Jumaat, 4 April 2008

Redhuan D. Oon : Gua Caya Sama Lu Apek......

Kawan lama teman yang telah meninggalkan Pas, iaitu Redhuan Danial Onn , 'a chinese convert' , telah ada blognya sendiri yang boleh dikunjungi disini .

Dia baru-baru ini menalipon teman, supaya membaca blognya dan suruh beri komen samada positif atau negatif.

Dan teman pun pergi ke blognya dan membaca beberapa entrinya , dan memberi sedikit komen. Banyak masa teman terkorban kerana terpaksa membaca setiap entrinya untuk mengetahui setinggi mana kehebatan tulisannya.

Bukan sengaja teman nak puji tulisannya . Biarlah teman berterus terang untuk menyatakan disini bahawa tulisannya 'well structured' dan bahasanya kemas.

Teman kagum. Teramatlah kagum. Tidak ada kagum, melainkan kagum!

Pertamanya, teman tak sangka dia boleh menulis dalam bahasa Melayu yang baik, walaupun teman tahu, dia lebih senang bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris.

Keduanya , teman dapati, tulisannya melambangkan daya intelektualismenya yang tinggi. Hampir setaraf dengan Albert Einstein dan Ras Puttin! (Wan , i deserve a cup of coffee cos i praise you like hell)

Teman, tabik dan hormat pada beliau walaupun dalam banyak hal, teman berbeda pendapat dengan 'budak China Muslim ni'. Apatah lagi, teman masih setia pada Pas dan dia pula telah mufarakah dari jamaah ini, yang pernah mengangkat namanya sehingga ke tahap yang agak terkenal juga, sekurang-kurangnya di Malaya atau sehingga di puncak Gunung Himalaya!

Sebetulnya , teman cuba untuk menyembunyi blog ini dari beliau. Entah macam mana kawan lama ni , si budak China Muslim ni ,akhirnya berjaya menjejaki blog teman yang 'koman' dan 'laeh' ini akibat daripada ketololan teman juga.

Semasa teman sedang memandu kereta ,kira-kira jam sepuluh malam ni , selepas berperap di studio selepas solat jumaat siang tadi , untuk pulang ke rumah , budak China Muslim ni , talifon teman lagi. Dia beritahu dia telah masukkan entri baru ke dalam blognya. Teman, jawab:" that's fantastic and plastic!".

Budak China Muslim ni kemudiannya bercakap tentang blog teman. Dia merungut, apa pasal tulisan teman merapu dan meraban. Teman jawab bahawa memang teman suka merapu dan meraban.

Seterusnya dia meminta supaya teman menulis dengan bahasa yang sopan dan menulis yang melambangkan kesarjanaan teman. Dia memang seorang Muslim yang baik, maklumlah pengikut Sheikh Abdul Kadir Al Sufi , Mursyhid puak Murabitun.

Lalu teman jawab bahawa bahasa teman sudah cukup sopan terutama yang berkaitan dengan UMNO dan BN. Kalaulah ikutkan hati yang cukup benci pada perjuanganUMNO dan BE END yang serba kacau bilau , mahu rasanya teman mencarut marut. Tapi tak pernah teman mengunakan bahasa yang berunsur mencarut. Tak baik lagikah, hati teman ini wahai sahabatku yang berrnama Redhuan Danial Onn. Cukup baikkan?

Tentang tegurannya supaya teman menulis yang akan melambangkan kesarjanaan yang tinggi, maka teman katakan padanya : "anggaplah tahap pendidikan teman hanyalah diperingkat sekolah atap".

Lagipun, teman ni, tak mahu jadikan blog ini seperti sebuah teks ilmiah kerana takut nanti , spesis UMNO dan SB , terus jadi biul kerana tak faham. Tambahan pula, bukan semua orang di Malaya ini seperti si mangkuk ayun yang bernama Dr Nordin Kordi , VC UUM, yang cukup tersohor sebagai mahkluk yang mempunyai daya intelektual yang paling tinggi di atas muka bumi ini!

