Pagi tadi teman pergi menziarahi seorang sahabat yang meninggal dunia petang semalam, lebih kurang 6 petang.
Sepanjang perjalanan ke rumahnya, hati teman bagai disayat sembilu. Airmata , tanpa disedari menitik. Oh, kawan akhirnya kau pergi juga
Tak sangka dia pergi dalam usianya yang belum terlalu tua. Kira-kira 55tahun usianya. Anak-anaknya masih belajar di IPT. Isterinya pula , suri rumah tangga sepenuh masa yang amat baik.
Empat hari lepas teman sempat menziarahinya di HUKM. Masa tu dia baru dibedah untuk kali kedua selepas berlaku komplikasi akibat pembedahan yang pertama di kepala dan lehirnya.Dia masih koma masa teman ziarahinya. Dan tak banyak yang boleh teman lakukan, melainkan berdoa agar tuhan panjangkan umurnya dan meminta isterinya yang sedang berkeadaan sugul, banyakkan berdoa dan bersabar.
Tapi, tuhan lebih sayang padanya. Dia mengangkat sahabat teman ke sisiNya.
"Wahai tuhan yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, kasihanilah dan rahmatilah sahabat hambaMu ini kerana dia hambamu yang beriman dan soleh. Amin, ya Rabb".
Sesungguhnya, kematian manusia telah ditentukan. Manusia yang tenggelam dalam percintaan dunia yang serba fana , mungkin terlalai dan tahu-tahu dia telah berada di alam kubur. Masa itu menyesalpun tak ada guna.
Syukur pada tuhan, Dia beri teman ujian sakit. Sakit yang belum ada tanda akan sembuh. Apapun teman yang dulunya sentiasa yakinkan pada diri sendiri : "aku lambat lagi akan mati", semakin sedar bahawa jarak kematian semakin mendekat.
Walaubagaimanapun, kesedaran tentang kehadiran sang Mailaikat maut yang bila-bila masa akan menjelma masih belum mencukupi.Kesedaran itu harus diperkuatkan dengan pelbagai jenis amalan soleh.
Salah satu amalan soleh ialah menentang kerajaan yang korup dan munafik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan