Sabtu, 15 Mac 2008

Tidurlah

Malam semalam kesakitan mencengkam. Sukar nak tidur. Tengok laptop pun menyampah. Cuba baca buku. Tak sampai lima minit, buku diletak dibawah bantal. Tak mahu tengok.

Keluar bilik, mundar mandir diruang tamu. Kemudian duduk disofa. Cuba tonton TV. Juga menyampah. Lalu buku pintu , jalan pelan-pelan dihalaman rumah. Hirup udara segar. Dinggin. Tak tahan masuk dalam rumah semula. Dan ambil gitar, petik dan cuba cipta melodi . Pun tak lama. Sandar gitar disebelah piano. Kemudian masuk bilik tidur. Rebahkan badan yang lemah di atas katil. Paksa diri untuk tidur. Masih rasa tak selesa. Badan terasa panas, miskipun 'aircon' diprogramkan diparas yang paling rendah.

Lantas campak selimut dan bangunkan tubuh yang lemah dari tilam yang empuk. Dengan langkah longlai pergi ke bilik air. Ambil wudhu. Bila selesai, terus dirikan solat tahajud,hajat dan witir. Lepas tu, duduk di atas sejadah. Berzikir dan berselawat. Rasa tenang sikit. Tapi rasa sakit masih terasa.

Sekali lagi rebahkan diri ke katil sambil memasukan diri di bawah selimut yang tebal. Tutupkan mata. Cuba bayangkan yang indah-indah. Banyak kenangan indah muncul. Kenangan sewaktu kecil, remaja, dan tua. Tapi tak dapat tidur lagi, miski mata ditutup rapat-rapat.

Bila sakit, semua rasa tak kena. Lalu bangun dari katil. Berjalan ke meja tulis. Ambil pil tahan sakit dan pil tidur. Tuangkan air ke dalam gelas. Lalu telan dua biji pil dengan air. Harap-harap boleh tidur dengan lena selepas itu.

Sekali lagi rebahkan tubuh ke katil. Kesan ubat mula terasa. Kesakitan beransur kurang. Mata mula kuyu. Sempat bersyahadah dan baca ayat 4 kul. Masa itu jam hampir empat pagi.

Sedar-sedar jam hampir pukul 7 pagi. Ah, terlambat solat subuh. Pejuang Islam, kononnya. Tapi Solat lewat.

Malam ini seluruh tubuhnya masih sakit. Mungkinkah, dia sukar nak tidur lagi malam ini?

Siapakah dia itu ? Bukannya orang lain, temanlah tu.

Bila teman sakit , apa yang hendak dibuat ,kurang menjadi. Hendak tidur pun ,masalah.Masalah adalah problem !. Alamat, kena telan pil tahan sakit dan pil tidur.

Malam ini ikutkan hati , teman tak mahu tulis tulis apa-apa, apatah lagi yang berkaitan dengan politik negara. Tapi tulis juga, takut kawan-kawan ingat teman dah tak bernyawa lagi.

Malam ini, teman nak tidur sepuas-puasnya. Nak lupa kesakitan yang tak mahu pergi. Nak lupa macam-macam.

Teman nak ucapkan selamat tidur pada diri teman sendiri. Tak lupa juga nak beri ucapan yang sama pada abang tiri teman , si bang dollah yang sedang ditekan supaya meletakkan jawatan oleh Mukhriz dan rakyat jelata.

Kalau masalah dalaman UMNO yang semakin parah membuat bang dolah sukar untuk tidur dan kepala pusing memikirkan peristiwa hitam , kejatuhan 5 Negeri di tangan pembangkang, dalam PRU yang lepas, maka teman syorkan beliau telan ubat tidur.

Tapi pastikan jangan 'overdose'. Teman takut nanti bang dollah akan di beri penghormatan terakhir di Makam Negara!. Bang dollah dengan izin tuhan perlu hidup lebih lama. Khidmat beliau masih diperlukan untuk terus menjadi Perdana Menteri Malaya . Teman percaya selagi beliau jadi PM , secara tidak langsung dia akan membantu Pas dan parti sekutu menumbangkan secara total kerajaan BN selama-lamanya pada pru yang ke 13.

Sekali lagi teman ucapkan selamat tidur pada diri sendiri yang semakin diamuk oleh rasa mengantuk yang bukan kepalang kerana setenggah jam tadi , teman dengan menyampahnya telah telan pil tahan sakit dan pil tidur!

