudi ajak teman makan bersama!


Keempat, teman ingin merayakan sambutan sempena setahun teman terlibat dalam arena blogging. Teman, mula main blog pada bulan Mei tahun lepas. Sedar tak sedar dah genap setahun. Mak oiii, terasa sungguh cepat waktu berlari. Tapi ada ketikanya, teman rasa waktu berjalan macam semut. Terutama bila hajat tertentu masih belum berjaya digapai. Apapun, teman akan ikut takdir tuhan. Dan kepadaNya, teman bermohon agar takdir tuhan berjalan menuju ke arah hajat yang teman idamkan. "Ya Rabbi, perkenankanlah permohonanan hambaMu yang lemah ini".


Kelima, sejak terlibat dengan arena blogging ini, senarai kawan-kawan baru semakin bertambah. Diantara kawan-kawan baru itu, termasuklah: Abu Fatihah, Tok Mudim, Raden Jawo, Albanjari Online, Saiful Islam, Kata Tak Nak, Sepol, Zanulfakar( Calon yang ditolak tanpa alasan ,menentang Bang Dollah di Parlimen Kepala Batas), Mahaguru 58, msrizal, syawal, said mirro, cik lee, Aiman CRS, Ijadz, Pujangga jihad, shattirs, waterlily, kasim selamat, dan dark angel.


Ada lagi yang teman tak sebut? Oh ada lagi! : Si bakaq aka penarikbeca (yang pernah cakap: hang lebih baik main muzik) dan si Ja, yang sejak dua menjak ni, selalu melafaskan: "La Tahzan".


Andainya ada sesiapa yang namanya teman tak sebut, mohon maaflah. Maklumlah , orang tua yang romantis ni (bukan teman yang kata, tapi orang lain), semakin pelupa. Kata orang-orang tua dulu , kita boleh mudah jadi pelupa kerana terminum kopi yang terdapat berekor-ekor semut yang kojol didalamnya. Entah benar atau tidak kata-kata org-orang tua dulu, teman tak peduli. Yang teman tahu, teman semakin pelupa.


See! Teman dah pecah janji. Konon nak tulis sikit , tapi tertulis panjang entri ini. Inilah akibat, kalau penyakit merapu dan meraban masih tak sembuh. Nanti teman akan tanya sahabat teman, si Albanjari , apakah ubat yang mujarab kepada dua penyakit ini!


Sebelum teman berhenti , teman ingin memberi amaran kepada si apek China Muslim, Redhuan Daniel Onn iaitu kalaulah dia terjenguk ke blog teman ini, hendaklah dia jangan mengatai bertanya:" Helo bro, what is the moral of the story?".


Kalau si China muslim ni masih nak tanya jugak, teman akan dengan bodohnya akan berkata: " hello apek, lu mahu kena sunat lagi kah? Gua punya kawan si Tok mudim bila-bila masa boleh asah dia punya pisau , potong satu kali lagi lu punya burung kakak tua".

17 ulasan:

kak ja berkata...

Salam Sheikh,
Tahniah atas sambutan pertama ulgtahun blog Sheikh..Sememangnya terkadanag waktu seperti berlari, malah mungkin terbang..dan ada kalanya ianya seolah2 merangkak, terutamanya jika ada yg sedang kita kejar.. Dan seandainya, perjalanan waktu yg dirasakan perlahan ini melengah2kankan hajat yg ingin digapai, maka apalah yg dpt saya katakan, selain 'la tahzan, sheikh..'Kita tak punya banyak pilihan dlm hidup ini, selain mengikut arus takdir..

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Baru setahun? Rasa cam dah lama je jenguk blog ni.

Semoga dikurniakan kesihatan untuk meneruskan perjuangan. InsyaAllah kalau ada peluang kita pekena Gulam atau Mastan Ghani.

Selamat

Tanpa Nama berkata...

Salam Pak Sheikh,

Tahniah untuk sambutan setahun blog ni, dengan harapan makin bertambah idea-idea yang bernas dan mengancam, jangan terancam sudahLAH. Biarlah PakLAH dan suku sakatnya yang terancam pupus terus pun bagus jugak.

