Ahad, 6 April 2008

Perang Bermula:Teman Sanggah Tulisan Redhuan Danial Onn!

Sekali lagi tentang Redhuan Danial Onn.

Entri terbarunya yang bertajuk 'Pemimpin lain yang saya kenal', beliau diantaranya telah menulis mengenai bekas pemimpin Darul Arqam, iaitu Ashaari Muhammad . Teman telah memberi komen terhadap tulisan beliau di blognya di sini. Dan beliau telah pun memberi jawapan. Di kesempatan ini, teman akan 'copy dan paste' sebahagian tulisan beliau berserta dengan komen dan jawapan beliau:-

"1) Ashaari Muhammad - yakni Abuya Darul Arqam yang telah diharamkan kerajaan zaman Mahathir-Anwar. (!!). Beliau merupakan seorang yang cukup hebat kerana yang berikut.a) Saya pernah tanya tentang beliau daripada penentang beliau! (Nak tahu buruk orang tanyalah dari 'musuh'. Tetapi terkejutnya saya apabila 2 ahli arqam yang telah dibuang atau menentang kumpulan Arqam masih cakap perkara yang baik tentang Ashaari.

Yang pertama iaitu Mashudi memberitahu saya bahawa Ashaari adalah orang yang paling mengamalkan sunnah dan amalan yang beliau menyatakan. Beliaulah paling lemah lembut dan bersantun dalam perbicaraan dengan orang lain serta paling aktif berdakwah dan menarik tokoh-tokoh lain untuk bersama dalam perjuangan perkara-perkara fardhu kifayah seperti mee halal, kicap halal, dan doktor sakit puan halal.

Yang kedua adalah Mohd Nasib yang juga menyokong pendapat bahawa Ashaarilah yang paling menghormati tetamu dan melayani orang dengan penuh kasih sayang.b)

Satu hari saya menziarahi Ashaari secara peribadi kerana ingin lihat cara beliau beramal. Daripada pintu masuk rumahnya di Rawang dekat 5 tahun dulu saya pun menyaksikan tingkah-laku beliau menyambut tetamu. Asshaari telah berdiri siap menunggu diruang tamu padahal kami rombongan kecil belum lagi sampai dekat pintu masuk rumahnya. Setibanya ke dalam beliau terus ajak saya duduk disebelahnya. Kemudiannya kami dijamu dengan hidangan yang meliputi sepenuh meja yang ada di ruang tamu. Ashaari pun berterima kasih kerana menziarahinya kerana beliau sifatkan sebagai pembawa rezeki kepadanya.

Saya bagi Abuya ni 99% markah. Satu markah saya tolak kerana beliau tidak pandai mentadbir politik sehingga hancur kegemilangan Al-Arqam yang sepatutnya sudah menjadi gergasi dunia hari ini".

Komen teman di blog beliau adalah seperti berikut:-

sheikh teluk intan said...
Salam Redhuan,

Teman bekas pengikut Darul Arqam.

Ustaz Ashaari Muhammad secara lahiriah , boleh dikatakan seorang yang begitu indah personalitinya dan berkarismatik. Tapi memberi dia markah 99% amatlah tidak wajar. Tidak boleh diterima oleh akal, kegagalan mentakbir Jemaah sehingga hancur (kerana diharamkan) hanya 1% sahaja yg ditolak. Ianya tidak memadai.

Persoalan kepimpinan adalah soal pokok dalam mana-mana organisasi. Jatuh dan bangun sesabuah organisasi bergantung kepada mutu kepimpinanan.Sepatutnya, sdr menolak sehingga lebih dari 50% dari keseluruhan markah 100 %.


Bear in mind Leadership makes difference.

Salam
April 5, 2008 10:54 PM

Maka Redhuan pun membalas komen teman seperti berikut:-


red1 said...

Yaa Sheikh bekas al-arqam,
Yang ana tolak satu markah tuu kerana menghormati puak-puak macam ante nii. Mana tau, masih ada kefanatikan ante kepada bekas tok guru ante tuu.

