Ahad, 20 April 2008

Imam-Imam Umno Nak Di Campak Ke Dalam Longkang!

Adik sepupu teman talipon malam tadi. Tak sangka dia talipon .Dia talipon jam 1.00 pagi semasa separuh penduduk Malaya diulit mimpi.

Berdetap jantung teman menerima talipon dipagi buta. Takut ada kejadian buruk belaku.

Maka teman tanya, apa hal talipon, buang tabiaat ke?

Dia ketawa, dan berkata tiada tanda petunjuk dia akan kojol. Dan katanya lagi ,mungkin orang yang sakit lama yang bakal lenyap dari muka bumi ini. Bertuah punya sepupu,rungut teman.

Dan teman cakap padanya" aku dah sakit lebih 12 tahun. Dan sepanjang tempoh aku sakit, berpuluh kawan yang diketahui sihat satu persatu telah kojol. Harap-harap ,bukan kau selepas ini".

Sepupu teman, yang juga kaki merapu pada tahap tertinggi,lantas berkata: Saya mahu hidup lama lagi.Saya pun mahu tengok impian abe memiliki sebuah rumah separuh istana di atas bukit tercapai. Saya tak mahu permaisuri abe bersedih , kerana impian abe dan dia tak tercapai. Saya tahu , abe akan berjaya melakukannya. Abe lelaki Melayu terakhir yang degil yang romantis dan tak mudah ngaku kalah"

Sayu hati teman mendengar kata-kata sepupu teman.Dia memang pandai ambil hati teman. Tak tahu nak cakap apa melainkan teman dengan nada perlahan berkata: "Thanks, Ni. I want you to be there when the house is ready".

Sepupu yang sehati sejiwa menjawab: "Same-same abe".

Selepas beberapa ketika teman dan adik sepupu merapu dan meraban,kami bertukar topik cerita.

Teman tanya: "bagaimana Perak sekarang"

Dia menjawab: " Perak hebat abe".

Dengan segera teman bertanya: "Perak dah bertukar jadi emas ke?"

"idaklah sampai ke situ. Abe ni tahap mengarut dah sampai ke tahap lima nih"

"Habis, macam mana Ni kata Perak hebat"? teman bertanya. Bunyi suara sengaja ,teman pendengarkan supaya kedengaran bodoh.

"Abe tahu, boleh dikata di Perak sekarang macam menyambut hari raya hindu.Tiap minggu ada sambutan, menyambut kemenangan Pakatan Rakyat di Perak. Entah berapa ratus ekor lembu dan ayam tumbang dibuat rendang. Kalaulah babi halal dimakan, mungkin puak ni minta Tan Sri Khalid Ibrahim hantar sepuluh lori babi"

"Ni, marah nampaknya!. Jangan marah, Kerajaaan baru Perak sedang mengamal negeri berkebajikan. Salah satu manifestasinya, ialah berkenduri selama 1001 hari".

"Abe jangan merapu. Harga barang naik. Beras,yang merupakan makanan harian pun naik.Hidup rakyat semakin tertekan. Tapi wakil rakyat pakatan rakyat masih tak prihatin.Mereka suka berpesta dan masih belum belum bangun dari mimpi".

Teman pun menjawab: "Ni, Pakatan rakyat tak ada kuasa di peringkat pusat. Yang kawal harga barangan, kerajaan pusat. Itu sebab, Anwar mahu pakatan rakyat menguasai kerajaan pusat secepat yang mungkin. Dengar cerita Kerajaan BN akan tumbang selewat-lewatnya enam bulan dari sekarang".

"Wayang je,abe! Nanti bila berkuasa ,kalau harga barang tak turun juga, macam-macam alasan yang diberi. Abe kita tukar topik lainlah". Pinta adik sepupu teman.

"Ok"

"Abe tahu, ada seorang wakil rakyat Pas, mencadangkan supaya Imam-imam UMNO di surau atau di Masjid seluruh Perak dipecat dan digantikan dengan orang Pas walaupun bacaan mereka bagus dan akhlak mereka kira ok. Wakil rakyat ni mahu, Imam-imam UMNO dicampak ke longkang".