Tidurlah. Itu lebih baik dari merapu dan meraban.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pak Sheikh tak boleh tidur sebab gabra tengah tunggu surat watikah jadi MB ke? Nanti jangan lupa jawatan su politik tu untuk Tok Mudin ya... bolehlah Pak Sheik tidur sepuas-puasnya nanti. :D

sheikh teluk intan berkata...

Salam Tok Mudin,
Keadaan politik semasa di Perak amat membinggungkan. Pening ana punya kepala.

Masakan boleh lupa janji teman pada tok mudim. Bayangkan saja tok mudim sekarang dah jadi SU politik teman. Kita hijaukan seluruh Perak!

Tanpa Nama berkata...

Akhi, PAS teluk intan perlukan suntikan dose supaya tak tidur. Ana insyaAllah akan menginfaqkan masa setiap bulan. Begitu juga Abu Saif dengan manjoi. Ini masa untuk menambah warna hijau di negeri Perak.

Tanpa Nama berkata...

Pak Sheikh,
Jika dapat ingin hijaukan seluruh Malaya.

Waterlily

Tanpa Nama berkata...

Askum sheikh! Teman dengo mike tak boleh tido? Pesan teman ngape tak telpon ajer nombor TALIAN NURR..,siksaan tuu..,kira mcm kena dera ler jugei! Teman ngabokan itu bukannyer aper, dengonyer Pak LeLAH miker tu rajin bebeno menelponyer,katanyer hanya nombot telpon tu yg boleh nolong dia, bukan lagi seluar JEANS LIBAS, yoo..jangan lupa nombot tu, telpon jer..

Ohya! jika miker dah nyenyak tido, jangan lupa mimpi-mimpikan supaya terjumpa dengan si raja BROOKE rembau tu, pesan teman jgn sengih sgt,buruk beno bila dia sengih balik kat miker..,maklumler sengih BROOKE, bayangkan...buruk bebenor,pesan teman cuma 1, minta miker tendang ANUnya 20 X, bio dia menjeritttt....,bio rakyat tau dimana siBROOKE tu skrg, main sembunyi-sembunyi plak..,miker kan pejuang mcm teman juger..,hehehe..

Jangan marahkan teman, teman ngusik jer..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Abu Fatihah,
Hari selasa lepas anak balik Teluk Intan. Cuba ambil kesempatan ziarah Adun Changkat Jong yang tinggal berdekatan rumah ana di Kg Padang Tembak TI.Tapi beliau tidak ada di rumah.

Baik sangat anta boleh menginfaqkan masa setiap bulan balik ke Teluk Intan. Kemenangan Pas di Changkat Jong berpunya dari dua faktor:
1. Ramai orang UMNO TI tolak Dtk Idris kerana mahukan Dtk Onn dikekalkan.

2. Orang India Teluk Intan, beri undi pada Pas kerana kes Hindraf.

Kemenangan Pas di Dun Changkat Jong walaupun amat baik, tapi bukan kerana Pas kuat. Oleh itu kita kena bantu kawan-kawan kita supaya Pas Teluk Intan mempunyai kekuatan sendiri dan mengekalkan sokongan yang telah diperolehi.

sheikh teluk intan berkata...

Salam .Puan Waterlily,

Warna hijau menyegarkan mata.Mari kita hijaukan bumi Malaya, sehijau-hijaunya.

________________________________
Salam, amarhayat.
Ngapa le teman bangang sangat sampai terlupa nak talipon talian NURR.

Harap-harap teman boleh masuk ke dalam mimpi Raja Brooke dari Rembau tu. Akan teman tunaikan permintaan mike. Tapi taklah sampai Raja Brooke tu kojol. Kesian dia kerana menang dengan undi Pos.

Mike ada blog ke? Teman nak ngusik jugak.

Tanpa Nama berkata...

Salam sheikh!

blog teman idokler sebagus blog miker, yg segor lagi menyegorkan..maklumler blog teman yg jarang diupdatedkan..,

untuk tidak menghampakan miker yg katernyer nak mengusik jugei tu,
bolehler teman dgn muka yg tidak malu ni memberi add blog teman,
www.amarhayat.blogspot.com

Salam...perjuangan!

kak ja berkata...

Salam Sheikh, tanpa rasa sakit, tak terasa nikmatnya sihat, kan? Walau apa pun, semoga Sheikh cpt sihat dan tak perlu lagi telan painkillers...

Tanpa Nama berkata...

Akhi cuba tgk sini

www.pastelukintan.com