Tapi Pak Syeikh mesti maintain, patut la sejak seminggu lepas blog ni sunyi je, bak kata orang utara "ha tu dia... dia dah mai dah".

OK.. Pak Sheikh semoga selamat merapu dan meraban, toksah dok gaduh la dengan Red1, kesian kat dia. wassalam..

Kassim Selamat berkata...

Salam Sheikh,

Alhamdullilah....moga sihat2 dan terus berblog ya!

Tahniah jugak sebab setahun usia blog nii.

Unknown berkata...

assalamualaikum tahniah banyak-banyak untuk setahun berjuang dialam maya blogger.

teruskan memperjuangkan kebenaran, dan menegur segala kemungkaran yang dilakukan oleh manusia yang berakal orang utan.

merapu ke atau meraban ke tak apa asal tidak sakiti hati orang lain.
tapi yang penting jangan menipu dan temberang, kerana Allah dan Nabi melarang kita menipu dan temberang sebagaimana orang haprak dari spesis melayu mudah lupa lagi haprak masih tak sedar diri dunia ini Allah yang punya. mereka anggap dunia ini mak bapak mereka yang buat untuk mereka miliki segala perkara dan benda yang ada antara langit dan bumi.

berjuang sambil berjihad mudah-mudahan Allah redha segala buat kerja yang dilaksanakan.

said mirro berkata...

salam,

1. syukur kerana masih ada di situ
2. gambar enta tu macam main klik handphone sendiri dlm gelap je. nampak sikit tension, ke tengah tahan kencing?
3. tahniah utk ulangtahun pertama. kita sebaya.

semoga semangat tak padam2

Tanpa Nama berkata...

Sheikh, aku tengah membayangkan seekor apek sedang terkuit-kuit keyboard komputernya. Nak tekan tak tekan....nak tekan tak tekan...dia nak tanya soalan biasa la tu : "Bro, what is the moral of the story?" Memandangkan hutang kredit kad bersalin bini dengan pak sheikh belum jelas lagi...dia kontrol pernafasan la tu. Ait ait ait....jgn merajukkkkk!!

radens albanjari berkata...

salam sheikh dan bloggers semua -

tahniah buat sheikh teluk intan di atas keunggulan berblog telah lewat 1 tahun. Masa berlalu tidak terasa lagi, hud sana hud sini genap setahun sudah. Dalam tahniah ini gue kena mohon maaf juga kerana gue konfius seawal lepas subuh jumaat kelmarin. se konfiusnya ebiet g adie waktu melagukan lagu "kelmarin"nya. Kerana kelmarin lah gue mati-mati ingat itu foto Rhoma Irama punya. hahaha...persis pak ! tapi kerana fotonya itu di dalam latar suasana malaysia maka gue memujuk hati gue ini bahawa inilah foto OTAI gue yang ori. Bukan citak rompak di geger maling. Sepanjang hari kelmarin gue meraban bila melihat kehensemen foto ini. Ganteng ! Bisa mengumpul bini lagi gituk. Paling kurang 3. biarpun aula nya 4. tapi 4 itu untuk gue. hahaha..

Ini maaf gue yang ke dua - kerana lewat memberi komenter. Bukan salah Rhoma Irama maupun si ebiet itu buat gue lewatan hantari komenter. Ini gara-gara titik pegun. Pegun nya menjadi titik tunggal buat gue terkesima. Kesima yak. Bukan Kesuma. Kesuma mau bikinin apa ? hampas ! Kaget ! dan tentunya gue riang bangat bila tahu OTAI gue ini masih punya nafas dan bisa memberi lagi artikel yang panjangnya 3 batu nautika.

Lalu bagi menghargai serta meraikan kehadiran OTAI dengan sambutan ulangtahun jubli gangsa nya ini maka gue dedicatedkan lagu ini untuk OTAI gue, biarpun hanya lirik, jika mauin dengar suara, harus segera ke kedai keset. Ini pesan gue. Jangan pula dicari laguin ini di gedung kain atau di gerai jualan Bakso. Enggak ada. Yang ada di situ hanya penamparnya ajaa..hahaha..

