Selasa, 29 April 2008

Perbincangan Awal Penubuhan Parti Islam Yang Baru

Kawan teman, Ridhuan Daniel Onn, baru-baru ini menalipon teman. Dia jemput teman hadir untuk membincangkan tentang penubuhan Parti baru. Teman tanya bila, diapun menjawab: Pada 1.5.2008.Tempat dan masanya akan diberitahu kemudian.

Walaupun Ridhuan , si china Islam ni,selalu berdebat dengan teman sehingga saling hentak meja di restoran mamak dan hampir separuh ranap meja minum kami kerjakan, tapi kami masih boleh bersahabat walaupun teman telah memukul gendang perang terhadapnya.

Jangan beritahu, China muslim itu, bahawa ada ketikanya teman mengkagumi beberapa sisi pemikirannya dan keperibadiannya. Takut dia perasan.Teman pun tahu dia manusia biasa yang lain. Dan teman amat pasti dia juga bukan wali Allah mengikut sudut pandangan kebanyakan Ahlul Tasawuf.

Jangan juga beritahu pada si China Muslim itu, bahawa dalam kebanyakan masa, terdapat kecelaruan dan keserabutan dalam kepala otaknya. Teman, tak mahu dia merajuk. Kalau dia merajuk, dia boleh tinggalkan kereta yang sedang dipandu ditepi jalan dan berjalan kaki macam orang bodoh. Bukan bodoh tahap 1,tetapi tahap 5.

Yang teman cuba beritahu disini, kami masih boleh berkawan dalam masa jangka masa yang panjang.

Satu kelebihan si mangkuk.... yang bernama Ridhuan ni, ialah tahap tawakalnya pada Allah tersangatlah tinggi. Kalau dia tak berduit, dia boleh relak. Kalau teman, kalau tak ada seratus dua dalam poket, berat hati teman hendak keluar rumah. Tapi simangkuk....... ni, dengan duit seringgit dalam poket, dia boleh berjalan sambil bersiul.

Teman teringat pada suatu ketika dulu, isterinya, keturunan orang putih Afrika sarat mengandung. Dia tak hantar isterinya yang tinggi lampai itu untuk bersalin di hospital kerajaan yang mengenakan bayaran bersalin yang termurah di dunia asalkan sanggup tinggal di wad kelas tiga.

Dalam keadaan tak berduit dan tak punya 'credit card' dia hantar isterinya di klinik swasta untuk bersalin . Bukan dia tak tahu klinik swasta itu bukan bapak dia yang punya. Bukan dia tak tahu juga klinik swasta itu, bukan emaknya yang punya. Dan dia juga amat tahu, klinik itu bukan klinik yang 'berkebajikan'kepunyaan pihak tertentu.

Sesungguhnya dia tahu, sekurang-kurangnya dia terpaksa menyediakan seribu ringgit supaya isteri yang dia sayang ,siang dan malam dapat bersalin di klinik bersalin swasta itu.

Teman tepuk bahunya dan berkata: "Kau memang hebat wan, dalam keadaan tak berduit, kau boleh hantar isteri kau bersalin di klinik swasta. Aku tabik kau tiga kali".

Si China muslim ni , tersenyum bangga mendengar kata-kata teman yang mengandungi satu makna: sinikal.

Tak dapat tidak, teman cemburu dengan kehebatan Ridhuan yang tersangat tinggi tahap tawakalnya.Masa itu timbul tanda tanya dalam kepala teman ,adakah mungkin China Muslim yang seorang ini sedang menunggu duit turun dari langit!

Selepas isterinya bersalin, dia talifon teman supaya segera datang ke klinik swasta tersebut. Mungkin dia mahu teman tolong baca doa selamat. Dengan bangganya, teman memecut kereta ke sana.

Sebaik saja sampai ke klinik itu, teman terus disambut oleh Ridhuan yang sedia menunggu. Dan sebelum teman bertanya mengapa dia meminta teman datang. Dengan senyuman yang terukir diwajahnya , dia bertanya dengan suara yang tenang: "Kau ada bawa 'credit card'?"

Lalu teman jawab : "ada".

"Bagus.Credit card kau diperlukan untuk membayar kos bersalin isteri aku.Kalau sekarang
dibayar,sekarang juga aku boleh boleh bawa isteri dan anak pulang ke rumah".

Maka sebagai adik tiri kepada bang dollah yang merupakan sebaik-baik insan didunia, teman tanpa fikir panjang terus menuju ke kaunter bayaran dan menjelaskan bil bayaran.

Begitulah secebis kisah ,ketinggian tahap tawwakal Ridhuan. Dan teman cukup berbangga mempunyai kawan yang hebat sepertinya,walaupun sehingga kini dia masih belum terfikir untuk membayar balik kepada teman wang yang terhutang. Teman berbaik sangka. Dia mungkin menganggap wang tersebut sebagai zakat kepada salah seorang assnaf yang enam.