Teman pun memberi riaksi:"Mungkin, ini salah satu pendekatan dakwah wakil rakyat ini. Dia mungkin belajar pendekatan dakwah ini dari Imam besar , seperti Tok Guru Ayah Pin ". Kita kena bersangka baik".

Adik sepupu teman ketawa. Tapi gelak ketawanya cukup terkawal. Dia tak seperti teman.

Dia kemudian terus berkata: "Abe tahu, Wakil rakyat tu, sejak kemenangan Pakatan rakyat, pantang lepa,mahu jadi imam dan Khatib sembahyang Jumaat. Bacaan fatihahnya pun ....aduhhhhhhhhh,banyak yang tak kena. Bila orang tanya , apa kes bacaan macam itu , pusing kepala saya hendak menjawabnya".

Teman pun menjawab: "Kalau gitu, makmum kena tegur. Minta dia jangan berkutbah dan jadi imam.Suruh dia belajar dengan seorang ustazah. Lupa pulak namanya. Atau dia boleh belajar dengan Bang Dollah. Bang dollah bukan sembarangan orang. Dia punya bapak dan Datoknya, ulamak tersohor. Isteri bang dollah si Jeanne, sekarang ini dah hebat bacaan al quraannya. Tunggu masa saja nak masuk muzabaqah al Quran tahun depan".

Sepupu teman ketawa dan berkata: "Abe, kuat sangat merapu. Baik saya tidur. Salam dan babai.

"Eloklah Ni, tidur. Abe nak berbisik ke telingga permaisuri untuk beritahu padanya: "Yang, pelan rumah atas bukit hampir siap. Bila siap rumah itu kita pindah ke sana. Kita makan cekodok lembut, bersembang, main buah saremban. Di situ aman, yang. Dan kandang babi jauh dari rumah kita yang terletak di atas bukit".

"Ok Ni , Salam dan babai"

12 ulasan:

Redhuan D. Oon berkata...

Helo bro, what is the moral of the story?

It is a nice story, i also like it, but bro, pls, pls, what is the moral of de story ber?

Tanpa Nama berkata...

salam pak sheikh- menarik.bravo.tertarik.de boom.edisi merapu tahap 5.jika ada yg tak faham isi cerita, itu kau punya pasal. bagi aku moral of the story same like as eat banana.,pagi gasak cokodok,lunch time sumbat pisang emas dalam mulut at night depan pc kunyah kerepek pisang.Main items- pisang. Projection - mengunyah. kena ingat: setiap kunyahan benda dari banana itu pasti berbeza ritma mengunyahnya. So jika mahu feel moral of the story, aku suggest beli banana dan kunyah it.,pagi-tengahari-malam.,mesti dapat rasa plot dan moral cerita meraban ni.

Ibnu Hasyim berkata...

Kata Sheikh Teluk Intan-
".Malah ada khabar angin menyatakan wakil rakyat Pas mencadangkan supaya Imam-imam UMNO di surau atau di Masjid seluruh Perak dipecat dan digantikan dengan orang Pas walaupun bacaan mereka bagus dan akhlak mereka kira ok. Wakil rakyat ni mahu, Imam-imam UMNO dicampak ke longkang.."

Betui ke Yop, cerita ni? Jangan dok main arak cerita tak ketahuan.. Bahaya pada PAS. Bahaya pada Islam. Kalau nak tolak imam-imam tu bukan kerana parti tapi kerana tak layak. Cari la sebab-sebab tak layak, kalau betoi tak layak.

Jangan pulak tolak ke longkang, tapi biaq bersihkan depa dari ayaq longkang... Kerana longkang tu kotoq!

Kalau babi kita boleh bagi bersih macam kerajaan Selangor, fasai apa manusia kita nak tolak ke tempat kotoq. Pakai akai sikit..