All over this part of the world
We hear the drumbeats answering each other.
All over this part of the world
So many dead lie scattered everywhere

It's the result of insatiable greed
People who lust, in their cunning, for power
Will do anything and think its all right
Have we now returned to the law of the jungle
With the strong oppressing the weak?

A small group of power-hungry people
Fill the world with suffering
Stop aggression, stop tyranny,
When will we ever see justice done?

Almost everywhere in the world
We hear the cries of a restless mankind...
The reason is that man has forgotten the Creator
And turned religion into little more than an addendum
Men have begun to worship material things. – Rhoma Irama

Lalu "moral of the story" komenter gue ini kayanya sama ertiannya bila tiduran membawa lelehan air liur. Makanya bukan liuran basi. Tapi liuran yang berguna buat memantapkan moral bila ber "story ". Caranya dengan mengambil tetesan liuran itu lalu disapu ke muka sebelum mula berbicara di depan komputernya. Juga harusan digosokin giginya dulu baru tiduran. itu pantangnya dan larangnya jangan dipraktis waktu bininya ada disisi.

Aku meraban ker ni ? jauhnya aku meraban ? woitt! 5 batu nautika. jauh siot. Pak sheikh tolongin gue..AL-BANJARI

Redhuan D. Oon berkata...

Since your have no moral then let me offer you one. I guess you are trying to show off how popular you are in spite of that horiffic photo above. That is some rare valor i salute to.

Seeing you built your little castle of supporters, again i best leave them to your devices.

For me i have none. Others are willing to murtad. Me too, but a chinese murtad.

See you again next anniversary!

Your unequally unhandsome friend
red1

Cik Lee berkata...

Tahniah la Pak Syeikh. Dah setahun blog pak syeikh ni rupanya. Saya pun terpanar juga melihat foto pak syeikh, nasib baik bukan gadis rumaja. kalau tak mau offer diri jadi ahli bait no.2.
Tahniah la jugak dengan entry pak syeikh ni. Berjaya mengeletek tali perut dan pusat saya. Agaknya kalau saya dapat masuk dalam urat saraf otak pak syeikh tentu saya dapat tengok camana complexnya neuron2 dalam otak tok syeikh. Akhir kalam selamat nge'blog' jangan sampai jadi go'blog'. wasalam.

sheikh teluk intan berkata...

Salam ja.
Terima kasih kerana ucapan tahniah.Saya rasa amat dihargai.

Mmg waktu berlari cepat, sedang banyak sekali yang mahu kita lakukan dalam huidup ini

Apapun apa khabar suami dan anak-anak?Semoja ja sekeluarga,aman di dunian dan akhirat

sheikh teluk intan berkata...

Salam Abu Fatihah. Terima kasih kerana antalah orang yang pertama, yang masukkan add blog ini dalam senarai blog link anta.

Ya, kalau panjng umur kita pekena kopi dan nasik di gulam. Murah dan meriah disana.

sheikh teluk intan berkata...

Salam anonymous,

Terima kasih kerana sudi beri ucapan tahniah sempena sambutan setahun blog orang tua ini.

Teman cuba untuk menulis secara konsisten. Tapi ada kekangan waktu dan kesihatan.

Mengenai Red1, dia tetap kawan teman dalam apa keadaan sekali pun walaupun teman dah palu gendang perang terhadapnya.

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku, Kassim Selamat.

Terima kasih kerana ucapan tersebut. Sahabat, semoga hubungan persahabatan kita tak putus.

Teman, pun kagum dengan jiwa kental sahabat.

sheikh teluk intan berkata...

Salam said mirro,

Bahagia amat, bila sahabat sudi beri komen.

Untuk pengetahuan mika, teman, gambar teman tu, ditangkap oleh kawan dgn menggunakan kamera digital. Dan latarbelakangnya, adalah dalam studio. Mungkin cahaya agak malap. Yg penting, Sb suka tengok gambar teman.

sheikh teluk intan berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Sheikh,

Ana nak ucapkan selamat ulantahun juga untuk blog ini. Walaupun sedikit terlambat. Teruskan menulis, ya?

:)