Teman pun dah halalkan hutangnya itu kerana China Muslim dia terlalu tidak berkira dengan teman. Selalu dia belanja teman makan yang kalau dikira telah mencapai angka dua tiga juta rupiah!

Selain dari tahap tawakal yang tinggi, dia juga tersangat cepat berfikir dan mematah hujah teman. Mungkin teman yang tersangat banggang kut seperti abang tiri teman sewaktu berhujah dengannya berdepan dengannya.

Sebenarnya,banyak perkara tentang Ridhuan ni,boleh teman cerita. Ringkasnya begini:

1. Dia seorang Muslim yang taat beragama .
2. Dan kefahamannya tentang pengertian tauhid rasanya hebat sekali , mengalahkan Ustaz China Muslim yang sekarang jadi ADUN dalam parlimen Parit Buntar.
3. Dia juga seorang ulat buku dan bahan bacaannya bukan bahan picisan dan ringgan.
3. Dia juga mempunyai bakat kepimpinan yang tinggi dan berani menghadapi risiko.
4. Dia juga seorang yang ada wawasan. Contohnya dia adalah diantara pelopor CCC
5. Dia juga amat fasih berbahasa Inggeris sehingga orang putih pun boleh bunuh diri kerana malu kerana gagal menandingi kepetahannya.
6. Dia juga anak yang baik. Masih menjaga ibunya yang mamsih belum muslim.

Dan banyak kelebihan beliau lagi. Teman tidak berhajat untuk didedahkan sepenuhnya. Takut nanti dia beri terlalu suka sehingga dia serahkan semua hartanya pada teman. Tapi Ibnu Hasyim yang juga bersahabat dengan Ridhuan pernah merungut pada teman bahawa Ridhuan suka buat kerja separuh jalan.

Terus terang teman nyatakan disini bahawa teman kurang bersetuju dengan Ibnu Hasyim. Terdapat banyak projek yang dia diamanahkan semasa menjadi exco pemuda Pas Pusat ,berjaya disempurnakan.

Pun begitu teman akui salah satu kelemahannya : pemikirannya terlalu kedepan, hingga orang sukar untuk faham. Nasib baiklah teman mudah faham!

Ada juga kawan-kawan yang bersunggut, Ridhuan sekarang mula berkawan dengan pemimpin Umno untuk tujuan perniagaan.

Kalau betul apa salahnya? Berdosakah?. Pada pendapat teman, biarlah dia nak berkawan dengan sesiapa saja.Mungkin dia mahu berdakwah dengan spesis UMNO.
Dan yang teman tahu, Ridhuan ni, pandai dalam bisness. Dan hebatnya , dia tak kisah kalau dia tak dapat bisness .Dia biasa hidup cukup makan . Dia pun tak kisah kalau dia miskin. Dia tak pernah risau pada kemiskinan dan teman percaya dalam keadaan apapun dia boleh 'survive'

Teman pun tak peduli samada dia berduit atau tidak. Asalkan jangan lagi dia menyusahkan teman yang semakin hari kian miskin ini dari segi kebendaan.

Tentang ajakan beliau untuk hadir dalam mesyuarat round pertama ,teman akan fikirkan.

Dan kalau ada kesempatan teman akan bertanya padanya: Mengapa perlu tubuh parti, sedangkan Pas masih hidup segar bugar? Dan tunjukkan kelemahan Pas yang telah sekian lama teman sertai. Dan sekiranya ada kelemahan, tidakkah boleh diperbaiki lagi?

Sekiranya, Ridhuan membaca entri ini, tolonglah jawab pertanyaan teman seperti di atas. Kalaulah hujahnya kuat, teman akan hadir pada pada 1.5.2008 sebagai pemerhati. Tak jadi masalah.

Sesungguhnya, teman tersangatlah menghormati hak demokratik rakyat Malaya. Termasuklah Ridhuan Daniel Onn!

6 ulasan:

Unknown berkata...

Hello! Tak dak kerja dah? Hang main muzik lagi baik...

Redhuan D. Oon berkata...

Sepatutnya saya membalas kembali pujian sdr yang agak melebihi had laju. Tapi saya tahu sdr lebih rela lari masuk hutan daripada kena balasan oleh Redhuan Daniel Oon (pls, this is the right spelling of my name).

Apabila nama saya dikaitkan tentang kes hutang, adalah penting dijelaskan supaya tidak tertimbul fitnah. Sdr cuma perlu periksa kembali sebuah fail lama yang agak lama tidak terbuka. Atau dengan lebih tepat lagi ia tidak tertutup.