Buat sahabat teman , si budak China Muslim tu, teman ingin berikrar pada beliau bahawa kalau ada masa terluang, teman akan jengok blognya sekerap yang mungkin. Tapi ini tidak bererti teman akan berhenti mengunjungi blog sahabat-sahabat teman seperti si Penarikbeca, Raden Jawo, Al Banjari Pro, Abu Fatihah, Tok Mudim, SaifulIslam, Zainolfaqar , Ibnuhasyim ,Waterlily dan TMJ .

Dan yang pasti teman tidak akan berlekang dengan blog adik teman selagi hayat masih ada iaitu sebuah blog yang bertajuk: 'Ianya Bermula Disini.' (hahaha)

Apa pun teman ucapkan tahniah kepada Redhuan Danial Onn yang berjanji akan membuktikan kepada seluruh dunia bahawa dia adalah seorang blogger yang tidak ada tolok bandingannya di atas muka bumi ini dan berkeyakinan bahawa : "I am the product".

Gua caya sama lu wan.........I give you a shout tomorrow!

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam -
Didoakan pak sheikh berada dalam sejahtera dan kesihatan yg baik oleh Allah..,
(perh..mcm karang suratla plak bhs ana ini..maasyaAllah!)

WOW ! sekali Pak Sheikh menulis, beginilah jadinya...hebat..bravo..sebab itu ana sudah maklumkan sarapan setiap pagi ana adalah membaca entri dr blog Pak Sheikh...dari dulu lagi...,WOW!

BIAR MERABAN TAPI PENUH ISI DAN SINDIRAN...
DARIPADA SERIUS TAPI JIWA MERABAN SILAP HARIBULAN...RUMAH DISANGKA REBAN..,DAN KETIKA ITU...,orang akan berkata..

" anak ngkau ke tu Sin ? "..
" ye..!"
" dah beso budak tu ! "

ana pun dah meraban ni..

kak ja berkata...

Salam Sheikh,

Baca entry Sheikh pagi ni sudah cukup untuk buat saya gumbira dan tersenyum sepjg hari.. Baru dok ingat nak slow down sikit dgn blogging ni, tp skg tak jadilah pulak..Tq, Sheikh...

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku, Albanjari,

Terima kasih kerana doakan si orang tua yang serba pandir,merapu dan meraban ini!

Ana pun setiap hari ke blog anta. Ana pun semacam 'addicted' dengan tulisan anta. Pengunjung blog anta Wow! semakin ramai. Ana bangga ya akhi.


Anta beri komen yang buat ana tergelak besor:
BIAR MERABAN TAPI PENUH ISI DAN SINDIRAN...
DARIPADA SERIUS TAPI JIWA MERABAN SILAP HARIBULAN...RUMAH DISANGKA REBAN..,DAN KETIKA ITU...,orang akan berkata..

" anak ngkau ke tu Sin ? "..
" ye..!"
" dah beso budak tu ! "
" anak ngkau ke tu Sin ? "..
" ye..!"
" dah beso budak tu ! "

Memang anta pun meraban juga.Hahaha. Kita spesis sama.Yang penting kita terus berjuang secara istiqamah. Kita akan tulis secara jujur walaupun orng kata kita merapu dan meraban.

Sekian,sahabatku ,jumpa lagi dan salam

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ja,

Saya seronok bila Ja gumbira. Ja gumbira saya pun gumbira. Teruskan blogging Ja, kerana Ja sudah ada seorang pembaca yang teramatlah setia. Hahaha.

Redhuan D. Oon berkata...

Sheikh,
Ana suruh ante kutuk ana supaya ana berkontroversi dan masyur akhirnya. Tetapi yang ante pergi puji ana apasal? Lambatlah cara macam tu.

Cuba lagilah kutuk betul-betul. Supaya menjelma imej kefanatikkan ante dengan PAS.

Red1

sheikh teluk intan berkata...

Salam red1,

Nanti ana kutuk anta ! Tunggu masa yang sesuai sahaja.