Ana takutlaah, jika ana tolak lebih sangat markah tuu nanti ana dikecam lagi sebagai melakukan pembunuhan character terhadap seseorang yang mungkin dianggap masih lagi suci oleh ramai lagi pengikut setianya, yang ramai saya kenal dan amat menghormati.

Lebih-lebih lagi, sptmn saya selalu maklumkan, saya ni mualaf cina, tak layaklah saya memandai sangat. Cukuplah potong satu markah simbolik tu je. Semoga-moga diterima baik dan positif mesej tersirat yang saya percaya puak-puak kita pandai menafsir.

Dengan meletakkan Abuya sebagai pemimpin yang paling datang ke minda saya bukanlah main-main atau sengaja, tetapi memang ikhlas.
Wallahu aklam!red1
April 5, 2008 11:03 PM

Teman Jawab balik:-
sheikh teluk intan said...

Salam,
Pernahkah anta dengar seorang sheikh Teluk Intan menjadi bebal kerana bersikap fanatik kepada seorang pemimpin?

Dia tak pernah fanatik terhadap mana-mana tokoh, melainkan kepada seorang insan yang paling agung, iaitu Muhammad Rasulullah S.A.W.

Selain dari baginda s.a.w , ada kekurangannya.

Tidak timbul soal 'character assasination' kerana dalam kes ustaz Ashaari beliau telah membunuh karektornya dengan tangannya sendiri.

Mungkin saudara ikhlas, tetapi tolonglah menilai ketokohan Ustaz Ashaari secara lebih objektif dan jangan kerana hendak menjaga hati pengikutnya yang masih 'mensucikan' beliau anta menjadi seorang penakut kalaupun tidak bebal.

Atau mungkin ana gagal melihat ustaz Ashaari mengikut sudut pandang(perspective) anta.Kalau begitu maaf sahajalah kerana barometer kita tak sama.
(nota: ada tambahan sedikit dalam jawapan balas teman)

Teman masih tunggu riaksi beliau selanjutnya.

"Kita mulakan peperangan ini Wan and hopely it will not become some sort of mental masturbation!"





3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah confirm ashaari dan Al-Arqam tu sesat lagi menyesatkan. Nak buat apa bangkit isu ni lagi.

Redhuan D. Oon berkata...

I already commented back in my blog, but let me resume the war on both fronts here:

1) Persoalannya adalah kepimpinan dan kejayaan serta hasil kepimpinan. Bolehkah saudara namakan seorang tokoh buatan Malaysia yang boleh masyur seluruh dunia tanpa bantuan kerajaan?

2) Beliau berjaya sekali menyelesaikan permasalahan ummah yang selama ini kerajaan pun tidak boleh selesaikan seperti soal wanita yang tidak terkahwin yang sepatutnya terselesai dengan kahwin empat. Beliau dapat buktikan bagi ramai ahli arqam dan mereka dapat hidup dengan harmoni.

2b) Ekonomi ummah banyak diselesakan seperti bukan saja mee dan kicap tetapi nasyid komersil yang melahirkan Raihan, Rabbani, program audiovisual yang pertama dalam sejarah tanahair seperti pantomin, theatre yang semuanya islamik dan memcetuskan imaginasi ummah supaya lebih kreatif dalam pendekatan.

3) Beliau dapat berdakwah disana sini semuanya tanpa bantuan kuasa asing maupun Pusat Islam

4) Arqam walaupun dijatuhkan oleh KDN dan Pusat Islam sebanyak 3 kali berturut-turut tetap ada nafas dan powernya. Mengapa? Apakah ia dijatuhkan kerana kesesatannya atau kerana Abuya itu mencabar kerajaan BN kerana ada kempen besar-besaran untuk mengangkat Ashaari sebagai PM waktu itu?

Sejarah jangan lupa. Tunggu PR naik nanti kita adakan inquiry atau SuruhanJaya DiRaja nanti.

red1

Redhuan D. Oon berkata...

satu lagi, nama gue Redhuan Daniel Oon dan bukan Danial Onn. Aiya... lu olang melayu manyak susah kita nama orang Chin. Sebutlah OON ..ONN itu famili orang lain, tade campur dara kita.

sekian
Redhuan D. Oon
Wen BauXin <-- asalnya