Juga t.k. kepada sdr kerana memaklumkan kepada saya lagi satu kes fitnah yang mengkaitkan saya dengan seorang bini ekstra dari Utara. Rekod pada pejabat kadi, sebelah keluarga mukim sana pun ada sebagai sumber sebenar, bahawa ada seorang sdr baru yang lain yang memasuki PAS pada waktu selepas saya demi untuk mencari bini tambah, padahal dia cuba mendapatkan juga calon semasa ke Arqam dan juga tempat Uthman elMuhamady di Pasir Mas tetapi ustaz tersebut menjawab,
"Jangan kata nak minta isteri kedua, yang pertama pun kita tak akan bagi (kerana syaratnya)".

Masa 80an dulu memang keahlian PAS cukup kagum dengan seorang yang berstatus mualaf sehingga ingin diberikan jawatan maupun anak dara sekiranya mahu.

Sebelum itu mereka kagum dengan sesiapa yang bergelar Al-Azhar.

Ini tidaklah salah keahlian PAS kerana ini menunjukkan jiwa himmah yang tinggi pada orang bawah. Itulah ucapan perdana saya di Muktamar pertama saya menjadi Exco Pemuda PAS Pusat bahawa kita orang baru bagaikan kaum Muhajirin yang memerlukan simpati dan penerimaan kaum Ansar (pembantu) yang jika mau tanah ke bini ke pun boleh. Saya cakap itu secara gurau saje, tetapi (Allahyarham) Yusuf Rawa memanggil saya masa itu dan kata dia tertangis mendengar.

Taklah saya meminta dapatkan bini dari orang PAS, tetapi ada pihak yang mengambil kesempatan.

Maksud saya yang tidak mendalam di sini ialah orang bawah adalah ikhlas, orang lain pula asyik mengambil kesempatan.

Saya belum lagi cerita mengapa saya keluar PAS kerana kezaliman politik yang berlaku waktu itu tidaklah ramai orang bawah tau dan tidak adil kepada mereka jika dibongkarkan.

Mereka akan tersilap faham tersangka yang kita pula menzalimi parti nanti.

Saya juga tidak berniat ingin mereformasikan sesiapa kerana siapalah saya berbanding mereka ini yang telah menjunjung saya sini sana dari kampung ke kampung dipangil ustaz dan tuan besar lalu dibayarnya saya tidak sedikit pun ada yang banyaknya.

Tidak lupa juga saya kepada jasa besar Md Hashim, kerana beliaulah teman setia lama apabila saya lepak dan tertidur di kedai GG Edar nya di Jalan Pahang Barat, semasa bujang, pada hari2 saya tidak keluar berceramah.

Beliau banyak bertukar pandangan, memberi saya ongkos perjalanan, malah buku untuk dijual secara kredit sebagai pendapatan tambahan selaku penceramah bebas yang bebas dari hutang maupun pendapatan tetap.

Bakak Hak juga tak perlulah sebut sahabat yang senantiasa menjadi teman sebilik setingkat atas Pejabat Agung, makan dan tidur bersama sehingga saya tau terlalu zalim dosa saya kepada mereka ini semua termasuk sdr kerana tiba-tiba satu pagi saya tidak lagi di dalam khemah PAS.

Ini semua cerita seolah orang pelarian yang ingin lari ke tanah baru tetapi terbantut kerana menarik terlalu banyak beg bagasi peninggalan lama.

Sekarang saya ingin berbincang tanpa beg tangan maupun bagasi. Jadi saya memanggil beberapa kenalan yang tidak ada penyakit sakit jiwa.

Jangan mengharapkan hujah dari saya kerana saya akan meminta dari sdr pula.

Biarlah hujah saya lemah asal sdr gumbeera. Lepas itu makan minum saya yang membayar. Asal dapat pahala dan silaturahim terjaga. Kita kembali ke khemah mimpi purnama.

said mirro berkata...

salam syeikh,
apa lagi dari kehidupan umat ini yang ingin diperjuangkan beliau?

Cik Lee berkata...

Nampak macam masalah keluarga. Boleh selesai kat luar je nih. nampak macam
marah-marah, tp sayang. Cam orang bercinta.

Tanpa Nama berkata...

Orang yang tak tetap pegangan perjuangan tu Pak Sheikh. Teringin jugak naktau, selain hutang mengeluarkan bini dia bersalin dulu, ada lagi ker hutang2 lain? Bukan apa, takut parti yang nak ditubuhkan cina ni nanti minta sumbangan suma reta benda utk perjuangan. Manyak susah oooooo

radenjowo berkata...

Salam Tuan Sheikh...menarik dan lucu. Card credit ada ke sheikh? Nak minta tolong bayar internet bill ni....Salam