Maaf le, dengan latah saya ni.. Kalau jolok kuat, kadang-kadang sigong balik pun kuat jugak!!

Ibnu Hasyim, walaupun anak P.Pinang.

sheikh teluk intan berkata...

Salam,
Dua hamba tuhan:Red1 dan Ibnu Hasyim, org cerdik. Di antara yang tercerdik di dunia. Tapi sayang boleh jadi bebal,sebebalnya kerana tak cuba membaca entri ini dengan sebaik-baiknya.

Cubalah perhatikan siapa yang bercerita dan siapa yang menjawab.Cubalah cari maksud tersirat dan jangan baca semata-mata yang tersurat.

Saudara saya,Al banjari telah dapat menangkap mesej entri ini. Walaupun dia masih muda dibandingkan saudara saya yang dua ekor ni, dia faham.

Semoga saudara saya.Albanjari sudilah apakiranya menyediakan kursus kepada dua makhluk tuhan ini.

Unknown berkata...

meraban ke merapu ke kelentong ke bila jalan cerita menyindir dan berkiasan itu adalah dalam makna yang tersirat, ia memerlukan ilmiah tinggi.
memang ramai yang tersasul dengan jalan cerita macam cerita lama P. Ramlee.
bagus dan membuka minda saya yang bercelaru oleh media rtm, tv3, v9, utusan malaysia, berita harian dan seumpamanya.
baik kepada orang yang mahu fikir guna otak, tapi jadi haprak kepada orang yang guna otak tapi fikir macam orang utan...........fikir macam mana nak dapat pisang esok hari..........?

drpd:
asal orang perak yang tak jadi emas.

sheikh teluk intan berkata...

Salam sahabatku,dasuki_tmc,

Nampaknya orang Perak seperti saudara dan albanjari saja yang lebih mengerti apa yang cuba saya sampaikan. Tetapi dua makhluk tuhan seperti di atas , walaupun merupakan diantara manusia yang tercerdik di dunia, tak mahu mencuba untuk faham maksud yang tersirat. Perlukah kita cadangkan ,supaya mereka masuk TADIKA?

Redhuan D. Oon berkata...

Hmm.. ok..ok...lets start this nursery class of cynical satire..

You orang patut mengumpul banyak sikit batang pisang. Pasal bila sebut je pisang teringat saya kisah sewaktu Singapura dilanggar todak dulu.

Tanpa Nama berkata...

salam - macam bahaya aje entri ni- bagi ana - entri ini lebih bahaya untuk dos perjuangan - tetapi jauh lebih bahaya jika PAS kesampingkan atau tong sampahkan, atau ke longkangkan.,masa tu bukan setakat gigit jari, rasanya batang pisang pun tak sedar digigit sama..hahaha..,

Tanpa Nama berkata...

'..saudara saya yang dua ekor...' Kalau 'saudara', apasal sbt 'dua ekor'?

Jangan seperti itu Yop Zubair.

ahmad alang, peminat blog yop.

Tanpa Nama berkata...

'..saudara saya yang dua ekor...' Kalau 'saudara', apasal sbt 'dua ekor'?

Jangan seperti itu Yop Zubair.

ahmad alang, peminat blog yop.

Redhuan D. Oon berkata...

Saya saje nak mencelah sikit kerana ternampk gambar sheikh semasa zaman mudanya. Agak segak dan cukup memesongkan.

Sama seperti yang sering diguna oleh Mahathir, walaupun amat tua, tetapi apabila berkempen akan digunakan gambarnya yang 80an.

Sheikh ni tak lama akan berkempen ke? Berapa banyak poster dah ditempah?

Saje... berseloroh je... tetapi ada makna tu...

Tanpa Nama berkata...

Pak Sheikh : Walaupun dia masih muda dibandingkan saudara saya yang dua ekor ni, dia faham.

Wahai Albanjari, elok sgt la kata2 tuan hamba dalam komen yg kedua dari atas senarai ni. Memang bagi yang tak faham...lantak la. Bebal