Ahad, 16 Mac 2008

Kemenangan Itu Bukan Milik Dia

Hari ini teman masukan tulisan seorang anak muda ke dalam blog teman. Dia masih remaja. Nama sebenar beliau ialah Mohd Shah Rizal bin Samsuddin Al banjari. Walaupun usianya masih 'hijau' tapi tulisannya penuh dengan pengajaran. Lawatilah blognya disini




Dia sering menggengam tangan dan mengatakan mahu menang. Apa jua yang menanti di hadapannya akan diharungi. Tidak kira onak ranjau. Bandai setinggi tsunami. Atau sekecil semut api yang menggigit hujung jari. Di hatinya hanya satu. Kebenaran itu pasti menang akhirnya. Allah pasti menolongnya.

Impian ini pastinya mengundang sejuta keberanian di hati. Siapa mahu menentang? Dalam dirinya ada jiwa besar. Tetapi sedarkah dia, bahawa kekuatan itu lahir daripada asas kebenaran. Dirinya dekat dengan Tuhan. Solatnya seakan ber'dating' dengan Allah. Bacaan Al-Qurannya umpama berdialog dengan Allah. Tetapi apakah yang akan terjadi jika dirinya dibelenggu dengan kemaksiatan? Kesilapan musuh turut diulanginya? Ah, melihat wanita berdahi licin sudah tidak berkedip mata. Apatah lagi mahu melawan godaan musuh yang beribu malahan berjuta kali ganda. Ditegur sedikit sudah mula tarik muka. Bagaimana mahu jadi pemimpin yang dikritik beribu-ribu manusia?

Tidak pernahkan dia mendengar surat yang diutus umar Al-Khattab kepada panglimanya Saad bin Abi Waqqas?

Tegas Umar; “…..Sesungguhnya orang-orang Islam telah mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. disebabkan oleh kemaksiatan yang telah dilakukan oleh pihak musuh. Jika bukan kerana hal itu, nescaya tidak ada kekuatan bagi orang Islam….”

Sekarang sedarkah dimanakah letak dirinya itu? Bukan pada laungan kebenarannya. Bukan pada kesolehan dirinya sendiri. Tetapi pada kemaksiatan dilakukan musuh. Jika dirinya juga melakukan kemaksiatan yang sama. Maka bersedialah! Allah SWT juga akan mencampakkan ketakutan ke dalam hatinya.

Firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 26;"Dan Dia menurunkan orang-orang Ahli Kitab (Bani Quraizhah) yang membantu golongan-golongan yang bersekutu dari benteng-benteng mereka, dan Dia memasukkan rasa takut ke dalam hati mereka. Sebahagian mereka kamu bunuh dan sebahagian yang lain kamu tawan."

Lalu bergetarlah hatinya. Was-was menyerang dan mendesak dengan bertubi-tubi. Apakah dia mampu menang dalam perjuangan ini? Kepada siapakah mahu disandarkan pertolongan lagi? Kepada Allah SWT yang sering dia tidak malu untuk lakukan maksiat?

Kemenangan itu bukan kejayaan mutlak. Ianya hanya pinjaman. Terkadang sebagai istidraaj, terkadang sebagai nikmat. Yang pastinya ia bukan penentu kepada kehidupan di padang Mahsyar kelak.

6 ulasan:

Amalina berkata...

Assalamualaikum,
Yelah, blog yg sgt menarik. TQ.

Tanpa Nama berkata...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the MP3 e MP4, I hope you enjoy. The address is http://mp3-mp4-brasil.blogspot.com. A hug.

sheikh teluk intan berkata...

Salam Amalina,
Terima kasih kerana ziarah disini.Saya pun dah dua kali ziarah ke blog puan.Seronok baca tentang perkembangan anak puan yang semakin membesar di bumi Jepun.

Semoga puan dan keluarga diberi perlindungan oleh Allah.

_______________________________

Dear mp3 e mp4.

Yes,a hug.......

Amalina berkata...

Salam Sheikh,
Terima kasih doakan kami. Blog ni antara blog yg sy suka lawati utk cerita semasa di Msia. TQ.

kak ja berkata...

Salam Sheikh, saya kagum dgn penulis muda ni..Dan kemenangan satu pihak hasil kelemahan pihak lawan inilah yg saya gambarkan sbg Perlumbaan Kura-Kura Dgn Arnab di dlm blog saya 11 Mac 2008..

sheikh teluk intan berkata...

Salam Ja,
Anak muda ini, budak baik. Saya suka baca tulisan anak-anak remaja yang punya kerajinan menuntut ilmu dan boleh menulis dengan baik.