Rabu, 2 April 2008

Apa Jawapan Doktor Mashitah Bila Sufiah Merunggut....

Anak kacukan Melayu dan Pakistan, Sufiah mempunyai rekod akademik yang cemerlang.Dia pernah menjadi bahan berita sebagai kanak-kanak pintar apabila diterima memasuki Universiti Oxford ketika berusia 13 tahun. Dia jelas lebih pintar dari Khairy ,menantu memanda menteri.

Tetapi langit tak selalu cerah.

Dua tiga hari lepas, kita dikejutkan dengan berita janda pintar ini yang kini berusia 23 tahun telah melacurkan diri di Salford, Manchester, untuk menyara kehidupannya.

Akhbar tabloid di London, News of The World, Ahad lalu, melaporkan Sufiah mengiklankan'perkhidmatannya' melalui internet dengan tawaran 130 pound (RM830) untuk setiap sesi.

Hati teman bagai ditusuk simbilu mengenangkan nasib si Sufiah. Teman tak tahu secara lengkap, mengapa dia jadi begitu. Mungkinkah desakan hidup, menyebabkan dia jatuh di lemah yang amat hina itu?.

Dan mungkin juga , dia rasa tak bersalah menjual maruah dirinya kerana berpegang kepada 'Fatwa' Dr Masyitah Ibrahim yang menyatakan , boleh melacurkan diri kalau keadaan memaksa. Daruratlah tu!

Yang ironinya, Dr Mashitah telah dititahkan untuk meninjau dan mencari jalan untuk menyelamatkan Sufiah. Cuba baca petikan beritaharian online hari ini disini:-

"KUALA LUMPUR, kerajaan melantik Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Dr Mashitah Ibrahim untuk mengetuai misi menyelamatkan Sufiah.

Menteri di JPM, Datuk Ahmad Zahid Hamidi, berkata misi 'Selamatkan Sufiah' dilancarkan atas kesedaran kerajaan untuk bertindak segera bagi menyelamatkan akidahnya.

"Kami akan melakukannya dengan kerjasama Yadim (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia). Mashitah akan ke London secepat mungkin bagi bertemu Sufiah," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja di Kompleks Pusat Islam semalam.

Sementara itu, Mashitah berkata, beliau merancang menemui Halimahton dulu bagi mengetahui masalah sebenar sebelum bertemu Sufiah.

"Sufiah sebelum ini seorang anak yang menjaga agamanya dan tidak meninggalkan solat lima waktu, tetapi kerana terdesak untuk meneruskan pengajian selepas bapanya dipenjara, dia sanggup menggadaikan tubuhnya.

"Kita akan menyusun strategi untuk menyelamatkan Sufiah dan mengembalikannya menjadi orang Islam yang baik. Kita akan menyalurkan bantuan kewangan kepada Sufiah kalau itu menjadi masalah utamanya sehingga beliau menggadai diri. Jika boleh, kami ingin membawa pulang Sufiah ke negara ini," katanya".

Semoga missi Dr Mashitah berjaya. Tapi Dr Mashitah kena bersedia dengan jawapan yang meyakinkan, bila ditakdirkan bertemu dengan Sufiah yang akan merungut: "Saya jadi begini kerana fatwa Doktor !"

Nota: Lagi kisah yang berkaitan boleh klik disini

9 ulasan:

kak ja berkata...

Salam Sheikh,

Org tua2 dah berpesan, "terlajak perahu boleh dianjak, terlajak kata buruk padahnya"...Terlalu ghairah bercakap, terlupa diri mungkin dan boleh dijadikan sumber rujukan.. Kalau Sufiah jd begitu kerana fatwa Dr, maka terimalah sahammu...

Redhuan D. Oon berkata...

ehem... boleh tolong carikan mana fatwanya? I tak sempat baca paperlah. I nak scrutinise dia punya argument dan fatwa tersebut. Manalah tau silap typo.

Tanpa Nama berkata...

Pak Syeikh,

Apa address email Sufiah, saja nak nakal2. Boleh ka?????

Buat Dr.Mashitah, selamat berjuang saya ucapkan, saya sentiasa bersangka baik dan yang pasal kenyataan "Wanita boleh melacurkan diri jika terdesak" yang jadi isu hangat suatu ketika dulu, kalau benar apa yang Dr. maksudkan, Lu sendiri mau ingat LAH....

TebusLAH kata2 Dr. tu di London nanti, jangan pi makan angin cukup LAH, ingat sikit semua kos di tanggung oleh wang RAKYAT. Bukan free TAU.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ja,
Sufiah mungkin tak tahu Dr Mashitah pernah mengeluarkan fatwa seperti itu. Posting ini, bunyinya sinikal terhadap Mashitah

sheikh teluk intan berkata...

Salam red1,

Cuba cari dalam akib harakahdaily atau tranungkita. Atau pun cari guna search engine, seperti google.Fatwa Mashitah ini meletup tahun lepas!

sheikh teluk intan berkata...

Salam anonymous,
Saya tak tahu add email Sufiah. Cuba tanya akhbar tabloid di London, News of The World.Mungkin mereka tahu.

Kita harap Mashitah, buat kerja yang telah diamanahkan padanya. Tapi kita minta betina ini, ubah perangainya dan tidak lagi membuat fatwa yang sesat dan menyesatkan.

said mirro berkata...

salam sheikh,
harap mashitah jumpa cari sufiah. kalau tak nanti perlu kita hantar geng motor besar zahid dengan mat2 rempitnya + azeez. akan kalut salford nanti.
ahh..sebelum tu, tlg kejutkan paklah, mgkin dapat beliau coretkan puisi baru; ku cari sufiah...

Tanpa Nama berkata...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

king size comforters on sale berkata...

Sufiah mungkin tak tahu Dr Mashitah pernah mengeluarkan fatwa seperti itu. Posting ini, bunyinya sinikal terhadap Mashitah

3pc stitched suit ,
bin saeed stitched lawn suits ,